Saturday, August 31, 2013

First time aku baca apa yang dihantarnya kpd Huda awal Febuari tahun ne. Ini obvious. hmm.. Tapi aku rindu dia. kbai.

Wednesday, August 28, 2013

Judge; short film






"When we as Muslims think about discrimination, we usually focus on external discriminations that are received from non-muslims. For this film though, we wanted to focus on internal discrimination -- discrimination that Muslims have against each other. The point of focus for this concept was the hijjab, and the different prejudices revolving around Muslim girls who do wear the hijjab and Muslim girls who do not. It is very important to clarify that we are not stating a position on the hijjab, or creating a non-hijabbi vs. hijabbi atmosphere, but more so trying to highlight how quickly Muslim girls are judged by their outer appearances. We hope that this movie will spark conversation and discussion about the various discriminations that occur within our own muslim communities, hopefully starting a movement to get rid of them inshAllah. It seems as we judge and discriminate, we dim the light of Allah that all of us are seeking, causing schisms in our communities that we could do without. Thanks and salaam to all!" - OWNER

HAWA

Hawa aku tahu aku juga pendosa
Jadi aku tak mahu menambah dosa
Ambillah sedikit masa
Luahan kami dari lelaki yang hidup dengan mata
Yang sering terbuka

Hawa
Kau kata aurat mu terjaga
Kau berpakaian longgar
Kau berbaju kurung
Tapi kau lupa
Rambut mu
Aurat yang kau tak jaga

Hawa
Kau kata
Kau dah jaga semua
Kau bertudung cantek
Kali ini kau bertudung fesyen entah siapa
Adakah kau lupa
Sepatut nya bertudung itu menutupi paras dada
Atau kau mula cipta hukum sendiri
Cukuplah semua dibalut rapi

Hawa
Adakah kau lupa
Adakah dulu kau tidak dipersekolahkan oleh ibu bapa
Untuk memahami dua beza

Hawa
Kau kata semua kau dah jaga
Kau bertudung biasa
Seperti yang biasa biasa
kau silangkan tudung mu kekiri dan kekanan
Baju mu berlengan pendek
Tapi kau tahu juga
Kau guna "handshocks" agar aurat mu terjaga
Adakah kau lupa
Membalut dan menutupi itu punya banyak beza

Hawa kalau aku kata
Aurat mu masih belum terjaga dengan sempurna
Kau mula kata
Aku lelaki yang kuno hidup dizaman purba
Adakah kau juga lupa
Dulu manusia tidak berpakaian apa
Jadi adakah aku atau kau yang semakin purba

Hawa
Ya.. kau yang sedang senyum
Saat aku mengata mereka tak sempurna
Adakah kau sudah menjaga auratmu dengan sempurna
Kau cantek berpurdah bertudung labuh jua
Tapi wajah mu jadi tatapan si pemuja cinta
Kau juga lupa
Cantek kau berpurdah senyum dimata
Tapi kau jua bermain mata
Dengan mata mu yang mengoda
Walau wajah tak terlihat semua

Hawa
Kau yang bepurdah
Hari ini mungkin berwarna jingga
Esok mungkin merah menyala
Cukuplah dengan mata mu yang menggoda
Tak perlu kau tayang setiap masa
Kalau jua kau kata kau auratmu terjaga dengan sempurna
Mengapa kami lelaki yang punya mata
Tak bisa memejam seketika
Adakah itu sudah kau kata
Aurat mu terjaga dengan sempurna

Jadi wahai hawa
Mula lah nilaikan diri
Sudah cukupkah aurat mu terjaga
Kerna bukan sekadar kami yang perlu menjaga mata

Sedarlah wahai hawa
Seindah indah hiasan didunia
Ialah wanita yang solehah
Yang bakalan menjadi isteri kami yang berupa bidadari dunia



# nukilan ini aku curi daripada WAN HAZEL In shaa Allah, semoga teguran penuh hikmah
ini dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua dlm menggapai keredhaanNYA. :-)

Tuesday, August 27, 2013

Ekonomi Malaysyia Bab 3 : Kesan Perdagangan Antarabangsa terhadap Ekonomi

Hi peeps.

This is my second prezi.
sila klik utk nota Ekonomi Sem3 ; Bab 3 - Kesan Perdagangan Antarabangsa terhadap Malaysia
In shaa Allah semoga ia dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat utk kita semua.

Enjoy d=making prezi. Kalau ada kelapangan ak plan nak buat utk subjek yang lain pulee
*winkwink* Thanks siapa yg menjenguk page di link berkenaan.
Sekian, Assalamualaikum wbt

Syariah Sem 3: Hadis Ahkam - Saham Akhirat - (Makna Ijmali & Tafsili)

Makna hadis scr ijmali :

Terdapat beberapa perkara atau amaln yg dilakukan di dunia yg akn menyertai seseorang mukmin stlh dia meninggal dunia dan antara amalan itu termasuklah mengajarkan ilmu dan menyebarkannya, meninggalkan anak yang soleh (mempunyai ank yg soleh), mewariskan mashaf (kitab-kitab agma mhupun bahan-bahan bacaan ilmiah), membina masjid, menyediakan rumah penginapan bg org yg bermusafir atw dlm perjalanan, sungai yg dialirkan utk kepentingan org ramai (membekalkan air) dn sedekah yg dikeluarkn ketika hidup.


Makna hadis scr tafsili :

:: Mengajarkan ilmu dan menyebarkannya -
ilmu itu tidak kira dlm apa jua aspek selagi memberi manfaat dan kebaikan kpd sejagat. Perlu diamalkan dlm kehidupan dn disebar serta dikongsikan.

Hadis sokongan : بلغوا عني ولو ءاية yakni bermaksud "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat."

:: Anak soleh yang ditinggalkan (mempunyai anak yg soleh)
Ank yang soleh akn berbuat kebaikan di dunia. pahala amal kebaikannya itulah yg menjadi shm akhirat ibu bapa yg mendidiknya tnpa mengurangkan nilai phalanya sendiri. Anak yg soleh ini, doanya bt org tuanya adlh mustajab di sisi Allah

:: Mashaf yang diwariskan
Termasuklah seperti kitab-kitab dan al-quran yang diwakafkan. Kita akn peroleh phala yg berterusan selagi mana ia digunakan sbgi bhn bacaan dn rujukn yg memberi manfaat kpd pembacanya

:: Membina masjid atau rumah penginapan bagi musafir
Hadis sokongan : "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rumah penginapan juga boleh diertikan sbgi pondok wakaf atau pondok perhentian. selagi ia digunakan bg tujuan melepaskan lelah, tumpang teduh, tempat bermalam, atw tmpat sembahyang (sprt di RnR) dn bkn utk tujuan mksiat maka ia mengalirkan phala berterusn kpd org yg membinanya

:: Sungai yg dialirkan airnya
sama erti dlm konteks hari ini iaitu mengalirkan air bersih kpd org ramai, membekalkan air, membina telaga utk kegunaan org ramai, membina empangan air demi keperluan org ramai dsb

hadis sokongan : Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat." (Hadis Riwaya Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

:: Sedekah yang diberi ketika sihat
Bersedekah scr ikhlas mendatangkan amalan berlipat-ganda dan dpt menjadi syafaat kpd pemberinya ketika di alam kubur dan akhirat kelak.

Wallahu'alam

Syariah (Sem 3) Ayat Ahkam : Jihad - Makna Surah Al-Hajj

ULANGKAJI

Makna ayat 77-78 (surah al-hajj)

- Dalam ayat ini Allah menyebut tentang peranan solat dalam ayat serta dinyatakan beberapa rukun dalam solat iaitu rukuk dan sujud. Allah menyuruh hambaNYA berjihad dengan segala apa yg ada pd mrk.

-Allah tidak akn menjadikan seseorang hamba itu menanggung sesuatu keberatan di luar kemampuan mrk. Segala perintah adlh bersesuaian dn mmpu ditanggung sebagai seorang manusia. Allah memberi jalan keluar bagi dosa yang membebankan dan memberi kelapangan dalam kesempitan hal ibadah dan perkara agama seperti melalui rukhsah dsb. Allah meyakinkn hmba dengan beberapa kali mengulang dlm ayat ini bhw DIAlah shj sebaik-baik Pelindung dan Pemberi Pertolongan

