Hai. Assalamualikum
Salam 2 Ramadhan.
Pre P.S. Aku baru sudah buat dadih bandung ni haa. Thou, tak confident akan helok ka dak sbb ada ubah sukatan la apa. So kalau jadi, boleh up untuk posting next sharing #masakanmakjah.
Nevertheless, right now nak share pasal masakan buka puasa semalam. Simple sajoo, buat Sambal Terung.
Ok, letsss. Bahan-bahannya..
- terung 3-4 biji. (aku pakai yang kecik. And masak untuk 4 orang. So that's that)
- kunyit secubit dua (untuk gaul pada terung)
- cili bo. (dalam 2-3 senduk bulat)
- bawang dipotong bulat ½-1 biji
- bawang putih 2-3 ulas (ketuk leper)
- halia 2 rincih (nipis sahaja, panjang dlm 1")
- air kosong (masak ke tak, tak kisahlah)
- garam (most probably) ½ sudu teh
- gula 3-3½ sudu makan.
Cara-cara memasaknya :-
1. Terung potong ikut saiz makan. Mula² belah menegak dari tangkai ke bawah. Then potong serong. Tangkai buanglah. Bilas bersih terungnya then gaul rata dengan secubit kunyit dan garam.
2. Goreng terung tadi sampai masak ya. Boleh goreng dip fry. Tp pakai minyak takyah banyak sangatpun ok je. Boleh goreng jenis kaup balik. Ketepikan, buat sambal pulak.
3. Baki minyak yang goreng terung tadi, supposedly kalau sukat tu adalah 1-2 senduk banyaknya. Masukkan bahan tumisan, bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sampai betul² naik bau. Bawang potong bulat kan, so make sure setiap lapis bawang tu terlerai satu-satu.
4. Masukkan cili bo. Masak dalam 5-7 minit sebelum masukkan air 1/4 cawan. Ulang dalam 3-4 kali untuk 30-45minit memasak sambal.
5. Selepas cawan air yang kedua terakhir atau yang terakhir, bolehlah letak garam dan gula berturutan.
6. Korang akan perasan sifat sambal tu, dari merah terang, dah ke.merah gelap dan berkilat sikit sebab dah pecah minyak elok. That is nice. Masukkan terung goreng tadi. Biar kejap dal 5-7minit dalam sambal.
7. Angkat dan hidang.
Tips.
Lauk sambal sayur ni, ngam kalau makan dengan ikan goreng. Bagi akulah. BTW, resipi sambal kalini lain sikit je dari yg sebelumni (dalam Sikmok Jah) sebab kitorang kehabisan bawang ya anak-anak. So, bawang limited to sebiji per lauk. Kalau tak ak dah blend bnyk-bnyk, buat pesen sambal haritu. Nvm. Lauk laku, boss kata sedap. LOL
P.s. Semalam umi masak, ikan masak lemak cili api. Aku masak sambal terung and jemput kentang. Soooo... Kalau rajin, nanti boleh share hat jemput pulak. Jgn high expectation, sebab tak fancy langsung!! Hahah.
Tuesday, May 7, 2019
Thursday, May 2, 2019
Masakan Makjah : Nasi Lemak Mudah & Sedap
Alangkan tengah tunggu buka puasa, aku taip balik apa yang dimasak semalam sambil terliur sorang-sorang.
Pre ps - Aku masak ni untuk 8 orang makan (8pax) dan bahan-bahan masakannya yang asas dan ringkas sahaja. Macam sambal tu, mungkin lagi sedapdapdap kalau dibual sambal bilis. Ada yang pesen tambah Aji dsb. Tapi sebab abah berpantang dari ikan bilis dan especially bahan perasa buatan (gout kan) so, ini sejenis sambal yang mesra-abah aku. Hiks.
So lets. Resipi Sikmok Jah
(read: nasi lemak)
Bahan-bahan nasi :-
- beras 5 ½ cawan
- santan 7 cawan
- daun pandan 3 jalur
- halia 3-4 hirisan nipis
- garam secubit rasa
- minyak masak secubit dua
- beras 5 ½ cawan
- santan 7 cawan
- daun pandan 3 jalur
- halia 3-4 hirisan nipis
- garam secubit rasa
- minyak masak secubit dua
Sambal :-
- bawang besar 4biji
- bawang putih 5-6 ulas
- cili boh ½ paket
- gula 4-5 sudu besar
- garam 1 sudu teh
- halia ½-1inci (3-4 rincih)
- bawang besar 4biji
- bawang putih 5-6 ulas
- cili boh ½ paket
- gula 4-5 sudu besar
- garam 1 sudu teh
- halia ½-1inci (3-4 rincih)
Tanak nasi (guna Noxa cooker)
• masukkan beras 5½ cawan
• masukkan santan/perahan dari kelapa 1½ cawan lebih dari sukatan beras. Which is 7 cawanlah.
• 3 jalur daun pandan disimpulkan, dicampak mesra ke dalam periuk (LOL)
• Campakkam sekali 2-3 rincih halia ½cm - means, masukkan sikit je bagi tambah aroma.
• Titiskan minyak masak 1-2 kali supaya nasi tak melekat dan dimasak cantik.
• Set high pressure 13 minute, lepas dah siap boleh keep warm sehingga sedia untuk hidang.
• masukkan beras 5½ cawan
• masukkan santan/perahan dari kelapa 1½ cawan lebih dari sukatan beras. Which is 7 cawanlah.
• 3 jalur daun pandan disimpulkan, dicampak mesra ke dalam periuk (LOL)
• Campakkam sekali 2-3 rincih halia ½cm - means, masukkan sikit je bagi tambah aroma.
• Titiskan minyak masak 1-2 kali supaya nasi tak melekat dan dimasak cantik.
• Set high pressure 13 minute, lepas dah siap boleh keep warm sehingga sedia untuk hidang.
Masak sambal.
• 3½ biji bawang besar, dimayang biasa dan 4 ulas bawang putih ditumbuk kemudian semuanya di-kisar. Boh air ya, nak kisar halus tu. Tak halus manalah, sedang-sedang je untuk tekstur sambal yang elok. Asing tepi jap.
• Baki lagi setengah biji bawang besar dipotong bulat manakala baki 2 ulas bawang putih diketuk sekali dua bagi merekah.
• Buka api, masukkan minyak masak dalam 1 senduk dan panaskan minyak. Agak-agak minyak dah panas, setkan api sederhana.
• Mulakan dengan masukkan bawang putih yang dah dikisar dan baki bawang putih yang diketuk dulu. Biar dalam 10-15 saat shj berselang sebelum masukkan bawang besar yang dikisar dan yang telah dipotong bulat.
• Akhir sekali untuk tumisan, masukkan hirisan halia.
• Kacau-kacaukan tumisan setiap 5-7minit untuk dua ketiga kali. Nak confident, biar sampai bau dah semerbak. In shaa Allah tandanya bawang ditumis dgn baik.
• Masukkan setengah paket cili boh (kalau pakai cili kering, prosedur lain pulak ya) dan masakkan untuk 10-15 minit. Kacau balikkan sambal tu supaya tak kering atau hangit bawah.
• Masukkan air tapis/air masak setengah cawan, kacau balikkan sekali lg sekejap dan biar masak dalam 10-15 minit atau sampai nampak menggelegak. Buat dua kali. Perlahankan api
• Kacau sambal untuk elakkan kering/hangit. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biar cili masak lagi. Kacau balikkan dua tiga kali dalam tempoh 30 minit.
• Tambah air ¼ cawan yang terakhir biar masak dalam 15minit. Siap dan boleh dihidang.
• 3½ biji bawang besar, dimayang biasa dan 4 ulas bawang putih ditumbuk kemudian semuanya di-kisar. Boh air ya, nak kisar halus tu. Tak halus manalah, sedang-sedang je untuk tekstur sambal yang elok. Asing tepi jap.
• Baki lagi setengah biji bawang besar dipotong bulat manakala baki 2 ulas bawang putih diketuk sekali dua bagi merekah.
• Buka api, masukkan minyak masak dalam 1 senduk dan panaskan minyak. Agak-agak minyak dah panas, setkan api sederhana.
• Mulakan dengan masukkan bawang putih yang dah dikisar dan baki bawang putih yang diketuk dulu. Biar dalam 10-15 saat shj berselang sebelum masukkan bawang besar yang dikisar dan yang telah dipotong bulat.
• Akhir sekali untuk tumisan, masukkan hirisan halia.
• Kacau-kacaukan tumisan setiap 5-7minit untuk dua ketiga kali. Nak confident, biar sampai bau dah semerbak. In shaa Allah tandanya bawang ditumis dgn baik.
• Masukkan setengah paket cili boh (kalau pakai cili kering, prosedur lain pulak ya) dan masakkan untuk 10-15 minit. Kacau balikkan sambal tu supaya tak kering atau hangit bawah.
• Masukkan air tapis/air masak setengah cawan, kacau balikkan sekali lg sekejap dan biar masak dalam 10-15 minit atau sampai nampak menggelegak. Buat dua kali. Perlahankan api
• Kacau sambal untuk elakkan kering/hangit. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biar cili masak lagi. Kacau balikkan dua tiga kali dalam tempoh 30 minit.
• Tambah air ¼ cawan yang terakhir biar masak dalam 15minit. Siap dan boleh dihidang.
Tips untuk sambal :
× Kunci rasa sambal adalah pada gula dan garam. Perlu gula yang banyak untuk counter rasa pedas, tetapi perlu nisbah garam yang sesuai jugak supaya sambal tidak terlebih manis semata-mata.
× Proses meletak air dan biar menggelegak berkali-kali penting untuk pastikan rasa cili tu pedas yang sedap (instead of pedas mati or pedas buta) sebab cili dah betul-betul masak, sebati dengan tumisan dan pecah minyak. Dari merah terang sampai merah gelap biasanya warnanya.
× Kunci rasa sambal adalah pada gula dan garam. Perlu gula yang banyak untuk counter rasa pedas, tetapi perlu nisbah garam yang sesuai jugak supaya sambal tidak terlebih manis semata-mata.
× Proses meletak air dan biar menggelegak berkali-kali penting untuk pastikan rasa cili tu pedas yang sedap (instead of pedas mati or pedas buta) sebab cili dah betul-betul masak, sebati dengan tumisan dan pecah minyak. Dari merah terang sampai merah gelap biasanya warnanya.
Cadangan untuk lauk “add-on” :
× Ayam goreng tepung / Ayam goreng biasa
× telur rebus goreng / telur mata
× Bilis dan kacang goreng
× Mentimun
× Ayam goreng tepung / Ayam goreng biasa
× telur rebus goreng / telur mata
× Bilis dan kacang goreng
× Mentimun
P.s. Alhamdulillah first try, kena dengan tekak orang yang dijamu. Terlepaslah dari jatuh air muka. Fuh. Oh, kecuali Aiman. Ahahahah. Takpelah, asalkan menang majoriti. Anyway guys, segala angka dalam pos ni tak bersifat tepat (accurate) melainkan bersifat agak-agak dan anggaran (approximately) semata. The best lead is to follow guts and instinct. Guna lidahlah untuk merasa (tapi aku jenis tak rasa makanan yang aku masak, melainkan lepas dia siap). So yeah. Ikutlah masing-masing.
Masyeh. Assalamualaikum wbt.
Monday, April 15, 2019
Pre-Ramadhan
Hai assalamualaikum. Morning people!
**iklan jap. Aku tengah dengar short cover Donde (Islamik version) by Naufalisa, first lyric je dah buat aku sangkut and so the content of the whole cover. (problem dia cuma, tak cukup je. ugh too short heh)
So yeah peeps, I was having a thought just now about Ramadhan. This very awaited month is getting close and closer to us, muslims and just by thinking itself, it gives me overwhelmed feelings. It's thrilling (I don't know if I describe it accurately or not hahah), nerve wrecking and exciting all at the same time. It is, first because (like any other else I am sure) I have been waiting for the very moment to come. Every year, there's a strong uncertainty of whether one can welcome Ramadhan or not. So being alive somehow trick my mind on being chose upon; to experience Ramadhan (in shaa Allah. Saying this in general thou, sbb Ramadhan berbaki seminggu dua lagi and I have no idea tentang ajal maut diri sendiri. Regardless, Allahumman ballighna fi Ramadhan :) Secondly, it is that nerve wrecking, because it concerns me; whether I am about to screwed up the becoming Ramadhan or will I be able to perform any better compared to the previous one or will I just let this month slip and slide away without nothing much of both good or bad. Such thinking exist duh, tu yang bawak kepada nervous. I don't know of everyone else, anyway. As much as I am well aware on what comes along with a Ramadhan, I pray that as to me and all others... semoga kita semua berjaya untuk sustain ourselves, giving the best effort and be all out untuk tidak mensia-siakannya. I feel the need to fll any vacant in my heart with blessings and so on, but none is to fill me in if I am not going to fill my Ramadhan with what I have to. That's the concept. Memenuhi Ramadhan nanti dengan apa yang berhak baginya dan semoga kemudian hati sendiri terisi dengan kekuatan rohani dan segala macam lagi keperluan yang berhak ke atasnya (nak jadi a better muslim everyday punya pasal) sebagai natijah dari kedatangan Ramadhan.
Bulan Ramadhan ni macam hentian rawat dan rehat (R&R). Dekat sinilah nak isi minyak kenderaan (untuk sambung perjalanan), revive tenaga with cookies and coffee, resting from a tiring drive etc. Dan kalau dalam konteks Ramadhan untuk kehidupan, masa inilah untuk collect rahmat dan keampunan untuk revive balik diri sendiri dari hasil amal kita pada waktu yang sebelum-sebelumnya. Yang mana dosa, semoga dengan Ramadhan ini (malahan) memberi peluang agar taubat kita diterima dan yang mana amalan-amalan kebaikan dan kebajikan semoga beroleh lebih dari pahala, lebih-lebih lagi barakah dan mardhatillah (keredhaan Allah). And as the famous saying solat itu memberi kerehatan, bulan puasa nilah peluang (such) rehat diberikan untuk manusia berlepas diri dari kesibukan kerja dan kelalaian dunia dengan adanya amalan sembahyang sunat yang dituntut sepanjang Ramadhan iaitu sembahyang sunat tarawih/terawih. Dan banyak lagi kaifiyat-kaifiyat terhadap ibadah dalam bulan Ramadhan yang berlipat kali ganda yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mengisi Ramadan dengan sebaik-baiknya, menghayati akan kewajipannya, mestilah nanti (in shaa Allah) akan menjadi seorang yang jauh lebih baik lagi dari dirinya sendiri yang sebelumnya dan boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan begitu sehingga Allah menemukan lagi dengan Ramadhan yang berikutnya.
The famous saying claimed that Ramadhan is a guest (tetamu), but rather I see, yang tetamunya kita manusia. yang mendatangi Ramadhan itu kita. Ramadhan akan tetap ada setiap tahun, meskipun nanti ketika kita tak ada; meninggal dunia. Ramadhan ni suatu kemudahan dari Allah swt untuk kita polish diri sendiri dari segi tujuan kita dan nilai estetika kita sebagai human being. Tujuan jadi manusia, apa lagi kalau bukan menjadi hamba Allah dan bersikap khalifah yang mengimarahkan (memakmurkan) bumi. Setiap kali kita sampai pada Ramadhan, tuntutan kepadanya akan memperkukuhkan yang bahagian ini. Tentang siapa Tuan dan siapa hamba. Nilai estetika sebagai manusiapun cover... menjadikan kita bertimbang rasa melalui puasa dengan menahan lapar dan dahaga yakni merasai sama kelaparan yang khususnya sering dirasai orang lain yang tidak bernasib baik. Dan banyaklah lagi, Tak ada satupun tentang Ramadhan yang tidak membawa kepada kedua-duanya.
oh the last point is the excitement towards it. Gila tak excited? I bet, especially nowadays ada je orang yang tak excited dengan bulan Ramadham. haaa mmg gila. ye lah, ibarat dapat hadiah yang sangat istimewa dan dia (orang yg begitu) even dia tahu, tidak menjadikan dia gembira tentangnya. Rugilah. hahah. Dah kukabo banyaknya kelebihan dan kaifiyat amal ibadah dalam bulan Ramadhan ni. Manakan tak gembira.
So yeah, this is it tentang Ramadhan. Couple more days to go before the day. Hoping everyone arrive safely dekat R&R Ramadhan tahun ni. orang yang tahu dan berilmu tentang cara memanfaatkan R&R ni akan berjaya keluar darinya dan meneruskan perjalanan dengan lebih baik, manakala yang sebaliknya tentulah dia masuk dan keluar kosong macamtu je. and if the condition of oneself tu sendiri semput-semput saja rohani jasmaninya, takut menyimpang pulak dalam perjalanan. Na'udzubillah.
Ada sesiapa yang dihujan rasa yang macam-macam, macam aku? Better do than not feeling anything. Perasaan yang ada tu boleh menjadi semangat dan motivasi untuk go through the becoming Ramadhan dengan lebih bermakna lagi, in shaa Allah. Begitulah pengharapannya. Everyone have to be well prepared. Tak ada benda yang boleh berjaya kalau dilakukan secara semberono. kalau aku jenis yang 24hours lagha and looking forward Ramadhan without preparation, memang lebih agak dari agihlah ceritanya. serupa angan-angan mat jenin nanti. Jangan sembang untuk begini begitu, tanpa kau biasakan diri dahulu macam mana nak melakukannya. Kita tak boleh nak qiamullah over night sedangkan tak pernah buat. kita tak boleh go punya nak perabis tadarus al quran kalau bacaan satu mukapun dilewat-lewat dan liat. Maka paksakan dari sekarang dan biasakan.
I hope it helps to remind me now and onwards. Sebab diri sendiri jenis leka, maka penulisan yang kadang-kadang didatangkan idea hari ini aku anggap sebagai nasihat dan penampan di hari esok. Kalau turut jadi peringatan dan manfaat kepada orang lain, lebih baik lagi. of every words here, hadza min fadhli Rabbi; dari Allah jua.
Adiossssaaa. Ciao
Thursday, April 4, 2019
Midsem Break Trip Sesi A161 [Throwback]
[Disclaimer] Ini entry yang dah lama ditaip (tapi tak publish tak ingat pulak pasal apa). Aku dapati masih dalam label "draft". Tak pasti dah habis cerita semua ke tidak ni. I will post it as it is. So lets throwback, apa adanya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
wbt.
Salam
November gaiss…
Sekejap masa
berlalu, November sudah! Dan sebulan dua je lagi yang berbaki nak menjejak
tahun baru 2017.
Bertambah
lagi angka umur; walaupun tak rasmi, terasa jugak ketua-dewasaannya. Heh.
Sedang
menaip ni time dalam flight balik ke Kajang. Dari AOR ke KUL, sejam je.
Acah-acah curi masa lah gitu. First time naik flight malam. Selama
sebelum-sebelum ni, balik mesti waktu siang. Saja nak mencuba. Kononnya nak
menengok bintang-bintang. Ahahahah.
Takde
sebutirpun yang nampak dari tadi. Langit kelam je kalau ditengok ke luar
tingkap. Tapi okay jugaklah, sebab boleh nampak apa yang ada di bawah pun,
lebih kurang mcm bintang-bintang jugak dari atas. Just nice. Even cuma sepuluh
minit awal masa depart tadi je.
Selain dari
ini kali pertama naik flight waktu malam. Rasanya ini jugak kali pertama aku
naik flight yang ramai penumpang baby. Sejak depart tadi, berselang-selang
bunyi rengek budak dalam ni. Kelakar pun ada. Rasa meriah.
Dalam entri kalini nak berkongsi cerita aku lambat balik bercuti. Adalah dalam tiga, empat hari
lebih lambat dari orang lain. Dalam beberapa hari tu, dapatlah sehari aku
keluar berjalan seperti yang dah lama aku impikan sepanjang semester ni.
"Terima
kasih Atiq, drive kami ke tempat tuh. Kalau tak kerana Atiq je satu-satunya
insan yang boleh drive, maka tak akan tersampailah kitorang berlima sampai
bilapun. Muaahhh ked."
Nama tempat tu Batu Hampar - Air Terjun Batu Hampar. Sesuai dengan namanya, memang sungai dekat situ baaaanyak sangat batu-batunya. memang setiap kali kau pijak dan menapak dalam tu, seolah-olah kau buat refleksologi. ahahahahah. Serius. Tapi air dia best, jernih, sejuk je. And disebabkan sekarang tengah musim hujan, maybe sebabtu arus dia boleh tahan deras jugaklah. Tempat ni memang hambar. Tak ada sape pun pagi yang kitorang sampai tu. Ada kitorang je. Tapi mungkin jugak sebab kitorang datang awal sangat agaknya, hujan pulak tu pagi tu.
Percaya ke tidak, arus dekat tempat aku dengan Atiq berdiri tu deras sangat. Rasa macam ada beberapa kali cubaan kaki nak kena tarik ke depan sekali, mengikut arus. Percayalah korang, tengok buih-buih air dalam gambar tu pun rasanya boleh agak yang statement aku tak dibuat-buat.
Nampak macam membahayakan betul gambar ni. Lagi-lagi kalau tengok pada tempat Daus duduk tu. BTW, susah jugak nak menapak ke atas ni. Aku memang fail bab-bab nak explore sungai, mujur jugak sampai. Gambar ni Wina yang ambilkan; memandangkan dia taknak berbasah-basah.
Cantik, kan? Aku jadi suka tengok gambar yang aku ambil ni. Walaupun tak semenggah mana, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan pandangan mata yang sebenar tapi nampak cantik gak lah sikit. Mungkin berkat IPod Daus jugak. Dalam gambar ni pun boleh tahu yang arus ni mengalir laju.
Gambar bertiga dengan Atiq dan Wina lepas kami berjaya turun dari atas tu. Abaikan muka selebet. Gila apa, lawa-lawa gi main air?! kekekeke
Masakan Makjah : Butter Toast
Assalamualaikum. Hi
Pagini terasa nak share menu sarapan tersimple dalam dunia. Been quite sometimes since the last entry tentang Masakan Makjah, kan? Padehal memasak je hari-hari. Maybe tak feel nak taip sebab menu tu underrated bebeno (malu nak kabo LOL) ataupun sebab makin selalu masak. Eitherway-lah. ahahaha. You know it right, bila memasak tengah jadi rutin tu (sebab on school break tuhari memang in charge memasak sokmo), memang tak hadaplah nak dikabo setiap benda yang dimasaknya. Heh. #resipisenang #menusenang #sarapansimple #sarapanmudah
Back to the menu, Butter Toast
Here, bahan-bahan dan cara buat.
Bahan :-
Roti putih
Telur
Butter/ mentega
gula
Cara penyediaan :-
- Sediakan dua keping roti. Kepingan pertama letak 1/4 sudu kecil butter (ni aku agak je, sebab tadi letak ikut suka) and dalam dua ke tiga cubit gula.
- Then letak roti kepingan yang kedua atas yang pertama tadi dan tekap dengan acuan bulat. Aku guna mug sahaja. Ketepikan lebihan roti dan kulit roti.
- Ketepikan kepingan roti yang dah melekat ditekup bulat tadi untuk digoreng.
- Ulang balik step 1 - 3, ikutlah berapa banyak yang korang hendakkan. (aku tadi ada empat ketul toast comel means aku guna lapan keping roti)
- Untuk menggoreng, letak minyak banyak k. Untuk deep fry and panaskan minyak sampai betul-betul panas (so that bila menggoreng roti tak serap minyak and boleh mengembang dengan comelnya! :)
- Sementara tunggu minyak panas atau kalau minyak dah panas bolehlah salutkan roti (yang ada butter and gula dalam tu) dengan telur dulu sebelum masuk ke dalam kuali. Telur pukul kembang and buh garam sikit ya.
- Sentiasa balik-balikkan roti yang digoreng sampai warnanya naik keperang-perangan. Yang penting nampak nice-lah goreng tu, sekata. Kejap je, kaup-balikkan tiga empat kali lepastu dah boleh tos dan angkat.
- Sedia untuk dingap!
[TIPS] Kuantiti butter and gula tadi boleh ikut instinct masing-masinglah supaya tak masin sangat atau tak manis sangat. Jangan tak rasa apa sudahlah.
** Untuk versi yang lebih fancy, filling dia boleh ganti dengan satu dua kiub kecik coklat (Cadbury, if me) then guna step sama je bab nak siapkan and menggoreng. Tapi ongkoslah sikit hahaha. Coklat saja on regular basis untuk dibuat sarapanpun tak proper sangat aku rasa.
** By instinct aku rasa, letak mayonnaise-pun okay gak. Butter and mayonnaise both give good texture on bread. Trust meyyh
Ever wonder of how it taste? Bagi aku sedang-sedang elok, macam rasa roti butter biasa. And kenyang yang paling penting sekali.Yelah, dengan rotinya, telur lagi kan. Sesuailah untuk sarapan. Pair up dengan milo panas ke, horlick ke atau nestum. Adalah elemen berkhasiat tu.
That is that for now, ciao!
p.s. Aku nak menyambung layan Crisis : Special Security Squad, lagi dua episod. A Jdrama ni. Kalau tak boleh move on nanti (besar kemungkinan actually), might as well coming up with a drama review. The only drama review sebelum ni was a Cdrama Legend of Fuyao. Banyak dah ada dalam list. Tunggu rajin tak rajin je.
Subscribe to:
Posts (Atom)









