Fasa 3
Agama melarang sesuatu perbuatan
sekiranya perbuatan itu merosakkan jiwa.
Agama tidak menyuruh sekiranya
suruhan itu tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
-Hamka-
Tipu jika dia katakan, dia sekadar marah
dengan tindakan Akif yang biadap menepis bahu Aimi. Unsur peribadi itu tidak
dapat dinafikan. Hati syababnya agak tertarik kepada Nur Iman Aimi sejak kali
pertama dia perasan kehadiran gadis bermata bundar itu ketika dia diterima
masuk ke madrasah setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan
Menengah Rendah; PMR. Dia marah, panas hati dan menahan geram kerana seseorang
yang disukainya dilukai sedemikian rupa
‘Ahhh. Kusut. Jiwang. Malunya aku.’ Hatinya
terdetik, merungut sendiri. Dia menyesal dengan tindakan tidak matangnya ketika
berkumpul dengan beberapa pelajar madrasah malam semalam di Masjid As-Solihin.
Malu kerana sikapnya itu disedari ikhwan yang kebanyakan mereka menghormati dan
menjadikan dirinya contoh ideal selain Farouq dan beberapa lagi orang pelajar
lelaki. Bertambah memalukan apabila tindakannya turut disedari akhowat yang
terlibat pada malam itu.
Runut lagu Kasih Kekasih nyanyian kumpulan
nasyid In-Team berbunyi lagi, memenuhi segenap ruang dalam bilik tidur Syafiq
yang kelihatan luas dicat dengan warna biru langit dan indigo. Syafiq membaca
mesej daripada Farouq beberapa ketika sebelum menampal senyum pada wajah
tampannya. Sahabat sejati punya naluri, a friend in need is a friend indeed.
Sepintas lalu kata-kata hikmat yang pernah diperkatakan Puan Nursyidah, guru
Bahasa Inggerisnya melintas dalam kotak fikiran.
‘Ya sodiqi, nta free tak? Ana ingat
nak belanja nta minum petang J kita jumpa di warung baru buka dekat
Simpang Lima. Boleh pekena mi bandung sekali J Kita berdua je.’
Syafiq memandang jam Nike pada perglangan
tangannya. Jarum pendeknya sudah menginjak ke angka 4 manakala jarum panjang
pada angka 6. Syafiq mula bangkit dari kerusi di beranda, bersiap-siap untuk
keluar.
Syafiq mengangkat tangan sebaik terpandang
susuk tubuh Farouq yang berpakaian T-shirt dan track bottom di warung yang
popular kerana keenakan mi bandungnya. Kecur pula air liurnya, terbayangkan
keenakan mi bandung tersebut.
“Assalamualaikum.” Huluran salam Farouq
bersambut setelah dirinya dipersilakan duduk semeja.
“Anta dari mana ni, Farouq?” Farouq
tersenyum manis. Dia dapat mengagak pertanyaan itu disebabkan pemakaiannya yang
sedikit berbeza.
“Ana baru habis main tenis dengan Kak Nur.”
Senyum yang tertampal masih belum sirna dari wajah Farouq. Barangkali kerana
momen bermain tenis bersama kakak angkatnya itu mempunyai makna yang tersendiri
terhadap dirinya.
Seorang pelayan wanita mendatangi mereka
berdua, mengambil pesanan dua mangkuk mi bandung berserta segelas teh O ais dan
segelas milo ais, sebelum dia beredar dari meja mereka.
“Anta ni, ana tengok, bahagia semacam bila
sentuh perihal Kak Nur. Ada apa-apa ke?” Seloroh
Syafiq, sengaja mengusik. Kak
Nur merupakan kakak angkat Faroq Faqihin sejak dia berumur setahun lagi.
Beza umur antara kedua mereka hanya lah
dua tahun. Berdasarkan makluman yang pernah diberitahu Farouq, Kak Nur kini
sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Seremban dalam
jurusan kedoktoran.
“Ada pula bahagia semacam? Anta sengaja nak
sakat ana. Bukan anta tak tahu Kak Nur tu dah macam kakak kandung ana sendiri.
