Friday, November 24, 2017

Sekitar Konvokesyen UUM 30

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

hi there, ni entri sempena Majlis Konvo UUM 30 itu hari.
So here.. setakat mana gambar yang ada, jemput tengok belaka.

Of my kind-hearted and respectable senior.
Alhamdulillah, takde pulak ter-bergambar dengan haters ke apa.
Alhamdulillah, insan-insan terpilih ni memang termasuk antara senior yang tak lokek membantu dan bukan jenis kaki kecam orang (tak macam haters aku. sobs)

Setakat mana yang dan aku tunggu lepas sidang, mendapatlah gambar sekeping dua.
Padehal ramai lagi senior-senior yang dihormati. Ini cuma setakat yang sempat.

papehal pun, first and formost (sebelum lupa. hahahah)
Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah selamat bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UUM ke-30 minggu lepas. Especially untuk abang kakak dpp eon, kelab kembara dan senior-senior Pentadbiran Muamalat. Oh, and plus sebahagian kecil akak abang PBS jugek! Tahniah belaka :)








 Barisan gegadis semester 7 yang gigih menunggu Franky keluar sidang petang itu, haaa inilah dia.
Kau bayangkanlah menunggu dari lepas Asar sampai nak ke Maghrib, memang syok kitorang pulun photoshoot je. hahahah


Kenalkan. Yang tudung kuning tu Wurai. Maroon tu Kun. Yang pakai spec tudung oren namanya Ziera, sebelah dia (roommate dia) Wina. Depan Wina yang tudung nude color tu Atiq and yang sebelah aku namanya Pah. Bila ditengok berkali-kali gambar ni, I was like.. oh Alhamdulillah dah sem 7 masih mampu duduk bergambar sekali dengan mereka. Inilah kawan aku masa sem 1 dulupun. Since and still lah gitu kata orang. oh btw, (kalau tak silap) kenal dari Kelab Kembara belaka ni. heh. Thanks kelab. Even jodoh dengan kelab tak panjang, tapi melalui kelablah aku berjodoh dengan diorang.

Macam mana boleh dapat gambar ni? hahaha

Sesungguhnya kitorang rasa bertuah sebab tiba-tiba nampak Ash lalu depan mata (melilau cari senior dia barangkali), apelagi... memang kena panggil lah! hahahah. Alhamdulillah prestasi gambar memuaskan hati bunga-bunga yang ada bersusun ni hah. Thanks Ahmad Ashraf untuk keindahan gambarya (yang menjadikan kitorg indah jugek).

Anyway, inilah, sekelompok junior yang saling rapat dan kenal sebab seorang Franky. yang kenal dan rapat dengan Franky pun, iya jugak. Kalau tengok muka-muka dalam gambar ni memang membawa throwback macam-macam cerita jugak sebab banyak pengalaman yang dapat kutip pun, dikutip bersama dengan muka-muka ini. Ini semua muka-muka junior yang rela jadi AJK program sebab seorang Franky ada sekali. Ini muka-muka yang taktahu jodohnya dengan Franky entah ada, tak ada atau panjang, tak panjang... yang pasti kerana Franky diorang saling berjodoh kenal sampai sekarang. #demimasalaluyangbaibaik 


 
Saja masukkan Ash dalam gambar ni. Bukti kewujudan dia ada, maka kita masukkan satu gambar ada dia sekali. (oh and kebetulan terambil masa "entahsiapatah" lalu belakang tu, dan semua orang berharap itu jodoh dia yang lalu. hahahahaah) 




It's getting late as by this time. Dan sebab Wurai dengan Kun terpaksa beransur dulu, maka kita payung gambar diorang sebagai bukti kedatagan untuk sesi sidang 5 waktu tu. "Kau kena tahu Franky, junior-junior yang dua orang ni pun termasuk dalam yang gigih menunggu. Yang niatnya nak menyambut engkau." #demimasalaluyangbaikbaik  




And finally, betul-betul nak dekat Maghrib tu barulah muncul jugak mamat yang dinanti-nantikan semua orang ni. Oh yes, I deserve a one-to-one photo dengan dia,  and that's why I did. 

"Congrats Franky. setinggi-tinggi menumpang bangga pada kau (sbb dah graduate), aku lebih tinggi lagi rasa bangga terhadap diri sendiri sebab mampu datang (sambut) grad kau dalam keadaan aku sekarang" ; free of feelings (of love and hatred). Which this is a very good achievement I can tell.  #demimasalaluyangbaikbaik . be off well brotha. 

p.s. Boleh pulak Pah dok buat sebak sekejap sesaat dua masa Franky baru sampai tu. Sabo je lah. Dia taktahu ke, hal sebak-sebak main air mata ni, berjangkit?! ahahahah


gambar dengan franky and parents dia. add on kitorang dan dua orang junior bawah kitorang. and stranger (to us) sorg lagi. Scandal tho? hahaha. k melawak je gaiss. jgn butthurt



Ini ceghite keesokan hari pulak. Kebetulan datang lepas sidang 6, maka berkesempatanlah (tambah koleksi lagi) jumpa senior-senior Eon mcm Teguh, Nizam, Danis (tiga org ni memang senior yang baik weh. Jenis yang walaupun kawan-kawan dia kaki kecam aku, tapi diorang macam taktahupun apa yang berlaku. eh k, tu tak cakna kan, nama dia? ahahah) and Nanaz (KB blok aku yang pun memang baik hati - of senior yang sebaya aku, tapi sumpahlah jenis tak buat sombong level takut aku nak dekat tu. Terima kasih Nanaz, di msa-msa yang sempit mcm hanat rasa nak givap, KB dtg komen sebaris dua dkt instapost suruh kipidap-kipidap gitu pun dah naik semangat weh. Peduli lah rapat tak rapat. A strangers word even, can soften a heart, Cengg!) . Tahniah ols! Semoga kitorang-kitorang dapat ikut jejak langkah korang ; dapat tempat intern and bergraduasi dengan jayanya. best of luck ahead jugak engkorang semua!


p.s. Oh kitorg gi lepas sidang 6 sebab teman Wina nak sambut Teguh keluo sebenarnya. 
okay, sekian. hahah (sila doakan yang baik-baik)




Ini kak Farahana Salim. Gigih sangat nak dapatkan gambar dengan akak kecik sorang ni. Beria cari random gitu je tau dalam lautan manusia. Mungkin sbb niat kuat kott, alhamdulillah tengah-tengah dok scan orang lalu-lalang tu, ternampak jugak. Sebak sikit masa nak bergambar dok wish tahniah kejadah tu. Rasa mcm lepasni dah takde org dah nak tengok-tengokkan aku (padehal akak dengan aku pun, takdelah rapat beria). Senior sekolah weh. lain dari senior-senior lain yang baru kenal. Dah lah tiap-tiap intake cuma ada sorang je wakil Maahad, sobs. terkulat-kulatlah aku tak berteman masa mula-mula masuk sini. Mujur ada akak. Akak Farahana ni ginilah dari sekolah dulupun, baik amat melayan aku. sama je sampai sekarang aku dekat UUM ni, mcm mana ghupe pun aku, humble baik gitu jugak layanannya. Rasa tak kena judge weh. heheh. Even budak-budak hebat intake aku kenal akak dan tak kenal aku, tapi akak kenal aku. tak ousted sangatlah rasa. kahkahkah! (walaupun kes ousted sebenarnya slh aku sendiri yang tak reti bercampur dengan budak course) 

Of senior zaman SPM, senior kelas Ekonomi STPM and even more, senior course Pentadbiran Muamalat. Congrats akak, wakil first class jurusan Pentadbiran Muamalat. Like everyone being so proud of you, of course I am, more. Kalau ke Maahad nanti ada jugak modal nak sembang dengan cikgu. boleh cerita psl akak (sebab diri sendiri tak ada apa nak dibanggakan. dekan pun tak pernah. hikhok). uyeay! Mabruk 'alaiki ya ukhti :) Semoga berkat bergambar dengan akak ni, tempiasnya dapatlah bergraduasi untuk sidang tahun depan pulak. Tak pakai selendang takpe, nak grad tu yang penting. (Sila aminkan untuk aku, cepat!)




Semacam mana ceritanya aku main aci redah je cari kak Farahana, cerita nak jumpa Pipik lepas dia keluar sidang 7 lain pulak. Marathon weh dari kelas tuto dkt library nak ke DTSO. salahkan Pipik punya flight pukul 10 mlm. hahaha. Masa sidang 6 keluar (time Teguh ape semua tu, ingat sempat jumpa sat sebelum dia masuk sidang. tak dan weh! tu bertangguh sampai ke petang.)

So ini, rakan sebaya. Tapi senior. Bukan calang-calang senior ni. Dia senior pingpong yang menyebabkan aku terjebak dengan sukan pingpong, inilah. Dari level noobshit, at least skrg beginner. haa cenggitu. Dari tak suka main pingpong, tak memasal rasa terer main (padehal!!) . Lagi penting, of so many seniors yang ak prnh gamble redah mintak realisasikan lagu aku (lagu ciptaan aku; tapi takdek note).. dia ni lah yang berjaya jadikan lagu aku, bunyi mcm lagu. Happy teruk doh kalau ingt waktu itu. bercampur-campur perasaan sebak tu. lagu buat sbb sentimental punya hal, gitulah jadi. Tahniah weh!! Semoga berjaya jadi komposer hendaknya di masa dpn. aamiin, aamiin,

p.s. Rushing nak mati. Dekat tempat pulang jubah konvo pun boleh jalan amik gambar. ahahah. 


So. end of sedikit sebanyak (a glimpse of) majlis konvokesyen uum ke 30 dan kaitannya dalam kehidupan aku. TBH, ramai je lagi senior yang aku nak jumpa (as for the last time gak la kann, susah klw kata nk jumpa di masa dpn pun. hm), nak wish tahniah depan-depan dan bergambar sekali, tapi ramai jugak yang tak disempatkan berjumpa so #thoughtswishesandprayers are with them. Semoga yang baik-baik saja untuk semua senior yang baik-baik. Ada gak yang dapat jumpa, dua tiga kali jumpa sembang saja, ambil gambarnya tidak. ahahah. Dengan Kak Teha latuh, cenggitu. Takpe, takpe lagi berbaloi #pujukhati  hahahah. (jumpa akak pun dan cukup bersyukur, alhamdulillah)

Out and off of Majlis Konvokesyen UUM ke - 30. Semoga panjang umur aku dan kawan-kawan yang dah semester akhir semni untuk dipertemukan pulak dengan Majlis Konvokesyen UUM ke - 31 tahun hadapan. In shaa Allah. Dan sementara nak disampaikan ke situ, semoga dikekalkan saja sebarang hal yang baik-baik yang ada sekarang. Aku hendak berjumpa tiap-tiap seorang dalam keadaan yang baik-baik, dengan hubungan yang masih terpelihara. for sure, my lastest dream so far.


Regards,
Jah.



Friday, November 17, 2017

SIGGC 2017

It has been long since my last time posting entries in this blog.
Kalau tengok entri yang lepas, kononnya nak buat series lah apalah.

Sembang ~~~
ahahahahah.

Tapi lani, dah lawa balik blog, dah groom sana-sini so mood tu tengah ada.
"Why not Jah. just start typing and posting whatever yang terlintas." My thought bring me to this.
Tak kisahlah cerita zaman bila, dah berlalu lama atau barusan tadi.. Even tak sync with chronology pun, (niatnya) hendak dihamburkan saja semua (atau sebahagian darinya).

What is SIGGC 2017?
SIGGC stand for Sintok International Game and Gamification Challenge 2017; ssebuah pertandingan peringkat besar-besaran yang julung-julung kali dianjurkan UUM dalam bidang rekacipta ni. And this competition mark of new achievement of myself, alhamdulillahi Rabb al 'alamiin.

before going straight to let you know what kind of achievement had I achieved (that is, if you : readers really exist tho), maghi nak ceghite sedikit apa yang aku dah lalu untuk capai ke situ.

SIGGC was solely brought by Dr Adib in my OIC class. dalam kelas yang cuma berpelajarkan 4 orang pelajar sahaja tu, he came up with the idea untuk jadikan involvement in that very competition as quiz we had to take. So hendak tak hendak, everyone agreed to proceed.

Week after week passed. Untuk seminggu dua yang pertama, hanya Dr. sahaja yang paling bersemangat bererita tentang pertandingan ini kepada kitorang; pelajar-pelajar beliau ni. He was talking about potential, new experience, exposure to joint networking dan sebagainya yang kitorang akan dapat (and benefited) kalau masuk pertandingan tersebut. Masuk minggu-minggu kemudiannya, tidak dapat dinafikan aku ikut termotivasi dengan galakan dan dorongan yang beliau (rajin) berikan setiap kali mengajar di kelas. I mean, this SIGGC thing I am about to work on, I will be working with my heart, gituh.

Silently I begun thinking and do some self-brainstorming. Because at some point, I get to be really atrracted to join this competition maka aku pun mulalah beria fikir tentang ini sahaja pada kebanyakan masanya. I am not doing this for quiz sake by that time. Niat tu dah melencong nak buat bersungguh sebab dan terjatuh hati untuk betul-betul involve, sebab dah termotivasi (seperti yang aku sebutkan tadi). Tambahan pulak as one after another OIC classes passing by, Dr semakin rajin jugak bercerita tentang progress team beliau yang satu lagi (because he's sending off  2 teams on the behalf of the Jabatan, fakulti and so on). Eventually (even I was in denial actually) hal yang sedemikian buatkan aku sangat tercabar. Somehow-lah kott aku tercabar. In shaa Allah in a good term tho, perasaan tu, it awakes my creativity. Yeah maybe I could said so.

Why tercabar? Padehal aku sebenarnya spesis-spesis yang jarang terkesan dengan cabaran. Sebab more to self-driven. Aku hendak, aku buat. Aku buat sebab aku yang decide hendak proceed. like that. So tbh, it goes like this... dalam team Dr yang satu lagi, student cuma dua orang. Even lesser compared to our (OIC class) team and actually Dr ada favor sorang student ni because pembawakan dia yang sangat baik (read : sangat Pentadbiran Muamalat - like, ideal lah gitu) dan dia berbakat dalam hal graphic design. So he keeps appraise him when in our class. About how well that student can design this and that, about how sync he's working on the original idea of what Dr had in his mind (untuk 2nd team punya game product). Thus, when the appraisal gets too much, I get quite (too much?) uncomfortable. Kenapa tak selesa? Iya sebab aku pun kaki graphic design jugak. I am so into the graphic design (dan lain-lain cabang seni : reka lagu, fashion design, novel writing even puisi pun and etc blablabla) cumanya tak well known macam that guy. That hurts me, unintendedly I felt hurt. Rasa macam dibanding-bandingkan walaupun secara hakikinya Dr tak membandingkan antara aku dengan dia. Well that's initiate my (hibernated) competitive side. That's why.

The tougher part was, bila minat aku dah ada, and rasa tercabar tu buat lebih bersungguh lagi... it turned out aku apparently nmpk sgt pushy dan beria sebab the other members, didn't share the same vision as mine at that particular time. At first the whatsapp group we had, sangat krikkrik. I tried to get others to involve so I don't feel like giving self-credit all to only myself, tapi tak berbalaspun usaha aku seberia yang aku curahkan. The boys (since dalam kelas OIC aku seorang sahaja pelajar perempuan) tak semenggah pun nak membalas (of course I understood that student had so much prior commitment relatively to this SIGGC thingy) and had I known later, input-input - preparation document of my original idea yang aku send dalam group takdan dibaca pun oleh mereka.

I was a little disappointed of course. but babbling would not help I knew. Aku still nak kena jaga air muka aku jugak sebagai perempuan supaya taknampak begitu mendesak dan hendak nmpk memahami (tentang betapa dorang ada banyak lagi assignment menimbun yang lagi prior than this one game-competition-quiz-in disguise). I am still their fellow colleagues after all. Seminggu dua minggu tiga minggu beria sorang-sorang, rasa tercabar akupun boleh mati semula sebenrnya. Ada masa yang aku memang dah terfikir untuk back to proceed ala kadar sahaja upon this SIGGC. Malulah nak beria sorang. ahaha. and true, sebab actually agak penat nak buat sorang. Graphic designing is one load works (bagi noobies cikai macam aku). Tambah pulak bila aku je yang buat, dan tak ada yang nak meraikan pendapat aku, memang at first rasa in vain sangat usaha-usaha itu.

Lebih kurang berbaki 10 hari lagi sebelum the competition day, by that time baru the boys in class give a damn pada this thing. Tak sempat semangat aku nak mati, aku bersemangat balik. slowly but surely, the group whatsapp mula riuh balik, at the very least of ada orang yang nak respon aku... I am so much better by that time. Macam mana aku tahu budak-budak ni tak pernah baca pun segala dokumen kejadah yang aku send in group whatsapp (about the game's rules and regulation, step to play and so on)? Sebab depa mengaku. Later I know that diorang punya busy and already preoccupied by other commitments tu maksudnya, sampaikan takdan bacapun. dorang nak kena terang satu-satu face to face, verbally. So I did. And so they helped in tambah baik things here and there, pada hal-hal yang aku takdapat putuskan. for the imaginary ideas of mine, they helped in becoming the pelaksana of the idea. Pergi keluar masuk tempah and amik game card (crucial part jugak kann nak mewujudkan bebende ni semua) sesungguhnya berjaya dek jasa baik team members yang lain juga.

--- Grateful


Back to the achievement on SIGGC 2017 that marked off my additional achievement in UUM (Selain AKJ 2015 : Anugerah Budayawati UUM and Naib Johan Pertandingan Juruhebah Radio peringkat negeri Kedah). This acah-beria-dilema things paid off bila dianugerahkan GOLD medal untuk game product yang dipertandingkan. Alhamdulillah satu kelas dapat full mark untuk kuiz yang pertama dalam kelas OIC tu. heh. Gold medal does not mean we got first place, as they use cluster(grade like) system. Tak kisahlah tempat keberapapun sebenarnya, that 'gold' term soothes the heart tho.

Selalu, bila aku menyertai sesuatu... orang atasan aku (superior, penasihat, lecturers, seniors etc) kebiasaannya tidak melihat apapun ada pada aku (i swear this is true feels dohh - pernah jadi masa kes pergi pertandingan juruhebah dulu. k, pnjg nanti kalau #tb). Even on something I really worked hard on, or on something I had potential on... I am usually, barely being acknowledge by. Hanya pada pencapaian yang tak seberapa begini sahaja kadang-kadang yang jadi modal penyejuk hati balik. Untuk pujuk that part on how low reliable-li-ty nya aku pada orang (atasan aku esp) lain.

Congrats all. kalau tak kerana ada group members, I would not even make it to the d-day (sbb pagitu terlajak tidur mati). End of story. Haaaa.. mujur ada the boys.

---- Grateful again.

** sudahnya asyik kena menganjing je dalam kelas sebab dikatakan tidur pukul 3pagi malam sebelumtu. sorry if I easily feel butthurt Dr. I don't simply sleep late bcs I wanted too. bcs I really did pouring my heart on wha I am working on, so as per simple joke.. kadang-kadang terjugak bawak ke hati.

Sorry for being atypical girl, maybe? hahah

p.s. No... I don't feel any kind of jelousy or iri hati towards the 'that boy in other group' yang I said initiate my competitive side. It really was in a good way he affected me. No way lah. Having somehow same interest on some similar field of thing actually blessing, tahu tak. Sebab ada peluang bertukar-tukar ilmu sebenarnya (eventhough won't happen antara aku dan dia) in fact, Dr sebenarnya yang initiate those feels. good stratgy Dr. I am motivated enough. hahahah.

OKAY, done satu entry berjela (nakharam panjangnyaaaa.)
Entri kemudian ni aku akan payung gambar masa d-day of the SIGGC 2017 okay.
(eventho takdek readers yang nak baca. sowhuttt)

sorry much sebab jutaan typo detected. biasalah kepala otak lagi laju dari jemari yang menaip. Nak catch up punya pasal, itu yang tunggang langgang jadinya. Off to #peskonuum30 gaiss.

regards,
Jah.


