PROLOG
K pandang Kim dan Kim juga pandang K. Kedua-dua mereka saling berpandangan.
K memandang dengan pandangan cuak yang jelas terpamer pada wajah manakala Kim memandang dengan rasa bengang yang telah lama membekas dalam hatinya.
Akhirnya K memalingkan wajahnya dari Kim. Dia tidak sanggup lagi bertentang mata dengan orang di hadapannya itu. 'Boleh tergugat iman aku pandang mamat handsome ni lama-lama' Hatinya berbisik nakal. Cepat-cepat dia melafaz istighfar dalam diam. Bayang wajah Kim yang putih serupa anak cina itu dibuang dari kepala.
"Hana Kaisarah. Kau K?" Kim mendekat, meneliti wajah rakan sekelasnya. K mengangguk laju mengiakan. Langkahnya diundur setapak. Terasa malang sungguh nasibnya terpaksa berhadapan dengan Kim ketika itu.
'Budak ni yang buat cerita aku nak kahwin dengan dia? Gila ke apa, kawan setingkatan aku sendiri!' Kim monolog sendiri. Kim masih terkejut sebenarnya. Sungguh dia tidak menyangka Hana Kaisarah ialah gerangannya.
"Oh." Akhirnya sepatah kata dituturkan sebelum Kim juga berpaling, dan kemudian melangkah pergi dari kawasan kaki lima ke kantin yang lengang pada pagi itu.
BAB 1
Suasana Dewan Besar Al-Shafie riuh dengan suara-suara ahli jawatankuasa majlis makan malam Fame Night yang sibuk mengemas dewan sebaik sahaja majlis makan malam itu tamat beberapa minit lalu. Majlis pada malam itu dianjurkan secara bersama oleh pelajar pra universiti semester pertama dan pelajar pra universiti semester ketiga. Majlis sedemikian telah dibudayakan di sekolah tersebut sebagai sesi suai kenal antara pelajar pra universiti semester pertama dengan para guru dan ahli majlis tertinggi sekolah.
K mengeluh perlahan. Sekalipun baru bermula, dia sudah diusik rasa penat menguruskan pinggan mangkuk yang perlu dicuci. Lengan bajunya disingsing setelah dia pasti tiada siapa di situ. Jam di tangan menunjukkan pukul 10:05 malam.
'Baru lima minit cuci pinggan aku dah penat?' Dia marah sendiri.
"Inilah padahnya kalau dah terbiasa malas kat rumah." Omelnya perlahan. Selama lima minit berada di sinki yang terletak agak jauh dari dewan, dalam keadaan bergelap dan sunyi menyebabkan dia merasakan masa merangkak dengan perlahan.
"Siapa yang malas?"
"Oh mak kau!" Suara garau yang tiba-tiba menyapa membuat bulu romanya berdiri tegak. Automatik pinggan yang sedang dibilas langsung dicampak semula ke dalam sinki. Munjur pinggan plastik. Kalau pinggan kaca yang bersepai, lain pula hal yang perlu diuruskan. Kepalanya laju menoleh. Memberanikan diri mencari tuan empunya suara yang menyapa.
"Astaghfirullahal'azim." Suara K sekali lagi naik satu not dari biasa. Tangannya mengusap dada sebaik lengan bajunya dibetulkan semula.
Malap. Lampu kalimantang di sekitar dewan memberi cahaya malap pada tempat dia berdiri. K pasti ada lelaki di situ. Barangkali ahli jawatankuasa majlis.
Figura lelaki yang berdiri tidak jauh darinya ketawa perlahan. Sejujurnya dia geli hati melihat reaksi juniornya itu.
"Sorang je K?" Hafizul Haikal menampal senyum. K nampak jelas susuk tubuhnya sebaik dia melangkah mendekati sinki. Kedua-dua belah tangannya penuh dengan jug air yang dibawa dari dalam dewan.
Soalan Hafizul Haikal disambut anggukan K.
"Saya sepatutnya dengan Myasara. Tapi kitorang dah deal, saya uruskan for the first fifteen minute dan dia akan sambung for another fifteen minute sebelum bergerak ke tugas seterusnya." Kejutan yang dirasakan beransur reda. Tangan K kembali membilas pinggan mangkuk yang dicuci. Jug-jug air di tangan Hafizul Haikal juga bertukar tangan.
"K," Hafizul Haikal masih tidak berganjak. K diam tidak merespon. Dia biarkan sahaja pelajar lelaki di
sebelahnya menyambung bicara.
"Disebabkan K pinjamkan laptop K pada abang, baru abang dapat hantar assigment sebelum dateline. Haritu memang urgent sangat nak submit assignment. Masing-masing sibuk siapkan assignment masing-masing. Abang pula tertinggal laptop kat rumah." Hela nafas, hembus nafas.
"Abang bukan tak tanya pada bebudak lain, tapi diorang memang tak bawak sebab kelas korang tak mula lagi waktu tu. Nasib baik ada K. Terima kasih K."
Lembut dan senada Hafizul Haikal menutup katanya. Bibirnya mengukir senyum lebar mengenang peristiwa yang menemukannya dengan K yang ketika itu hanya dikenali dengan nama Hana Kaisarah Bt Azman.
K angkat kening double jerk. Senyum sumbingnya disembunyikan di sebalik cahaya malap. Dia tertunduk. fokusnya hanya pada pinggan mangkuk yang sedang dicuci dan dibilas. 'Duh, mamat ni buat throwback pulak dah. Acah-acah romantik betul dalam gelap-gelap macam ni.' Bebelan dan rungutan K disimpan dalam hati. Sungguh, dia tidak selesa begitu. 'Kalau menolong tak apa jugak. Ahh.. mohon pergi dari sini cepat.' Bebelan dalam hatinya disambung lagi.
"Tak ada apa lah. Kebetulan bawa, dapatlah pinjamkan." Sebaris ayat pendek sahaja yang keluar dari mulutnya. Kemudian kedua-duanya diam. Hanya bunyi air paip yang kedengaran berselang seli dengan bunyi pinggan mangkuk yang berlaga.
"Fizz!" Laungan seorang pelajar perempuan memecah sunyi dan kejanggalan yang mula ingin menguasai. K dan Hafizul Haikal serentak menoleh ke arah suara yang memanggil. Kelihatan Nur El Ain berada di luar dewan.
"Fiz, kau jangan nak curi tulang ya! Sekarang masa mengemas, bukan masa nak dating." Kaca mata bingkai tebalnya yang melurut ke bawah diperbetulkan letak pada batang hidungnya. Nur El Ain menggeleng beberapa kali. Lagaknya seperti ibu yang marahkan anaknya.
"Ye lah, ye lah. Aku datang. Aku hantar jug jug air nak dibasuh tadi!" Hafizul Haikal sempat melempar senyum manis pada K sebelum dia berlari-lari anak menuju ke dalam dewan, menyusuli Nur El Ain dari belakang.
Nur El Ain atau L. Dia merupakan pelajar pra universiti semester ketiga. Merupakan jaguh bola jaring yang handal. K pernah dengar tentang kehebatan L disebut-sebut ketika festival sukan pra universiti kebangsaan tahun lalu.
Berbalik kepada soal Hafizul Haikal. Dia sangat lega kerana akhirnya seniornya itu tidak lagi berada di situ, berdua-duaan dengannya. Sekalipun pelajar dan guru di sekolah barunya ini tidak akan memandang serong terhadap perbuatan Hafizul Haikal sebentar tadi sekiranya mereka tahu tentangnya, K tetap merasakan perbuatan itu tidak manis dilakukan. K sudah terbiasa. Dia ditarbiyah begitu oleh didikan di sekolah lamanya, sebuah sekolah agama di pinggir bandar.
BAB 2
Mereka sedang tekun mengulang kaji pelajaran ketika Heartsong dendangan Talib al Habib menganggu konsenterasi mereka buat seketika.
K mencapai telefon bimbit y ang diletak di atas katilnya sebelum telefon bimbit tersebut diletakkan kembali pada tempatnya.
K mencapai telefon bimbit y ang diletak di atas katilnya sebelum telefon bimbit tersebut diletakkan kembali pada tempatnya.
"Siapa call, K?" Nurhanim bertanya.
"Mesej je," jawab K pendek. Dia kembali menelaah nota Pengajian Amnya. Peperiksaan STPM Semester Pertama yang akan bermula pada minggu hadapan menuntutnya untuk lebih fokus dari biasa.
"Semenjak dua menjak ni mesej kau selalu masuk. Abang Fiz lagi?" Nurhanim kelihatan berminat untuk ambil tahu. K diam. Meen angkat muka. Ekor matanya dilirik pada K dan Nurhanim bersilih ganti. Dia faham sangat perangai K yang tidak gemar berkongsi apa yang dirasakan privasi.
"Mesej je," jawab K pendek. Dia kembali menelaah nota Pengajian Amnya. Peperiksaan STPM Semester Pertama yang akan bermula pada minggu hadapan menuntutnya untuk lebih fokus dari biasa.
"Semenjak dua menjak ni mesej kau selalu masuk. Abang Fiz lagi?" Nurhanim kelihatan berminat untuk ambil tahu. K diam. Meen angkat muka. Ekor matanya dilirik pada K dan Nurhanim bersilih ganti. Dia faham sangat perangai K yang tidak gemar berkongsi apa yang dirasakan privasi.
"Eh mana ada lah. Dia nak mesej aku buat apa? Kitorang takde urusan apa-apa," Bohong K. Bukan sengaja berbohong, tetapi dia kenal sangat sikap ingin tahu Nurhanim yang adakalanya melampaui batas.
"Yelah tu." Nurhanim berbasa-basi. Matanya juga kembali ditala pada buku dan nota-nota Pengajian Amnya.
*****
Tinggal mereka berdua di dewan makan. Jam hampir menunjukkan waktu tengah malam.
Butir-butir nasi goreng yang berbaki dalam pinggan dikuis dengan jari. Pendek sahaja soalannya pada Meen sebentar tadi.
"Kau nak jumpa jugak ke dengan abang Fiz tu?" Meen menjawab soalannya dengan soalan berbeza.
"Dia kata ada barang nak bagi kat aku." Jarinya masih menguis butir nasi yang tinggal.
"Barang apa? Laptop kau dia dah pulangkan kalau tak silap aku." K mengangguk mengiakan kata-kata Meen.
"Dia kata ada barang nak bagi kat aku." Jarinya masih menguis butir nasi yang tinggal.
"Barang apa? Laptop kau dia dah pulangkan kalau tak silap aku." K mengangguk mengiakan kata-kata Meen.
"Aku pun tak pasti barang apa dia nak bagi. Kau nak teman aku jumpa abang Fiz tak?"
"Aku akan temankan. Tapi, tak mahu lama-lama ya." Akhirnya Meen memutuskan. Pinggan K dicapai. Matanya dijegilkan pada teman baiknya sebagai tanda amaran 'berhenti-main-nasi-tu' sebelum kedua-dua mereka tertawa kecil.
BAB 3
Jersinya sudah mula dibasahi peluh ketika permainan sudah melepasi separuh masa pertama.
Satu demi satu wajah pelajar lelaki pra universiti semester 1 dan pelajar lelaki pra universiti semester 3 masing-masing tidak tergambar secalit risau untuk menghadapi kertas peperiksaan pada hari esok. Mereka benar-benar menikmati game bola sepak pada petang itu.
"Kim! Kau nampak Fizz tak?" Figura tegap yang sedang berlari anak dari tengah padang itu menjerit lantang bertanyakan perihal rakannya.
Kim yang tengah melepaskan lelah di bangku angkat muka. "Kantin! Kantin!" Jari telunjuknya diarahkan ke kanan kawasan padang sekolah. Wajah putihnya yang semakin kemerahan dek panas petang itu terserlah sekejap.
Kim menoleh ke kanan, menoleh ke arah kantin. Mungkin rakan-rakan sepermainannya petang itu tidak perasan. Tetapi Kim cukup kenal orang yang dilihatnya sedang bersama Hafizul Haikal di kantin. Bertiga. Hafizul Haikal, Meen dan dia. Kim hela nafas lega.
Dia kembali memandang padang. Dia dapat lihat Ayisy melambaikan tangan memanggilnya untuk game pada separuh masa kedua.
'Cemburu?'
'Cemburu sebab..'
'Suka?'
'Gila..'
'Gila kau tak suka?'
'Dia baik. Setakat hampir enam tahun kenal ni, dia memang baik.'
'Cemburu sebab..'
'Suka?'
'Gila..'
'Gila kau tak suka?'
'Dia baik. Setakat hampir enam tahun kenal ni, dia memang baik.'
Bibirnya mengelopak sengih kecil. Geli hati nak bermonolog sendiri soal rasa. Mulalah ke laut jadinya. Kim mengetatkan ikatan kedua-dua belah tali kasutnya. 'Daripada ke laut, lebih baik aku ke padang.' Getus Kim dalam hati sambil berlari-lari anak ke tengah padang.
Esok nak periksa, belum sampai waktu untuk fikirkan tentang dia.
Esok nak periksa, belum sampai waktu untuk fikirkan tentang dia.
*****
"Abang sukakan K." Perlahan sahaja suara garau di hadapan menuturkan.
Bukan perlahan kerana pengecut.
Perlahan yang gentleman barangkali. Ahh... pedulikanlah gentleman. Bukan jenisnya yang melayan pengakuan dan luahan perasaan sedemikian rupa.
Bukan perlahan kerana pengecut.
Perlahan yang gentleman barangkali. Ahh... pedulikanlah gentleman. Bukan jenisnya yang melayan pengakuan dan luahan perasaan sedemikian rupa.
K diam. Cuba mengakses bait-bait yang keluar dari mulut seniornya. Dia yakin Meen yang duduk tidak jauh dari mereka tentu dengar juga pengakuan Hafizul Haikal barusan ini.
"Oh," K tidak punya kata-kata lain untuk merespon. Dia diam lagi.
"Oh," K tidak punya kata-kata lain untuk merespon. Dia diam lagi.
BAB 4
Meen sedang belek-belek buku yang tersusun di bilik kuliah ketika K melangkah masuk ke bilik tersebut.
Cepat-cepat Meen tinggalkan buku di tangan sebaik perasan kehadiran K. Lama menunggu, dia juga dijengah rasa jemu. Sayangnya mereka tidak dibenarkan pulang ke asrama waktu itu. Kebanyakan pelajar pra universiti semester 1 berada di surau sekolah, merehatkan diri yang penat bertempur dengan kertas soalan peperiksaan sejak tiga hari sebelumnya.
"Habis dah, catatan jawapan kau?" Soal Meen yang sedia maklum jawapan K. K mengangguk. Dia turut tersenyum puas.
"Kau pulak, kenapa nak tahu sangat jawapan aku pada abang Fizz? Masih boleh sabar dan tunggu?" K menduga. Meen menggeleng kepala.
"Dah cukup berzaman aku tunggu kau punya jawapan tu. Aku bukan nak tahu sangat. Aku nak tahu je."
"Macam tak ada beza je dua-dua." K masih bermain tarik tali. Meen mengangguk, mengiakan perbezaan antara kedua-dua perkara yang disebutkan sebentaf tadi.
"Macam tak ada beza je dua-dua." K masih bermain tarik tali. Meen mengangguk, mengiakan perbezaan antara kedua-dua perkara yang disebutkan sebentaf tadi.
"Aku ambil berat, sebab tu aku bertanya. Andaikanlah kalau kau cakap kau pun suka dia, kemungkinan besar esok lusa tak mustahil korang couple." Meen merangka hipotesis sendiri. K menjegilkan mata, memberi amaran pada andaian melulu Meen.
"Kau tahu pun tahu, aku tak main couple couple ni." Pendek. Sememangnya itu pendirian Hana Kaisarah yang dipegang sejak dulu lagi. Meen kenal K. Meen juga merupakan rakan sekolahnya sejak dia di tingkatan satu di sekolah lama mereka. Meen ikut merasa tarbiyah dan bi'ah yang serupa. Meen tahu.
"Aku tahu. Baguslah tu. Itu je yang aku nak pastikan sebenarnya. Hmm.. so, kau cakap apa untuk tolak luahan cintan abang Fizz?" Meen merespon laju, tidak teragak-agak dengan soalan seterusnya.
"Aku tak tolak lah. Nak tolak apanya? Dia bukan ajak aku kahwin ke hape yang perlu ditolak. Dia cuma luahkan perasaan dia." Meen masih pandang K, menanti ayat berikutnya.
"Nak luahkan tu hak dia. Aku, cakaplah jugak yang aku tak ada perasaan pada dia." K menoktahkan ayatnya.
"Sebab kau simpan perasaan pada Kim," Meen menyambung. Selama lima tahun berada di sekolah lama sebelum ini, perasaan K pada Kim adalah rahsia terbesar K yang disimpannya. Rahsia yang paling sukar disimpan kerana Kim juga berada di sekolah yang sama dengan mereka.
"Nak luahkan tu hak dia. Aku, cakaplah jugak yang aku tak ada perasaan pada dia." K menoktahkan ayatnya.
"Sebab kau simpan perasaan pada Kim," Meen menyambung. Selama lima tahun berada di sekolah lama sebelum ini, perasaan K pada Kim adalah rahsia terbesar K yang disimpannya. Rahsia yang paling sukar disimpan kerana Kim juga berada di sekolah yang sama dengan mereka.
K tersengih. Malu-malu alah mendengar bait-bait yang keluar dari mulut Meen. Dia memang cemerlang menyembunyikan perasaannya daripada sesiapun tetmasuklah Kim sendiri. Tetapi K kalah dengan Meen.
"Bukan takat sebab aku suka Kim semata-mata." K meghela nafas masuk dalam rongga peparunya. Dia cuba bersedia untuk humban rahsia besar keduanya buat Meen yang masih mendengar.
"Aku dengan Kim dah bertunang. In shaa Allah lepas selesai semester tiga tahun depan." Senada. Satu nafas K menuturkan.
Jatuh rahang Meen yang duduk bertentangan dengannya.
"Lawak apa ni, K?" Soal Meen, tak percaya.
"Lawak ke? Sungguhlah. Semuanya dalam perancangan lagi. Aku dengan dia pun baru lagi tunangnya. Sebab tu aku diam kebelakangan ni." K mengiakan. Meyakinkan gayanya.
"Lawak apa ni, K?" Soal Meen, tak percaya.
"Lawak ke? Sungguhlah. Semuanya dalam perancangan lagi. Aku dengan dia pun baru lagi tunangnya. Sebab tu aku diam kebelakangan ni." K mengiakan. Meyakinkan gayanya.
"Memang macam tak percaya, kan?" Hmm.." K pandang Meen yang diam kejap. Mengharap sahabatnya percaya.
"Yelah. Tiba-tiba macam ni. Susah aku nak telan pengakuan kau ni."
Suara Meen perlahan. Hatinya masih berbelah bahagi.
Suara Meen perlahan. Hatinya masih berbelah bahagi.
"Aku memang tunggu last paper ni nak bagitahu kau."
"Ya Allah, K! Selama ni kau simpan perasaan pada dia. Siapa sangka Allah permudahkan jodoh kau dengan dia. Tahniah K." Meen percaya.
Bergenang kolam mata Meen. Bahu K dirangkul erat dalam pelukannya.
Bergenang kolam mata Meen. Bahu K dirangkul erat dalam pelukannya.
Kelu lidah Hana Kaisarah Bt Azman. Bulu romanya berdiri tegak dek kata-kata sahabat baik yang gembira dengan beritanya. Hatinya terusik dalam rangkulan Meen. Kolam matanya ingin ikut bergenang melihat Meen sebegitu rupa.
Prank nya mengena. Senyap.
"Sebab perkara ni kau cakap kau tak ada perasaan pada abang Fizz?" Meen menyoal sebaik pelukannya dileraikan. Wajah Hafizul Haikal yang berlegar dalam horizon minda buat dia tertanya-tanya.
"Aku tak cakap apa-apa pun sebenarnya semalam. Aku tukar topik."
"Lah, mesti abang Fiz tertunggu-tunggu jawapan kau K."
"Tak adanya lah. Hmm.. lagipun, Kim yang suruh diam-diam pasal hal ni. Benda belum jadi lagi kan, segan pula nak hebah pada orang."
Meen mengangguk bersetuju dengan kata-kata K.
K. Hana Kaisarah masih meneruskan misinya. Seingatnya tadi mahu berhenti. 'Kalau Linda boleh buat, aku juga boleh. Alah, sekali ini je.' K pujuk hati sendiri.
Kata-kata yang disebutnya tentang Kim terasa hidup. Hatinya terusik lagi.
Kata-kata yang disebutnya tentang Kim terasa hidup. Hatinya terusik lagi.
BAB 6
K bangkit dari pembaringan. Terpisat-pisat tangannya meraba, mencapai jam di sisi. Pukul 3 pagi. 'Baru tiga jam tidur.' Bisikan kecilnya disusuli keluhan perlahan. Lebih kurang tujuh jam sebelum dia menduduki peperiksaan bagi kertas Ekonomi.
K tidak boleh tidur, bukan kerana risaukan peperiksaannya. Barangkali kerana dia risau memikirkan sahabatnya, Meen. Mata K meliar ke segenap pelusuk dorm yang sederhana luas. Hanya sebilangan pelajar yang tinggal. Bakinya telah pulang ke rumah kerana mereka tidak mengambil kertas Ekonomi sebagai subjek dalam STPM semester tersebut. Termasuklah Meen. Meen juga telah pulang ke rumah, lebih awal dari waktu yang dirancangnya. Terlalu awal sehinggakan K tidak berkesempatan memperbetul cerita yang direka sesuka hatinya setelah tamat kertas Pengajian Am sebelum ini.
K mengeluh lagi. Meen pulang dengan cerita dan rasa percayanya bahawa dia dan Kim telah bertunang.
'Ahhh... Kalaulah perkara tersebut benar-benar berlaku.' K tersenyum kelat. Mereka. Dia dan Kim jarang bertegur sapa ketika di sekolah lama dahulu, sekalipun ditempatkan di kelas yang sama selama lima tahun berturut-turut. Mereka berada di dalam kelas yang berbeza di sekolah baru ini. Boleh jadi Kim tidak mengenali dirinya. Tambahan pula Kim tidak pernah tahu soal hati K yang menjadi rahsia. Mana mungkin pelajar lelaki itu bertunang dengannya. Mustahil. Tegas K.
Lambat-lambat K bangkit, tudung yang digantung pada birai katil dicapai. Walaupun penat mengulang kaji sehingga tengah malam tadi masih bersisa, dia menapak keluar juga untuk ke tandas. K tekad, rasa bersalah dan gelisahnya perlu dihumban jauh-jauh demi menduduki peperiksaan bagi kertas terakhirnya hari esok dengan lancar dan tenang. Satu cara sahaja, iaitu dengan bermohon padaNYA.
Gerimis mula turun. Suasana di luar masih gelap. Hanya lampu kalimantang yang menyimbah cahaya malap pada koridor asrama menjadi peneman dia menapak kembali ke dalam dorm.
Dua pertiga malam itu menjadi saksi rukuk dan sujud K dalam sembahyang sunat tahajudnya.
Dua pertiga malam itu menjadi saksi rukuk dan sujud K dalam sembahyang sunat tahajudnya.
*****
Kim menguap besar. Cepat-cepat tangannya menekup mulut, diikuti lafaz istighfar yang ditutur perlahan. Tikar sejadahnya dilipat dua sebelum disidai pada ampai kayu ukir dalam bilik.
Kim pandang jam dinding yang tergantung. Pukul 4:45 pagi. Kurang sejam sahaja lagi sebelum azan Subuh berkumandang. Selesai qiamullail, dia kembali merebahkan badan di atas katil. Pejam.
No comments:
Post a Comment