Thursday, August 22, 2013

Amalan Doa Nabi Daud AS

Assalamualaikum wbt
Selamat menunaikan fardhu isyak peeps :-)



Kebetulan, adik aku bukak tab iluvislam.com and tak tutup balek tab tuu..
Nak dijadikan cerita maka aku ter-usya satu artikel berkaitan cinta dan perasaan yang mana
kemudian telah menemukan aku dengan doa yang menjadi amalan Nabi Daud AS.
Maka aku nak share doa itu di sini. Semoga, kita sama-sama dapat manfaat darinya, In shaa Allah.
Anyway, kalau nak baca artikel tu, silalah klik Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple' :-)

# "Teguran dari iman" Aku suka phrase tu; menenangkan hati aku yang kacau siked semenjak dua menjak neh. Allahu laa syariikalah.

Amalan Doa Nabi Daud

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”
# Sangat banyak tekanan buat aku putus harapan. Hati dan perasaan makin kacau pulak tiba-tiba. Kes dengan member, konfliknya tak selesai lagi dan disebabkan semakin hampir dengan tarikh peperiksaan kerja semakin banyak, persiapan semakin rumit dan tekanan dari cikgu juga sangat membebankan.
Hmmm.. tapi takkan semudah itu nak mengalah. Light at the end worth the pain. That's why lah perlu bertahan dan teruskan perjuangan :-) 
Mensyukuri pemberian dan kelebihan serta mensyukuri kehilangan dan kekurangan. Kedua-duanya diperlukan untuk memupuk sabar dan redha.

Wallahu'alam,


Wednesday, August 21, 2013




Assalamualaikum wbt
Selamat pagi.

dan selamat ber-PBS bagi sesiapa yang sedang ber-PBS macam aku.

Sangat mengantuk ber-pbs.
jenuh sungguh. PBS nya tak sudah-sudah ponn tapi esok dah nak kena submit.

Duduk berdepan, tapi sepatah kata pun tak terkeluar untuk menghubungkan kedua-duanya.
Aku dah mula nak ego. Aku asyik nak marah. *tumbuk diri sendiri*
Emosi aku memang obvious sgt nak show-off betapa emonye aku dalam masa terdekat neh.
Sungguh menggelabah perangai ini. *sedar diri*

Aku sedih sangat sebenarnye. Tapi macam boleh buad-buad tak sedih lagi lahhh.
Sebab aku pun tahu... kalau dilayan sangat persaan tak menentu neh boleh mereng hatijiwerage aku.
Allahu laa syariikalah. Rabb, yassir wa laa tu'assir. Everything will be alright. At the end, things will get settled. Kannnn....? Semua orang cakap macam tuh. Aku je yang tak sabar nk tunggu penamat konflik neh.

Motivasi aku rendah der skang ne. Semua result aku menurun. Sape tak down woo. Mulalah akal takfikirpanjang aku nak mencanang sukzonn atau sangka yang bukan-bukan. Rasa terhijab kononnya. *syeleuiihh* Entah-entah cemburu kottt. Result aku makin terkubur sedangkan result dia tinggi melangit *tembak diri sendiri sbb kuat dengki* Aku yang malas dan dah tertulis markah result untuk ujian harituh bukan rezeki aku. Takkan sebab kita tak bertegur, dan dia rasa aku bersalah memberi kesan pd keputusan? kemonn laa, ugly akhlak betoi. Adakah aku cuba menyalahkan orang lain atas kelemahan aku. Leuls.
sorry laaa, cemburu, dengki... betul-betul buad aku makan hati. Rasa macam bengap sangat. effort dah ada, kenapa resultnye tak menarik langsung? *sembang kencang* *ayat geybang* *ilmu kurang* =,='

"Menolak kelemahan dan tidak mahu memperbaiki kelemahan, itu adalah ego yang sebenar" - Cikgu Shaharuddin

"Syukur yang biasa adalah apabila kita mensyukuri kurniaan yang diperoleh. Tetapi syukur yang luar biasa adalah apabila kita mensyukuri sesuatu yang kita tak dapat ataupun redha dengan kekurangan dan kehilangan."

Senang cite, aku rasa aku ne tak redha lagi gamaknye. Orang dah taknak, aku mengaharap. orang diam, aku marah. Orang dapat lebih baik aku berburuk sangka. Sebenarnya satu je. Aku nak kawan dia dan jadi macam dulu. Tapi sekarang, nak buad-buad biasa pon aku tak mampu. Dia doakn kejayaan aku sedangkan aku tertekan sebab dia bersikap macam nih, tak mampu fokus dan mulelah aku men-terukbinasakan lagi keadaan






Kawen Tahun Depan

Assalamualaikum.

(maaf. takde keje dan takde kaitan. saje je buad tajuk epikk semacam)

Dah pukul 6:30 ptg. aku baru sampai rumah.
Even tengah hari tadi tak makan dan tersangat lapar...
aku pon takpasti sangat kenapa aku tergerak hati nak capai n baca buku merah yang
dah lama gak aku simpan dlm kotak harta karun aku tuh.
Sebelum ne salu je terlintas nak capai n baca tapi tak pernah pulak terlaksana.

Hmph...
Bila baca, tambah pulak dengan background musik blog sndiri..
automatik air mata ne mengalir.
aduhaiii.... sentimental pulak dah. Sungguh poyo aku neh !
Tak habiskan pon. Baca beberapa page jeh.
hmmmm....
Bila dah baca masuk yang ke beberapa kalini,
barulah aku rasa macam jelas dan faham apa yang ditulis dan diluahkan.
Macam-macam yang diterangkan yang dah menjawab persoalan aku sebelum-sebelum ne.
Maybe aku tak perasan. Hew.
Aku memang lembab siked nak paham agaknya.

Allahu Rabbi, aku membayangkan mcm dia tgh bercakap dgn aku sepatah-patah apa yg ditulis.
leuls. tsk...tsk..tsk *hilang idea kejap nak cakap hape*

inhaled. exhaled.

Aku feveret betul dgn oligo sekarang ne. sekali aku tak jujur nampaknyeh.
Orang kata, tak dapat jumpa orangnya... memiliki ap yang die suke pon jadilah. ehh.. ade ke cenggitu?
Maybe sbb mnde tu buad aku ingt certain-certain perkara atw kenangan agaknye.

Anyway....
berlaku sesuatu tgh hari td di kelas sebelum tamat sesi persekolahan.
First of all, aku nak mintak maaf sangat~ sangat~ sangat~ dekat Nadhirah, Ain KZ, Miera Zukey and Razan Izzati. Aku tak plan pon cane bole tipu tahap petala kelapan tuh. Everything happened out of sudden. Betul lah, aku pun silap sebab tak fikir panjang sebelum bercakap. Leuls. hal nikah kawen beb!!! adeke patut aku buad main n buad berguraw dengan member sendiri??!! *marah diri sendiri*

Aku time bercerita dekat dorg rasa sejuk tangan, berdebar je rasa mcm segala yang keluar dr mulut mmg sebenar-benar yang terjadi. heheh..
Tapi bile difikirkan semula tentang cerita tu, dia dan aku...
Mana mungkin org yang mendahulukan cita-cita mengalah mengutamakan cinta.
Cinta duniawi n cinta yg tak pasti pulak tuh. ahahahah ~~~ *gelak hambar*

tahun depan? pun bolehhhh *angkat kening double jerk*

Aku taktahu apa aku fikir.
nak kata aku meng-aminnkan semua yang keluar dgn sepenuh pengharapan, macam tak berlaku jeh tadi.
Tapi nak kata aku feeling-less pon tak jugak.
wallahu'alam. Apa jua rasa, Allah tahu semua. right? (-:

Aku mintak maaf sekali lagi.
Especially Razan Izzati yang dah siap-siap ucap tahniah dekat aku. serius betul dia.
katanya, Alhamdulillah Allah tetapkan hati aku dkt dia je n die pun dekat aku.
Bila razan taw aku guraw jeh.. dia kata dia sangat terkejut tahap nak menangis punye.
sampai menggeletar jap tangan die. Kalau ikutkn die punye tacing tuu smpai tros nk sumbat mp3 n tros tak layan aku kat tepi tuh. tapi mujur ruang kemaafan masih terbuka untuk aku. Phewww

urghhh. knp laaa aku guraw tahap tak ingat and dgn sepenuh perasaan camtuh?! *hentak kepala kt dinding*
mmber dah siap doa yg bebaik lagi utk aku. hew

Khilaf.
aku khilaf.
minta maaf.

rindu sangat ke?
leuls. ayat macam hapeee je -,-"
malu derrr *tutup muke*

jangan jadi perigi cari timba Zah oiiii!! *pesan pesan*
belaja luuuu. itu yg utama!!! *pesan lagi*

# Aku bercerita campur-campur. Ade betul and ade part yang aku bohong serta tokok tambah.
Feeling je tadi. kalau lah mnde tu betol terjadi. Aku ke org yg plg bahagia dlm dunia? heww.. abah pesan jgn berandai-andai. soal takdir ne, serah pd DIA lps kite dah usaha n tawakal. FULLSTOP




Sunday, August 18, 2013

Esei Penuh : Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Sesebuah Negara

Assalamualaikum wbt

Entry ini merupakan sambungan dari entry KERJA SEKOLAH PENGAJIAN AM sebelum ini.
[sila klik caps lock link wokehh]


                   Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.

                  Ketidakstabilan politik sesebuah negara berpotensi membawa kepada pelaksanaan dan tindakan-tindakan luar jangka seperti rusuhan, demonstrasi, bantahan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Melihat kepada keadaan ini, terdapat kemungkinan negara tersebut akan mengalami implikasi negatif. Antara kesan dalam tempoh jangka pendek adalah sekiranya rusuhan yang berlaku melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya. Manakala jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain sekaligus menganggu aktiviti ekonomi amnya.

