Today I'm going to make some update for my stpm note's page.
I need to even I don't really want to. Because if I'm not updating, then I'll not going to do any revision. So, that is worst. Right? This is better :-)
I'm going to share note about 'upah'
here we go .....
np Maulaya - Maher Zain *bestbest*
Upah
- Upah Wang
- Pembayaran yang diberikan dalam bentuk wang kpd buruh atas sumbangan mereka dlm proses pengeluaran.
- Upah Bukan Wang
- Pembayaran yang diberikan dlm bentuk perkhidmatan atau barang kepada buruh ats sumbangan mrk dlm proses pengeluaran.
- Upah Benar
- Kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk mendapatan sejumlah barang atau perkhidmatan.
Upah Benar
- Kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk memperoleh/dapatkan sejumlah barang atau perkhidmatan.
- Upah wang mempunyai kaitan dengan perubahan tingkat harga umum.
- Semakin tinggi tingkat harga umum sesuatu barang atau perkhidmatan, semakin merosot nilai upah benar
- Kerana upah benar dipengaruhi perubahan harga umum, maka upah benar dihitung melibatkan indeks harga pengguna (IHP) iaitu IHP0 (Indeks Harga Pengguna tahun sebelumnya) dan IHP1 (Indeks Harga Pengguna Tahun Semasa)
- Formula :
6. Upah benar mempunyai hubugan songsang dengan indeks harga pengguna.
- Apabila indeks harga naik, upah benar turun
- Apabila indeks harga turun, upah benar menaik
- faktor yang membezakan upah mengikut sektor
- faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan
- Secara umumnya upah yang dibayar kpd buruh dlm sektor pembuatan lebih tinggi berbanding upah yg dibayar kpd buruh dlm sektor pertanian. hal ini disebabkan faktor-faktor berikut :-
- Perbezaan daya pengeluaran
- Pengeluaran dlm sektor pembuatan yg lebih cenderung kepada kaedah berintensifkan modal dgn gunakan teknik saintifik dan amalkan pengkhususan menyebabkan daya pengeluarannya adalah sangat tinggi.
- Sebaliknya pengeluaran dlm sektor pertanian yang cenderung menggunakan kaedah intensif buruh serta guna teknik tradisional pula menyebabkan daya pengeluarannya lebih rendah.
- Oleh itu, upah yg dibayar kpd buruh dalam sektor pembuatan kebiasaanya sentiasa lebih tinggi krn daya pengeluarannya yang lebih tinggi.
- Perbezaan Keanjalan permintaan dan penawaran barang
- Dalam sektor pembuatan, barang perkilangan mempunyai permintaan dan penawaran yang lebih anjal berbanding dgn barang pertanian.
- Penawaran yang lebih anjal bermakna, barang keluaran kilang senang ditambah apabila harga naik.
- Permintaan yang lebih anjal pula bermakna, barang perkilangan tak menghadapi perubahan harga yg besar apabila berlaku perubahan dlm penawaran
- Hal ini menunjukkan kestabilan harga barangan kilang. Oleh sebab ini, upah yg dibayar kpd buruh dlm sektor pembuatan adlh lebih tinggi berbanding buruh dlm sektor pertanian.
- Perbezaan keanjalan pendapatan antara sektor
- Pertambahan isi rumah membawa kepada pertambahan permintaan yang lebih besar terhadap barang perkilangan seperti telefon bimbit dan komputer berbanding permintaan terhadap barangan pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Keadaan ini menambahkan keuntungan firma dlm sektor pembuatan dgn kadar yg lebih besar drpd sektor pertanian.
- Oleh itu upah yang dibayar kepada buruh dalam sektor pembuatan sentiasa lebih tinggi berbanding upah kepada buruh dalam sektor pertanian.
- Perbezaan mobiliti buruh antara sektor
- Perbezaan keluaran antara sektor
- Perbezaan Kesatuan sekerja
Faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan
- Upah yang dibayar kepada buruh adalah berbeza mengikut sektor tidak kira dalam sektor pertama, kedua mahupun ketiga. Hal ini dipengaruhi faktor-faktor berikut :-
- Perbezaan sifat pekerjaan
- Buruh yang mempunyai pekerjaan yang mudah dan selamat akan dibayar dengan upah yang lebih rendah berbanding buruh mempunyai jenis pekerjaan sukar dan berbahaya.
- Buruh yang mempunyai jenis pekerjaan memerlukan kebolehan mental (cth doktor) atau kebolehan fizikal (pemain bola sepak professional) yang tinggi dibayar upah yang lebih tinggi.
- Perbezaan jumlah jam bekerja
- Buruh yg dibayar mengikut jumlah jam bekerja atau mengikut jumlah keluaran akan dibayar lebih tinggi sekiranya sanggup bekerja lebih lama/ lebih masa.
- Contohnya:
- Tukang jahit yang sanggup menerima tempahan menjahit baju yang lebih banyak akan mendapat upah yang lebih tinggi.
- Pekerja pusat membeli-belah yang sanggup bekerja ketika cuti umum juga dibayar upah yang lebih tinggi krn sanggup mengobankan masa rehat sempena cuti umum,
- Perbezaan bakat semula jadi/ keanjalan penawaran
- Individu yang mempunyai bakat semula jadi luar biasa (cth pelukis penyanyi dan pelakon popular) merupakan buruh yg penawarannya tak anjal sempurna.
- Buruh yang penawarannya tak anjal sempurna bermakna dia sukar digantikan dan akn menerima upah lebih tinggi berbanding buruh kurang berbakat.
- Perbezaan kos latihan dan taraf pendidikan
- Perbezaan kekanan-an (seniority)/kebolehan
- Perbezaan tanggung jawab
DONE UPDATING! Alhamdulillah. Guys, untuk faktor yang membezakan upah buruh aku letak tiga sahaja out of six factors each. Sorry, masa tak mengizinkan untuk menaip lebih terperinci.
Anyway, there's certain factors and explanation come with the word 'keanjalan' sort of. If ta berapa clear tentang istilah tersebut bolek try rujuk SINI. Agak panjang dan terperinci. I guess, this is the syllabus for matriculation student. Hahah. Tape lahh, In shaa Allah rasanya boleh membantu jugak siked sebanyak :-)
Gnaiddmorning!
Till we meet again in my another notes, In shaa Allah.
Adios
3 comments:
salam..awk ade x nota utk tjuk inflasi tu? lg2 , yg ada gmbr rjh tu..tarikan permintaan , tolakan kos n import..tq
Oh.. blum buat lagi sooner, In shaa Allah akn update on inflasi. Ambil masa siked untuk buat rajah :-) welkam
Email kan not sem 3 kat saya... rfadhlir@gmail.com
Post a Comment