Hi Assalamualaikum.
Petangni suddenly, I have decided to post an entry tentang resipi makanan. haa ttibberrr, kan? heh
Neither that kind yang fancy-fancy punya menu tu, nor those common menus too. Mine will be resipi masakan yang considerably luar biasa tapi sangatlah tak adaada. yeah, kurang lebih begitulah konsepnya. Practically, what I've cooked at home myself.
[Disclaimer] Sorry that I have no picture of anything to put up together with this posting. So basically cuma patah-patah perkataan sahaja. I will try to do better in the becoming posting, in shaa Allah.
so lets...
Sayur Goreng Butter (my version obviously)
Bahan-bahan yang digunakan (yang ada dalam peti/dapur sis) :
1) Bahan tumis -
- bawang merah sebiji (mayang biasa)
-bawang putih dua ulas (ketuk leper)
-halia (1 cm gitu je, hiris/potong nipis)
2) sayur -
- Epal hijau (potong panjang-panjang)
- Lobak merah (potong bulat/separa bulat, nipis-nipis)
- Broccoli
3) Mentega/Planta
4) Cili padi 3-6 batang (potong kecik-kecik)
5) Ikan Sebelah (sepotong kecil)
6) Susu segar (satu sudu besar)
7) garam (secubit dua)
okay tu saja tang bahan.
step by step pulak nak kabo masak macam mana...
1) Letaklah kuali ke pan ke, atas dapur.. hidupkan api sederhana kecil
2) masukkan 2-3 sudu besar planta (ganti minyak masak) sampai cair belaka and agagak panas.
3) Masukkan bahan tumis dan potongan ikan Sebelah tu. Makesure gaul sikit dengan serbuk kunyit and garam.
** selain dari ikan Sebelah, guna ikan apape yang lainpun ok je rasanya. masukkan isi je tau! ni nak dijadikan sebagai perasa lauk. kalau nak ganti dengan ikan bilis, isi ayam ke udang/udang kecil pun okay. yang penting, elakkan bahan perasan buatan MSG.
** Letak halia seciput tu nak bagi elak hanyir ikan/ayam/udang tu je.
4) masukkan cili padi yang dah potong kecik-kecik tadi
.
5) Dah mula naik bau bahan tumis, bolehlah letak sayur-sayurnya. bagi keutamaan pada sayur yang jenis keras dulu tauk dalam kuali. sebab masaknya kena lama sikit, sampai lembut isi sayur. In my case, broccoli dan lobak merah masuk dulu. epal hijau boleh tunggu dulu dlm dua tiga minit. Katup kuali dengan penutup.
6) Masukkan epal hijau, bukak api besar sikit. tambah lagi dua sudu planta untuk gaul rata dengan sayur-sayur. Bolehlah goreng kilas sambil-sambil tu.
** Nak masukkan sayur-sayur lain pun boleh. the more the merrier, kann. sayur pesen-pesen macam kacang panjang ke, kacang peas ke, bunga kobis or terung macam ngamlah. jangan masukkan ulam raja, bendi or pucuk betik pulak. Sebab rasa mcm tak kena dengan genre. lol.
7) Masukkan susu segar. jangan banyak-banyak kang muak. Ni just nak bagi lemak sikit je and buat tekstur. tabur garam secubit dua and gaul rata sebelum kuali dikatup sekali lagi untuk lebih kurang 5-6 minit nak bagi sayur masak/lembut bebetul.
8) Dah konfiden sayur dah lembut and masak rata belaka... apa lagi, angkat dan hidanglah. Sayur Goreng Butter, siap!
Senang je, serius senang.
[TIPS] Garam secubit dua tu ikut portion lauklah. kalau banyak letak tigapat cubit.
tang nak memperasakan makanan, please guna instinct all out ya. kalau tak konfiden, boleh Bismillah dan selawat dulu then kemudian nyambil memasak, boleh rasa ok tak ok. In shaa Allah kalau bahan tumisan naik bau elok (and tak dan hangit), isi ikan/ayam goreng elok and garam secukup rasa... MSG ain't in need any longer.
SEKIAN.
till the next Masakan Makjah
No comments:
Post a Comment