                  Di samping itu, sesebuah negara sama ada pemimpin mahupun rakyat akan berhadapan dengan kesan jangka panjang disebabkan ketidakstabilan politik yang berlaku di negara tersebut. Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut. 
Keadaan kerajaan yang terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku merupakan antara kesan jangka panjang yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu.

                   Tidak dapat dinafikan, dari sudut mikro ataupun skop yang kecil, rakyat yang terlibat ataupun penunjuk perasaan merupakan yang paling terjejas kerana ilmplikasi ketidakstabilanpolitik ini. Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi serta permusuhan dan pergaduhan yang besar akan berlaku dan perlu ditanggung oleh rakyat seluruhnya. Kemusnahan materialistik serta keruntuhan nilai-nilai murni oleh sebab permusuhan dan perpecahan seterusnya akan memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara.
Malahan, risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah juga berkemungkinan terjadi dan keadaan negara atau sesetengah tempat yang terlibat akan berada dalam keadaan yang tidak kondusif dan tidak selamat.

                   Meninjau dari aspek yang lebih luas atau skop makro, antara implikasinya adalah 
akan berlaku banyak kemusnahan harta benda atau material seperti kerosakan jalan, bangunan dan tempat tinggal akan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penawaran perkhidamatan. Suasana ekonomi yang tidak sihat ini menganggu keadaan ekonomi negara tersebut dan barangkali menyumbang ke arah kemunduran negara dalam satu-satu tempoh tertentu. Kesan lain adalah ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.

                   Kesan ketidakstabilan politik turut menjejaskan ekonomi pelbagai golongan yang terlibat, baik secara individu, masyarakat, pihak kerajaan dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada keadaan ekonomi antarabangsa seandainya ketidakstabilan itu membawa kepada rusuhan, tunjuk perasaan, bantahan secara berpanjangan dan melibatkan keganasan. Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian dan hal yang demikian mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial individu tersebut akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala. Implikasi kepada rakyat apabila berlaku perpecahan dalam masyarakat, akan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya. Pihak kerajaan pula akan kehilangan kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu dan khususnya kerana ketidakstabilan politik yang terganggu. Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama. Contoh mudah kerjasama serantau yang melibatkan ekonomi adalah kegiatan eksport dan import.

                   Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara.  Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara. 

Saturday, August 17, 2013

Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Ekonomi dan Politik Sesebuah Negara

Assalamualaikum.

So, this is an essay for my home work on General Study subj.
*Bismillahirrahmanirrahim*

Pendahuluan


Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.


Isi 1
Kesan Jangka Pendek Ketidakstabilan Politik 
  • Sekiranya rusuhan yang berlaku adalah melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya. 
  • Jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain. Aktiviti ekonomi terganggu.
  • Perusuh yang kebiasaannya merupakan golongan pembeli akan menggunakan kos yang besar sebagai persediaan membuat tunjuk perasaan seperti persediaan bekalan makanan, sepanduk, banting, khemah perlindungan dan sebagainya. Kuasa beli mereka terhadap barang-barang keperluan lain akan merosot kerana aliran keluar wang digunakan untuk tujuan ini. Hal yang demikian hanya akan menguntungkan pihak dalam industri tertentu sahaja dan hanya dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja serta merugikan banyak pihak lain. 
Isi 2
Kesan Jangka Panjang Ketidakstabilan Politik 
  • Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut. 
  • Kerajaan terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu. 
  • Sekiranya rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku untuuk satu tempoh yang panjang, kegiatan ekonomi dalam skop yang lebih luas seperti kegiatan eksport dan import negara akan terganggu dan sekaligus memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara-negara luar yang terlibat dalam kerjasama ekonomi ini. Keadaan ini menjejaskan hubungan baik antara negara

Isi 3
Kesan Ketidakstabilan Politik dari Sudut Mikro
  • Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi
  • Permusuhan dan pergaduhan yang besar serta memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara
  • Risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah
Isi 4
Kesan Ketidakstabilan Politik dari Sudut Makro
  • Banyak kemusnahan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penwaran perkhidamatan dan seterusnya menganggu keadaan ekonomi negara tersebut.
  • Ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.

Isi 5
Kesan Ketidakstabilan kepada Individu, Masyarakat, Pihak Kerajaan dan Kesan Antarabangsa
  • Individu : Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian - mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial seseorang akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala.
  • Masyarakat : Berlaku perpecahan dalam masyarakat dan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya.
  • Pihak kerajaan : Pihak kerajaan tidak mendapat kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu. 
  • Kesan Antarabangsa : Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama.
Penutup

Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara.  Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara.