Saturday, July 28, 2012

KAMI lagi :'3



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia


Sebab aku suka sangat dengan entry ALANG.. maka aku buat jugak entry tentang SS Fem.
Bukanlah hape pon sekadar gambar ktorang-ktorang jeh. >..<" daebak bukan? #winkwink








Thursday, July 19, 2012

Aku, Mereka dan Mural Kami...



Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia

Jam dekat dekstop lappy menunjukkan  wktu sekarang dah menginjak 3:42. err~ bila pulakk aku nak tidur semula nih? gaya mengapdet belog macamlah esok tak sekolah. 
dah dekat dua minggu aku asyik terbatuk je memalam. dah tahap kronik dah pon. tapi bila batuk tu reda so, aku pon tak peduli la. once die dtg balik, aku jugaks lah yang merana jiwa raga menanggungnya.

Alhamdulillah, kes dah settle dan perbincangan antara kami; tertuduh dengan pendakwa telah berlangsung dengan jayanya di bilik kuliah after tamat sesi P&P secara aman. mereka berempat dan kitorang berlima sbb achik join sekali. huhu~ bila kes dah tutup,  hati aku pon rasa senang dan tenang. InsyaAllah lepas ne ukhuwah antara kitorang2 neh akan lebih strong as long as kitorang semua berdepan dengan masalah tu, dah besar lahh katakan. Persefahaman tu tersangatlah penting, dan persepsi itu juga memainkan peranan yang besar dalam jaringan ukhuwah neh. aceceh, melalut pulakk aku -,-"

the main point is, sebenarnya aku nak tunjuk korang bukti2 kukuh sepanjang perlaksanaan projek mural RM 8 juta yang diberikan oleh En.Shaharuddin Abu Kassim kepada lower six.

so, moh lerr kita ngusya beberapa dari banyak gamba yang telah diambil petang tadi just after Rahman Rahim kata cikgu Shahar mintak kitorang progress cepat sikit mural tuu since Ramadhan dah dekat sangat.




meet my angah, aka Auni Aulia'. keje dia time kitorang buat mural dalam sehari
dua ini adalah memantau dari kejauhan je. bole pulakkk. :p





Hajar dan Syidah dua orang ahli majlis tertinggi dalam kalangan lower 6 puteri. 
woot..woot.. kebersamaan dalam pershabatan itu suatu yang chantek, bukan? #likeshare






saat itu apabila orang kuat lower 6 turut padang. aceceh..
meet my vice president of Majlis Perfuakatan Pra-Universiti for 2012/2013, Asyikin




yang di sebelah kiri tu is my adik aka Najwa Huda. hah, yang kanan laks ialah ketua bacth aku, Wanie. 
Adik, antara manusia yang sangat hardcore ber-mural selepas aku dan achik, ahaks..





yang paling master bila berdepan dengan camera, alang lah orangnya. Alang aku aka Miera Zukey.
thanks for helping yaww. jasamu dikenang sepanjang zaman. :)



yang sepatutnya dah takde tapi still bersama - Imran. jangan marah Im. ngee~ kau pon berjasa gak 
untuk mural selain dari tolong aku amek gamba kitorang dan duduk mengomen je. heheheh.






achik kat sebelah kiri tuh. dan President yang berbaju merah tuh. kemain lagi, duduk dan memerhati dari jauh. diorang ne betol2 dah macam arkitek dgn pengarah projek. 
Anyway Pres, aku ta makan dalam ler dgn kata-kata kau. 
sbb aku taw kau stail yg protect member. err~ krik..krik..




aku likeshare gamba neh. sbb aku yang edit. hahaha. tekun, komited dan rajin bukan?
semuanya gara-gara deadline dah dekat sangat. thanks x100! :D




Ini achik. Namanya, Khairul Rizal. Achik yang tersangatlah auta dan takmatang, 
kalau dah rapat ngan dia, memang boleh jadi tak waras sbb akan gelak tanpa henti. 
FYI, achik merupakan arkitek 1 untuk projek mural neh and antara 
orang yang kedua rajin selepas aku. heheh. #menggelabahlaks





mangsa buli : achik. dan pembulinya : aku (along) and alang ^.^v memang dah selalu sgt 
mnde macamnijadi kat die dlm dunia sebenar pon. seb baek die tak fight kitorang balek. 
fufuf~ kalau tak memangnaya laa kan. credit to : Imran untuk gambar ini. #likeshare






dan yang tak bosan menaip, adalah aku (along). hope uols enjoy lah mengusya dan membaca entri xseberapa neh. #menggelabahlagi. sekarang pon dah pukul 4:22. memang lahh masa yg diambil untuk buat satu entry menjadi tersangatlah lama sbb aku tak draft dulu sebelom ne. 
tido? taknak? tido? takanak? err

