Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
“Ahlan wasahlan ya
Ramadhan.” ^.^v
Kita semua biasa dengar
ucapan ini diambang Ramadhan bukan? Sbb pe tuh? Sebab Ramadhan itu bulan yang
mulia. Dalam bulan Ramadhan jugak ada satu malam yg lebih baik dari seribu
bulan iaitu malam Lailatul Qadar. That’s why lahh Ramadhan sgt special dan
ramai antara kita yang menantikannya.
Time bulan Ramadhan,
ramailah antara kita-kita ini yang rajin bertadarus, menjaga percakapan,
menjaga ikhtilat, qiam, menambah amalan2 sunat secara drastik dan sebagainya.
Semua neh fenomena biasa. Tapi sayang seribu kali sayang, perkara-perkara
ma’ruf ini cuma berjalan dgn jayanya time puasa shj. Selalunya bila start raya,
maka ter-stop jugalah kerajinan kita. Cadangan aku untuk kalian yang membaca
dan diri aku sendiri untuk Ramadhan kali ini, lebih baik jangan berubah
mendadak sgt sampaikan semua amalan sunat dipulunnya. Cukuplah kita buat mana
yang termampu tetapi istiqamah dari semasa ke semasa; InsyaAllah.
Aku yakin, Allah hargai
effort kita untuk menjadi hambaNYA yang lebih berjaya dunia dan akhirat melalui
kesungguhan kita menjadikan amalan sunat yang tak berapa nak banyak itu sebagai
amalan yang berterusan; istiqamah.
“Ibadah wajib dikekalkan, amalan sunat biar
berterusan agar keimanan dapat ditingkatkan”
Selalunya kita akan berdoa
agar Ramadhan setiap tahun sampai kepada kita. Sebagai seorang hambaNYA, aku
juga tak lari dari pengharapan macam tuh and yet, Alhamdulillah.. I am so thankful untuk
merasai Ramadhan tahun ini. Tapi nampaknya adik perempuan aku tak berkesempatan
menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini. Sape yang sangka? Aku tak pernah
terbayang aku akan sambut Ramadhan tanpa dia. #sebakdada. Kata abah aku, takdir
adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, berlaku apabila DIA menghendakinya. Dan
rahsia untuk setiap yang berlaku itu milikNYA – Wallahu’alam.
Pemergiannya menyedarkan
aku tersangat-sangat. Umur kita ne, kalau Allah nak tarik bila2 pon boleh.
Adakah aku berkesempatan menyambut kedatangan Ramadhan tahun depan? Aku pon clueless.
Maka oleh yang demikian, aku berharap, agar aku sendiri kuattabahcekal untuk
melalui ramadhan demi ramadhanku sebagai seorang hambaNYA yang terbaik, yang
istiqamah dalam amalannya. Sekurang-kurangnya, aku takkan menyesal sekiranya
Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir aku.
In my opinion, manusia neh
leka sangatkan (especially aku laa, yg tersangat khilaf) ? Walaupun tahu ajal
itu pasti dan akan sampai pada satu waktu yang tidak diketahui serta boleh
terjadi pada bila-bila saja dengan kehendakNYA, soal ajal maut ini tak pernah
begitu memberi kesan dalam hati dan sanubari.
#muhasabah
[notakaki] aku prepare lima tips untuk 5 hari
pertama Ramadhan. No worries, tip2 yang seterusnya akan aku kongsikan nanti,
InsyaAllah. So guys, let’s make a move! Semoga Ramadhan ini mendekatkan kita
dengan rahmat dan kasihNYA dan semoga kita sama2 dapat jadi yang terbaik utk
agama kita neh. Amin ya Rabbi ^.^v
No comments:
Post a Comment