Thursday, February 13, 2014

Timeline Throwback Bahagian Satu


Assalamualaikum
Selamat petang.

Seronok sebab petang ni Kajang hujan lebat.
Alhamdulillah setelah lama tidak hujan.

"Allahumma soyyibann naafi3a"

Bertemankan instrumaental dari koleksi Yiruma,
dengan bunyi hujan dan suasana senyap tak berorang lain dalam rumah ni,
Cadangnya aku nak kumpulkan gambar yang ada di face book, bukan gambar dalam album
tapi time line sahaja. Dari mula masuk tingkatan enam sehingga habis tingkatan enam.


Gambar ini antara gambar terawal.
Masih belum cukup kenal sesiapa lagi time ni.

Gambar gotong-royong keceriaan kelas 6 Bawah Ibnu Hisyam 2012


Walaupun masuk lewat berbanding kawan-kawan lain, iaitu pada 11 Jun 2012..
Rupanya masih berkesempatan melibatkan diri dalam gambar batch.

''Kami semua sudah mencecah dua puluh tahun.
Sama ada secara rasmi atau tidak.
Kami semua meningkat dewasa.
Doakan kami.'' - AKU




Lama jugak merasa janggal di tempat sendiri.
Kerana projek mural, barulah aku bercampur dengan kawan-kawan baru.
Kerana lukisan ini aku mula dikenali.

Permulaan bagi sebuah sejarah. 
Inilah dia salah satu lukisan bagi rekaan mural di blok tingkatan enam kami.


Sumber kekuatan
setelah merasa peritnya kehilangan Syahida.
Mereka ibarat sumber kekuatan baru. 

Kalau diikutkan cita-cita yang melangit. Ingin kekal begini sehingga umur senja.
Mimpi untuk bersahabat sampai tua, kononnya.

Itu dulu. Sebahagiannya aku rindu. Sebahgian lain, tak perlu.



Along ketika bermural. Macam ni lah.
Ohh. Kat belakang tu Imran.
Sahabat 'vvip' aku. 



G6.
the Gifted Sixth.

Apa yang buad kita bersama?
Nak kata sekepala, 
keenam-enam kami berbeza.

Tapi tentulah, aku yakin Allah temukan kami kerana sebab yang rahsia.
Setiap seorang dari kami adalah pelajaran bagi seorang yang lain.

Gambar ni cantik pada aku. Bukan kerana warna-warna tampal. 
Tapi sebab aku masih dapat rasa gembiranya kami ketika bersama.

# Beryl's Factory 2012


Antara gambar paling awal di-upload masuk instagram. Dyba, Nadiah, Jot, Dinda dan Atie.



Gambar g6 lagi. Serba hijau semuanya.
Dari kiri atas : AinKZ, Najwa Huda, Ain Syafiqah, Razan, Mikey, aku.



Hari Isnin. Hari yang senyap dalam kelas yang kebiasaannya bising.
Tanpa Najwa, Miera, Razan dan Ain Pika... 
Kami g2 yang sopan.



Sesi selfie dengan Sa'adah sambil excited tayang sepit super comel yang baru dibeli time prep malam sebelumnya.




Mereka,  Sakinah, Asyiqin, Nad, Sa'adah, Khadijah.
Teman seperjuangan. Teman seasrama pada tahun pertama aku sebagai budak asrama,
Takingat time bila ni. Rasanya time STPM Semester 2 :)




Tahun 2013 adalah tahun paling semangat aku ber-Open Day MaHISS.
Open Day bersama MPPU Club Members. Of course I am looking forward to it.



They are the candidates of isteri mithali dan chef pastries of the night!
Ini kisah malam sebelum open day. Sementara member yang lain menyelesaikan tugas bahagian memasing,
aku teman diorang buad kek batik di DM.




Persiapan saat-saat akhir.
Paling bangga dengan nama-nama roti john tuh. 
Bravo guyss!! 
Belakang kami, ada dia. Ya, ada seseorang di belakang kami.
Setiap kali aku tengok gambar ni, aku include dia sekali di sebalik semua orang.



In shaa Allah, rasanya tanda tangan semua orang ada dalam ni.
Ke ada yang aku ter-missed? Cuba cikidaudd kayh.