Dia dah ada calon, tahu. Merepek saja anta ni. Ana panggil anta kerana nak duduk
berborak tentang anta, bukannya ana.” Ada tawa kecil pada permulaan bicara
Farouq. Lucu memikirkan sangkaan yang sengaja dibuat-buat oleh teman
sepermainannya itu. Syafiq diam. Kekusutan yang sarat menimpa benaknya kembali
menganggu.
“Kenapa boleh jadi macam tu, malam semalam?”
Soal Farouq terus terang melihatkan Syafiq sekadar mendiamkan diri.
“Wallahu’alam. Ana pun tak pasti. Teruk
sangat kah?” Syafiq menyoal, bertanyakan pandangan Farouq yang dirasakannya
lebih matang dalam berfikir.
“Tak adalah melampau sangat. Cuma mereka
semua agak terkejut. Ana rasa lah.”
“Anta tak terkejut pula?”
Farouq tergelak kecil.
“Ana tahu, anta ada hati dengan Nur Iman
Aimi.”
Syafiq diam. Sahabatnya tahu kerana dia
pernah bercerita kepada sahabatnya itu perihal perasaannya.
Dia menyukai Nur Iman Aimi kerana kecantikan
akhlaknya serta ketegasan setiausaha BaDA tersebut. Aimi ada keistimewaannya
yang tersendiri sehingga mampu membuatkan dia jatuh hati walaupun mereka tidak
pernah berbual mesra, tidak pernah duduk bersembang bersama, tidak berhubung di
face book, twitter atau telefon serta ber-sms berjam-jam lamanya
dan jauh sekali menyentuh Aimi yang bukan mahramnya itu. Syafiq tetap menyukai
Nur Iman Aimi. Fakta ringkas itu hanya diketahui Farouq dan Wani sahaja.
“My bad. Ana tak dapat control rasa
bengang ana bila ana dengar yang Akif buat macam tu dekat Aimi, masa tu.”
Terang Syafiq.
Dia ikut Farouq menikmati pesanan yang
barusan sampai ke meja mereka.
“Ana rasa, kalau Akif buat perkara yang sama
pada mana-mana akhowat lain pun, ana mungkin akan memberi reaksi yang sama.”
Syafiq menambah.
“Mungkin. Mungkin juga anta sekadar marah
dan takkan tertumbuk dinding Masjid As-Solihin kelmarin.” Perkataan ‘ter’
ditekankan. Farouq Faqihin sekadar mengusik.
“Ana risau juga. Kalau boleh tak mahu lagi
perkara yang sama berulang lagi. Ana tak mahu zahirkan perasaan yang tak pasti
ni, depan orang lain. Segan lah Farouq.” Syafiq berterus-terang.
“Tak apa lah. Bab-bab perasaan ni bukannya
senang nak kawal. Perasaan ini fitrah. Anta kena pandai peliharanya. Asalkan
anta sedar keterlanjuran anta dan ada inisiatif untuk berubah atau maintain
dengan kebaikan yang anta sentiasa tunjukkan. Itu pun dah memadai, InsyaAllah.”
Balas Farouq kembali. Dia mengangkat kening melihat Syafiq di hadapan yang mula
tersengih-sengih sendiri.
“Anta gelakkan ana? Ana cakap betul lah.”
Tukas Farouq, tidak bersetuju dengan respon sahabatnya itu.
“Perkataan keterlanjuran tu buat ana geli
hati. Anta ni, macam dah tak ada vocab yang sesuai je untuk digunakan.
Yang kedua, ana tengok cara anta bercakap ni mengalahkan orang yang merasa
perasaan gini. Anta ada pengalaman ke, Farouq?.” Syafiq menyakat sahabat yang
telah lama dikenalinya itu. Kekusutannya semakin berkurangan. Dia melafazkan
hamdalah dalam hati.
“Entah apa-apa betul, anta ni. Ana rasa okey
je.” Farouq membalas pendek, malas melayan loyar buruk Syafiq. Farouq
menampakkan senyum segaris mendengar andaian Syafiq sebentar tadi.
Dia lega kerana sahabatnya itu tidak terlalu
memikirkan perihal kertelanjuran yang dilakukan.
‘Kertelanjuran.’
‘Apa yang tak kena dengan word ni?’
