Tuesday, May 7, 2019

Masakan Makjah : Sambal Terung (Simple)

Hai. Assalamualikum
Salam 2 Ramadhan.

Pre P.S. Aku baru sudah buat dadih bandung ni haa. Thou, tak confident akan helok ka dak sbb ada ubah sukatan la apa. So kalau jadi, boleh up untuk posting next sharing #masakanmakjah.

Nevertheless, right now nak share pasal masakan buka puasa semalam. Simple sajoo, buat Sambal Terung.

Ok, letsss. Bahan-bahannya..
- terung 3-4 biji. (aku pakai yang kecik. And masak untuk 4 orang. So that's that)
- kunyit secubit dua (untuk gaul pada terung)
- cili bo. (dalam 2-3 senduk bulat)
- bawang dipotong bulat ½-1 biji
- bawang putih 2-3 ulas (ketuk leper)
- halia 2 rincih (nipis sahaja, panjang dlm 1")
- air kosong (masak ke tak, tak kisahlah)
- garam (most probably) ½ sudu teh
- gula 3-3½ sudu makan.

Cara-cara memasaknya :-
1. Terung potong ikut saiz makan. Mula² belah menegak dari tangkai ke bawah. Then potong serong. Tangkai buanglah. Bilas bersih terungnya then gaul rata dengan secubit kunyit dan garam.
2. Goreng terung tadi sampai masak ya. Boleh goreng dip fry. Tp pakai minyak takyah banyak sangatpun ok je. Boleh goreng jenis kaup balik. Ketepikan, buat sambal pulak. 
3. Baki minyak yang goreng terung tadi, supposedly kalau sukat tu adalah 1-2 senduk banyaknya. Masukkan bahan tumisan, bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sampai betul² naik bau. Bawang potong bulat kan, so make sure setiap lapis bawang tu terlerai satu-satu.
4. Masukkan cili bo. Masak dalam 5-7 minit sebelum masukkan air 1/4 cawan. Ulang dalam 3-4 kali untuk 30-45minit memasak sambal.
5. Selepas cawan air yang kedua terakhir atau yang terakhir, bolehlah letak garam dan gula berturutan.
6. Korang akan perasan sifat sambal tu, dari merah terang, dah ke.merah gelap dan berkilat sikit sebab dah pecah minyak elok. That is nice. Masukkan terung goreng tadi. Biar kejap dal 5-7minit dalam sambal.
7. Angkat dan hidang.





Tips.
Lauk sambal sayur ni, ngam kalau makan dengan ikan goreng. Bagi akulah. BTW, resipi sambal kalini lain sikit je dari yg sebelumni (dalam Sikmok Jah) sebab kitorang kehabisan bawang ya anak-anak. So, bawang limited to sebiji per lauk. Kalau tak ak dah blend bnyk-bnyk, buat pesen sambal haritu. Nvm. Lauk laku, boss kata sedap. LOL

P.s. Semalam umi masak, ikan masak lemak cili api. Aku masak sambal terung and jemput kentang. Soooo... Kalau rajin, nanti boleh share hat jemput pulak. Jgn high expectation, sebab tak fancy langsung!! Hahah.

No comments: