Thursday, April 4, 2019

Midsem Break Trip Sesi A161 [Throwback]

[Disclaimer] Ini entry yang dah lama ditaip (tapi tak publish tak ingat pulak pasal apa). Aku dapati masih dalam label "draft". Tak pasti dah habis cerita semua ke tidak ni. I will post it as it is. So lets throwback, apa adanya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Salam November gaiss…

Sekejap masa berlalu, November sudah! Dan sebulan dua je lagi yang berbaki nak menjejak tahun baru 2017.

Bertambah lagi angka umur; walaupun tak rasmi, terasa jugak ketua-dewasaannya. Heh.
Sedang menaip ni time dalam flight balik ke Kajang. Dari AOR ke KUL, sejam je. Acah-acah curi masa lah gitu. First time naik flight malam. Selama sebelum-sebelum ni, balik mesti waktu siang. Saja nak mencuba. Kononnya nak menengok bintang-bintang. Ahahahah.
Takde sebutirpun yang nampak dari tadi. Langit kelam je kalau ditengok ke luar tingkap. Tapi okay jugaklah, sebab boleh nampak apa yang ada di bawah pun, lebih kurang mcm bintang-bintang jugak dari atas. Just nice. Even cuma sepuluh minit awal masa depart tadi je.

Selain dari ini kali pertama naik flight waktu malam. Rasanya ini jugak kali pertama aku naik flight yang ramai penumpang baby. Sejak depart tadi, berselang-selang bunyi rengek budak dalam ni. Kelakar pun ada. Rasa meriah.

Dalam entri kalini nak berkongsi cerita aku lambat balik bercuti. Adalah dalam tiga, empat hari lebih lambat dari orang lain. Dalam beberapa hari tu, dapatlah sehari aku keluar berjalan seperti yang dah lama aku impikan sepanjang semester ni. 

"Terima kasih Atiq, drive kami ke tempat tuh. Kalau tak kerana Atiq je satu-satunya insan yang boleh drive, maka tak akan tersampailah kitorang berlima sampai bilapun. Muaahhh ked."

Nama tempat tu Batu Hampar - Air Terjun Batu Hampar. Sesuai dengan namanya, memang sungai dekat situ baaaanyak sangat batu-batunya. memang setiap kali kau pijak dan menapak dalam tu, seolah-olah kau buat refleksologi. ahahahahah. Serius. Tapi air dia best, jernih,  sejuk je. And disebabkan sekarang tengah musim hujan, maybe sebabtu arus dia boleh tahan deras jugaklah. Tempat ni memang hambar. Tak ada sape pun pagi yang kitorang sampai tu. Ada kitorang je. Tapi mungkin jugak sebab kitorang datang awal sangat agaknya, hujan pulak tu pagi tu. 

Percaya ke tidak, arus dekat tempat aku dengan Atiq berdiri tu deras sangat. Rasa macam ada beberapa kali cubaan kaki nak kena tarik ke depan sekali, mengikut arus. Percayalah korang, tengok buih-buih air dalam gambar tu pun rasanya boleh agak yang statement aku tak dibuat-buat.

Nampak macam membahayakan betul gambar ni. Lagi-lagi kalau tengok pada tempat Daus duduk tu. BTW, susah jugak nak menapak ke atas ni. Aku memang fail bab-bab nak explore sungai, mujur jugak sampai. Gambar ni Wina yang ambilkan; memandangkan dia taknak berbasah-basah. 


Cantik, kan? Aku jadi suka tengok gambar yang aku ambil ni. Walaupun tak semenggah mana, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan pandangan mata yang sebenar tapi nampak cantik gak lah sikit. Mungkin berkat IPod Daus jugak. Dalam gambar ni pun boleh tahu yang arus ni mengalir laju. 


Gambar bertiga dengan Atiq dan Wina lepas kami berjaya turun dari atas tu. Abaikan muka selebet. Gila apa, lawa-lawa gi main air?! kekekeke





No comments: