Tuesday, October 1, 2013

Mikroekonomi bab 2 : Permintaan #1 (Bhgn Pengenalan)

PASARAN BARANG & HARGA {40 WAKTU}

PERMINTAAN

Definisi :-

Kesanggupan dan kemampuan pengguna untuk membeli barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa/ tempoh tertentu. 


Hukum permintaan, DD :-

Semakin bertambah/meningkat/menaik harga sesuatu barang atau perkhidmatan,
semakin berkurang/menurun kuantiti diminta sesuatu barang atau perkhidmatan.

Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta sesuatu barang adalah songsang

Keluk permintaan, DD bercerun negatif 

Harga (RM seunit)
Kuantiti diminta (seunit)
10
2
8
4
6
6
4
8
2
10

*keluk tak accurate. lukis biase je just nak nmpk kan bhw keluk bercerun negatif & hubungan antara x - y adlh songsang*


PERSAMAAN/FUNGSI PERMINTAAN :-

Qd  = a - bP
  • Qd - Kuantiti diminta sesuatu barang/ brg x {Paksi x}
  • a - pintasan harga {y-intercept}
  • b - gradient/kecerunan keluk (bernilai negatif)
  • P - harga suatu barang/barang x {paksi y}
*CARA NAK DAPAT KN GRADINENT / KECERUNAN {b}*
  • perubahan kuantiti diminta (perubahan x) dibahagi perubahan harga (perubahan y)

- T A M A T  # 1 -


# In shaa Allah, aku akan terus update tentang beberapa subtopik dalam mikroekonomi dgn merujuk kepada guide line yang diberi oleh penceramah seminar pagi tadi. siked-siked kite buad, lama-lama dah dapat cover subtopik yang diberi penekanan dalam setiap chapter *senyummm* lepas ne akan bersambung pula dengan nota SEBAB KELUK PERMINTAAN BERCERUN NEGATIF (-ve) dan FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN serta contoh bentuk soalan bagi bhgn kuantitif utk subtopik permintaan ini. Smg dipermudahkan segala urusan ai olsss dan uolss. May Allah bless us. See yaaa.




1 comment:

Anonymous said...

Equation is wrong