Assalamualaikum, selamat berhujung minggu!!
Okay, kalini aku nak share resipi masakan sayur. Kalau tengok pada namapun korang boleh agak, kann... memang aku masih stick pada konsep #masakanbiasabiasa #memasakapayangada #resipisenanggila. hahahah. Konsep datang seiring dengan keadaan dapur duh. And likewise, resipi ni resipi yang randomly invented dan sangat spontan. Sebabtu je aku nak kongsi dan panjang-panjangkan. Kalau nak kata lauk lain tu, yang common-common dan biasanya tak banyak versi olahan, tbh mudahnya nak dicapai dalam carian atas talian ni. wahh baku jap.
Okay, okay. Back to the recipe; Saderi Berlada.
Besar kemungkinan memang tak ada beza dengan lauk berlada yang lain.
tapi tak kisahlah kan. Aku rasa belum pernah jumpa lagi lauk ni memana, so aku cerita sini.
Bahan-bahannya :
1) Saderi sebatang (sebab aku masak utk aku sorang je malamtu)
2) bawang merah/besar sebiji (potong bulat ya! bukan mayang biasa)
3) cili padi 7-9biji agaknya tuhari (tumbuk/gilis kasar)
4) Bawang putih dua ulas (ketuk leper)
5) Garam dua tiga cubit
Cara penyediaan :
1) minyak masak letaklah dalam 3-5 sudu besar. biar sampai panas atas kuali
2) Masukkan bawang putih dan bawang merah untuk ditumis.
** Disebabkan bawang dipotong bulat, so masa tumis tu automatik lapisan bawang merah akan tercerai dengan sendirinya. yep, memang itu yang kita mahu. Bawang tu nak dibuat ratah lauk, so memang sesuai jadi panjang-panjang gitu.
3) Masukkan saderi yang dah dipotong bulat.
**potong bulat tu macam potong leperlah, mcm kerepek tuh. Tapi better jangan terlalu nipis. Kang sayur lunyai dalam kuali. gorengkan dengan bawang tadi biar sekata, dalam 5 minit gitu.
4) Cili padi yang dah ditumbuk lumat tadi tambah sedikit dengan 2-3 sudu besar air sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Sesudah tu, masukkan garam secubit dua dan gaul rata. Tinggalkan dalam 7-10 minit supaya cili masak betul dan sebati dengan saderi dan bawang.
5) Rasa luh sekeping saderi tu. agagak cukup pedas dan balance rasa masin, tak perlulah tambah garam dah. agagak tak rasa apa, means tak cukup garamlah tu. Boleh tambah secubit lagi k.
okay done! boleh angkat dan hidang untuk dimakan bersama nasi putih panas. best served dengan ayam goreng atau ikan goreng ya! malamtu aku pekena dengan ikan goreng je.
[TIPS] penting dalam lauk kita supaya ada rasa masin yang balance. and dalam kes lauk ni, aku tak letak gula langsung sebab bawang tu sendiri sifat rasa dia adalah manis. saderipun sama. considerably ada rasa manisnya sendiri yang agak kuat. so tak macam lauk berlada biasa yang aku akan balance-kan dengan gula, yang ni aku cuma perlu pastikan masinnya cukup sahaja.
No comments:
Post a Comment