- Allah menamakan kita sbgi org2 Islam sejak dahulu yg mana tlh diceritakn tntg org Islam ini dlm kitab2 sebelumnya dan juga tlh diceritakn di dlm al-Quran juga. Agma Islam adlh agma nabi Ibrahim as yg lurus dn tidak mensyirikkan Allah. Nabi Muhanmad menjadi saksi menerangkan tentang perbuatan org2 Islam agr kemudiannya org2 Islam dpt memberi keterangan kpd umat manusia ap yg betul dn salah

- Setelah menerangkan tntg dasar syariat (dlm ayt ini) dan dasar akidah (munasabah ayt sebelum) Allah menegaskan agr manusia dpt menunaikn syariat dgn sempurna serta berpegang teguh kpdNYA. 
"Takut melepaskan, krn aku takut kehilangan. Tapi kalau benar yakin dgn Tuhan, maka perlu 
buktikan percaya takdir yg DIA tetapkan."


Berkasih tak semestinya bersama
dan bersama tak menjamin bahagia selamanya

Jodoh itu rahsia DIA

Perasaan yang tak terhapus, mungkin itu fitrah,
Perasaan yang ditegah, mungkin itu usaha membendung fitnah

Allah bagi rasa,jangan dinoda dgn nafsu membelenggu jiwa.
Allah bagi rasa, jangan dihias dgn maksiat bersulam dosa
Allah bagi rasa bukan untuk binasa
Allah bagi rasa, agar pelihara sampai syurga

Perasaan yang takkan ada jaminan,
Pada Allah jualah segala pengharapan,
Jangan bunuh perasaan,
anggap sebagai pengalaman,
ambil jadi pengajaran

Kalau yang dipertemukan itu adlh dia yg ditentukan,
semoga DIA permudahkan,
Sekiranya pertemuan tak bererti bersama ditakdirkan,
Biar rasa ini Allah hapuskan.



[notakaki]

Aku tak belek buku tu dan baca, supaya boleh terus menangis sepanjang masa,
Bukan dibaca utk menambah luka, Mungkin cuba berpaut pd kenangan lama; bkn itu agenda utama
barangkali ada rindu yg bertamu, walau tak jauh beribu batu
jurang ini mencambahkan pilu, diamku membatu menahan sendu


Monday, August 26, 2013

Ekonomi Sem 3 - Bab 3 - Kesan Perdagangan Antarabangsa

Kesan Positif Perdagangan Antarabangsa

  1. MEMPERLUAS PASARAN
۰         Apabila malaysia mengadakan kegiatan eksport, PASARAN KELUARAN TEMPATAN dpt DIPERLUAS ke negara-negara asing.
۰         Seterusnya MENGGALAKKAN PENGELUARAN scr besar-besaran dlm industri eksport.
۰         Sektor eksport DAPAT MENIKMATI EKONOMI BIDANGAN – mengeluarkan barang pd kos purata lebih rendah.
۰         Hasilnya, kerjasama ekonomi ini MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA
۰          
  1. PENINGKATAN GUNA TENAGA & KEPAKARAN DLM NEGARA
۰         Perluasan psrn antarabangsa dlm kegiatan eksport import TAMBAH PELUANG PEKERJAAN  & TINGKAT GUNA TENAGA dlm negeri khususnya.
۰         Membawa kepada PENURUNAN KADAR  PENGANGGURAN & TAMBAH PENDAPATAN NEGARA
۰         Perpindahan kepakaran dr negara maju MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKON. NEGARA
۰          
  1. PERTAMBAHAN BEKALAN WANG
۰         Kegiatan eksport menyebabkan PENGALIRAN MASUK MATA WANG ASING dn seterusnya TAMBAH BEKALAN WANG dlm negara
۰         Pertambahan ini, MENGURANGKN KADAR BUNGA PINJAMAN, TINGKATKAN PELABURAN & KELUARAN NEGARA = galakkn pertumbuhan ekon.
۰         Arus globalisasi juge membawa masuk modal pelabur asing (FDI) yg dpt MEMPERCEPAT PERTUMBUHAN EKONOMI TEMPATAN.

  1. DAPAT IMPORT PENGELUARAN (BARANG YG TAK DIHASILKN DLM NEGARA SENDIRI
۰         Malaysia dpt import pengeluaran penting yg tak ada dlm negara dr negara luar contohnya seperti besi dan keluli.
۰         Sekaligus MELANCARKAN PROSES PENGELUARAN dan pertumbuhan ekonomi dlm negara AKAN BERTERUSAN TERJAMIN dgn adanya bekalan input dr negara luar.
۰          
  1. PEMINDAHAN TEKNOLOGI MODEN DAN TEKNIK PENGELUARAN
۰         Negara kurang maju dpt IMPORT TEKNOLOGI MODEN & TEKNIK PENGELUARAN  yg lebih baik dr negara maju.
۰         Pemindahan sebegini melalui kegiatan import dapat TINGKATKAN KECEKAPAN PENGELUARAN dan seterusnya DAPAT MENGGERAKKN PEMBANGUNAN EKONOMI dlm negara tersebut.

  1. MENGGALAKKAN PENGALIRAN MODAL ANTARA NEGARA
۰         Galakan pengaliran modal pelaburan langsung asing (FDI) antara negara akan menambahkn FDI dan seterusnya MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI negara-negara berkenaan
۰         Walau bagaimanapun negara yg amalkan ekonomi terbuka HADAPI RISIKO SERANGAN SPEKULATOR dlm pasaran saham.


  1. PEMINDAHAN BURUH ANTARA NEGARA
۰         Lebihan buruh di sesebuah negara boleh dipindahkan ke negara lain yang kekurangan tenaga buruh
۰         Negara yang mengalami kekurangan buruh mahir pula boleh mengimport dari negara lain yang mempunyai buruh berkenaan

  1. MENIKMATI FAEDAH EKONOMI BIDANGAN
۰         Negara – negara yang melakukan pengkhususan antarabangsa boleh MENIKMATI FAEDAH EKONOMI BIDANGAN
۰         Pengeluaran secara besar-besaran atau ekonomi bidangan membolehkan negara-negara berkenaan menghasilkan banyak barang DALAM KOS YANG LEBIH RENDAH


Kesan Negatif Perdagangan Antarabangsa

  1. BERLAKU INFLASI DIIMPORT
۰         Jika harga barang import semakin menaik akan BERLAKU INFLASI DIIMPORT
۰         Kenaikan harga barang pengguna yang diimport MENAIKKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
۰         Kenaikan harga imput yang diimport MENAIKKAN KOS PENGELUARAN sektor firma tempatan

  1. PERSAINGAN YANG LEBIH HEBAT
۰                     Sektor firma tempatan MENGALAMI PERSAINGAN HEBAT apabila negara menambah import dr negara-negara asing
۰                     Firma yg tak dapat bersaing MUNGKIN TERPAKSA MENGEHENTIKAN OPERASI & KELUAR DR PASARAN
۰                     Industri muda yg baru berkembang dlm negara membangun TIDAK DPT MENIKMATI EKONOMI BIDANGAN, maka industri ini tidak dpt berkembang berbanding industri yg telah berkembang
۰                     Kos purata pengeluaran yang tinggi, menyebabkn harga jualan yg lebih tinggi, maka PERMINTAAN ADLH RENDAH

  1. PENGURANGAN BEKALAN WANG DALAM NEGARA
۰         Kegiatan import menyebabkn PENGALIRAN KELUAR MATA WANG ASING yang seterusnya AKAN MENGURANGKAN BEKALAN WANG DLM NEGARA
۰         Hal ini sekiranya EKSPORT BERNILAI NEGATIF – iaitu nilai import melebihi nilai eksport

  1. PENGALIRAN KELUAR BURUH MAHIR (BRAIN DRAIN)
۰         MOBILITI BURUH MAHIR MENINGKAT – mrk akan cenderung BERHIJRAH KE NEGARA ASING krn gaji yang ditawarkan lebih tinggi serta prospek kerjaya yang lebih baik
۰         Pengaliran keluar ini (brain drain) MENGHALANG PERKEMBANGAN PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D) TEMPATAN
۰         Seterusnya MENJEJASKAN PEMBANGUNAN EKON. NEGARA yg memerlukn tenaga buruh mahir.

  1. LAMBAKAN WARGA NEGARA ASING
۰         Negara maju mungkin melaksanakan lambakan di negara kurang maju.
۰         Lambakan bererti AKTIVITI MEMONOPOLI PASARAN NEGARA DAGANG dgn menjual barang pd harga yg jauh lebih rendah
۰         Keadaan ini menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagang KEHILANGAN PASARAN  dn WUJUD PENGANGGURAN

  1. PENJAJAHAN EKONOMI
۰         Membuka pintu ekonomi bererti membolehkan pasaran TERDEDAH KPD PEMONOPOLIAN OLEH FIRMA ASING
۰         Kesan drpd monopoli dan dominasi ekonomi oleh pelabur asing, KEKAYAAN SUMBER NEGARA MENJADI KURANG MAJU SERTA DIEKSPLOITASI  malahan tenaga buruh tempatan mungkin DIEKSPLOITASI DGN KADAR UPAH YG LEBIH RENDAH.

  1. MERUGIKAN NEGARA MEMBANGUN
۰         Kebanyakan negara membangun mengeksport bahan mentah atau barang pertanian manakala negara maju mampu mengeksport barang perkilangan.
۰         Hal ini merugikan negara membangun krn harga bahan mentah dn barang pertanian yg dikeluarkan kebiasaannya adlh RELATIF LEBIH RENDAH
۰         Negara sedang membangun perlu mengeksport jumlah barang yang lebih banyak untuk mengimport barang perkilangan yg sama nilainya
۰         Kesannya, WUJUD JURANG KEKAYAAN YG BESAR antara negara sedang membangun dgn negara maju.


  1. IMBANGAN PEMBAYARAN NEGATIF
۰         Negara mundur biasanya kurang membuat pelaburan asing di luar negeri dan kurang maju dlm sektor perkhidmatannya
۰         Imbangan pembayarannya cenderung bernilai negatif
۰         Imbangan pembayaran negatif MENGURANGKAN RIZAB PERTUKARAN ASING bg negara mundur seterusnya MENJEJASKAN KADAR PERTUKARAN ASING negara berkenaan.



# Semoga nota ini bermanfaat buat student-student ekonomi Pra-U hendaknya. :-) Maaf yeee kalau ada yang tak sempurna. Okay, all the best ! 

Sunday, August 25, 2013

Ekonomi Penggal 3 - Bab 1 - Pengangguran, Guna Tenaga & Upah


Assalamualaikum.
Salam sepertiga malam.

In shaa Allah setelah seharian bertungkus lumus membuatnyeh,
aku nak berkongsi nota pertama Ekonomi Penggal 3 Bab 1 :-)

Sungguh taktipu, ada lacking dlm presentation ne. Maybe sebab ne
first time aku try guna Prezi. Anyway, harap masih dpt jd bahan yg bermanfaat buat kita semua
*winkwink* In shaa Allah, klw tak jemu and ada kelapangan, aku buad lagi utk chapter lain
dan in shaa Allah utk subjek lain pulakk *wa sembang luu*
Aku suke wooo gune mnde ne. Tapi... leceh gak lah :\

Anyway, sorry.. tajuk upah takde pon dlm ne. Maybe buad slide laen pulee.
tak sempat loh. *maafx100*

Okay.. sila KLIK SINI utk nota Ekonomi Malaysia Bab 1 tersebut :-)

# Right now listening to Menjemput Bidadari by Seismic



Friday, August 23, 2013

Asrama dan Tingkatan 6 - Gambar Kenangan



# aku # alang # photoshoot # Izyan is the photographer # funny moment



# aku # dorang # malam srikandi asrama # Pada Zaman Dahulu

# Malam Srikandi 2013


# aku # g6 # and aten # Najwa is the photographer # us


 # g6 # without Najwa Huda # happy moment #us


 # sebahagian dari kawan-kawan seasrama # Blok KL 2013 # at Puan Marina's # aku takdee

Okay done editting and upload them into this blog. Hope that, peoples whom involve don't really mind that I'm uploading the pictures of themselves. Saje nak amek mood sebelum mula menyambung semula PBS Arab yang tergendala. Wish me the best kayhhh! It's already 12:18 in the midnight. Hewww ~ *sile jangan mengantuk Zah!* and also anyway, Congrats Pika sbb dapat poiter 3.4 something if I am not mistaken. Bagus laa der, result meningkat.. aku pon tompang hepi tapi segan wooo nak sembang. Leuls. Cemburu wehh. Gile kau ta cemburu. Tapi nak bising pon tak boleh. Allah bagi sesuai dengan usaha dan doa. kalau usaha aku cikai-cikai tahap tak hengatt punye, tak layak lah aku utk pointer tinggi-tinggi pon. ye dakkk?*okay, muhasabah siked* Yeahh.. pasneh kene study cara kau. Tekun je aku usya dari kejauhan. daebak! :-)

Thursday, August 22, 2013

Amalan Doa Nabi Daud AS

Assalamualaikum wbt
Selamat menunaikan fardhu isyak peeps :-)



Kebetulan, adik aku bukak tab iluvislam.com and tak tutup balek tab tuu..
Nak dijadikan cerita maka aku ter-usya satu artikel berkaitan cinta dan perasaan yang mana
kemudian telah menemukan aku dengan doa yang menjadi amalan Nabi Daud AS.
Maka aku nak share doa itu di sini. Semoga, kita sama-sama dapat manfaat darinya, In shaa Allah.
Anyway, kalau nak baca artikel tu, silalah klik Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple' :-)

# "Teguran dari iman" Aku suka phrase tu; menenangkan hati aku yang kacau siked semenjak dua menjak neh. Allahu laa syariikalah.

Amalan Doa Nabi Daud

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”
# Sangat banyak tekanan buat aku putus harapan. Hati dan perasaan makin kacau pulak tiba-tiba. Kes dengan member, konfliknya tak selesai lagi dan disebabkan semakin hampir dengan tarikh peperiksaan kerja semakin banyak, persiapan semakin rumit dan tekanan dari cikgu juga sangat membebankan.
Hmmm.. tapi takkan semudah itu nak mengalah. Light at the end worth the pain. That's why lah perlu bertahan dan teruskan perjuangan :-) 
Mensyukuri pemberian dan kelebihan serta mensyukuri kehilangan dan kekurangan. Kedua-duanya diperlukan untuk memupuk sabar dan redha.

Wallahu'alam,


Wednesday, August 21, 2013




Assalamualaikum wbt
Selamat pagi.

dan selamat ber-PBS bagi sesiapa yang sedang ber-PBS macam aku.

Sangat mengantuk ber-pbs.
jenuh sungguh. PBS nya tak sudah-sudah ponn tapi esok dah nak kena submit.

Duduk berdepan, tapi sepatah kata pun tak terkeluar untuk menghubungkan kedua-duanya.
Aku dah mula nak ego. Aku asyik nak marah. *tumbuk diri sendiri*
Emosi aku memang obvious sgt nak show-off betapa emonye aku dalam masa terdekat neh.
Sungguh menggelabah perangai ini. *sedar diri*

Aku sedih sangat sebenarnye. Tapi macam boleh buad-buad tak sedih lagi lahhh.
Sebab aku pun tahu... kalau dilayan sangat persaan tak menentu neh boleh mereng hatijiwerage aku.
Allahu laa syariikalah. Rabb, yassir wa laa tu'assir. Everything will be alright. At the end, things will get settled. Kannnn....? Semua orang cakap macam tuh. Aku je yang tak sabar nk tunggu penamat konflik neh.

Motivasi aku rendah der skang ne. Semua result aku menurun. Sape tak down woo. Mulalah akal takfikirpanjang aku nak mencanang sukzonn atau sangka yang bukan-bukan. Rasa terhijab kononnya. *syeleuiihh* Entah-entah cemburu kottt. Result aku makin terkubur sedangkan result dia tinggi melangit *tembak diri sendiri sbb kuat dengki* Aku yang malas dan dah tertulis markah result untuk ujian harituh bukan rezeki aku. Takkan sebab kita tak bertegur, dan dia rasa aku bersalah memberi kesan pd keputusan? kemonn laa, ugly akhlak betoi. Adakah aku cuba menyalahkan orang lain atas kelemahan aku. Leuls.
sorry laaa, cemburu, dengki... betul-betul buad aku makan hati. Rasa macam bengap sangat. effort dah ada, kenapa resultnye tak menarik langsung? *sembang kencang* *ayat geybang* *ilmu kurang* =,='

"Menolak kelemahan dan tidak mahu memperbaiki kelemahan, itu adalah ego yang sebenar" - Cikgu Shaharuddin

"Syukur yang biasa adalah apabila kita mensyukuri kurniaan yang diperoleh. Tetapi syukur yang luar biasa adalah apabila kita mensyukuri sesuatu yang kita tak dapat ataupun redha dengan kekurangan dan kehilangan."

Senang cite, aku rasa aku ne tak redha lagi gamaknye. Orang dah taknak, aku mengaharap. orang diam, aku marah. Orang dapat lebih baik aku berburuk sangka. Sebenarnya satu je. Aku nak kawan dia dan jadi macam dulu. Tapi sekarang, nak buad-buad biasa pon aku tak mampu. Dia doakn kejayaan aku sedangkan aku tertekan sebab dia bersikap macam nih, tak mampu fokus dan mulelah aku men-terukbinasakan lagi keadaan






Kawen Tahun Depan

Assalamualaikum.

(maaf. takde keje dan takde kaitan. saje je buad tajuk epikk semacam)

Dah pukul 6:30 ptg. aku baru sampai rumah.
Even tengah hari tadi tak makan dan tersangat lapar...
aku pon takpasti sangat kenapa aku tergerak hati nak capai n baca buku merah yang
dah lama gak aku simpan dlm kotak harta karun aku tuh.
Sebelum ne salu je terlintas nak capai n baca tapi tak pernah pulak terlaksana.

Hmph...
Bila baca, tambah pulak dengan background musik blog sndiri..
automatik air mata ne mengalir.
aduhaiii.... sentimental pulak dah. Sungguh poyo aku neh !
Tak habiskan pon. Baca beberapa page jeh.
hmmmm....
Bila dah baca masuk yang ke beberapa kalini,
barulah aku rasa macam jelas dan faham apa yang ditulis dan diluahkan.
Macam-macam yang diterangkan yang dah menjawab persoalan aku sebelum-sebelum ne.
Maybe aku tak perasan. Hew.
Aku memang lembab siked nak paham agaknya.

Allahu Rabbi, aku membayangkan mcm dia tgh bercakap dgn aku sepatah-patah apa yg ditulis.
leuls. tsk...tsk..tsk *hilang idea kejap nak cakap hape*

inhaled. exhaled.

Aku feveret betul dgn oligo sekarang ne. sekali aku tak jujur nampaknyeh.
Orang kata, tak dapat jumpa orangnya... memiliki ap yang die suke pon jadilah. ehh.. ade ke cenggitu?
Maybe sbb mnde tu buad aku ingt certain-certain perkara atw kenangan agaknye.

Anyway....
berlaku sesuatu tgh hari td di kelas sebelum tamat sesi persekolahan.
First of all, aku nak mintak maaf sangat~ sangat~ sangat~ dekat Nadhirah, Ain KZ, Miera Zukey and Razan Izzati. Aku tak plan pon cane bole tipu tahap petala kelapan tuh. Everything happened out of sudden. Betul lah, aku pun silap sebab tak fikir panjang sebelum bercakap. Leuls. hal nikah kawen beb!!! adeke patut aku buad main n buad berguraw dengan member sendiri??!! *marah diri sendiri*

Aku time bercerita dekat dorg rasa sejuk tangan, berdebar je rasa mcm segala yang keluar dr mulut mmg sebenar-benar yang terjadi. heheh..
Tapi bile difikirkan semula tentang cerita tu, dia dan aku...
Mana mungkin org yang mendahulukan cita-cita mengalah mengutamakan cinta.
Cinta duniawi n cinta yg tak pasti pulak tuh. ahahahah ~~~ *gelak hambar*

tahun depan? pun bolehhhh *angkat kening double jerk*

Aku taktahu apa aku fikir.
nak kata aku meng-aminnkan semua yang keluar dgn sepenuh pengharapan, macam tak berlaku jeh tadi.
Tapi nak kata aku feeling-less pon tak jugak.
wallahu'alam. Apa jua rasa, Allah tahu semua. right? (-:

Aku mintak maaf sekali lagi.
Especially Razan Izzati yang dah siap-siap ucap tahniah dekat aku. serius betul dia.
katanya, Alhamdulillah Allah tetapkan hati aku dkt dia je n die pun dekat aku.
Bila razan taw aku guraw jeh.. dia kata dia sangat terkejut tahap nak menangis punye.
sampai menggeletar jap tangan die. Kalau ikutkn die punye tacing tuu smpai tros nk sumbat mp3 n tros tak layan aku kat tepi tuh. tapi mujur ruang kemaafan masih terbuka untuk aku. Phewww

urghhh. knp laaa aku guraw tahap tak ingat and dgn sepenuh perasaan camtuh?! *hentak kepala kt dinding*
mmber dah siap doa yg bebaik lagi utk aku. hew

Khilaf.
aku khilaf.
minta maaf.

rindu sangat ke?
leuls. ayat macam hapeee je -,-"
malu derrr *tutup muke*

jangan jadi perigi cari timba Zah oiiii!! *pesan pesan*
belaja luuuu. itu yg utama!!! *pesan lagi*

# Aku bercerita campur-campur. Ade betul and ade part yang aku bohong serta tokok tambah.
Feeling je tadi. kalau lah mnde tu betol terjadi. Aku ke org yg plg bahagia dlm dunia? heww.. abah pesan jgn berandai-andai. soal takdir ne, serah pd DIA lps kite dah usaha n tawakal. FULLSTOP




Sunday, August 18, 2013

Esei Penuh : Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Sesebuah Negara

Assalamualaikum wbt

Entry ini merupakan sambungan dari entry KERJA SEKOLAH PENGAJIAN AM sebelum ini.
[sila klik caps lock link wokehh]


                   Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.

                  Ketidakstabilan politik sesebuah negara berpotensi membawa kepada pelaksanaan dan tindakan-tindakan luar jangka seperti rusuhan, demonstrasi, bantahan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Melihat kepada keadaan ini, terdapat kemungkinan negara tersebut akan mengalami implikasi negatif. Antara kesan dalam tempoh jangka pendek adalah sekiranya rusuhan yang berlaku melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya. Manakala jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain sekaligus menganggu aktiviti ekonomi amnya.

                  Di samping itu, sesebuah negara sama ada pemimpin mahupun rakyat akan berhadapan dengan kesan jangka panjang disebabkan ketidakstabilan politik yang berlaku di negara tersebut. Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut. 
Keadaan kerajaan yang terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku merupakan antara kesan jangka panjang yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu.

                   Tidak dapat dinafikan, dari sudut mikro ataupun skop yang kecil, rakyat yang terlibat ataupun penunjuk perasaan merupakan yang paling terjejas kerana ilmplikasi ketidakstabilanpolitik ini. Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi serta permusuhan dan pergaduhan yang besar akan berlaku dan perlu ditanggung oleh rakyat seluruhnya. Kemusnahan materialistik serta keruntuhan nilai-nilai murni oleh sebab permusuhan dan perpecahan seterusnya akan memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara.
Malahan, risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah juga berkemungkinan terjadi dan keadaan negara atau sesetengah tempat yang terlibat akan berada dalam keadaan yang tidak kondusif dan tidak selamat.

                   Meninjau dari aspek yang lebih luas atau skop makro, antara implikasinya adalah 
akan berlaku banyak kemusnahan harta benda atau material seperti kerosakan jalan, bangunan dan tempat tinggal akan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penawaran perkhidamatan. Suasana ekonomi yang tidak sihat ini menganggu keadaan ekonomi negara tersebut dan barangkali menyumbang ke arah kemunduran negara dalam satu-satu tempoh tertentu. Kesan lain adalah ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.

                   Kesan ketidakstabilan politik turut menjejaskan ekonomi pelbagai golongan yang terlibat, baik secara individu, masyarakat, pihak kerajaan dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada keadaan ekonomi antarabangsa seandainya ketidakstabilan itu membawa kepada rusuhan, tunjuk perasaan, bantahan secara berpanjangan dan melibatkan keganasan. Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian dan hal yang demikian mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial individu tersebut akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala. Implikasi kepada rakyat apabila berlaku perpecahan dalam masyarakat, akan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya. Pihak kerajaan pula akan kehilangan kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu dan khususnya kerana ketidakstabilan politik yang terganggu. Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama. Contoh mudah kerjasama serantau yang melibatkan ekonomi adalah kegiatan eksport dan import.

                   Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara.  Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara.