Thursday, January 10, 2019

Masakan Makjah : Flaker Toast

Assalamualaikum, Jum'ah mubarakah gaes...

Just done with my workout session and house chores even before that.
Masa dah senggang macamni barulah boleh nak duduk menaip dan berkongsi resipi sarapan aku pagi tadi. Ceritanya, ingat nak breakfast conrnflakes dengan susu je pagini. Alih-alih, dah dihabiskan rupanya. Maka terpaksa tukar menu berbanding plan awal.

Toast? nama fancy haa. orang melayu panggil roti telur as the menu goes like roti salut telur dan goreng/bakar atas pan je, gitu. Biasanya kalau nak mudah memang buat toast je, sedappun sedap. Kalau aku, buat cicah dengan gula atau madu. Ada orang prefer makan dengan sos-kan.

Tapi itulah, pagi tadi nak ber-toast rasa macam too plain pulak. dah selalupun satu hal. so I make a little twist on the recipe. Because I have cornflakes anyway, sayang pulak disia-siakan semata-mata takde susu.

yang penting, sarapan pagi tadi super easy-peasy to make and sangat-sangat mengenyangkan. Sesuailah if korang jenis nak buat simple common breakfast tapi taknak bosan sangat buat yang sama je hari-hari plus nak cepat kenyang. Highly recommended untuk mak-mak yang nak siapkn bekal makanan sihat untuk anak-anak tapi bahan macam limit je at times and even suitable utk student U jugak rasanya dan orang bujang macam aku, yang nak kerja senang.

{A.K.A} Sarapan Mudah dan Mengenyangkam



so here, the Flaker Toast. Bahan-bahannya :-

1) telur 2 biji (pukul kembang)
2) lada hitam 1 sudu besar (ditumbuk dan gilis halus)
** Selain lada hitam, bahan gantian yang aku rasa ngam jugak adalah hirisan daun bawang (untuk rasa savori)
** Nak tauk serbuk kayu manis (Ceylon) pun aku rasa ngam jugak. cuma the whole dish akan jadi sweet-lah bukan jenis savori which korang perlu gantikan the garam part supaya diletak secubit dua sahaja. Ganti dengan gula teruspun boleh haaa...

3) garam 1 sudu kecil or so
4) Cornflakes ambil segenggam dua - ikut portion kebiasaan makan (tumbuk/blend)
** Takyah tumbuk/blend lumat sangat sampai tekstur tepung tuh. 70-80% hancur just nice dah nak dapat dia punya crunchiness tu.

5) Planta/butter 1 sudu kecil
** substitute utk Planta/butter, bolehlah letak mayonis ke... buttercup ke or susu segar. cembese, sikit je just untuk bagi lemak-lemak.

Cara nak masak dan siapkan :

1) Salut roti dengan telur yang dah dicampur Planta, garam and lada hitam serta dipukul rata.
2)  Dah salut dengan telur betul-betul, kemudian disalut dengan Cornflake hancur pulak. bagi wide spread lah salut tu ya.
3) Api sedang-sedang tau dengan minyak masak sikit (dalam sesudu besar gitu). agak bila minyak dah panas tu letaklah roti tadi dan goreng kaup/balik sampai masak.

and yessss, sesudah tu angkatlah roti dari pan. dan hidangkan!
aku makan dua keping tadi se'eh jugaklah perut dek kekenyangan. Alhamdulillah

No comments: