Sunday, August 25, 2019

슬픈 사랑 : Sad Love


Hi there,
(if there's any).

Okay let's get this stuff straightaway outta my head. Been thinking about this one friend since ever I could remember.

Lama betul rasanya dia saja dalam kepala. Most probably sebab menjelang tahun terakhir di universiti dulu aku banyak perabis masa dengan dia. Thou I'm the one lah yang duk beria-ria, kan. But, regardless. I bet likely now I'm missing all those times I had spent together (with him). That had make me feel someway. Especially these days. 

And plus. Dalam banyak-banyak kenalan, dia paling susah aku nak reach out to, nak bertanya khabar, nak bersembang nak mendapatkan feel serupa macam dulu kala. At least kalau aku rindu orang lain tu, dandan bokeh lunas terus. Aku tak tertahan-tahan pulak dengan fikiran sendiri yang bukan-bukan. Agaknya (?)

Susah nak reach out to, tu mungkin sebab aku punya twisted mind-lah. Sepatutnya whatsapp je lah kan. My bad. Tapi entahlah. Rasa mcm kalau whatsapp nanti, ibarat datang tak berjemput balik tak berhantar begitu. Maaflah. Teruk betul ada fikiran macam ini dengan kenalan sendiri.

Tapi benda yang tidak terlunas, itulah yang makin hari makin bertunas. Benda? Rindulah kan tu.

Gila tak rindu? Dia nilah yang kaki membebel suruh kemas bilik JKPS dulu petang-petang (tapi time tu orang lain pulak tak ada. Aku je lah yang dapat laba. Haaaa ~) dan yang end up tolong kemaskan juga kemudiannya (setelah menegur tu). Orang lain tak tahu manapun. Tahu² balik, tongkang pecah sudah kembali jadi bilik. 

Seperti beberapa orang lagi kenalan dari universiti yang rapat dengan aku, dia tak terkecuali ikut bagi pandangan dan nasihat dalam banyak hal. Inilah, yang kalau diingat balik sekarang, memang terhutang budi sangat. Manakan terlunaskan.

So basically dia ni aku kenal awal2 dulu sebab dia datang untuk wall climbing. Zaman aku jadi budak kembara, dan dia datang untuk cuba-cuba. Sembang pasal kuku weh. How odd that sound, nahh tapi sampai harini aku rasa kuku itulah yang tercantik sekali. Tak, kuku lelaki masalahnya ni. Haruslah aku teruja. Dan lepastu jumpa masa Evec Family Day dan yada³... Jumpa di situ dan di sini sampai akhirnya jadi kawan seangkatan. Sebab satu batch dan satu kolejkan. That's explain why.  

Dia ialah, orang yang bagi nasihat masa aku sangat-sangat-sangat perlukan teguran. Tak silap aku, zaman mental breakdown is zaman pegang jawatan yang kemudian ada konflik pula sesama ahli lain yang berjawatan. Masa itu teguran dia macam berdas-das peluru tu dia head shot-kan aku. Sebab straightforward, jenis pesan suh gi balik mengaji baiki balik hubungan dengan Tuhan. Gila aku tak tergamam. Dapat nasihat rupa itu sem awal-awal jugak tu. Member lelaki aku zaman universiti, tak nampak thiqah pun sorang-sorang. Dengan aku, aku sekali macam entah hape-hape.  So awal-awal memang takde expectations. Tapi sebab yang dia bagi nasihat tu lah, baru aku ni celik sikit dari kusut waktu itu. Sumpah memang asbab. Memang lekat dalam kepala. Dia yang teman makan, yang panggil aku teman dia makan.  Yang jeling orang macam mak tiri. Yang suka melukis, yang weird esfak, yang sarkastik, yang gi mandi sungai-swimming pool bbq-berkelah sama-sama. Yang aku tunggu habis kerja masa peskon-30, yang aku hype gila nak berjalan ke peskon semata nak tunggu dia habis kerja. yang bawa kitorang #gegadisedinburgh tour obike (hampir) satu uni, yang teman aku sekali dua masa jaga lounge. Yang masakkan maggi bukan main beresipi lain dari orang; istimewa beno, yang naik Ferris wheel dengan aku lepas dihantarnya audio pekik jerit membalas whatsapp aku. Hahah. Tu dah sem hujung² tu.  Yang demam lembik macam hape haaa... Good sight lah. Sebab dia dah demam so tak kuasa jugak nak berleter-leterkan? Heh. Yang nampak garang (ke dengan aku je? Haih sebab kalau dengan orang lain, perempuan especially tak pernah dengar pulak aura mak tiri dia keluar), tapi aku optimis je dia ni jenis yang banyak beralah dengan orang. Sangat banyak tbh. Jenis tak lupa, tapi at the end of the day seorang dia akan take things as "let go jelah dari dipanjang-panjang". Kott lah. Mulut berat macam ada emas, tapi dia punya twisted mind mungkin lagi berbelit dari aku dengan kebimbangan yang maha banyaknya tak serupa macam dia punya luaran dan kesenyapan tu. Dia yang tukang komen bila aku memasak. Adeje tau garam gula tak kena dengan rasa lidah.