[notakaki] perasan tak? yang join mural petang neh (19 Julai) merupakan orang2 kuat dalam bacth? selain dari kitorang berlime orang yang memang hardcore ber-mural laa. daebak lah korang! and  BTW, untuk student2 lain yang sebelum neh pernah menyumbang jasa dan tenaga untuk menjayakan mural ne, jazakallah khairan kathira, TRIMAS diucapkan!


Assalamualaikum and Morning peeps !

ya Ramadhan [ 21st July 2012 ]



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia





“Ahlan wasahlan ya Ramadhan.” ^.^v
Kita semua biasa dengar ucapan ini diambang Ramadhan bukan? Sbb pe tuh? Sebab Ramadhan itu bulan yang mulia. Dalam bulan Ramadhan jugak ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. That’s why lahh Ramadhan sgt special dan ramai antara kita yang menantikannya.




Time bulan Ramadhan, ramailah antara kita-kita ini yang rajin bertadarus, menjaga percakapan, menjaga ikhtilat, qiam, menambah amalan2 sunat secara drastik dan sebagainya. Semua neh fenomena biasa. Tapi sayang seribu kali sayang, perkara-perkara ma’ruf ini cuma berjalan dgn jayanya time puasa shj. Selalunya bila start raya, maka ter-stop jugalah kerajinan kita. Cadangan aku untuk kalian yang membaca dan diri aku sendiri untuk Ramadhan kali ini, lebih baik jangan berubah mendadak sgt sampaikan semua amalan sunat dipulunnya. Cukuplah kita buat mana yang termampu tetapi istiqamah dari semasa ke semasa; InsyaAllah.

Aku yakin, Allah hargai effort kita untuk menjadi hambaNYA yang lebih berjaya dunia dan akhirat melalui kesungguhan kita menjadikan amalan sunat yang tak berapa nak banyak itu sebagai amalan yang berterusan; istiqamah.


“Ibadah wajib dikekalkan, amalan sunat biar berterusan agar keimanan dapat ditingkatkan”



Selalunya kita akan berdoa agar Ramadhan setiap tahun sampai kepada kita. Sebagai seorang hambaNYA, aku juga tak lari dari pengharapan macam tuh and yet, Alhamdulillah.. I am so thankful untuk merasai Ramadhan tahun ini. Tapi nampaknya adik perempuan aku tak berkesempatan menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini. Sape yang sangka? Aku tak pernah terbayang aku akan sambut Ramadhan tanpa dia. #sebakdada. Kata abah aku, takdir adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, berlaku apabila DIA menghendakinya. Dan rahsia untuk setiap yang berlaku itu milikNYA – Wallahu’alam.

Pemergiannya menyedarkan aku tersangat-sangat. Umur kita ne, kalau Allah nak tarik bila2 pon boleh. Adakah aku berkesempatan menyambut kedatangan Ramadhan tahun depan? Aku pon clueless. Maka oleh yang demikian, aku berharap, agar aku sendiri kuattabahcekal untuk melalui ramadhan demi ramadhanku sebagai seorang hambaNYA yang terbaik, yang istiqamah dalam amalannya. Sekurang-kurangnya, aku takkan menyesal sekiranya Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir aku.
In my opinion, manusia neh leka sangatkan (especially aku laa, yg tersangat khilaf) ? Walaupun tahu ajal itu pasti dan akan sampai pada satu waktu yang tidak diketahui serta boleh terjadi pada bila-bila saja dengan kehendakNYA, soal ajal maut ini tak pernah begitu memberi kesan dalam hati dan sanubari.
#muhasabah




[notakaki] aku prepare lima tips untuk 5 hari pertama Ramadhan. No worries, tip2 yang seterusnya akan aku kongsikan nanti, InsyaAllah. So guys, let’s make a move! Semoga Ramadhan ini mendekatkan kita dengan rahmat dan kasihNYA dan semoga kita sama2 dapat jadi yang terbaik utk agama kita neh. Amin ya Rabbi ^.^v

Sunday, July 15, 2012

[hot issue] Mixed Feelings ~.^"

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia!


hot issue? tak lah hot mana pon.. saja nak publisiti jeh. hehe. selamat membaca entri yang paling banyak label nye ini. #peace yo.


Feeling SATU - the sweetness of friendship


I'm going to share with all of you about my new family member whom are actually
my close friend in this 2012 at MaHISS.
They are the SS Family which stands for 'SIBLING SELAMENYERR' Family.
bahahaha.. yes, I am kinda mnggelabah je buat group member bagai.
but to think through it again.... I've begin to love them the way I love myself. ahaks. #poyojeh

the SS family mmber are ALONG, ANGAH, ALANG, ACHIK and ADIK. #bukan nama sebenar


a wonderful drawing right? ahaks. #perasan

usia persahabatan kitorang ne masih terlampau baru. But I wish it will last forever. 
Kalau tak forever pon at least sampai aku tua. huhu.. 

Guys, I've save a memo about them.. baca lah andai ada kerajinan,

****

My Memo

Aku... Sama macam SS Family Member yang lain. Aku harap hubungan persahabatan yg daebak neh
bertahan dan kekal lama sampai ke tua. ahaks. sound impossible tapi sebanarnye possible to happen. Aku seronok dengan angah, alang, achik and adik. I feel secure, happier and even stronger to be with them. And now I begin to love them the way I love myself. <3 Am I taking this kind of friendship too serious? haha. not sure actually. Anyway, aku selalu doa semoga persahabatan ne membawa aku kpd kejayaan instead of enjoyment semata-mata dan mendapat keredhaan-NYA [aminn ya Rabbi] *winkwink*

*****
Guys, it is so nice to have a good and caring friends. aku dah tengok buktinyeh dari parents aku. they're 40 something already but still contact to each other. He is a friend of my dad whom was a classmate to my mom. Last time arwah adik aku sakit. banyak kali pakcik tuu and his family datang ziarah. He gave moral support to my dad and selalu contact my dad untuk bertanya khabar. when he received the call about my younger sister's death, he came to the hospital immediately even it's already 12 in the morning. He hugged my dad and help him uruskan jenazah tgh mlm buta tu, uruskan jenazah pagi esoknya and sentiasa peka n prihatin dgn feelings the whole family walaupun it has been two weeks when we met him. 

Kemurnian persahabatan antara pakcik ne dgn parents buatkan aku letak harapan and angan2 untuk dapat kawan sebaik beliau in my future. #ayattakboleblah
bukan harapan utk SS family je, tapi dgn semua kawan2 rapat aku yang lain like NOR WAFA, MARDHIAH KHUSAIRI, HANAN ADZHA, NAJMINA ITTRY, EIMRAN, GENG RUMAH SEWA @ PLKN Segari, KAMIL RAIMI and semua lahhhhh :D *winkwink*

Feeling DUA - Kuno

dah lima tahun aku sekolah dekat MaHISS (maahad hamidiah islamic sec. school) and tahun ne dah nak masuk tahun keenam.
seingat aku lah. yes, aku pernah benci gile sekolah tuu sebab banyak sangat kenangan hitam pekat menimpa aku since my first year studied there. #brokenenglishbhai
as I've grown bigger and older, aku berjaya gak kikis penyakit fobia dan trauma terhadap sekolah tu.
actually it is not about the school tapi tentang warga sekolah tu; student especially yang boleh dikatakan tersangatlah kuno mentality nyeh.


rindu korang. salunyeh bila aku ada prob, kita lepak makan maggie sesame. #rinduuuuu


being black-listed by people adalah sesuatu yang common bagi aku. but still it hurts me so much, harap maklum. And act aku ingatkan bila aku dah form 6 neh aku bole jalani kehidupan baru yang aman sentosa.. ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari; adeh >..<" again, nama aku menjadi isu and kinda di black-list kan jugaklah.
and demit, seriously sebenarnye aku agak fed-up. 
Berdiri seorang diri dgn seorang lelaki di hadapan dinding bangunan yang superb besar, di tempat dan kawasan yang terbuka tanpa melakukan sesuatu yang mencurigakan sebaliknya berbincang tentang mural yg perlu disiapkn sebelum Ramadhan dan tanpa disiasat dulu, I've been accused untuk tuduhan 'BERDUA-DUAAN' and people started to look at me deep too down. memang serong habes lahhh. #bengangneh!
sedangkan kami cuma berdua-duaan untuk less than 5 min just because my companion ke blkg blok sekejap to wash her hand after doing mural. What on earth is going on? dah laa yang mengadu (domba) tuu budak form 1. chehh >..<" tak selidik hape dah pandai nak report2. aku time form 1 dulu baek je #takpasal-pasal.


tak pasal2 Damia jadik modelnyeh. #I'm sorry if I'm using broken english


Sape tak keci hati doe kalau nama masuk dlm meeting MT (majlis tertinggi) sebagai satu problematic issue and kawan2 pandang aku yang keluar masuk kelas macam aku keluar tu nak gi buat masalah carik pasal. 
and to be frank.. even  presiden of MPPU tak salah tanggap about this matter, aku tersangat lah segan dan malu sbb aku dah jadi isu. I can't act like nothing had happened. It hurts my pride too. sape lah aku ne #acecehh

[notakaki] fine..fine.. aku akui lah this second feeling hanyalah  luahan perasaan yang bersandarkan emosi. but still my emotion is important to me. 

"don't judge a book by it's cover and don't judge me by my appearence." "treat me nicely so I could treat you nicely in returned" "I hate plastic people. hahahaha!" 
#evil laugh

Assalamualaikum and Morning peeps 









Saturday, July 7, 2012


assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


harap tak terlewat nak ucapkann...


Seharian... [entritakjadi]

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia

ehem.. *cough*
YOSH >.<" seriously I'm not feeling well rite now.
tapi dengan gediknya nak hapedet jugak blog dan menaip entri baru -,-"

baru seminit lps aku taip sebaris ayat dkt ats. Aqem dah menegur aku dekat FB soh aku jangan sebok sgt berbloging sehingga mengabaikan home work.
mokkk >,<" kan dah kena sebatang dekat batang hidung aku neh! adehh. xp
anyway mesti die assume aku ne pemalas tahap dewa kann? cehh.. *suk.uzon
memang laa.. die bukan kenal aku sebulan lepas tapi since dkt PLKN lagi. tambah lak time PLKN hidup aku macam huru-horror sikit. so mesti lah die expect aku berpotensi bermalas-malasan n xsiapkan home work sbb aku pon tunjuk kat die cm aku tak berubah dr perangai huduh aku.

BTW, untung jugak dapat kwn yang mengingatkan. sebab aku pon jenis yang selalu terlupa.
dgn adanya manusia cm die, aku rasa agak tercabar (sebanranye laa) and sekaligus terasa nak berubah so I could prove to everyone that I am not someone that you could look down on me. I mean, yes I need to change for my own sake. at least he make me wanna compete.
JYEAH!!! hidup 4 flat!! *lbeyahhpulak.

err guys, sebenarnya aku memang dah termelencong jauh dari the main point yang aku nak share dgn all of you. Aku just nak cite apa yang aku dah buat seharian ne TAPI the whole idea flew away just now. so, cite len kali la. ahaks,


salam sayang :


 farhatul NFE :3 Morning peeps! lawa tak flat ne?

[notakaki] seorang rakan sekolah aku telah menyedarkan aku tentang betapa pentingnya 4 flat dalam hidup aku. dia tak lah menyedarkan aku secara langsung but semangat die yang tak berkesudahan untuk rajin and score very well in our every sem-test influence me to be success too. well I know I can do it as long as I want it. aku ne cuma pemalas sikit je sebenarnya. TETTTTT >..<"
Trimas Rahman for your so-called encouraging spirit. ahaks. *terlebeysudaa






Wednesday, July 4, 2012

PHOTOtoday - Bowling


Budak yang ditemui aktif berjalan antara satu lane ke lane yang lain;  Amirul Fikri :)





Eizah and Izzah whom was in the same group bowling petang tadi. bezanya aku amatur,
Kak Izzah memang dah pro abes. DAEBAK la kak.






ber-KFC di bus stop depan Warta Bangi pada petang Rabu yang bersejarah. hahah :D

Form Sixth

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia

wokeh. entri yang bakal ditaip adalah sesuatu yang diberikan base on pandangan aku; dari kaca mata seorang budak tingkatan 6 yang telah lebih 5 tahun ditarbiah di SMKA Maahad Hamidiah.

wahai kawan-kawan form 6 sekalian... kepada mereka-mereka yang tidak berjaya melayakkan diri mereka untuk menjadi ketua atau majlis tertinggi dlm badan kepimpinan baru-baru ini, harap all of you tidak berduka cita dan give up.

dari satu sudut pandang yang positif, anggaplah bahawa korang tiada rezeki untuk mendapat gelaran tersebut kerana ada sesuatu yang lebih baik menunggu korang. Perancangan Allah is the best right? :3

And pada pandangan aku, memberikan tugas atau jawatan MT kepada pelajar-pelajar form 5 juga sebenarnya adalah sesuatu yang lebih baik.
Kita semua sebagai form 6 tentu pernah diberi peluang yang sama untuk menjadi seorang yang berkepimpinan ketika berada di sekolah masing-masing sebelum ini, bukan? jadi rasanya tak salah jika peluang dan ruang ini kita berikan kepada adik2 form 5 agar diorang turut belajar sesuatu yang baru melalui pengalaman diorang sebagai seorang pemimpin.


Seseorang pernah berkata yang mereka tidak sehebat kita (form 6) kerana kita ada kelebihan dari segi ilmu, pengalaman dan kematangan yang lebih baik berbanding mereka. But guys, don't you think that by giving them chances being a leader, they will gain all the benefits we've already got and will learn to be a much better person. diorang mungkin tidak sebagus kita sekarang kerana diorang tak belajar pengajian Am dsb. but who cares?
as the elder, kita juga atas dasar kemanusiaan dan ukhuwah boleh menegur dan memberi tunjuk ajar sekiranya diorang buat salah.


Apabila kita tidak dapat menjadi pemimpin, bukan beerti kita tidak berkepimpinan tetapi sebaliknya supaya kita boleh tunjuk qudwah kepada adik2 bahawa kita boleh jadi pengikut yang baik, yang menyenangkan pemimpinnya.

Jangan kerana tidak berpuas hati, uols kata guru-guru tidak memilih uols kerana memandang serong terhadap uols. is it obviously true or it is just an assumption? anybody got an evidence? anybody know that why some of the teachers were being a little bit skeptical towards form 6?

Kalau ianya satu kenyataan yang betul pon, forsure there must be some reasons behind. Have you ever know why?  Again, sekiranya ia sesuatu yang betul that cikgu2 pandang serong terhadap form 6... then do something WOW untuk bersihkan nama bacth but not by blacklisting the teachers who judges us.
show some respect so people will respect you in return.   


Guys bila korang sebut yang korang dihina dan dicaci. seolah-olah orang yang melakukannya seperti tidak berhati perut dan tidak ikut syara' pulakk. Sedangkan pelaku yang korang maksudkan ialah seorang guru yang darjatnya sangat tinggi kalau nak dibandingkan dgn kita.  secara teorinya, perhaps the teacher don't meant to humilate you but you took it as a humilation. instead of menganggap kita dihina cikgu, lebih baik anggap kita ditegur cikgu. even diri kita akan lebih tenang dgn perkataan teguran berbanding hinaan.


Biasa dengar tak.. "kita takkan tahu kelemahan kita tetapi orang lain lebih tahu kerana mereka yang melihat."
sentiasa lah anggap diri itu serba kekurangan dan berlapang dada dengan teguran. kalau kita rasa kita terbaik dan lebih baik, kita akan tolak pandangan orang lain yang kita anggap tidak sebaik kita. kalau terluka sabarlah kerana sabar menjadi lambang kekuatan kita.

aku dgr ceramah dkt OASIS, "pada suatu masa Rasulullah duduk dgn para shbt, Apabila slh sorg shbt yg duduk di sisi baginda didatangi seseorang, dituduh dan dimarahi tetapi masih berdiam diri dan bersabar, baginda saw. tersenyum. Sekali lagi apabila diperlakukan perkara yang serupa dan shbt tersebut naik marah.. baginda mula berganjak dari tempat duduknya. Apabila shbt tersebut bertanya, kata Rasulullah, ketika dia bersabar rasulullah saw tersenyum krn para malaikat mengelilinginya dan rasulullah berganjak pergi ketika dia marah kerana melihat iblis dan syaitan menegrumuninya." - ampun maaf sbb tak ingat hadis apa dgn matan sanad n perawinya.. err~ sori


satu lagi, bila cikgu disiplin kata form 6 langgar peraturan sekolah, form 6 bangun lambat, form 6 itu, form 6 ini and bla bla dkt asrama.. tahukah korang yang apabila cikgu mensabitkan kita bersalah bukan lah maksudnya adik2 junior lain tak ada langsung buat salah dan baik all the time. it is just kesalahan kita lebih sikit dari kesalahan yang selalunya dilakukan oleh adik2 bawah kita. Why don't we take it positively jika kita taktahu menahu tntg sesuatu itu secara jelas? Bersangka baik tidak akan merugikan kita kawan-kawan. tetapi bersangka buruk itu lebih bahaya. tepuk dada, tanya iman. we know ourselves better. 

dari satu sudut yang berbeza : takkan cikgu disiplin nak lantik seorang upper 6 yang bawak barang haram ke sekolah sebagai pemimpin, sedangkan ada junior yang lebih muda dan berkelayakan pluss tak pernah langgar peraturan sebagai calon lain? contohnya laa


banyak lagi nak taip tapi keadaan xmengizinkan. ehem x3.. aku tak sure ada kerr budak2 dari kalangan form 6 mahad akan baca entry neh? rasa mcm xmungken laa. tp kalau korang terbaca, aku tataw apa yang korang rasa tentang pandangan aku neh. huhuhuhu~

mende neh dh lama tersimpan dlm hati aku. nk luahkan tp tak berapa nak berani. rasa macam aku je yang  fikir macam ni. satgi orang kata aku menggelabah pulak. aku bagi pandangan ne taksemestinya aku tak menyokong taw..taw. cuma aku agak ralat bila soal hina-menghina ne disebut-sebut. kadang-kadang mnde tu melibat cikgu-cikgu yang dah banyak mencurah ilmu kpd aku sebelum ini. jadi x sedap lah kan, bila sampai ke telinga aku. mungkin korang tak kenal lagi atau mungkin korang pon baru menilai secara luaran cikgu2 ni, tapi setakat dua atau tiga tahun diajar dan bersama dgn beberapa org cikgu2 (especially guru disiplin) ne, aku yakin yang mereka sgt baik, at least taklah sampai tahap berniat hina-menghina tuu.

memang aku tak rasa apa yang korang rasa.. tapi just hope you guys can take things positively. pesanan aku, beware of provocation and always think positive. jadikan masalah sebagai batu loncatan utk jadi lebih baik sebab aku pon yakin kita semua lebih baik, InsyaAllah.

[notakaki] bowling harini memang best. dan Rabu kali ini merupakan Rabu paling bersejarah untuk tahun ini. tak lupa juga... THANKS Kak Wan Nurul Izzah. ngeee~ hepi betoi petang tadi.. :)

kbai. sori la panjang nor entrinya. Assalamualaikum.

Tuesday, July 3, 2012

CONTENGAN JALANAN



assalamualaikum wbt. dan salam satu Malaysia

Assalamualaikum wbt. Salam sejahter dan Salam satu Malaysia. 

First of all, thanks to SOFYOSEOB. kalau tak kerana kebaikannya maka aku takkan dapat hapdet belog kali ini. terimas yo! Bila sebut tentang CONTENGAN JALANAN, semua orang mesti terbayangkan karya hebat HLOVAATE bukan? aku tak baca lagi pon novel tu and I'm going to sooner. aku bukan nak citer pasal Hlovate pon. tapi sekadar nak meluahkan apa yang aku tengah rasa sekarang.

apa yang aku rasa sekarang? aku pon taktaw nak gambarkan macam mana. 
Lepas PLKN dulu... hidup aku rasa macam lain sgt. 
aku rindu kawan2 lama aku. rindukan anak2 murid aku dekat Tadika KDN dan rindukan arwah adik aku. Kehidupan di sekolah pon best jugak. aku sentiasa cuba jatuh hati pada bacth baru ne, think all the way positively and give everything all out and the best utk STPM and form 6 seperti yng pernah disarankan Imran sebelum2 ne..

aku harap aku takkan berlebih-lebihan the  way I am used to be before. I want to be an easily overlook person. fufufufu~ kehidupan dekat sekolah pon boleh tahan mencabar gaks. ttaw la.. kbai. GTG. selamat menatap gamba2 budak 6 Ibnu Hisyam; my classmate time gotong-royong keceriaan kelas minggu lepas.

ASSALAMUALAIKUM










Sunday, July 1, 2012

Pergi Tak Kembali


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia




Fufufuf~ aku baru balik dari sekolah (3:30 ptg) dan sebenarnya teramatlah keletihan.

Guys, hari ini hari Khamis. Malam ini akan jadi Khamis malam Jumaat dan hari esok adalah hari Jumaat. Kalau dihitung-hitungkan, sudah genap seminggu adik perempuan aku pergi meninggalkan kitorang di sini. (al-fatihah buat arwah) walaupun dalam hidup ini akan ada jutaan hari Khamis dan Jumaat, ianya takkan pernah serupa dengan Khamis dan Jumaat minggu lepas sewaktu arwah meninggal dunia di High Dependency Ward (HDW), Hospital Serdang.

Kehilangan seseorang yang rapat dan disayangi sememangnya memberi tamparan hebat pada diri ini. But I believe I will stay strong ^^v Abah pernah cakap, apa yang menimpa arwah; kesakitan dan pemergiannya ini kemungkinan merupakan pengajaran buat kami yang masih hidup. Aku yakin! Tentu sekali suratan yang ditetapkan Allah ini ada banyak hikmah dan rahsia di sebaliknya. Semoga kebaikan dpt dipraktikkan dan amal soleh dpt diperbanyakkan – semoga Allah permudahkan. Manakala untuk arwah pula, secara peribadinya aku akan sentiasa mendoakan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih NYA, ya Rahman, ya Rahim, Allahu ya Rabbi, InsyaAllah. Kenangan dan suka duka yang dikongsi dengan arwah adik aku adalah sesuatu yang akan aku ingat sampai bila-bila dan akan menjadi teman aku bila aku rindukan dia. :)

My late sister was so much stronger than I am. Dua minggu dia di KPJ Damansara, 2 minggu di wad nephrology Serdang dan almost 3 weeks di HDW Serdang dilaluinya tanpa banyak rungutan. Aku memang tabik part tu. Aku kat rumah kena gastrik pon dah berguling-guling meraung tak ingat dunia. Mungkinkah kerana ketabahan arwah itu maka Allah memilihnya untuk diberikan ujian? Wallahualam. Aku sekadar berbaik sangka. Sesungguhnya pengetahuan Allah Maha Luas, segala puji kembali kepada NYA. Sesungguhnya ujian bukti kasih Allah terhadap hambaNYA; aku optimis :)

Arwah sebenarnya sakit buah pinggang. Tahap kerosakan tak ditentukan keranan keadaan arwah selalu tak stabil. Dalam surat kematian, dr tulis puca kematian adalah kerana jangkitan kuman di wad. Katanya antibody arwah memang lemah so bila diserang demam dan sebagainya, such of that stuff memberi impact besar dan buruk pada keadaan arwah yang already unconcious.

Sepanjang arwah adik aku; NORFARHATUL SHAHIDA berada di HDW dalam keadaan unconcious, aku selalu je doa moga Allah panjangkan umur arwah. Rupa-rupanya telah tertulis di luh mahfuz usia adik aku sampai 13 tahun 9 bulan sahaja.
Pada hari Khamis malam Jumaat pukul 10:30 malam, arwah kembali ke rahmatullah dan meninggalkan kami selamanya. Time tu kami sekeluarga ada dekat tepi arwah;  Alhamdulillah sempat bersamanya pada saat-saat terakhir sebelum kehibaan menyelubung kami. Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un; dari Allah dtg, kepada Allah jualah tmpt kembali.

*****************

                               Ù„ا اله الا الله ، محمد رسول الله

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.
Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

******************



[notakaki] entry ini di-draft-kan pada 28 Jun 2012. Assalamualaikum