Persoalan yang remeh dan tidak penting itu
dipadamkan dari kotak fikirannya. Farouq memilih untuk menikmati mi bandung
yang sedia terhidang. Sedap.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hari itu hari pertama persekolahan setelah pelajar-pelajar
madrasah diberi cuti semester pertama selama lebih tiga minggu.
Sejak beberapa
hari sebelum persekolahan bermula, Encik Fariz dan Puan Rafidah telah membuat
keputusan bahawa anak perempuan mereka, Hawa Hanani akan berulang alik ke
sekolah dan menetap di rumah atas faktor-faktor kesihatan. Sebagai anak, Syafiq
dan Wani sekadar bersetuju dengan keputusan kedua orang tua mereka.
“Hari ini,
tempat duduk kamu semua akan dirombak. Sebagai guru tingkatan kamu, saya tidak
mahu mendengar sebarang bantahan daripada kamu semua. Sebarang masalah, boleh
datang jumpa saya. InsyaAllah saya akan pertimbangkan. “ Kelas masa kedua pada hari pertama
persekolahan hari itu bukan sahaja menghampakan Akif dan Laila yang duduk
berdekatan antara satu sama lain namun turut mengundang keluhan beberapa
pelajar lain. Masing-masing mula menunjukkan wajah kelat terhadap Akif dan
Laila. Apabila Puan Nazrina membuat keputusan, sememangnya keputusan itu sukar
diubah. Kelas 5 Ibnu Khaldun suram pada pagi Isnin itu.
Masa yang
diambil untuk merombak kedudukan keseluruhan isi kelas aliran sastera sekadar
memakan masa lebih kurang lima belas minit. Watak utamanya, Akif mendapat
tempat duduk di sebelah tingkap, bersebelahan dengan Jayjay manakala heroin
kelas tersebut mendapat tempat di tengah-tengah kelas. Ketara. Wajah Laila
Qaisarah masam mencuka. Dia menyumpah seranah hari Isnin itu tidak henti-henti.
Rimas. ‘Taknak sekolah.’ Fikirannya mula mengakses idea yang bukan-bukan.
“Ustazah
Nazrina, saya ada masalah dengan tempat duduk baru saya.” Wani memberanikan
diri ke hadapan kelas dan mengemukakan masalahnya kepada Puan Nazrina yang
terkenal dengan ketegasan beliau sebagai muallimat biro disiplin di madrasah
tersebut. Puan Nazrina mencerunkan pandangannya memandang susuk tubuh Wani.
Kaca matanya terlurut ke bawah pangkal hidung.
“Apa masalah awak Hawa?” Soal beliau.
“Saya minta maaf ustazah. Saya tak selesa dengan tempat duduk
baru saya. Bila duduk di bawah kipas, saya start migrain. Sebab saya tak
tahan sejuk pagi-pagi begini, agaknya.” Terang Wani, satu persatu dengan
terperinci dan cermat.
Puan Nazrina terdiam. Beliau berfikir beberapa ketika sebelum
memulakan bicara, memberikan keputusannya.
“Baiklah. Untuk mengelakkan risiko, saya akan tukarkan tempat
duduk awak.” Beliau bangkit dari duduk di meja guru Kelas 5 Ibnu Khaldun.
Matanya meliar ke setiap koordinat kelas yang telah dirombak, kedudukan
pelajar-pelajarnya.
“Awak duduk di sebelah Laila ya, Hawa? Tempat tu nampak sesuai
memandangkan kedudukannya yang jauh dari kipas dan berada di tengah-tengah
kelas. Mungkin akan membantu awak untuk lebih fokus bila belajar nanti.” Wani
menurut. Dia berpindah ke tempat duduk bersebelahan dengan Laila Qaisarah yang
memandangnya tidak beriak. Masing-masing diam. Kelas 5 Ibnu Khaldun memulakan
sesi pembelajaran subjek Sejarah mereka setelah keadaan dalam kelas terkawal
dan tampak lebih tersusun berbanding susunan asal. Puan Nazrina berpuas hati.
Seluruh isi kelas menyepi diri, fokus pada Bab 3, subjek Sejarah dalam sukatan
pelajaran bagi pelajar tingkatan lima.