Saturday, February 9, 2013

February : #020213

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
Salam Satu Malaysia
Happy Chinese New Year (:

It's 1208 hour right now. Semalam, entry aku siap ditaip pon pada pukul 4 pg. sempat tidur lebih kurang dua jam je. walahhh ~ sementara rasa penat dan rasa nk qadha' tidur semalam tak datang menerjah lagi....
maka aku ambil kesempatan untuk sambung menaip entry yang seterusnya; seperti yang telah dijanjikan.
jyeahhh, true. entry kali ini juga masih berkisarkan tentang February and Me.

Apa yang jadi pada 020213 pulak ye?? hohoho *recallrecall*

Seawal jam lapan pagi, pada hari Sabtu yang indah nan permai... walaupun jasad aku menuntut aku
berguling-guling rehat jeh atas katil dekat dorm, tapi demi nama MPPU yang dah tercalar dek 'kalah tanpa bertanding' semalamnya, maka aku gagahkan jugak diri yang tak berapa perkasa ni untuk ke KDI '13 - Hari kedua bersidang untuk pusingan ke 2,3,4 dan 5.

Pertama kali aku bersidang setelah berzaman meninggalkan debat dalam hidup aku, sumpah aku tersangatamat gabra dan tak konpiden langsung-langsung. Memegang mandat sebagai first speaker, aku rasa macam susah gaban tugas neh. Almaklumlah, aku dapat rasa yang aku akan stammer dalam first fight neh... macam mana aku nak bg hala tuju yang baek utk team aku? walaweehhh ~ dilema sungguh time tu. *hampagasbetoi* *tensiontakbertempat*

Persidangan #1 : Dewan ini menyokong politikus tidak wajar diidolakan (sort of laaa usul dia)
and kami di bhgn pembangkang akn lawan adik-adik form 3. Aku bersyukur sgt sebab tak dapat gov since aku tak rasa aku bole start bercakap dulu sbb aku sgt ZERO!!! but then, seperti yang dah dijangka oleh aku sendiri.... bila sampai turn aku pon, memang aku stammer habis. kesian team aku. Diorang jadi kelabu asap sgt. mana taknya, pembidasan definisi and konsep di pihak kitorang semuanya aku pakat tak sebut *hampagasssbetoi!!* dahlah penghujahan pon tenggelam timbul je. sampaikan adik-adik ne dok cakap yang hujah aku asyik pusing wawasan 2020 tak sudah. eh, yeke? hailaaa ~ malu deyy, yang jadik Tuan Yang Dipertua and judge kitorang pon bukannye aku tak kenal. Amiza, bekas schoolmate aku tuhh. *seganmalubebeh*

:::::::::::::::::::::::::::::
1st speaker : Norfarhatul Eizah Bt Kharunnaim
2nd speaker : Norizuani Nazira Bt Roslan
3rd speaker : Najwa Huda Bt Mohd Shahidin
::::::::::::::::::::::::::::

Tapi tak dinafikan, Alhamdulillah, team mate aku yang lain okay belaka pembidasan dan penghujahan diorang. Bila sampai dekat Najwa, dia gi ranapkan the whole gov tuu.. keyakinan 'akn menang' dah mule bercambah dalam diri aku. Di situ lahh silapnye. Mungkin team mate aku yang lain pon yakin gak yang team ktorg berpotensi menang sbb diorang mmg ok dr segi hujah n debat segala. but then, kitorang kalah dgn margin 1 akhirnye. To be frank, we were a bit shock for sure. Kitorang belajar bahawasanya, setiap opponent adlh hebat dan jgn pndg adikx2 sebelah mata je. instead of confident, tawakal lebih penting untuk dipraktikkan. *winkwink*

okay, turning point neh penting. time rehat before nak tunggu round seterusnya...
aku online mukebuku kejap. and tibe-tibe aku tersempak dengan status neh :


sebagai member yang terlebih rasa caring, aku poin join sekaki lah mengomen dekat status beliau; mintak beliau istighfar bagai. Member aku yang sorang neh memang jenis yang murah dgn senyuman dan jarang hangin dekat orang. Mulia bukan, pekerti syabab ini? hoho. so aku assume yang dia memang tgh marah yg betul-betul time tuh. entah sapelahh yang khianat dy, tertanya-tanya gak aku.
drpd aku tros tertanya-tanya, baek aku tanya dia directly. aku memang dah biasa start conversation dulu dari tunggu dia yang start. almaklumlahh, rapat kan.. *kpoyo.nebongakkkje*

aku tegur dy dekat chat macam biasa. dan dia jawab pon macam biasa. intro dia terlampau biasa smpi membuatkn aku tersedar yg dy tak letak icon pon. dlm hati just terdetik, maybe dia still dlm mood bengang lagi agaknye. belom sempat aku nak tanye ape prob die and sape yang khianat dia... tiba-tiba die dah tanye dulu. 'Eizah, aku ade pecahkan rasie ko tak selama kita kenal ne?' 
dengan konpidennye, aku jawablahh tak. sbb aku memang takde mslh dengan dia. tapi pastuh dia tak reply balek.. ade laaa dlm lime minit gak aku bengap sambil mengadap chat tuh. And baru laa terdetik dalam hati, "eh, status tuu sebenarnye tuju dekat aku ke?" "Damn, apa yang aku dah buad dekat kau? ahhh *recallrecall*" "masa bila aku khianat kau doe? *risaugaban*" "wehh, pahal tak reply? solat ke?" "marah aku ke sebenarnye?" 

and mcm biase lahhh, aku tanye direct ape yang tibe-tibe terdetik dlm kepala aku tuh dekat die. even dia masih online n sign hijau tuu still wujud.... die tetap tak reply mcg-mcg yang aku dah send. ok fine, aku memang terasa sgt. Tgn jadi sejuk beb *taktipuuu*, n jantung aku bersukan doe. Gayanye mcm dah buat marathon je dekat padang mahad tuh. pehhhh.. risau dan tertanya-tanya jadi satu perasaan yang aku sendiri tak tahu nak ckp hape. Mmg air mate je laaa jwb nye. huhuhu.. *k.takmalugingakukatsini* Debat round seterusnya dah nk start lagi brpe minit je. sepatutnye aku cuak tmbh lak sbb dah klh tadi. tapi sebab mende ne, cuak tuu pon hilang entah ke mane dahhh. org kata, aku takyah nak risau n sukk zon (sngka buruk) sgt. entahx2 mende tu utk org sesape entah. hmmphh... aku trime je laa even rse xsedap hati. Apa sbnrnye jadi, aku serahkan je pd DIA. rsenye smlm aku dgn die bru lps sembang-sembang thp mesra alam punye.. knp tibe-tibe aku rse xsedap cmnih? nk tnye dy pon xguna memandangkn dy ignore segala mcg aku. nk contact, aku pulakkk tak bwk hndset.nk cte kt orang n ngadu bagai, kang klw mnde tu xtuju dkt aku, aku pulakkk yg maluu. nk tnggu Isnin? pehhhhh lama tuu..... *sabazah..saba*

so buad mase neh, cite ne KIV utk entry yang seterusnye pulak. huhuhu.. *sigh*

berbalik kepada hal KDI '13. persidangan ketiga, empat dan persidangan kelima (pd malamnye)... kalau nak dipendekkan cerita, Alhamdulillah..... semuanya menang belaka. maybe kerana kuasa tawakal agaknye. heheh. wallahu'alam. Cara aku berdebat, aku rasa masih teruk, tapi team mate aku and dak-dak lain neh kate, alhamdulillah laaaa.... nmpk peningkatannye, walaupon still a bit stammer lagi. "maafkan aku korang kerana ketidakbolehan berdebat dengan cemerlang" Mule-mule Daus komen, hujah tak cukup terang. Pada sidang seterusnya, aku baiki hujah... definisi pulak terkontang-kanting. Pastuh judge suruh baiki pendefinisian pulakkk bagi mantap. Beliau kata aku berdiri kejap sgt; hanya 3 minit over 7. so last sekali mlm tuh... lantaklaa hujah ke pendefinisian ke, yang aku taw... aku goreng jee ayat sampai tujuh minit. sukses jugak akhirnye walaupun terpaksa ckp se-slow siputkhinzir dan stammer bagai. hohohoh. secara keseluruhannya, 

PADA AKU la eh, misi nak membersihkan nama dan maruah MPPU dek kalah tanpa bertanding mule-mule tuu berjaya dilaksanakan. Walau tak sampai ke pusingan suku akhir, tapi team aku neh telah meningkat sangat dr tangga terakhir kpd tngga 20 something and finally mendapat tangga ke 13 overall. Alhamdulillah. Bnyk sgt dah mende yang aku belaja dr KDI '13 ne bersama dengan team ne. walaupun team aku tak berjaya ke suku akhir, tapi team pra-U satu lagi berjaya, even dorang kalah due persidangan terakhir bg pusingan kelayakan. Dah puas berdebat, rasa hampeh dgn junior pon dah ditebus, semangat nak menyokong pulakkk jadi berkobar-kobar XD





February : #010213

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt
Happy Chinese New Year fellas! 


Dah lama aku tidak menghapdet belog ini.
tak pasal-pasal jadi berhabuk belog. hohoho
BTW, what to talk about actually... 
emh, seriously memang takde draft bagai.

Err~ perasan tak, ayat pon dah semacam tunggang-langgang je?
ceit. *memalukan*

Lets talk about February and me.

"Permulaan utk bulan Febuari yang terlebih dramatik kadang-kdg merisaukn jugaks. Hohoho*gelak kave* Semoga manis yg dirasa bkn manis terlebih gula yg bhya. Semoga pahit yg menimpa adlh phit ubat yg mendidik jiwa." 
- AKU

Macam-macam jugak yang terjadi even bulan kedua ini baru je di minggu pertama.

Tentang kehidupan aku di asrama, sememangnya tersangatlah memenatkan. Mungkin sebab seminggu ni aku (dan seluruh warga asrama jugee) sibuk menguruskan dorm sampai tengah malam dek menyambut kedatangan warga SMP Surabaya kott. sekaligus menjadikan classmate aku terbiasa dgn scene aku tidur dalam kelas. Apa boleh buat... aku bukannya sengaja nak menidurkan diri time P&P, tapi mengantuk yang datang, pehhhhh ~ hanya Allah yang tahu dugaannya. ngehngehngeh XD

Cakap pasal kelas bagai dan memandangkan aku dah terselalu tidur dalam kelas segala, memang taklahh aku nak fokus. Bnyk tak bnyk jugaklah yang aku dah tinggal. hmph.. Anyway, aku memang sangat berharap aku mampu kave tajukx2 yang aku dah missed. almaklumlah.... ujian formatif cuma hujung bulan ni jeh. Trial pulak bulan April dan yang lebihh mencuakkan lagi, STPM sem 2 bulan May!!!! tak lama je lagi doe. haila ~ Sila doakan kesejahteraan aku untuk menduduki segala jenis ujian duniawi ini yee! "Rabbi yassir wa laa tu'assir"  PBS aku, syariah ade lah gak nampak batang hidungnye. hohoho. progress yang agak slow *hampeh* tapi lagi teruk Pengajian Am sebab hape pon tak settle lagi. Tajuk semata-mata. Papa Syaha kalau dengar nih, mawnye beliau bantai aku. Ceit!

010213

First of all, MARDHIYAH BT MOHD KHUSAIRI.. I am very sorry dear. waktu kau datang Maahad clash dengan waktu aku outing. I didn't bring my phone and Aman pulakk takde nombor kau, that's why aku tak dpt nk contact and maklumkn pd kau yang aku takde dkt sekolah petang tuh. Seriously I'm guilty, blame me. huhuhu ~ tapi yang pelikajaibnya, time dekat Metro Plaza tuh, even ketentuan tak menemukan aku dengan kau Madi, but I met your mom and sis. A bit shock at first and risau jugak sebenarnyeh. Mana lah taw kot cikgu Midah nak hangguk aku sebab bole outing pulak time anak beliau dtg sekolah utk jumpa aku. Alhamdulillah sgt mende tu tak jadi. Still, aku mmg dah tabur ayt bungex2 time tegur cikgu Midah sbb memang rasa bersalah dgn anknye. Again, sorry. err.. and thanks cikgu Midah, sbb belanja saya bun tuu. ^^

Harituh outing ke pekan Kajang sbb nak pi Cziplee untuk beli barangx2 board MPPU (sbb budakx2 ne dok ngate board tu tak kena lahh hape laaa) BTW, Thanks abah sebab hntr kami outing dan hantar kami ke asrama semulee. jimat duet tambang masing-masing. Suppose petang tuu ada Kejohanan Debat Intrasekolah rupanya. Aku, takkan aku nak burn outing aku pulakkk kan. dah ler kemain susah nk dptkn kebenaran outing bagai. mmg taklah nk ke KDI instead of outing dgn member. Ingatkn budak yg handle mende ne da further kan group debat kitorang ke hari Sabtu... huhuhu ~ kan dah... tak pasal-pasal jadi buah mulut and rekod buruk yang, bahawasnya team debat Pra U telah kalah dgn batch adik tingkatan 2. mane nk letak mukee wokk. n cop, it's not kalah dgn dorg sebenarnye, tapi telah klh tanpa bertanding. sebab selain aku, debaters lain like Najwa Huda dan Norizuani Nazira, depa pon gi outing gak petang tuu. 

The main event of this day was... 
Najwa's Missing In Action.

1.2.13 - Alhamdulillah Allah for such a great day. Full of emotion and joy. Beauty to remember. 

Pada hari ini, kenangan tercipta atas ketentuanNYA. (:

cc Bintun Mohd ShahidinAin ArsyadMak JEmahNur Razan Izzati 
-AKU

Sebaik saje aku balekk dr outing dlm pukul 5 something dan sementara bersiap untuk makan malam asrama untuk sambut besday warga asrama yang lahir pada Jan, Feb and March.... aku dikhabarkn tentang Najwa Huda yang dikatakan tak dijumpai abang and kakak ipar dia time dorg nk hangkut dia pi outing. pelik pulakk aku. sebab dia memang dah konpem nak jumpe sangat si Azam tuh. How can she didn't met him??? and out of sudden, kate Razan pulak.... Najwa ade inform yg dia akan ke kelas utk contact abgnye melalui mukebuku segala. I was like, "lahai, dia pi kelas kah? brader dia jumpe dia tak? dia dkt kelas tuh, taw tak yg brader dy dok cari dia kat sini???? n blax3 ~" dah nak Maghrib time tuh. Bukan takat aku je yang terisaukan Najwa. Ain Pika pon sama and the same goes to her dorm mates yakni Aqilah and Rasyidah Liyana. Kata dorg, lps abag n kakak ipar dia cari dia dkt sekolah, dorg blah without meeting her. Makin kalut hati ktorang. mana taknyeh... kata abang die tak jumpe die which means, die tak outing lahh kan. Tapi dkt asrama pon, mmg tak nmpk batang hidung langsung since kitorg balek lg.

By maghrib, G6 memang dah risau gaban and ambil keputusan untuk cari Najwa Huda dekat kelas Hisyam. Bermaghrib di BP je kott malam tuh. hohoho.. before gerak g kelas, perkara neh dah di-informed pada Hajar sbb dia exco. so papehal, temporarily, harap dia dapat back up lahh kitorang.  meanwhile, time ne dah  ramai gak form 6 puteri yang tahu psl neh. kitorg dok bangkitkn persoalan, spe yg last sekali nmpk najwa, but the answer sgt tak membantu sbb the last one yang nmpk die adlh ktorg (G6) before outing tuh. :-\
Sampai-sampai kelas je... Najwanye takde pon. Dekat IBK pon takde dan di mini library juge kosong.
And damn, this is weird n no joke. "mana lahh najwa neh -,-" Program mkn malam dah in progress time tuh, tapi demi Najwa, dgn slumber land nyeh ktorg dok berlegar-legar di kaki lima sekolah nk cari dia, pikir dia ke mana, pikir cmne nk konpemkan whether Najwa ne dgn abg die ataw pon tak n yadax3.....