Tuesday, June 20, 2017

He doesn't know me

Maybe bcs he does not know me well,
so he does not know why...

why what?
Why that I pissed off getting assumed (being judge as) dependent; terlalu bergantung (pd org lain).

Sebaris "kau lah, terlalu bergantung sangat pada org lain, bukan aku je yang cakap mcmni," tak sangka meninggalkan kesan dlm hati (yang boleh tahan dalam) sampai harini. Marah betul masa dapat tahu itu hari. Marah sangat sejujurnya (entah fikirkan apa waktu tu sampai boleh tumbuk sedas dinding keras) dan terus panas hati lagi esoknya sampaikan terpaksa ambil masa untuk relax dan berlapang dada time jawab paper Usul Fiqh pd hari yg sama.

Kenapa terlalu marah? Terasa hati sebenarnya. Terasa direndah-rendahkan agaknya, iya jugak tu.
_

Kau lelaki yang aku baru kenal semester ni, berapa banyak kali sangatlah pun kita pernah berjumpa. Kau tak ada di masa susah aku, dan tak dipanggil sekalipun masa aku berhuha gembira tak ingat dunia. kau tak ada pada kedua-dua suasana. Cuma kadang-kala je kita bersua muka.

End up.. ak dpt tahu, mcm itu rupanya selama ni kau berpersepsi pada aku.
Terlalu bergantung? Kalau kau nak bercakap hal yang lahiriah ke, mungkin boleh diterima lagi.kata Ash itu mungkin first impression kau.

Hmm.. Nak bercakap soal aku tak ada rupa ke, nampak sombong ke... betul lah berkait dengan first impression. Tapi statement aku terlalu bergantung (?) bukan impresion lagi dah. Itu conclusion namnya. Judgement kau pada aku. Takde pun nak sebut 'nampak macam' atau 'maybe..' ke, tapi terus bagi statement dgn penuh yakin.

which lead to major disappointment aku terhadap kau.

Engkau aku hormat. Jujur aku kata engkau memang baik. Hampir saja sempurna mcm yg dicanang-canangkan semua org. pada aku engkau manusia yg susah nk dicari cela. aku hormat kau untuk kelebihan-kelebihan kau. Tapi dr persepsi engkau terhadap aku, obviously... nampak sgt betapa kau pandang rendah pd aku. Memang ak jd terasa. Terasa dihinakan sbnrnya.

Teori aku is, kau anggap aku cmtu based on apa yang kau perati dari cara ak berhubungan dengan kawan kau yang paling dekat. Anis dan Ash mungkin. Mintak mangkuk, mintak makanan masa ak bermalam dkt Surau Laluan C dikira ke? Mintak Anis teman semalaman dekat surau, mcmtu ke cara kau hakimi sejauh mana kebergantungan aku? Sebab kau rasa aku selalu mintak Ash itu ini? Permintaan-permintaan tersebut dikira sebagai terlalu bergantung, macamtu?

Kalau tak rapat, aku takde nak mengada-ngada mintak itu ini. Aku request benda simple je weh, tapi klw rsa berat rasa mcm aku tgh bergantung hidup dekat Ash, Ash sendiri may reject the request. Aku ingat aku dengan dia ada friend-to-friend close friendship. Kalau tak rapat, tak buat. nak mintak simple demand pun berkira. It's okay lah, fine. And kalau dr situ kau menilai tanpa tahu apa-apa. nmpk sgt kau menilai scr membuta.

Kita hidup member,member selalu tak hidup on one side. Selalunya tak syok sndiri. bab mmber-mmber. incase klau rasa mcm Ash je yg bnyk memberi. Fine lah. Ak boleh berenti meminta. Wait, aku mntak apa sgt dohhh yg smpai bergantung tergantungnya??? (wait, kereta ke?)

Aku spesis overly attached dgn org yang ak syg, atau mmber yg aku valued. Aku ada cara aku hargai org. Tapi if it is to get misunderstanding from your side, kau nmpk aku mcm menyusahkan shbt-shbt kau yg terdekat sejak-sejak kita baru kenal ni. Aku takdehal utk renggang dan blah. serious lah... dh sbb kau yg judge aku mcmtu.

Actually ak tak sangka.
betapa bersangka-sangkanya engkau tanpa usul periksa.
Tanpa kau tahu aku siapa.

Yes aku nampak mcm loser. But hello, I can walk to anywhere alone n even eat alone with no company. and then kau assumed ak terlalu bergantung semata sbb aku suruh Ash bayar duit dkt cashier? Simply? Do you think that I asked so bcs I couldn't do and in need of him? instead sbnrnya sja je bila ak mntak tu adalah tgh dtg ak punya clingy.  I am actually (admit) tht a little bit clingy to those I (thought) I am close to. Ak boleh buat, tapi aku mintak dia tolong. apa payah sgt smpai perlu keluar statement tu (yg ckp ak terlalu bergantung) over some requests "tlg amikkan straw utk ak", "tlg amikkan air aku etc.
Kau boleh kata aku mengada-ngada. Bila aku betul tengah mengada, and oftentimes ada je bila tgh ongoing call dgn Ash and dia ckp ak mengada, ak belum pernah marah lagi sbb tahu apa yg disebutkan tu betul tengah buat. well I am girl. lol.

Tapi nak cakap terlalu bergantung pada sorg manusia yang ada experience jln kaki balik part time every day pukul 3pg, jalan kaki sorg smpai sesat dkt lapang sasar UUM tu, I am indeed offended.

_

Aku buang terus number mamat ni. Memandangkan at the first place dia pun tak pernah save phone number aku. nampak sgt tak anggap aku kawan dia. Melainkan kawan atas kawan.

Ash pun anggap aku terlalu bergantung. Ingat aku tak tawar hati dengan Ash? Taktahu kat mana yang terlalu bergantungnya. Ash pun mengikut je statement rakan sebilik tersayang, macamlah baru kenal aku sehari dua; macam baru kenal semalam.

Aku chill je skrg. Ada orang dtg whatsapp msa nak gunapakai aku dan kemahiran aku. Still dare to call me that way. My ego is yet I set a little too high.

I learnt a lot. Dari perasaan seronok berkawan plus rasa bertuah kenal yang (perhaps) up to 80% skrg kurang separuh agaknya. atau mungkin kurg lg. Tak berdendam. Cuma ak jadi sedar dirilah. Tak sama tinggi rupanya ak berdiri dengan orang yang rasa dia begitu berdikari ni.

Chill je. ak nak kawan lama dgn Ash sbb dh lama kenal.
Tapi kalau betul dia tak percaya aku, lama-lama takdir pun akan kekalkan aku dengan org yg ikhlas berkawan sahaja.

p.s. Sebab kau hutangkan aku duit ke? Sebabtu aku terlalu bergantung? hmm. Ya, aku tahu nak bayar. Kalau disebabkan hutang kau boleh terus terang. Jangan label aku dgn benda yang aku taknak jd. Kalau tak ak tak tnjuk betapa boleh seorang dirinya aku.

Tuesday, March 28, 2017

6thSem Stories - Program Pertama



Bismillahirrahmanirrahim.
Asalamualaikum if there's any fellow reader.

Thanks for coming, lol. Since I haven't frequently update the blog, so kalau ada yang tersinggah - terbaca tu memang ajaiblah. I have a lot of things going, running and jumping over places inside my head actually. Tambah pulak semester keenam sesi pertama tahun 2017 ini tinggal berbaki separuh sahaja, forsure all of the stories memang banyak. It keeps adding on as days are passing by. 

First story first, I wanted to share here about my first program I get officially involved to, this semester. Program Ultimate Tuition adalah program anjuran DUTA UUM which I even barely known this "DUTA" thingy before. A friend of mine is one of them, being selected by the KPT as an ambassador of our university. Hebat rupanya kawan yang seorang ini. I never really give a damn about it. Sebab semester-semester sebelumni I just focus on my kolej je.

So he invited me, and sebab I thought the program pun macam chill je that I just come to aid the organizer and facilitate student - bukan I yang organize pening kepala the way I did so many times long before untuk kolej; yang mana I get tired of it.Then I agreed.

Buat program dekat Napoh je. almost like my kem kecemerlangan zaman-zaman sekolah dulu. Anyway, at first I had no idea wht kind of facilitators I might meet on this program.Do I know them or do I not? Berapa orang yang get involved pun I tak tahu. Bluntly following this one friend, (I think) simply bcs I trust him and that's that. 

Malam before gerak ke Napoh untuk check in penginapan tu, I got this very hard core bad feeling. Wallahi, sedih bukan main lagi nak tinggal geng-geng blok pasal apa tah. Budak-budak ni chill je.
Tak dinafikan, it happened that way sebab I nervous (plus takut - tapi taknak mengaku takut) barangkali. I am that "over thinking" type of person, kann. Pergi semberono je, malam tu baru sampai rasa cuaknya. There are things I feared of. I tak pernah berperogram without my kolej member; budak-budak eon, plg kurang.. sorang yang I familiar with, mesti ada in any program or event I ever did termasuk masa I dgn PBS. Since my first semester, they are my one and only circle kott. 
Thus, you can say that I rasa mcm sehelai sepinggang sebatang kara gitu.

I even cried that night. trolololll. Sebab I sayu sangat ke apetah. those childish feelings and over thingking hit me like truck. I joined this Ultimate Tuition Program following my friend, kann. But the fact is, selama kita berkawan I tak pernah involved dengan dia bila dia berkerja. (organizing program or event is working, right). I tahu apa yang dia buat. But whenever we met, we went for hangout ke apa, bukan dalam formal/official working mode. Kita keluar atau bersembang untuk fun and unofficial matters. I takut, I can't adapt towards his way of working (and leading the team) sebab selama ni kan boss I dalam kalangan orang lain. Dekat kolej, Sometimes even I the one yang had high authority leading the event. I afraid yang cara kita tak sama then I might get uncomfortable towards him. 

Nahhh... dah cakap dah, my thinking can get way too overboard. Acah-acah sungguhlah. (My bad!)
 







Surprisingly, as soon as I meet everyone - dalam empat orang lagi ahli jawatankuasa program, it took no time for us to bond and fit in together. I mean, kita boleh makan semeja, bergelak gurau sekali; within no time agak impressive, kan. Pelik bak kata Ash, cepat sangat kitaorang ngam. Padehal I barely known any of them sebelumni. Well, semuapun setudent dari kolej laluan lain. So that's why. Surely I am so much grateful sebab kita tak ramai, and I boleh sesuaikan diri dengan strangers yang asing sekali dalam kehidupan sehari-hari I sebelumni. I am thankful too sebab, gelabah je lebih pasal takleh adapt-lah apa yet it turned out my one friend is leading the whole team just fine. I learnt a lot dari new ppl I met here. They are all great student. Mantan-mantan majlis tertinggi belaka dan sangat berpengaruh. Different ppl lead to different characters which that is an interesting experience.

The program was so short. 2 days one night packed left me quite and impact with affection to most of them. Rasa macam tak puas dan berharap untuk bekerjasama lagipun ada. It gives me excitement whenever I meet them by chance afterwards  kampus. that kind of impact, lah.  Alhamdulillah 



Thursday, February 9, 2017

Bebananggung Hutang


Tajuk entri kalini actually adalah singkatan kepada 'bebanan menanggung hutang'. Teruk  singkatannya, kan. Dah macam bangang pun ada jugak bunyinya.

Bangang tak bangang, hakikatnya memang tersangatlah membebankan.

"Macam mana nak selesaikan hutang yang kurang lebih 20k kesemuanya padehal kau masih belajar, tak amik PTPTN dan duit poket yang mak ayah bagi sekadar cukup-cukup untuk buat belanja sepanjang dekat u saja; setiap bulan? Dan untuk menambahkan drama lagi, macam mana nak diselesaikan hutang-hutang ini semuanya dalam tempoh satu semester?" Ada yang boleh tolong aku? Eh silap ayat. Ada yang boleh bagi buah fikiran, macam mana aku nak tolong diri sendiri hadapi mendeni?

Dalam keadaan jadual kuliah (akan) sangat packed naik semester ni sebab banyak kertas nak diulang, part time mungkin membantu. Tapi mungkin lambat sangat. Nak buat sikit-sikit bolehlah, tapi nanti bila tekanan datang, boleh jadi terduduk juga. Pemiutangnya bukan seorang. Bila ramai, bimbang bermacam ragam kerenah lagi nak dihadam. Orang tidak tahu apa kita lalu. Yang penting ada ouput; itu yang orang mahu tahu. Dalam keadaan jadual kuliah yang disusun maksimum macam ni pada semester-semester penghabisan ni, obvious kan, tentang betapa aku terdesak untuk cuba graduate sekali dengan kawan-kawan seangkatan yang lain 'on time'.ahahah. Jadinya, (akan) sibuk bekerja, part time dan cari duit sampingan untuk langsaikan hutang-hutang ni jugak merisaukan aku akan terkorbankan status kuliah aku yang jugak sudah nyawa-nyawa ikan.

Soalnya, datang mana hutang banyak-banyak? Dibuat berjimba? Kalau tengok pada jumlah yang menelan puluhan ribu, macam nak diguna beli kereta sebijik pun ada. Ahahahah. Tak adalah. Bukan diguna duit-duit yang banyak tu untuk mengenyangkan perut sendiri. Ada sejumlahnya, hutang kerana teraniaya bila berperogram sebelum ni. Manakala yang selebihnya kerana program yang lain pula; yang boleh dikatakan tak cekap pengiraan dan pengurusannya menjadikan kos pelaksanaannya jauh lebih tinggi dari dana yang mampu diberi pihak universiti. Masa berprogram, kerana programnya bagus, boleh tak boleh hendak dilaksanakan jugak. hutangpun terciptakan.

Siapalah yang boleh mengagak, hutang-hutang ini terwujud sebab keculasan orang lain yang akhirnya meletakkan aku dalam keadaan tersepit sendiri. serabut? of course. Macam manapun gelak ketawa yang aku mampu tunjuk, dalam kepala dah mula bersepah dengan bermacam-macam cara yang nak di-stand by guna untuk survive semester yang mendatang ni.

Iya, hutang ini hutang bersama. Tapi kalau setakat hutang ribu riban kerat tiga empat orang, ke manalah sangat. Nak disebut, tersekat dek serba salah di tengah kerongkong sebab beban hutang memang akan kedengaran menyusahkan. Mereka yang terlibatpun macam aku jugak, struggle dgn kuliah masing-masing yang Tuhan saja tahu rahsia keputusan peperiksaan lepas macam mana tekanannya ats tiap-tiap orang serta dalam masa yang sama tahu sangat sedang tersepit dengan apa. Nak berdiam tak boleh; hutang emas perlu dibayar, hutang budi dibawa ke mati. Setakat empat kerat yang ada, alhamdulillah tahu belaka.

Dua ke tiga hari jugak lepas dapat semak result, aku tertekan sediri sebab rasa berat dan terbeban. Soal hutang ini yang sangat menganggu sebenarnya. Menambah MSG pada keputusan peperiksaan yang tak kemana ditambah terdesaknya aku nak mengejar menghabiskan jam kredit yang masih banyak.

Apapun untuk aku dan kawan-kawan yang tiga empat kerat ni aku sangat bersyukur setakat sekarang mereka masih ada. Harap sangat akan kekal ada dan terpaksa mendoakan agar dapat sama-sama kuat suapaya tidaklah tertinggal aku seorang terkapai-kapai nak melangsaikannya. Aku ada 1k yang perlu dilangsai sendiri. Yang ini bahagiannya kerana teraniaya dengan AJK program aku sendiri, dulu.

Aku akan naik ke Sintok dalam dalam dua hari lagi. Cukup takut jika tak boleh bawa diri, dan taknak jugak terabaikan mana-manapun aspek yang berkaitan baik pelajaran mahupun hutang-hutang yang perlu dilangsaikan. tengoklah, aku akan guna diri sendiri pada tahap yang paling mampu. Cuma harap-harap, dapat menggunakan dengan sebaiknya.

p.s. Lebih baik berhutang dan bermati-matian nak membayarnya dari senyap-senyap makan duit orang dan bersenang lenang atasnya.

Wallahu'alam.
Doakanlah jugak.

Harap kawan-kawan yang menguatkan kekal ada untuk memberi kekuatan.
Terima kasih aku mungkin akan kedengaran murah, tapi kehadiran engkorang ketika aku sebenarnya rasa macam dah takde tinggal apa-apa ni terlalu berharga.

Aammin. Kita cuba Zah.
Ya, aku pun teringin nak membuktikan aku boleh tempuh.
dan akhirnya mampu menghela nafas lega dan tersenyum beryukur.

yang mendoakan agar azam dan tekad sendiri cukup kuat nak menempuh segalanya,



Monday, February 6, 2017

The Biggest Fear


Tadi check result. Bukan main merudum jatuh menjunam pointer aku. Tak adalah hairan sangat sebab rasanya result dengan usaha sepanjang sem lepas memang matching; tak semenggah manapun. Tapi nak kata tak sedih tu, entahlah. Separuh nyawa rasa berputus asa gak nih. hmm..

Dua paper mintak diulang untuk sem akan datang ni. Aku dah lah ada dua sem je lagi berbaki, risau kalau tak mampu perabis subjek. The biggest fear, is tak dapat graduate sekali dgn kawan-kawan satu batch yang lain. Risau kalau akan sorang-sorang lunyai dan lembik.

Apa yang jadi sem lepas ya, sampai macamni punya teruk keputusannya?

Semua orang duk ingat, aku ada banyak masa nak fokus belajar lepas settle program last dengan Franky itu hari and lepas aku tarik diiri dari program dia yang satu lagi. Padehal waktu itu, lepas program pun, aku cukup tersepit nak selesaikan beberapa urusan berbaki seorang diri. Ada konflik kejap, yang kemudiannya beransur reda. Tapi beban program sejujurnya masih ada.

Tak. Down teruk result ni bukan pasal program. Pasal diri sendiri sebenarnya. Diri sendiri yang tak bijak nak buat keputusan bila melibatkan pilihan. Banyak memilih perkara yang akhirnya merugikan diri sendiri sudahnya. Orang lain dijaga, diri sendiri jadi korban pun iya jugak. Yang waktu itu, dah tersepit macam itupun still tak reti-reti nak balik dan bergantung pada Allah. Culas hubungan dengan Tuhan, aku rasa itulah kesilapan yang paling membinasakan sekali. Nak bayar hutang keliling pinggang, bukan main aku buat part time sampai 3 pagi hari-hari. Penatnya ma shaa Allah. Kalau balik tu terus tertidur, bayangkan sajalah Subuh tu macam mana. Kalau bertahan sampai ke Subuh, bayangkanlah pulak tenaga yang diguna seharian berikutnya tu cuma tinggal berapa. Hidup memang tunggang langgang. Jauh dengan Quran. Tahajud yang dulunya selalu, memang tinggal bayang-bayang.

Kalau sem empat dulu, semakin rapat dengan kawan-kawan, menjadikan tak terjaga batasan... paling tidak bila balik bilik bukan main sedar lagi. Pernah terjadi, nangis teruk dengan doa panjang lagi sebab tahu diri tu dah berdosa. punya risau. tapi semni, yang dosa silapnya tak nampak jelas pada mata, mulalah culas saja. sempit dah rasa hari-hari.. tapi lepatu banyak counter balik nak sedap hati dengan hal-hal yang makin melalaikan saja.

Mampu ke ni, untuk berhadapan dengan sem akan datang? Nak merasa penat sebelum memerah keringat; mencuba, looser benar gayanya. Ego sendiri tercalar. Tapi, rasa mcm dh terlambat pun ada. Banyak mana je yg dan nak cover ni?

Betulkan diri dlu Jah. Baiki mana yang patut baiki.
Kau settle dengan Tuhan, kau tengoklah nanti Allah bagi clear jalan kau macam mana.

Semoga.


to give it a try and improvise
or to give it up at all?

Mati tak mencuba 
Atau mati tak berjaya?