Friday, October 14, 2011

Entry Panjang & Photo-less


Assalamualaikum wbt.

        Hai u ols. Apa khabar? Jasad kalian sihat? Hoho.. Iman kalian macam mana pulak? Sihat tak?
Aku? Aku macamtulahhh, sekejap sakit, sekejap macam nak oke. Entahlaa. Aku rasa aku kena buat terapi hati dan mindalah. Semenjak dua menjak ni; memandangkan SPM ponnn dah semakin dekat.. banyak pulak penyakit emosi yang menjangkiti aku. Senang emo, TERgedik tanpa sebab dan TERamat mudah berfikiran negatif serta AGAK PEMALAS juga.  Aku dah cuba nak delete penyakit2 ni, but YKW .. it is not as easy as A, B, C taw. Kalau semudah tuuu, mesti aku dah berjaya menjadi insan gemilang, terbilang dan bla3. *negativeminded?*

      Aku macam nak buat appointment dengan DR.CINTA. huhu~ tapi beliau doktor CINTA, mesti rawatannya tuuu dikhususkan untuk penyakit tu jeh. Aku dah takde problem dalam bab2 tuh. *setakatnilewww;Alhamdulillah* huhu.. takpelah sis, lain kalilah appointment. *selamberlandjeh*
Anyway.. rasanya salah satu PUNCA keimanan dan semangat aku dijangkiti penyakit kronik ni adalah disebabkan aku dah suntik hiburan duniawi melebihi dos yang disarankan. *sigh* aku akui hal itu. Believe me... K-POP satu wabak and aku mangsanya. Huhhhh.. serious ckp.. takpayah jadi fanatik ponnn korang boleh dijangkiti penyakit macamni. [ATAU, mungkin korang takkan dijangkiti penyakit tuuu sebab antibody korang TAKSELEMAH aku. Wallahu’alam.]
“Maafkan Izah mi, sebab berperangai hodoh macam sekarang. Dulu pon sama jugak. GOMETT”

       Judgemental tuuu sama tak dengan suk’uzon (bersangka burukk) ? Aku rasa aku pernah jugak dijangkiti penyakit nih. Tapi rasanya berjaya ditepis dan ditangkisss kott. Alhamdulillah. Aku doakan korang yang sentiasa ber-husnuzonn semoga istiqamah dengan positive-minded korang tu.
[Dropthesubject] Korang nak tau takkk, dulu kalau aku emo.. aku suka betul buat sajak. Sebenarnya bukan sajaklah tapi ,macam luahan hati diri aku sendiri BUT dalam versi yang berbunga-bunga dan Bahasa Melayu Tinggi. BTW, jgn lah marah kalau penggunaan vocab BM aku salah. Aku main hentam kromo je waktu nih.. hehe. Tegur baek2 naaa kalau ada error kat mana2.  Lets usya dua daripada beberapa poem yang aku pernah TER-record dalam  simpanan aku.
Aku & Kunang2

Aku ibarat kunang-kunang,Dalam gelap aku terbang,Dalam gelap aku terang,
Tidak akan ada yang terpandang, Kecuali yang sayang,Dan kecuali yang leka diulit kerdipan bintang.
Bila siang aku hilang,Bila hilang aku berang, Perasaan ini tidak dapatku pendam dalam hati yang walang,
Kurasakan diri ini dikambus malang.
Berangku dalam diam, Cahayaku makin kelam, Seperti pekatnya malam,
Akhirnya aku sepi terbenam Di dalam perut bumi tertanam.
Aku ibarat kunang-kunang.
[caption]
Poem di atas adalah hasil nukilan TERpoyo yang ada dalam koleksi aku. tengah mode TERPINGGIR on that time. Kalau tak silaplah. Fufufufu~ macam tak malu kan? Gi tayang2 nukilan sendri kat orang?  TETTTTT


Pengalaman.

