Saturday, May 11, 2019

Masakan Makjah : Puding Roti Karamel Lemak Manis


Assalamualaikum.

Semalam dengan jayanya buat puding roti karamel. Memandangkan tak jumpa redipi simple yang lama, makanya mencuba cara baru. Alhamdulillah sambutan memberansangkan (LOL even dalam rumah je jamunya padehal). Bagi mengelakkan kelupaan, sebab cadang raya nanti nak buat lagi... makanya akan dikongsikan di sini, cembesolah.

So lets Puding Roti Karamel Lemak Manis

Bahan-bahan gula hangus / karamel:-
Gula 2-3 senduk
Air panas 3 sudu makan

Bahan-bahan puding :-
A-
Roti 3 ½ keping (diracik kecil)
Susu pekat ½ cawan
Susu sejat/cair 1 tin
Air suam 1 tin
Gula 2 sudu makan

B-
Telur 4 biji (dipukul kemudiam ditapis)
Esen vanila ½ sudu teh



Cara membuat :-
1. Panaskan periuk. Masukkan gula. Pastikan api sangat kecil supaya gula tak hangit. Agak agak gula dah mencair dan keperangan masukkan air panas dan gaul sampai betul-betul cair dan perang pekat.
2. Gula hangus yang dah menjadi, tutup api dan tuang gula segera ke dalam bekas/loyang hidangan. Pastikan ia melapisi seluruh permukaan bekas/loyang. Letak tepi.
3. Masukkan bahan A ke dalam blender dan blend halus sampai sebati semuanya.
4. Campurkan bahan B sebelum dimasukkan bahan ke dalam blender dan blend dengan bancuhan bahan A, sekadarnya agar sebati.
5. Tuang bahan-bahan puding yang dah di-blend semuanya ini ke dalam bekas hidangan yang ada lapisan gula hangus tadi.
6. Kukus selama 25-35 minit. Biar sejuk sekejap. Kemudian masukkan ke dalam peti. Dinginkan dan sedia untuk dihidangkan.




Tuesday, May 7, 2019

Masakan Makjah : Sambal Terung (Simple)

Hai. Assalamualikum
Salam 2 Ramadhan.

Pre P.S. Aku baru sudah buat dadih bandung ni haa. Thou, tak confident akan helok ka dak sbb ada ubah sukatan la apa. So kalau jadi, boleh up untuk posting next sharing #masakanmakjah.

Nevertheless, right now nak share pasal masakan buka puasa semalam. Simple sajoo, buat Sambal Terung.

Ok, letsss. Bahan-bahannya..
- terung 3-4 biji. (aku pakai yang kecik. And masak untuk 4 orang. So that's that)
- kunyit secubit dua (untuk gaul pada terung)
- cili bo. (dalam 2-3 senduk bulat)
- bawang dipotong bulat ½-1 biji
- bawang putih 2-3 ulas (ketuk leper)
- halia 2 rincih (nipis sahaja, panjang dlm 1")
- air kosong (masak ke tak, tak kisahlah)
- garam (most probably) ½ sudu teh
- gula 3-3½ sudu makan.

Cara-cara memasaknya :-
1. Terung potong ikut saiz makan. Mula² belah menegak dari tangkai ke bawah. Then potong serong. Tangkai buanglah. Bilas bersih terungnya then gaul rata dengan secubit kunyit dan garam.
2. Goreng terung tadi sampai masak ya. Boleh goreng dip fry. Tp pakai minyak takyah banyak sangatpun ok je. Boleh goreng jenis kaup balik. Ketepikan, buat sambal pulak. 
3. Baki minyak yang goreng terung tadi, supposedly kalau sukat tu adalah 1-2 senduk banyaknya. Masukkan bahan tumisan, bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sampai betul² naik bau. Bawang potong bulat kan, so make sure setiap lapis bawang tu terlerai satu-satu.
4. Masukkan cili bo. Masak dalam 5-7 minit sebelum masukkan air 1/4 cawan. Ulang dalam 3-4 kali untuk 30-45minit memasak sambal.
5. Selepas cawan air yang kedua terakhir atau yang terakhir, bolehlah letak garam dan gula berturutan.
6. Korang akan perasan sifat sambal tu, dari merah terang, dah ke.merah gelap dan berkilat sikit sebab dah pecah minyak elok. That is nice. Masukkan terung goreng tadi. Biar kejap dal 5-7minit dalam sambal.
7. Angkat dan hidang.





Tips.
Lauk sambal sayur ni, ngam kalau makan dengan ikan goreng. Bagi akulah. BTW, resipi sambal kalini lain sikit je dari yg sebelumni (dalam Sikmok Jah) sebab kitorang kehabisan bawang ya anak-anak. So, bawang limited to sebiji per lauk. Kalau tak ak dah blend bnyk-bnyk, buat pesen sambal haritu. Nvm. Lauk laku, boss kata sedap. LOL

P.s. Semalam umi masak, ikan masak lemak cili api. Aku masak sambal terung and jemput kentang. Soooo... Kalau rajin, nanti boleh share hat jemput pulak. Jgn high expectation, sebab tak fancy langsung!! Hahah.

Thursday, May 2, 2019

Masakan Makjah : Nasi Lemak Mudah & Sedap


Alangkan tengah tunggu buka puasa, aku taip balik apa yang dimasak semalam sambil terliur sorang-sorang.

Pre ps - Aku masak ni untuk 8 orang makan (8pax) dan bahan-bahan masakannya yang asas dan ringkas sahaja. Macam sambal tu, mungkin lagi sedapdapdap kalau dibual sambal bilis. Ada yang pesen tambah Aji dsb. Tapi sebab abah berpantang dari ikan bilis  dan especially bahan perasa buatan (gout kan) so, ini sejenis sambal yang mesra-abah aku. Hiks.

So lets. Resipi Sikmok Jah
(read: nasi lemak) 

Bahan-bahan nasi :-
- beras 5 ½ cawan
- santan 7 cawan
- daun pandan 3 jalur
- halia 3-4 hirisan nipis
- garam secubit rasa
- minyak masak secubit dua

Sambal :-
- bawang besar 4biji
- bawang putih 5-6 ulas
- cili boh ½ paket
- gula 4-5 sudu besar
- garam 1 sudu teh
- halia ½-1inci (3-4 rincih)

Tanak nasi (guna Noxa cooker)
• masukkan beras 5½ cawan
• masukkan santan/perahan dari kelapa 1½ cawan lebih dari sukatan beras. Which is 7 cawanlah.
• 3 jalur daun pandan disimpulkan, dicampak mesra ke dalam periuk (LOL)
• Campakkam sekali 2-3 rincih halia ½cm - means, masukkan sikit je bagi tambah aroma.
• Titiskan minyak masak 1-2 kali supaya nasi tak melekat dan dimasak cantik.
• Set high pressure 13 minute, lepas dah siap boleh keep warm sehingga sedia untuk hidang.

Masak sambal.
• 3½ biji bawang besar,  dimayang biasa dan 4 ulas bawang putih ditumbuk kemudian semuanya di-kisar. Boh air ya, nak kisar halus tu. Tak halus manalah, sedang-sedang je untuk tekstur sambal yang elok. Asing tepi jap.
• Baki lagi setengah biji bawang besar dipotong bulat manakala baki 2 ulas bawang putih diketuk sekali dua bagi merekah.
• Buka api, masukkan minyak masak dalam 1 senduk dan panaskan minyak. Agak-agak minyak dah panas, setkan api sederhana.
• Mulakan dengan masukkan bawang putih yang dah dikisar dan baki bawang putih yang diketuk dulu. Biar dalam 10-15 saat shj berselang sebelum masukkan bawang besar yang dikisar dan yang telah dipotong bulat.
• Akhir sekali untuk tumisan, masukkan hirisan halia.
• Kacau-kacaukan tumisan setiap 5-7minit untuk dua ketiga kali. Nak confident, biar sampai bau dah semerbak. In shaa Allah tandanya bawang ditumis dgn baik.
• Masukkan setengah paket cili boh (kalau pakai cili kering, prosedur lain pulak ya) dan masakkan untuk 10-15 minit. Kacau balikkan sambal tu supaya tak kering atau hangit bawah.
• Masukkan air tapis/air masak setengah cawan, kacau balikkan sekali lg sekejap dan biar masak dalam 10-15 minit atau sampai nampak menggelegak. Buat dua kali. Perlahankan api
• Kacau sambal untuk elakkan kering/hangit. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biar cili masak lagi. Kacau balikkan dua tiga kali dalam tempoh 30 minit.
• Tambah air ¼ cawan yang terakhir biar masak dalam 15minit. Siap dan boleh dihidang.

Tips untuk sambal :
× Kunci rasa sambal adalah pada gula dan garam. Perlu gula yang banyak untuk counter rasa pedas, tetapi perlu nisbah garam yang sesuai jugak supaya sambal tidak terlebih manis semata-mata.
× Proses meletak air dan biar menggelegak berkali-kali penting untuk pastikan rasa cili tu pedas yang sedap (instead of pedas mati or pedas buta) sebab cili dah betul-betul masak, sebati dengan tumisan dan pecah minyak. Dari merah terang sampai merah gelap biasanya warnanya.

Cadangan untuk lauk “add-on” :
× Ayam goreng tepung / Ayam goreng biasa
× telur rebus goreng / telur mata
× Bilis dan kacang goreng
× Mentimun

P.s. Alhamdulillah first try, kena dengan tekak orang yang dijamu. Terlepaslah dari jatuh air muka. Fuh. Oh, kecuali Aiman. Ahahahah. Takpelah, asalkan menang majoriti. Anyway guys, segala angka dalam pos ni tak bersifat tepat (accurate) melainkan bersifat agak-agak dan anggaran (approximately) semata. The best lead is to follow guts and instinct. Guna lidahlah untuk merasa (tapi aku jenis tak rasa makanan yang aku masak, melainkan lepas dia siap). So yeah. Ikutlah masing-masing.

Masyeh. Assalamualaikum wbt.