Assalamualaikum.
Unexpectedly, here I am - coming back to my blog (setelah sampai satu takat muak/tepu sebab dok marathon kdrama for these past week without the intention of really enjoying them.)
Last previous entry adalah ketika aku baru genap sebulan benar-benar berkecimpung dalam perniagaan keluarga; Satay Ostad. Coming back here, right now adalah pada usia pengalaman itu telah berganjak kepada empat bulan tempoh pengalaman. From one month old to four month old, tbh tak ada perubahan ketarapun dari sudut perniagaan itu. Melainkan entri ini aku taip sekadar untuk tengok perubahan-perubahan kecil; apapun yang telah terjadi atas diri sendiri.
oh. currently listening to UNIC - Insan Bernama Kekasih. sambil bersila dalam bilik di rumah sambil sayup-sayup berteman bunyi hujan lebat malam ini. after ages off from nasyid playlist (lagu-lagu zaman sekolah obviously) to kpop and any other song with different genre, nothing can beat nasyid for it's ruh and soothing vibe. So, aku cari nasyid balik ahh.
Emosi.
I am still so lacking within this four month in handling my own emotion - to juggle between house chores (di siang hari yang jadi pendek sebab tak produktif since kebiasaannya akan terkesan dengan penat di malam hari sebelumnya) dan kerja-kerja di gerai pada sebelah malam yang agak panjang (from prep time sampai waktu berniaga dan post-berniaga macam closing gerai, closing account and postmortem session setiap malam). Eventually and compared to masa first month dulu.. I can feel that physically I am getting used to the routines,. tapi itulah, bila datang musim kedaan biologi kau tak stabil untuk pre-menstrual and post-menstrual week... huru-hara jugak masatu emosi sebab everything will not fit in to the preference - ada saja yang tak kena. Jenuh sikit masa itu sebab anything I had done to put up with the struggle and juggle akan break into pieces. It will ended up affecting my emotion and of course when I am emotionally hurt, secara tak langsung alan physically drained jugak nak hadap rutin perniagaan yang tak berhenti hari-hari.
Tak jumpa trick lagi untuk part ni. sebab macam mana gagahpun, bila datang tang yang ini. ahh.. kantoi, lembik semua ada datang sekali harung. as it is really bad for myself, keadaan ni jugak sangat tak preferential untuk both umi dan abah. Well especially umilah yang terpaksa put up dengan aku punya tantrum dan segala mak nenek punya rasa nak give up. I feel bad for them. Hoping by the later time I come to post an entry next time, semoga kematangan berjaya mengatasi masalah yang ini. in shaa Allah.
Lifestyle
In my previous post, aku ada cerita tentang lifestyle yang agak tunggang langgang sebab lewat tidur di malamnya membuatkan aku bangun lewat etc-etc. at times, by those times; my Subuh was at stake! Bila Subuh kau rongak kids, percayalah.. betapa preoccupied pun kau dengan kehidupan, hati kau kosong semacam and hidup takde tenteram. regardless of how happy you feel. oh bonus, kau akan lagi senang cenderung untuk buat/commit to other kind of wrongdoing act jugak trust meyhh!! aku bercakap bukan pasal aku baik. obviously taken from a real life event lol,
Fortunately untuk bahagian yang itu dah jumpa trick untuk fix that one up. Anyway, my daytime still felt shorter compared to the nighttime even sekarangpun. And aku masih akan take up to two or three hours of nap (or sleep shud I say??? lol) tapi Subuh aku dah dibaiki dan terjamin. and more to that, dapat berpagi-pagi. Trick to fix? Buka hari dengan yaasin dan al Waqiah serta menutupnya dengan Al-Mulk tiap-tiap hari. Alhamdulillah, it does not take long for me to feel super energetic (at least for the first several hours early in the morning) untuk berpagi-pagi. By then, tang house chores settle! :)
And yang Al-Mulk sebelah malamtu? regardless pukul berapa pagipun aku tidur dan tutup hari aku... I do so with the intention semoga Allah menghidupkan aku untuk Subuh keesokannya (sebab dah kalau harap diri sendiri asyik kantoi je and lemau nak jaga solat and diri sendiripun - maka memintalah dengan Allah. minta Allah jaga kita. Klau tidak kebergantungan kepada Allah, maka kepada apa lagi dan siapa pula? kann... wa la haula wa laa quwwata illa billah, remember?) Magically, since I did those trick - my life get better. in terms of lifestyle, i feel sgt productive and energetic (kantoi tang emosi lah kalau adapun bila sampai waktu bulan mengambang tu. big lol! gotta fix that real soon). Faith do works like magic on me.
