Tajuk entri kalini actually adalah singkatan kepada 'bebanan menanggung hutang'. Teruk singkatannya, kan. Dah macam bangang pun ada jugak bunyinya.
Bangang tak bangang, hakikatnya memang tersangatlah membebankan.
"Macam mana nak selesaikan hutang yang kurang lebih 20k kesemuanya padehal kau masih belajar, tak amik PTPTN dan duit poket yang mak ayah bagi sekadar cukup-cukup untuk buat belanja sepanjang dekat u saja; setiap bulan? Dan untuk menambahkan drama lagi, macam mana nak diselesaikan hutang-hutang ini semuanya dalam tempoh satu semester?" Ada yang boleh tolong aku? Eh silap ayat. Ada yang boleh bagi buah fikiran, macam mana aku nak tolong diri sendiri hadapi mendeni?
Dalam keadaan jadual kuliah (akan) sangat packed naik semester ni sebab banyak kertas nak diulang, part time mungkin membantu. Tapi mungkin lambat sangat. Nak buat sikit-sikit bolehlah, tapi nanti bila tekanan datang, boleh jadi terduduk juga. Pemiutangnya bukan seorang. Bila ramai, bimbang bermacam ragam kerenah lagi nak dihadam. Orang tidak tahu apa kita lalu. Yang penting ada ouput; itu yang orang mahu tahu. Dalam keadaan jadual kuliah yang disusun maksimum macam ni pada semester-semester penghabisan ni, obvious kan, tentang betapa aku terdesak untuk cuba graduate sekali dengan kawan-kawan seangkatan yang lain 'on time'.ahahah. Jadinya, (akan) sibuk bekerja, part time dan cari duit sampingan untuk langsaikan hutang-hutang ni jugak merisaukan aku akan terkorbankan status kuliah aku yang jugak sudah nyawa-nyawa ikan.
Soalnya, datang mana hutang banyak-banyak? Dibuat berjimba? Kalau tengok pada jumlah yang menelan puluhan ribu, macam nak diguna beli kereta sebijik pun ada. Ahahahah. Tak adalah. Bukan diguna duit-duit yang banyak tu untuk mengenyangkan perut sendiri. Ada sejumlahnya, hutang kerana teraniaya bila berperogram sebelum ni. Manakala yang selebihnya kerana program yang lain pula; yang boleh dikatakan tak cekap pengiraan dan pengurusannya menjadikan kos pelaksanaannya jauh lebih tinggi dari dana yang mampu diberi pihak universiti. Masa berprogram, kerana programnya bagus, boleh tak boleh hendak dilaksanakan jugak. hutangpun terciptakan.
Siapalah yang boleh mengagak, hutang-hutang ini terwujud sebab keculasan orang lain yang akhirnya meletakkan aku dalam keadaan tersepit sendiri. serabut? of course. Macam manapun gelak ketawa yang aku mampu tunjuk, dalam kepala dah mula bersepah dengan bermacam-macam cara yang nak di-stand by guna untuk survive semester yang mendatang ni.
Iya, hutang ini hutang bersama. Tapi kalau setakat hutang ribu riban kerat tiga empat orang, ke manalah sangat. Nak disebut, tersekat dek serba salah di tengah kerongkong sebab beban hutang memang akan kedengaran menyusahkan. Mereka yang terlibatpun macam aku jugak, struggle dgn kuliah masing-masing yang Tuhan saja tahu rahsia keputusan peperiksaan lepas macam mana tekanannya ats tiap-tiap orang serta dalam masa yang sama tahu sangat sedang tersepit dengan apa. Nak berdiam tak boleh; hutang emas perlu dibayar, hutang budi dibawa ke mati. Setakat empat kerat yang ada, alhamdulillah tahu belaka.
Dua ke tiga hari jugak lepas dapat semak result, aku tertekan sediri sebab rasa berat dan terbeban. Soal hutang ini yang sangat menganggu sebenarnya. Menambah MSG pada keputusan peperiksaan yang tak kemana ditambah terdesaknya aku nak mengejar menghabiskan jam kredit yang masih banyak.
Apapun untuk aku dan kawan-kawan yang tiga empat kerat ni aku sangat bersyukur setakat sekarang mereka masih ada. Harap sangat akan kekal ada dan terpaksa mendoakan agar dapat sama-sama kuat suapaya tidaklah tertinggal aku seorang terkapai-kapai nak melangsaikannya. Aku ada 1k yang perlu dilangsai sendiri. Yang ini bahagiannya kerana teraniaya dengan AJK program aku sendiri, dulu.
Aku akan naik ke Sintok dalam dalam dua hari lagi. Cukup takut jika tak boleh bawa diri, dan taknak jugak terabaikan mana-manapun aspek yang berkaitan baik pelajaran mahupun hutang-hutang yang perlu dilangsaikan. tengoklah, aku akan guna diri sendiri pada tahap yang paling mampu. Cuma harap-harap, dapat menggunakan dengan sebaiknya.
p.s. Lebih baik berhutang dan bermati-matian nak membayarnya dari senyap-senyap makan duit orang dan bersenang lenang atasnya.
Wallahu'alam.
Doakanlah jugak.
Harap kawan-kawan yang menguatkan kekal ada untuk memberi kekuatan.
Terima kasih aku mungkin akan kedengaran murah, tapi kehadiran engkorang ketika aku sebenarnya rasa macam dah takde tinggal apa-apa ni terlalu berharga.
Aammin. Kita cuba Zah.
Ya, aku pun teringin nak membuktikan aku boleh tempuh.
dan akhirnya mampu menghela nafas lega dan tersenyum beryukur.
yang mendoakan agar azam dan tekad sendiri cukup kuat nak menempuh segalanya,
No comments:
Post a Comment