Sunday, August 7, 2016

Yang Pertamanya

Ingat dah nak pukul 11 malam tadi.
Makanya bersiaplah seorang Jah untuk tidur awal.
Rupanya baru lepas 25 minit je pukul 10.

Alhamdulillah.
Ber-laptop baru kita harini.
Walaupun tadi masa ongoing urusan jual-beli sempat jugak kena bebel dengan abah pasal laptop rosak sebelumni, tapi ending dia... abah proceed jugak pembeliannya.

Bila fikir dua tiga kali. Barulah tersedar. This is my first time I owned a laptop which. I mean, it's mine. First time merasa ada laptop sendiri. Sebelumni pakai laptop abah yang diberi pakcik Man. Sebelum tu lagi, sebarang penggunaan laptop adalah menggunakan laptop umi sepenuhnya.

So betul lah tu. This is my first laptop. officially.

dah duapuluhdua tahun baru merasa ada laptop cemana. Odd, kan? tapi mcm okay je. Ada sense good vibe jugak in this odness. Terer what. dah duapuluhdua baru merasa.. kira, antibody tinggi ah gituh. Ahahahah. Like "I can live without having my own laptop, when others are dying for owning one." Ok lol. Menggelabah je berangan.

Harap-harap, panjanglah umur laptop ni dan boleh berbakti lama, lama, laaaaamaaa pada aku.
Lebih berharap lagi, supaya aku boleh jaga harta milikan ni sebaiknya. Of course, abah is doubting me based on my previous record - internal hard disk rosak, mata charger patah and etc.

Ampun bah.
Thanks, both umi and abah.

yeah. Alhamdulillah lagi sekali.
makanya, terasmilah laptop yang pertamanya milik Jah ni.

p.s. I whatsapp him back regardless that he don't reply me. Ini bukan soal siapa yang whatsapp dulu, atau siapa still whatsapp walaupun kena ignore adalah yang tak jaga  pride. I just feel to explain, guess so. In shaa Allah. Jah akan terus kuat untuk keep move on dan tolak sebarang perasaan aneh yang cuba datang balik (sekiranya datang lah). Rasanya hal whatsapp ni, takde hape lah hendaknya. aamiin. Goodnight. Assalamualaikum wbt.

p.s.s. Dah ada laptop ni, rasa chill je nak menaip dan berblogging. Harap lepasni makin rajin lah hapdet blog. Maybe segala perasaan atau cerita boleh share kt sini; nak ikut jejak Pong yang simpan semua yang dirasa dalam lukisan dia. Aku pun, nak simpan cerita aku... dalam penulisan aku.


Thursday, August 4, 2016

Siri Sintok : Semester Empat 2016

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Lama dah bercita-cita nak menaip entri dan berkongsi itu ini (sikit) tentang pengalaman di Universiti Utara Malaysia sepanjang semester kedua sesi A152 . Akhirnya, berjaya jugak nak memulakannya.

Banyak. Banyak gila yang terjadi dan sebenarnya banyak yang nak dicerita.
Kita tengoklah macam mana. harap "siri sintok" dapat disempurnakan kepada beberapa entri.

Np Remix Alan Walker & Sia - Faded; Cheap Thrills

Sekarang tengah cuti sem, kann.
Bila recall balik sem lepas yang dah berlalu, mulalah rasa macam "eh, tak sangka sem tu dah berlalu."
Sebabnya, masa nak mengharung sem lepastu... bukan main lagi dia punya onak ranjau dia. Turun naik kehidupan masatu rasa macam dramatik dan drastik sangat. kalau happy, happy sungguh. Bila tengah retak dan rabak tu, bukan main lagi. Sampai membawa kepada nak acacah bunuh diri kateorang. A kind of thug life, yiu can say so.

