Friday, September 20, 2013

Throwback : MUET July 2013 Result



Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat.

Wokeyy.. sebelum mule rewind cerita semalam tentang keputusan MUET,
aku nak berkongsi satu hadis sempena dengan jumaat yang penuh berkat hari ini :-)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Jumaat, pahalanya serupa dengan berkorban seekor unta gemukdan yang pergi pada jam kedua, pahalanya seakan-akan pahala berkorban seekor sapi dan yang pergi jam tiga, pahalanya seperti berkorban seekor domba dan yang pergi jam keempat, pahalanya seperti berkorban seekor ayam dan yang pergi pada jam kelima, pahalanya seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula malaikat-malaikat untuk mendengar khutbah."
(HR Muslim)

so brader-brader, syabab-syabab, abang-abang, adek-adek, serta pakcik-pakcik sekalian..
Moralnya, In shaa Allah lps ne bergeraklah ke masjid utk tunaikan solat Juamaat lebih awal yee. Toksah berlengah-lengah. Takkan time imam angkat takbir utk solat, baru awak-awak nak bergegas ke masjid? Kannn.. *smile*





Cakap pasal MUET smlm....
Sampai aje di sekolah, belum sempat jumpe tempat duduk.. sepanjang on the way berjalan ke kelas
ade ajee member yang sampaikan salam tahniah kpd aku. Errr.. kekok kejap. Bukan hape, tapi sebab aku pun sebenarnye time tuh tak check result lagi. Maka terpinga-pinga lah aku. Time kat rumah, seawal 3 pagi camtuh ada gak aku try nak semak keputusan via sms tapi mesej aku macam tak dapat nk go thru je. 3 kali msg, 3 kali xdapat tahuu result. Aku risau gak, cuba kalau yang diorang check tuhh tiba-tiba result sebanarnya berbeza? Malu woooo.... mana maw sorok ini muke? ahahah. siyess tak konpiden.
Satu lagi, kekok sebab... result ne result MUET kott. segan aku, bukan result STPM sbnr ke hape. Aku ne dah lah terkenal dengan kerendahan pointer aku. huahuahua. bila mmber lain ucapkn tahniah tuu, terasa ironi betul dgn result akademik aku yang sebelum-sebelum ne. Leuls. cam tak kene ajee gayanye.

Aku dapat band 4. Alhamdulillah. syukur. Gembira tgk teacher yang mengajar rasa gembira dgn keputusan aku tuhh. *teacher aku dr form 3 kott* Apapun, segala puji akhirnya berbalik jua kepada NYA. band yang lebih tinggi drpd orang lain? ada orang lagi tinggi laaa. ahahah. Ini rezeki, kebetulan terlebih 6 markah. Overall peratus penguasaan aku dlm MUET adlh aroud 60% shj. sangat average. gred B gituu. Kalau di tambahtolakdarabbahagi 4 paper yang aku amek pung, semuanya dlm area 60-75%. gred B juge belaka-belaka. Hmmm. Tapi penulisan memang hancus lah anyway. Markah tak sampai 50% penguasaan pung. Adehhh. Soalan tentang jutawan, habes larii dr topik yang aku contengkan time exam writing dulu. Choii ~

Tahniah ye awak-awak semua!!! Band 1 kee.. 2 kee atau 3 jugee tahniah. Aku rasa band tu tak membezakan hape sangat pun.Alah, boleh re-sit MUET kann? Andai rasa result tu tak bersesuaian dgn course ataw univ yang kita nak apply :-) Anyway.. Bila Allah, tidak memakbulkan doa utk cemerlang dlm MUET kalini contohnya, jika kita rasa down yang teramat sangat... bukanlah sebenarnya membawa erti kita tak cemerlang ke hape. It is just, maybe Allah tangguhkan doa yang tak diperkenankan itu untuk satu masa yang kita tak tahu yang jauh lebih baik dari skang. Mungkin tak superb mana dalam penguasaan bahasa inggeris.BTW, bukan selamanya akan berada pd tahap tu pung. In shaa Allah pembelajaran tu boleh je diteruskan andai ada kemahuan dan bukanlah berhenti di tengah jalan. Ada org mungkin krg sedikit dlm satu-satu hal. tapi baaaanyak kelebihannya dlm hal yg lain. Contoh, kurang cmrlang dlm MUET, tp penguasaanya dlm bidang atau subjek yang lain mmg mabrukk jiddan. Sama laa juge hebatnyaa! Tak gitu ke? Bagi aku, jangan bezakan taraf pandai dan tak pandai. sbb semua org ada kekurangan dan kelebihan yang berbeza-beza. Itu jehh. 

Ini pandangan jalanan aku je. maaf kalau pincang. kebanyakan point aku pun dituju dan dibuat melalui permerhatian di sekolah aku ajee. 

# aku tak suka bila satu-satu kekurangan seseorang itu diwar-warkan. Dari sudut psikologi, mungkin lah cara sedemikian katanya mampu tingkatkan motivasi segala, tapi aku rasa, adlh lebih wajar dan appropriate kalau teguran, atau nasihat buat seseorang itu diberi secara privasi antara dua pihak shj; yg menegur dan yg ditegur. Lagi pulakk yang bising-bising pasal kekurangan org lain secara berbasa-basi dn bergurau senda. mmg aku tak minat. Sungguh, aku yang terasa sakitnya. Peduli laa yang kene tegur terasa tak. Aku yang takde kaitan ne yang bole jadik emo. Leulsss. Sebok je aku. pelik kaann?




No comments: