hai.
selamat malam sintok.
penatlah.
taktahu apa nak jadi dengan diri sendiri.
rasa macam lembik, dan sedang tunggu masa untuk lebur pula.
lagi setahun dan setengah bulan sahaja di sini.
bunyi macam, pejam celik pejam celik esok lusa sudah boleh balik.
tapi sejujurnya,
sekarang sesaatpun dirasakan lama.
sehari seperti setahun.
kerja sedikit, bebannya menggunung.
kerja yang menimbun, apatah lagi. sakitnya menanggung.
banyak sungguh masalah.
seperti banyaknya kerja-kerja setiausaha yang tidak pernah henti.
sama naik dengan konflik itu ini.
seperti perasaan 'kekulian' yang sudah merebak parah dalam hati.
penatlah.
sesungguhnya seorang eizah sangat penat.
dia bukan merungut. tapi keluhan ini kerana bebannya terasa berat.
lebih berat dari apa yang dia rasakan mampu tanggung.
penat menangis. penat juga makan hati.
penat berulang ke sana-sini sendiri.
jemu menghadap surat-surat dan dokumen rasmi,
letih, tidak ada yang mahu memahami,
berbincang tentang program,
dengan kawan yang rapat juga mampu menaik-luapkan amarahnya.
berdiam tentang masalah,
dengan rakan seangkatan akhirnya dingin berbalah.
Allah.
1 comment:
Sabarlah selagi boleh.. in syaa allah nanti ia akan membuahkan hasil yang sangat indah.. Saya juga merasakan perkara yang sama..Kadang2 rasa tak sabar nak habiskan study kat sini (UUM).. saya juga lagi setahun setengah..sekarang dah sem 4.. tapi satu saja pegangan saya..kita di sini kerana takdir yang telah ditentukan..lalui sahaja dengan sebaik mungkin.. kerana ia tetap juga akan berlalu..kita hanya mampu lakukan yang terbaik untuk menghiasi hari2 kita agar ia menjadi satu kenangan manis suatu hari nanti....
Good luck awak.. ^_^
#Maaf andai tersalah bicara..sekadar meluahkan rasa..
Post a Comment