Assalamualaikum. Hi
Pagini terasa nak share menu sarapan tersimple dalam dunia. Been quite sometimes since the last entry tentang Masakan Makjah, kan? Padehal memasak je hari-hari. Maybe tak feel nak taip sebab menu tu underrated bebeno (malu nak kabo LOL) ataupun sebab makin selalu masak. Eitherway-lah. ahahaha. You know it right, bila memasak tengah jadi rutin tu (sebab on school break tuhari memang in charge memasak sokmo), memang tak hadaplah nak dikabo setiap benda yang dimasaknya. Heh. #resipisenang #menusenang #sarapansimple #sarapanmudah
Back to the menu, Butter Toast
Here, bahan-bahan dan cara buat.
Bahan :-
Roti putih
Telur
Butter/ mentega
gula
Cara penyediaan :-
- Sediakan dua keping roti. Kepingan pertama letak 1/4 sudu kecil butter (ni aku agak je, sebab tadi letak ikut suka) and dalam dua ke tiga cubit gula.
- Then letak roti kepingan yang kedua atas yang pertama tadi dan tekap dengan acuan bulat. Aku guna mug sahaja. Ketepikan lebihan roti dan kulit roti.
- Ketepikan kepingan roti yang dah melekat ditekup bulat tadi untuk digoreng.
- Ulang balik step 1 - 3, ikutlah berapa banyak yang korang hendakkan. (aku tadi ada empat ketul toast comel means aku guna lapan keping roti)
- Untuk menggoreng, letak minyak banyak k. Untuk deep fry and panaskan minyak sampai betul-betul panas (so that bila menggoreng roti tak serap minyak and boleh mengembang dengan comelnya! :)
- Sementara tunggu minyak panas atau kalau minyak dah panas bolehlah salutkan roti (yang ada butter and gula dalam tu) dengan telur dulu sebelum masuk ke dalam kuali. Telur pukul kembang and buh garam sikit ya.
- Sentiasa balik-balikkan roti yang digoreng sampai warnanya naik keperang-perangan. Yang penting nampak nice-lah goreng tu, sekata. Kejap je, kaup-balikkan tiga empat kali lepastu dah boleh tos dan angkat.
- Sedia untuk dingap!
[TIPS] Kuantiti butter and gula tadi boleh ikut instinct masing-masinglah supaya tak masin sangat atau tak manis sangat. Jangan tak rasa apa sudahlah.
** Untuk versi yang lebih fancy, filling dia boleh ganti dengan satu dua kiub kecik coklat (Cadbury, if me) then guna step sama je bab nak siapkan and menggoreng. Tapi ongkoslah sikit hahaha. Coklat saja on regular basis untuk dibuat sarapanpun tak proper sangat aku rasa.
** By instinct aku rasa, letak mayonnaise-pun okay gak. Butter and mayonnaise both give good texture on bread. Trust meyyh
Ever wonder of how it taste? Bagi aku sedang-sedang elok, macam rasa roti butter biasa. And kenyang yang paling penting sekali.Yelah, dengan rotinya, telur lagi kan. Sesuailah untuk sarapan. Pair up dengan milo panas ke, horlick ke atau nestum. Adalah elemen berkhasiat tu.
That is that for now, ciao!
p.s. Aku nak menyambung layan Crisis : Special Security Squad, lagi dua episod. A Jdrama ni. Kalau tak boleh move on nanti (besar kemungkinan actually), might as well coming up with a drama review. The only drama review sebelum ni was a Cdrama Legend of Fuyao. Banyak dah ada dalam list. Tunggu rajin tak rajin je.
No comments:
Post a Comment