Hari itu langit cerah,
kantuk tidak datang singgah,
menyapa hati yang berdebar bercampur resah,
memikir kan aku yang bakal menerima segulung amanah,
yang cuba kugapai dengan penuh susah payah.

Hari itu,
ungu bagiku begitu indah,
senyumku lebar menghias wajah,
aku bertekad, takkanku hampakan  umi dan ayah.

Hari ini..
Mentari tak munculkan diri,
burung-burung yang berkicauan di sebalik blok madrasah riang menyanyi,
sedangkan tangkai jiwaku ini terasa cukup ironi,
terimbau segala kesilapan dan kehampaan dalam secebis memori,
aku baru menemui identiti diri,
baru mahu menapak langkah berani,
saat diri dikhianti insan yang kukasihi.

Waktu itu..
Hati ini remuk,
fitnah yang melata terasa sakit mencucuk
ketika aku masih bingung tak mengerti, sekadar mengangguk.

Ku imbau lagi waktunya,
saat dunia terasa gelap gelita,
tiada yang ingin berada di sisi, cuba mengerti dan percaya,
aku yang terlalu muda  tak betah berkata-kata,
aku hanya punya bicara yang kabur dan tak bermakna,
terkapai-kapai aku bagai layang-layang terputus talinya,
lelah membela, hanya umpatan yang kuterima,
mulut manusia yang  gemar mengata.

Hati ini bertegas.
Sekali-kali, takkanku lupa,
sinis kata-kata mereka yang kononnya baik pada mata kasar  manusia,
tajam dan bisanya bicara,
sarkastiknya nada yang bergema,
menyentap jiwa dengan bicara yang menusuk jauh dalam dada.

Mana mungkin pengalaman ini jadi kabur,
mereka menasihatiku dengan santun ketika bertutur,
nasihat penuh helah yang sebenarnya dusta belaka,
nyahlah aku yang tidak layak dan hina,
amanah ini hanya buat insan terpilih; yang suci dari nista,
dibisikkan pada ku hampa,
betapa aku telah menconteng arang kepada seluruhnya,
lagi dia menyongsong  aksara kata,
terus-terusan mengehentam aku yang hanya tahu menangis semahunya..

Sungguh, walau hanya secebis memori,
Memori ini pengalaman yang kejam yang sentiasa terpahat jelas dalam kepala,
yang sentiasa berlayar dalam ruang mata,

Sungguh aku tidak lari dan tidak menafi,
pasti ada natijah di sebalik cebisan memori ini,
yang menyalurkan padaku kekuatan,
yang meneguhkan benteng kesabaran,
dalam aku menempuh liku alam kehidupan.

Setelah aku diduga dengan ujian,
setelah nasib ini aku tangiskan,
aku putuskan untuk melangkah ke depan,
masa untuk kuberikan diri ini sebuah pembelaan
dengan memberikan mereka kejayan sebuah peperiksaan.
“[hidup.aku.ada.kaitan.dengan.purple]”
Nukilan: farhatul NFE
[caption]
Poem panjang lebar ni sememangnya seperti yang korang jangkakan. Ianya adalah sebuah nukilan yang dicipta dalam keadaan aku sangat emosional. Emo lah kirenyeh. Emo dengan sape? Discover lah sendiri kalau terasa diri tu rajin and sikap INQUIRY dalam diri korang tinggi. *takdekkaitan*
Terimakasih kepada yang sudi baca entry suam2 kuku ni. InsyaAllah, pada masa akan dtg; lepas SPM kerrr, aku akn share dengan korang entry yang JAUHHH lebih bermanfaat dan interesting (bukan macam sekarang).
“sila doakan  kejayaan aku dalam SPM 2011 ya. Doakan jugak aku sukses untuk menjadi seorang pereka busana muslimah suatu masa nanti.” Kalau ada peluang untuk balas jasa dan budi baik korang, I’ll express my gratitude to all of you on that time. TERIMAS (terima kasih so much)








No comments: