Assalamualaikum. selamat malam.
Kalau ikutkan hati dan perasaan, memang takde idea yang proper nak cakap tentang apa.
Sebab dlm kepala ne semuanya jadi bercampur. Banyak sangat cerita.
Kalau dipendam buat sesak dada sakit kepala, bila dicerita orang tak suka dan ngate yang aku ne mudah dibaca. Hmmm.. acano tuh? ahahah.. tak kesah lah yang mana pun.
Kalau aku betul mudah dibaca, tak apalah. Aku memilih utk jadi begitu, nak wat cane.
Semudah mana pun nak baca aku yang kononnye obvious sangat meluah perasaan ne..
aku yakin yang kenal diri ini lebih baik dari semua orang ialah diri aku sendiri. Wafa yang cakap camtuh kat aku. *smile*
Cakap pasal bff aku yang sorang ne, semalam beliau da fly ke Jordan. Sesungguhnya aku cemburu dan dalam masa yang sama sedih bohhh tak dapat hantar dia dekat KLIA. Apa pun, doa aku selalu bersama dia. In shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan, selamat sampai, selamat segala sesi menuntut ilmunya dan akhirnya selamat pulang dan memberi manfaat kpd orang lain dgn ilmunyee. Wafa da jauhh dengan aku. Wuwuuwww ~~~ nanti bila dia dah jumpa ramai member baru yang dah tentunya jaaaaauh lebih baik daripada aku dlm macam-macam aspek, harap beliau ingat ler kat aku lagi. Muah, muahh. Sayang kau Nor Wafa Mohd Fauzi. *romantikk lak akuh*
Tepat sekarang pukul 12:34 tgh malam. Baru habis tgk movie korea Hello Little Brother. Umi suruh tidur pukul 12. Nampaknya aku yang degil ini dah sewenang-wenangnya tak mendengar kata. *dush dush*
Bila cerita dah habis, air mata pun dah kering dek kisah sedih ne... barulah sedar dan terase betapa sebenarnya aku elaparan dan tak makan lagi. Adehhh. ne kalau umi taw pon naya gak. hmph..
Dalam due minggu ne memang menangis je lah kerja aku. Terase macam useless menangis disebabkn masalah sndiri, maka aku cari alternatif laen utk menangis iaitu melalui movie-movie korea yang sedih. Bila difikir-fikirkan balik, betul fakta bhw ubat terbaik sebenarnya ketawa krn scr psikologinya ketawa tu boleh jadi pemangkin semangat secara tak langsung. Bila menangis ne lahaiiii... bukan takat mata sembab, muke mcm hilang arah tujuan, kepala pun sakit dan mata pedih. Aku harap penyakit cengeng kaw-kaw aku neh tak lama. Cukuplah seminggu ne. Itu pon maybe sebab aku di bawah pengaruh keadaan biologi yang tak brp nak stabil.Thats why emosi cam hampagas yang teramat sangat. Movie yang aku dah tengok, Miracle in Cell NO.7, Miracle of Giving Fool, Harmoy dan yang last neh Hello Little Brother tuu. semua cerita daebak! semua cerita buat aku menangis n jadi cengeng kaw-kaw punyee.
Sepanjang emosi aku cam hampagass neh, serius lah dekat rumah aku tak study satu hape pon. Waktu makan pon jadi tak menentu. *tembak diri sendiri* aku rasa aku mengada-ngada gile dengan tabiat-tabiat baru yang gaya macam nak cari naya kt diri sendiri neh. Hmmm.. entahlah.
Banyak mnde yang disedihkan. Banyak mnde yang terduga. Bnyk kehilangan rasanya.
Allahu laa syarikalah. Abah kata bila sedih sebut tu selalu. Sungguhlah bila disebut, aku jadi makin sedih. Sedih sangat sbb dr maknanya kita tahu utk hilangkan sedih tu adlh dengan lafaz 'Allah dan takde sekutu bagiNYA' bila difikir dgn lebih dalam aku rasa macam...
'knp perlu sedih Zah? Kau ucapkn lafaz tak mensyirikkan Allah tp kau ttp sedih ats apa yang ditimpakanNYA kpd kau. sedangkan apa yang tgh buat kau sedih ne, sumenye dlm perancangan dan aturanNYA. Allah tahu je segalanya. malahan Allah tahu sejak mula. knp perlu sedih klw betul yakin sume mnde ne mmg dah ad dlm perancangan. knp sedih bile sbnrnye kau tahu setiap yg berlaku ad hikmahnya? Knp sedih sedangkan ap yang berlaku sekarang adlh perancanganNYA dr mula. klw terasa susah, sah lah itu ujian. Sesungguhnya Allah takkan timpakan ats hambaNYA ujian yg tak mampu ditanggungnya. Ketahuilah bhw bg setiap kesulitan, Allah dah sediakan jalan keluar. dan tidaklah ujian yg ditimpakan itu melainkan utk meningkatkan darjat keimanan hmba terhadap Tuhannya. Kau bukan tak belajar semua mnde ne Eizah. Tapi kau kalah dengan emosi. Kau kalah dgn semua bnde sbnrnya. kau kalah dengan kenangan lama, kau kalah dengan tanggapan dn persepsi orang. Hailahhh.. such a looser pulakk rasanye kannn...'
'time kau tengah baik dan bersuke ria berjanji jadi member die dan nk saling bersama utk susah senang, Allah dah tahu sejak mula bhw pd msa akn dtg (yakni watu skrg) kau dgn dia akn berenggang serta akn ada jurang antara korg. mungkin sebenarnya membawa jurang ne bawa seribu satu manfaat dn kebaikan yg kau tak tahu Zah. Tapi Allah tahu sejak mule. Ini perancangan Allah. Kau nak sedih hape?? Kau takkan sedih kalau kau tak putus harapan pd Allah. Kan Allah yang membolak-bailkkan hati manusia. Kalau kau harapkn Allah, tntu kau akn berdoa dn scr tak langsung kau jd semakin kuat sbb kena belajar erti sabar. '
'Time kau baru dapat tahu yang mamat tu suke kau macam kau suke die. Time kau baru nak saling suka sama suke. Allah terlebih dahulu dah tahu bhw pd beberapa bulan seterusnya yakni masa ini, kau dn dia takkan bertegur sapa. Allah lebih dulu tahu yang kau dgn dia pd masa ini akan bersetuju utk saling tak berhubung demi menjaga hubungan yang boleh jadi melampaui batas neh. Semuanya dlm pengetahuan Allah yang Maha Luas Pengetahuannya. DIA mengetahui apa yang sebelumnya, yang sedang terjadi dan perkara pada masa akan datang. Allah maha Mengetahui apa yang terzahir dan yang tersembunyi. Come on lah eizah, kata yakin dan percaya.. klw ada jodoh tak kemana. Tp sekarang, serba-serbi cengeng krn perasaan kau terhadap seorang lelaki. Syelepuihhh la weh'
Okay.. cam hape pulakk. Tibe-tibe ada monolog dalaman aku, leuls.
Aku, otak tengah serabai. Mengantuk dan pening kepala,
Maaf entri kalini sangat nmpknya mcm xmmberi manfaat kpd org lain.
aku hapdet sbb Yonn mintak aku hapdet. tu jeh.
Assalamualaikum. *mengantukkkk*