Sem lepas dimulakan dengan cerita MSK intake febuari dan diakhiri dengan kisah perjalanan balik dari Stesen Bas Changlun ke Terminal Bas Selatan. Di tengah-tengah tu, adalah cerita pasal MAET2016 dan macam-macam lagi yang dilalui tiap-tiap hari. Secara umumnya, personally bagi aku semua yang dilalui memang manis je kalau diingat balik. Almaklumlah dah berlalu dan jadi sebahagian pengalaman, maka mengundang senyum jugak kadang-kadang. Tapi ada jugak dugaan yang kesannya terasa lagi sampai saat ini pun. Semoga segalanya bertambah baiklah untuk semester akan datang.

Kenapa nak buat entri?
Entah. Aku saja nak luahkan - penghargaan, permohonan maaf, hal yang tak dapat diucap secara bersemuka, and ada lah lagi. Walaupun tahu, tak ada yang membaca pun blog aku ni. I just feel to post them here. This is my site; my talks and thoughts anyway. Aku nak cerita, pengalaman apa yang buat aku sakit sangat sepanjang dekat sana semester lepas, hamba Allah yang mana yang aku sayang sangat macam takboleh lepas and such. Mende cenggitulah. Dah lama teringin nak berceritanya. Qadha' balik segala yang aku rasa masa tiap peristiwa jadi, yang aku terpaksa simpan dan tak dapat nak lepaskan pada sesiapa.

end.
see you when I feel to see you.




Sunday, May 15, 2016

Harapan




Apa yang aku rasa?
Aku pun masih belajar nak melupakan.
Walaupun prestasi memberangsangkan.

tapi

Aku tak boleh tipu,
hati masih tercuit seikit-sikit dengan cemburu.
Tapi kerana tak layak bisingkan sesuatu yang bukan hak aku.
maka aku diamkan dan telan biar hilang dari ingatan dan perasaan.

siapalah aku?
macam yang kau selalu bisingkan.

dan hari ini pulak aku dapat tahu
teman rapat aku sedang lalu jalan serupa
terjatuh hati tanpa sengaja
pada kau - orang yang serupa

berita ini
buat aku taktahu aku rasa apa

bercampu-campur segala rasa

mungkin rasa hebat.
sebab mampu telan belaka
dan masih boleh semuka. 

aku tanya teman rapat aku.
selapas ni agak boleh buat rapat dan macam biasa.
gelengan kepala yang aku terima.

Aku pulak yang aneh dengan diri sendiri.
Bangang kah aku?


Wednesday, April 27, 2016

MAET'16



Semoga program akan datang, Malam Anugerah EON Terbaik 2016 berjalan dengan lancar. 

-
aamiin ya Rabb. 

Monday, April 4, 2016

es yu no, aimnot det strong

hai.

selamat malam sintok.

penatlah.

taktahu apa nak jadi dengan diri sendiri.
rasa macam lembik, dan sedang tunggu masa untuk lebur pula.

lagi setahun dan setengah bulan sahaja di sini.
bunyi macam, pejam celik pejam celik esok lusa sudah boleh balik.

tapi sejujurnya,
sekarang sesaatpun dirasakan lama.
sehari seperti setahun.
kerja sedikit, bebannya menggunung.
kerja yang menimbun, apatah lagi. sakitnya menanggung.

banyak sungguh masalah.
seperti banyaknya kerja-kerja setiausaha yang tidak pernah henti.
sama naik dengan konflik itu ini.
seperti perasaan 'kekulian' yang sudah merebak parah dalam hati.

penatlah.

sesungguhnya seorang eizah sangat penat.
dia bukan merungut. tapi keluhan ini kerana bebannya terasa berat.
lebih berat dari apa yang dia rasakan mampu tanggung.

penat menangis. penat juga makan hati.
penat berulang ke sana-sini sendiri.
jemu menghadap surat-surat dan dokumen rasmi,
letih, tidak ada yang mahu memahami,

berbincang tentang program,
dengan kawan yang rapat juga mampu menaik-luapkan amarahnya.
berdiam tentang masalah,
dengan rakan seangkatan akhirnya dingin berbalah.

Allah.