Yang teman berjalan dengan aku zaman aku kerja mini mart, sambil teman lepastu siap warning aku supaya jangan terlalu percayakan org lain. Dengan dia-dia sekalipun jangan terlalu percaya. Sebab ada masa, semua orangpun ada bahagian setannya, katanya. 

Siotlah, menangis pulak.
Dah tua-tuapun aku sendu lagini. Macam tak kena kan? Sebab tengah demam ek, suey dan swing jadinya aku. 

Banyak lagilah benda yang kalau ditaip bukan main panjang lagi jadinya. Yang itulah, yang inilah. Yang pandai menari. Yang pandai melukis. Yang pandai mengomen. Ada sekali tu berpakat pakai bedak sejuk sama-sama lagi. Wah yakinnya aku berpakat yang macam itu. Yang dah berbuih mulut kalau bab ingatkan aku jangan jadi bodoh sgt dok sukakan orang yang end up mempergunakan aku. Tapi aku macam gitu jugaklah. Lima sem haukk dok tak berubah. 

(sumpahlah) Rindu teruk. 
Buat malu je kan.

Banyaknya yang aku (pilih) ingat adalah jasa-jasa dia dekat aku. Dan sejujurnya entah setimpal atau tidak apa yang aku bagi balik pada dia sepanjang perkenalan? 

Sebab rasa teruk, dan tetap tak berkeyakinan nak whatsapp (atas adalah entah-apalah sebabnya) maka aku taip di sini. Harap lepas hambur-muntah, tidakla sendu (baca: rindu) lagi macam gila. Macam bodohpun ada.

Dah dewasa worthy lagi perasaan-perasaan semacam ini? Hm.

P.s. Semoga Allah balas balik mana yang baik-baik dengan kebaikan yang terbaik di sisi DIA. Semoga Allah bagi engko jadi orang yang baik atau tidakpun yang tak give up untuk jadi baik, kesihatan yang baik, peace at heart and ease at mind (wah sukahati je aku reka ayat), jadi macam yang aku kenallah. Atau better. Silalah ketawa selalu² macam yang dalam gambar tu. 

Self claim : entri ni obviously dari pihak aku sahaja dan dari sudut pandang aku. Kalau kata dia tak recall, iyalah tu. Kalau dia tak high regard aku macam aku high regard diapun logik. Sebab seseorang ni ingat apa yang dia nak ingat. Dia kepada aku, mcmtu. Aku kepada dia, cerita lain. Dan terserahlah.

He's a gentlemen, and cute in someway. Such charm works on me. Thou, scary in some other way, pun boleh jadi.

Akupun berani gebang ginipun sebab dekat blog sendiri je ni.

Thanks. Sangat-sangat. 

No comments: