Fasa 2
Cinta itu harus diberikan kepada
yang paling LAYAK MENERIMAnya,
Diberikan kpd yg pandai MEMBALAS
CINTA,
Cinta itu harus MENYELURUH, IKHLAS
Dan sebaik-baik sasaran cinta adalah
ALLAH SWT
Cuti semester pertama hanya berbaki tiga
hari lagi. Laila mengeluh, hatinya tidak senang apabila terfikirkan
madrasahnya, Madrasatul Hanafi Islamic Private School (MaHIPS).
“Leceh betul lah nanti. Mesti tak
habis-habis diorang nak mentality toture aku. Nak buat apa-apa pun
payah. Aku macam kena guard, full time!” Omel Laila Qaisarah seorang
diri tatkala sedang menilik wajah putihnya di hadapan cermin. Pagi itu,
anginnya tidak baik setelah dimarahi oleh ibunya, Puan Maimun sebaik sahaja dia
menyatakan hasrat untuk bercuti di Melaka bersama dengan Akif.
“Leceh.” Bentak Laila sekali lagi.
“Awak dah hilang akal ke, Ela?” Antara terkejut dan kecewa.
Perasaan Puan Maimun ketika itu bercampur menjadi satu. Runsing jadinya, wanita
pertengahan 40-an itu mengenang sikap anak perempuannya.
“Ela, bukan pergi berdua dengan Akif. Abang dan kakak dia pun
ada sekali lah, mak. Boleh lah mak. Ela dah plan lama dah. Takkan nak cancel
macam tu je. Tempat menginap pun dah booking.”
Laila memberi alasan.
“Awak jangan mak tak tahu. Memanglah abang dan kakak dia pun
ada. Tapi, setahu mak, diorang pun bawa pasangan masing-masing kan? Sebab itu
lah, mak taknak izinkan awak pergi, Ela. Keputusan mak, muktamad.” Puan Maimun
cuba bertegas kerana sudah acap kali beralah dengan anak sulungnya itu.
“Mak, sekali ni je. Tolong lah bagi Ela rasa bahagia. Cuti dah
nak habis lah mak.” Laila masih cuba memujuk.
“Mak tak dapat lah, Ela. Awak pujuk lah macam mana pun, mak
tetap tak izinkan. Kalau awak nak pergi jugak dengan Akif ke Melaka, awak
berdosa dengan mak.” Habis bicaranya, Puan Maimun terus melangkah keluar dari
bilik tidur Laila. Dia sendiri bimbang akan termakan pujukan Laila sekiranya
berada lebih lama lagi di situ. Perangai Laila yang melebihkan Akifuddin Aiman
berbanding dirinya, membuatkan dia makan hati dengan sikap anaknya.
‘Tak pernah kah Ela terfikir bahawa Ela sebenarnya telah
dibahagiakan oleh mak berkali ganda jauh lebih baik daripada Akifuddin?
Tak pernah kah Ela faham perasaan mak yang seringkali dilukai
oleh Ela disebabkan sikap Ela, itu sendiri?
Ela selalu memalukan mak dan ayah seolah-olah kami tidak
mendidik Ela dengan baik. Sedangkan, kami telah beri kasih sayang kami pada Ela
dan didikan yang terbaik untuk mu.
Boleh dikatakan sebulan sekali, sekolah akan panggil mak atau
ayah untuk berbincang mengenai masalah berkenaan sahsiah dan disiplin Ela. Di
mana kami nak sorokkan muka kami.?
Kami ini orang terpelajar yang seharusnya dikenali kerana sikap
terpuji anak-anak. Bukan dikenali kerana sikap buruk anak yang mencoteng arang
ke muka kami.
Apa kebaikan dan kepentingannya, ber’couple’ di mata
Ela, sehingga Ela sanjung hubungan seperti itu?
Pentingkah hubungan Akif dan Ela, walaupun mak sering terluka
dan redha Allah tidak bersamamu?
Ela sudah cukup dewasa. Seharusnya dapat membezakan yang mana
baik dan buruk serta antara yang hak dan batil, halal dan haram sesebuah
perhubungan.’ Puan Maimun menyimpan
berbagai persoalan serta kekecewannya di dalam hati yang rawan. Walaupun tidak
pernah berpuas hati dengan sikap Laila Qaisarah, dia malas untuk berkata-kata
lanjut sehingga menyebabkan pertelagahan antara mereka berdua.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ibu, ayah dan
Wani telah pulang semula ke villa pada petang, hari Jumaat. Syafiq lega melihat
saudara kembarnya itu baik-baik sahaja. Wani tidak banyak bercerita kepadanya
tentang pemeriksaan kesihatan atau penyakit yang dihadapinya. Adik kembarnya
itu lebih banyak berbual kosong dan meminta maaf kepadanya.
“Akak, okay?” Soal Syafiq. Dia yang berbaring di riba adik
kembarnya mendongakkan kepala, memandang Wani.
“Emh, okay.” Jawab Wani pendek. Dia senyum segaris. Dia malas
mahu menceritakan perihal pemeriksaannya semalam.
“Kenapa senyap? Mengelamun ya?” Soal Syafiq sekali lagi. Wani
menggeleng beberapa kali. Dia menampal senyum segaris untuk memuaskan hati
saudara kembarnya itu.
‘Demi abang, terpaksalah akak simpan rahsia ni sorang-sorang..’
Getus Wani dalam hati. Matanya difokuskan pada kaca televisyen, sedangkan
fikirannya mula terbang entah ke mana. Barangkali mengulang tayang sesi
pemeriksaan dengan Doktor Muslih semalam. Drama Jepun; Nodame yang agak humor
itu tidak lagi menarik perhatiannya.
Syafiq ketawa beberapa kali, kelucuan. Namun, dia dapat
mengesan kelainan pada Wani apabila dilihatnya, adik kembarnya itu seperti
termenung jauh.
“Kak,” tegur Syafiq lembut.
“Huh? Apa dia, abang?” Respon Wani mengiakan telahan Syafiq.
Syafiq tersenyum lebar, menampakkan lesung pipit kiri yang sukar ditunjukkan
oleh Ketua Exco Asrama Al-Ikhwan itu. Wani pula menjadi hairan dengan reaksi
abangnya.
“Kenapa bang?” soal Wani sekali lagi. Dia membiarkan sahaja
Syafiq bangkit dan bersandar di sebelahnya.
“Nak ikut abang tak, kita join majlis ilmu dekat tempat
Edy? Masjid As-Solihin, kalau tak silap.” Cadang Syafiq. Dia mengeluarkan
telefon bimbitnya. Menyemak mesej daripada kawannya semalam. Wani ikut
tersenyum. ‘Sebab tu, rupanya. Ingatkan apalah tadi. Senyum sampai ke telinga
tiba-tiba, macam dah buang tebiat.’ Omel Wani dalam hati.
“Wani okay je. Tapi kita kena minta izin dengan ibu dulu.”
“Kenapa pula? Sebelum ni, ibu tak larang pun kalau kita nak
menghadiri majlis ilmu macam ni.”
Wani senyum segaris.
‘Tak prihatin sungguh, abang ni.’ Hati Wani berbisik.
“Abang, Wani kan baru je lepas buat check-up semalam.
For my safety precaution, kita minta izin lah dengan ibu dulu. Kalau ibu risau,
macam mana?” Terang Wani.
Syafiq mengangguk beberapa kali, mengiakan.
‘Tak terfikir pula, aku.’ Getus Syafiq dalam hati.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Akif.. Akif
tepis bahu Amy sebelum dia hamburkan kata yang bukan-bukan pada dia. Itu yang
buat Amy patah hati dan kecewa.” Ruqaiyah mengeluh di hujung bicara.
BUK! Syafiq
menumbuk dinding putih Masjid As-Solihin, padu. Panas hatinya dengan khabar
berita barusan yang disampaikan oleh Ruqaiyah.
Ruqaiyah terdiam. Akhowat yang lain juga perasan dengan bunyi
dentuman itu. Wani mula bimbang, sepertinya, dia dapat mengagak bahawa bunyi
itu disebabkan abang kembarnya.
*****
Seperti yang
dijanjikan pada malam sebelumnya, Syafiq dan Wani telah bergerak ke Masjid
As-Solihin sebelum maghrib untuk menghadiri majlis ilmu pada malam itu. Wani
turut mempelawa beberapa orang sahabatnya untuk turut serta. Dalam banyak
pelawaannya, hanya Aimi yang tidak dapat turut serta. Pelajar lelaki yang
seperti telah berjanji berjumpa malam itu ialah, Farouq, Kamal Adri, Azizi,
Kamarul, Fadhil dan Syafiq sendiri.
Selepas ceramah keagamaan di masjid itu telah selesai,
sekumpulan pelajar keluaran madrasah yang sama itu telah berkumpul dalam ruang
solat untuk membincangkan suatu isu hangat yang sedang melanda madrasah mereka.
Pelajar lelaki di sebelah ruang solat lelaki manakala pelajar
perempuan berada di ruang solat wanita. Mereka dipisahkan oleh tabir di
tengah-tengah antara kumpulan itu. Farouq bertindak sebagai ketua dalam
kumpulan. Mereka berbincang bersama-sama mengenai masalah yang ditimbulkan oleh
Akif dan Laila. Antara mereka yang paling ketara memberi buah fikiran dan
cadangan kebanyakannya merupakan Ahli Majlis Tertinggi Madrasah (AMTM). Wani,
Ruqaiyah, Fatimah Zulfa, Azizi dan Fadhil lebih banyak mendengar dari merespon.
Tidak lama. Tempoh perbincangan mereka khususnya antara, Farouq, Sofia, Syafiq, Kamarul, Kamal Adri dan Wan Syafiqah tidak mengambil masa yang panjang.
Suasana agak senyap sebelum Ruqaiyah mencelah. Dia menceritakan
peristiwa yang telah berlaku antara Aimi , Laila dan Akif, beberapa hari
sebelum cuti semester.
“Fiq.” Tegur
Farouq tegas. Dia pasti akhowat di belakang tabir turut mendengar dentuman
kecil akibat tumbukan Syafiq ketika Ruqaiyah sedang bercerita perihal Aimi
kepada mereka. Kalau tidak, masakan Ruqaiyah berhenti berbicara tiba-tiba
“Anta kena lah kawal emosi tu.” Celah Kamal Adri yang duduk di
sebelah Syafiq. Belakang Syafiq ditepuk beberapa kali, perlahan.
“Istighfar banyak-banyak.” Nasihat Kamal Adri dipersetujui
rakan-rakannya yang lain.
“Ana panas hati dengan sikap Akif tu. Sambil lewa sungguh.”
Syafiq menjawab, perlahan. Jarinya dikepal buku lima.
Ikhwan yang lain mengangguk mengiakan. Mereka juga turut makan
hati dengan sikap Akif yang semakin menjadi-jadi.
‘Kalau
Akif itu di depan mata aku, sudah lumat aku kerjakan.’ Amarah masih menyala
dalam hati Syafiq.