NP Rabbani - Selawat Ardani
dari sudut lifestyle.. sekarang tinggal nak fix tang eating habit je. yang tu memang problem and makin distorted as it gets through time. dari makan pat lima kali kepada tiga pat kali sehari and worst sekarang sehari sekali je makan (hhidangan penuh/makan berat) atau kalau bertuah dapatlah makan dua kali - sebelah siang and sebelah malam. gituh. aduss. Aku bukan risau pasal apa. sebab aku Anemic, so I afraid that any kind of distortion dari sudut tabiat pemakanan aku akan mengeruhkan keadaan kesihatan aku yang tak berapa sihat ni. haa semoga badan aku belum give up dengan aku lah. heh. I ought to fix this part too seriously, sebab nak menyambung work out yang tengah sangkut/tangguh ni. sehingga bahagian pemakan ni settle, I will be back to my workout routine! tunggu masa je. (aku tidaklah buat workout hardcore tu. tapi home workout is yes. memang dah pernah buat cuma tak konsisten sebab play safe especially time-time eating habit tunggang langgang gini.) I came from weighed 43kg to 50kg by workout kayh! (even nampak macam aku ni ada tulang dan kulit je en.. hahah)
Peer Pressure
Being the odd one and seeing others accomplishment in terms of their working life sejujurnya ada tekanan pada bahagian yang ini. Peer pressure ni mcm wild card. Aku tak rasa sangat pun tekanan dia macam aku rasa tekanan lain yang nak dihadap hari-hari. Tapi at times, bila things went wrong dalam perniagaan yang dikerjakan (dari sudut cabarannya), bila ditemukan dengan kawan-kawan seangkatan dengan bual biacara sembang mereka yang kebiasaannya berkisar seputar urusan kerja dan tingkat gaji yang jauh lebih tinggi dari diri ni, bila terkenangkan hutang yang berbaki RM1.4k lagi hasil kebodohan di zaman universiti yang lalu, bila masyarakat (lecturers and juniors - edu institution) cuma melihat perolehan pekerjaan dalam syarikat besar (semata-mata) sebagai satu bentuk kejayaan, masa-masa macam itulah, tekanan ni datang bagi salam. What can I say, eventhou pride setinggi langit, tak mampu nak back up rasa rendah diri yang lebih rendah dari tumit kaki sendiri. Such feelings. Masa itu aku akan shaken up and shattered off into piece. Masa tu (yang datang sesuka hati je lah bebila kann) rasa mcm "oh this is not what I want. Ini apa yang abah nak. this is not what I dream about. I am enforced into this etc etc". Nak rebuild self-motivation tu lg ahh satu kerja renyah sebenarnya. fuhhh. Malas nak hadap. And yet, aku kasihankan abah and umi when it comes to this extent. Sebab we gonna face this together. aku nak hadap aku and mereka juga terpaksa hadap aku. in this case, sebenarnya aku tahu abah sentiasa cuba memotivasikan whenever I break (it breaks even more masa itu. sbb I was being so burdensome)
Currently listening to Opick - Bila Waktu Telah Berhenti (lagu yang dipasang selalu, zaman-zaman meneman Syahida ketika dia koma di Hosp Serdang).
Dalam kalangan majoriti yang membuatkan aku rasa rendah diri, abah menemukan aku dengan minoriti yang percaya apa yang kami tengah usahakan ni. abah ketengahkan aku sebagai pengusahanya (pengusaha perniagaan keluarga ni lah) and they did give tons of moral support. sejenis yang memotivasikan secara tak berbayar. and at that times abah was like "look at this Zah. It is something worth working for. these ppl know and you should too" as if - begitulah ikut apa yang aku rasakan. minoriti tu pun semua dalam kalangan kenalan abah (yang bukan calang-calang orang) - sama ada they sugarcoat or sincere I can never be sure of it. Tapi mana-mana yang menaikkansemangat, aku percaya it is because of what comes from heart, i bet that's why I really do feel it at heart too.
Opick - Rapuh (lagu ni buat aku teringat surau dalam kem kepimpinan akademi segari, Lumut Perak. I miss my PLKN life and the ppl damn much !!!!!)
In shaa Allah dah masuk bulan keempat ni, dah went through the loser feeling at my lowest level of self esteem, dah lalu fasa dimotivasikan oleh pride and ego sendiri serta dorongan yang tak berbelah bahagi dari umi dengan abah yang terpaksa hadap aku (serta pakej kerenah pelbagai gaya) sejak awal lg, semoga pendirian tu dah jitu lah. semoga semangat tu kental dan hati tabah. aku pun dah diterangkan dengan segala macam falsafah of why and how abah memulakan perniagaan ini dan aku sebagai penerusnya dalam usia aku baru nak bercambah hidup ni. Aku bagi tempoh masa sampai Februari tahun depan untuk terus firm atas jalan yang ini. aku akan bekukan resume aku sehingga usia perniagaan ni genap setahun (by the becoming February). Kalau tak ada aral, and especially diri ni sendiri ada banyak progress and growing seiring dengan pertumbuhan perniagaan ni sendiri in shaa Allah kalau ini takdir yang terbaik.
Industry
Idola aku sekarang? Bubble Shake ahh weh.
tak sia-sia jadi loyal customer BS masa zaman belajar uni. I believe that what is being accomplished by BS sekarang bukan suatu yang mudah-mudah kalau tak kerana istiqamahnya Deen dalam mengusahakannya. I want to be like him. let alone other business yang dah lama berjaya and sustain dalam industri. mesti lagi power. I will be setting a score goal as per step by step, in shaa Allah.
and haritu short meet up dgn bff zaman tingkatan 3. ada dapat perkahabaran salah sorang kenalan dari waktu itu, pun skrg tgh humbly living a well life because of his business. contoh yang sangat diperlukan! harini orang menyebut nama dia. esok-esok kita pula. in shaa Allah, apalah sangat perniagaan yang baru empat bulan. setahunpun belum capai matang. long and longer way to go. aku cuma kena lebih kuat semangat je.
yes I have my own dream. yang kalau nak dibanding dengan perniagaan yang dikerjakan sekarang memang sangat jauh panggang dari api seperti langit dengan bumi. tapi sebaik-baik cita-cita, tentu yang terbaik adalah yang paling dekat dan mengutamakan keluarga. kalau ada jodoh, nanti Allah permudahkanlah bila-bila tentang urusan nak jadi pereka fesyen muslimah terkenal tu. tidak ke? ahh, semoga sahaja. ada lah nanti laluannya, kalau ada rezeki dan kebaikannya di situ.
Tiap-tiap malam habis meniaga pukul 12pagi siap kemas kedai apa semua. lepas closing gerai, balik rumah aku akan buat closing daily account pulak. yang simple-simple sahaja. rekod sale bersih and kasar and buat pembahagian untuk bayaran-bayaran kos lepas dan modal. begitu. settle tang itu, akan mengadap abah and report sale - postmortem sekali kalau bertuah. heh.
abah kata, "kawan-kawan yang kerja tinggi dengan gaji besar. itu bahagian dan rezeki mereka.
kakak kerja kecil-kecil dan gaji kecil, sebab kitalah pengusahanya. sebab kita yang menggaji bukan yang menerima gaji. kalau nak diikutkan dapatan kasar memang dua tiga kali ganda dari orang lain yang seusia. tapi pecahan kos lepas tu masih banyak. pekerja ada empat orang semuanya. belum masuk sewa tapak yang mencecah hampir 2k setiap bulan. ini pula bahagian rezeki kita. boleh pergi lebih lagi jika berusaha dan bersykur. jadi, jangan rasa rendah diri dan membanding-banding."
and that's how at my lowest point, abah pick me up back to him like picking up a baby whose stumble and fall hard upon.
UNIC - Syamail Muhammadiah
okay. tu je dulu.
and so I rest my case until nest entry.
ada ke yang baca?
mohon untuk turut doakan.
eh, lahu last, UNIC - Atas Nama Cinta (hai Khairul Rizal. aku teringat kau lagu ni. teringat Melaka! persembahan budak-budak lelaki en, lagu ni? hahaha. tapi lirik tu... my sole intention of what was happened on June 2012. haaa pempuan! sokmo ingat mende trivial yang takde orang akan ingat. hahahahahahaha. kk drop dead!)
assalamualaikum :)