Perasaan risau ktorang, Allah je yang lebih mengetahui tntgnye. Sampai nk bergaduh aku dengan Razan dek tekanan, (kononnye) time cari Najwa. Ktorg taktaw status Najwa ne dekat mane sbnrnye. the only way is to contact Najwa. Kalau die dah smpi rmh, suppose dia on handphone dia right? tapi bile ktorg call, tepon dy tutup. Nak konpemkan camner lagi???? ktorg ne masingx2 takde nombor najwa yg lain memandangkn najwa mmg contact kitorg gune phone numb dy satu-satunye. bermulalah pulakk misi nak mendapatkn nombor atau option laen untuk contact Najwa. Wani dok geledah inbox broadband dy utk cari nombor abang Najwa, Laili dah plan nak usya mklumat diri najwa dalam file ahli MPPU thumb drive dy and ktorg pon dah roger miera zukey, kott laa nk pecah msok bilik yg ade rekod disiplin murid bagai semata-mata nk cari nombor flesh blood Najwa. kemain, bukan. 

Lastx2... nombor bapa Najwa Huda berjaya diperoleh daripada TM Izzuddin dan berkat pertolongan daripada Rasyidah Liyana. (trimasx100) Time nehh memang hampir satu batch fom 6 puteri da kepoh pasal Najwa's MIA neh. program pon dah nak start time tu. sementara budak-budak puteri asrama berpusu-pusu bergerak ke dewan, aku, Ain KZ, Razan dan Ain Pika pulakkk melawan arus utk bergerak ke kantin. jyeahhh.... krn kami nak membuat panggilan live dgn abh najwa. Saat ini pon, even to make this one call, berdebat jugak kitorangx2 dengan kemungkinanx2 yang dijangka bakal berlaku dan sebagainye. Hujan yang tibe-tibe turun dgn lebatnye, sungguhlahhh buad keadaan jadi lebih dramatik. *taktipu*
Bila call, ain pika bgtaw laa yg dy ne kawan najwa n dy kte, dy nk bercakap dgn najwa.
Sekali abah dy jwb, 'najwa dekat sekolah, dy tak balek cuti minggu ne' pehhhhh... bulu roma masingx2 yang dengar statement abah dy secara live, automatik gak tros tegak berdiri. meremang beb. Risau memang dah tahap petala ketujuh dah. dan krn merasakn kehilangan najwa (kononnya) mlm tu berhak diketahui oleh abh dy, maka ain pika directly bgtaw yg najwa takde pong. Sudahnye, abah dy pulakkk terkejot. 
conversation tu terhenti jap sbb abah dy nk call abg dy utk konpem kann psl najwa neh.
dgn jantung yang bersukan, debaran akhirnye hilang setelah abh dy call n ckp dekat kitorang yg Najwa ade dgn abg dy. Time tu jugakkk abh dy soh abg dy hntr dy balek ostel. 

kitorg gerak ke dewan lps tuhh. sbb dewan dh penuh, maka kitorg mkn luar jep. majlis pon dah start, maka kitorg involve sekadarnye saje. tak lame pastuh.... najwa muncul dalam keadaan gelabahnye kate warden call abh dy n dy nk jumpe warden. mak aihhh.. pelik pulakk kitorang. maybe abah dy misunderstanding dlm conversation sebelom neh. Then kitorg jumpe abg dy, explain n mintak maaf segala bagai. hohoho.. kesian ~ najwa time tuh baru nak dinner dgn abg n kakak ipar dy. makanan bru sampai beb! tp x pasal-pasal kena balek ostel timex2 tu jugak. huhuhu... nk taw ending di pihak Najwa, in detail tanya dia lah. aku dah penat menaip. 

Konklusinya, tak pasal-pasal malam tuh jadi malam yang sangat bersejarah utk kitorang semua. khususnya G6 dan Najwa Huda sendiri. *winkwink*

THE END

tunggulah pasne aku taip entry untuk 020213, 030213 and 040213 pulakkkk. Yang terbaca entry ini dan jemu membacanye, I am very sorry. Aku enjoy menaip so, tak dpt nk tlg laaa kalau korang bosan membaca. u.u