Assalamualaikum wbt.
Selamat tengahari/petang awaaa awaa sekalian.
Pejam celik, pejam celik..
Dah masuk pertengahan Disember.
Lusa dah nak menghadap paper pertama untuk Final first semester.
Allah... laju masa berlalu.
Sepetang di kawasan Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al Bukhari deliver Friday Wishes - 19/12/14 !!
Time-time nak final cenggini laa kemain menebal perasaan nak mengapdet blog.
Walhal time-time cemni kena ngulangkaji. Almaklumlah, sebelum ni malas.
Dalam kelas pun, bukannya fokus. Typically me.
Perangai seorang Eizah sejak sekolah menengah; lalu terbawak-bawak sampai ke Kedah.
Nak menangis tepi bucu katil pun tak guna. Selagi ada ruang dan peluang, In shaa Allah sempat jek nak membaca buku. satu-satunya kepakaran sejak dedolu lagiadalah study last minute. Nak taknak, kena manfaatkan jugak kepakaran tu. Takde apa yang nak dibanggakan. Ada rezeki, eloklah result. Itupun besar kemungkinan mungkin sebab berkat restu lecturer yang halalkan ilmu mrk seikhlas hati jiwa raga, sbb umiabah yang selalu takputus doakan anak yang jauh nu dari mata. Mungkin kebetulan esok lusa dlm examination hall, Allah mudahkan sebab ada entah waktu bila-bila aku jugak pernah ada permudah urusan tah siapa siapa. Well, wallahu'alam.
Mintak dijauhkan dari sampai tahap fail ke hape en. takmo lah sampai kena repeat. Harapannya cemtu la..
Nak dean list? Jauh sekali aku mimpikan to be in the dean's list tu.Sebab tahu, ukur baju kat badan sendiri. hiks. Usaha sebesar kelingking pun tak sampai, mana boleh berangan nak hasil sampai sepuluh jarijemari. kann...
Okaylah. Inaff cerita dan monolog segala pasal final.
yet, wishing every each of sahabat yang bertebaran di muka bumi Allah ni... yang tengah minggu final exam, atau akan menghadapi final exam taklama lagi, semoga setiap satunya berjaya dengan cemerlang gemilang terbilang dapat dean list macam yang kengkorang dah target-kan tuuu. Kengkorang rajin. Aku yakin kawan-kawan aku memang spesis yang rajin semuanya. Rajin belajar, jaga hubungan dengan Allah and sesama manusia... In shaa Allah, Allah akan bagi keputusan yang baikbaik nanti setimpal dengan usaha. So, gambattenaa!!
ceyt, poyo je aku kalau mengayat orang. nak praktik kat diri sendiri mcm hape daaaa. hiks
Candid geng Kembara Uniutama time bukak gerai Giant Bubble dekat Pusat Sukan UUM! likelike :*
hm.
yuyuem.
kurang sebulan jek lagi nak tinggalkan Sintok tersayang.
Eceh. Tinggal kejap je pon sem break ni.
mesti rindu ek nanti dekat warga-warga UUM terutamanya. muahahahah..
belum apa apa dah rindu orang yang berkenaan. lol.
Cerita sepanjang baru sekejap aku kat UUM ni memang banyak melimpahruah.. tapi rasanya, takmampu lagi nak muntahkan cebis-cebis pengalaman tu dalam masa terdekat ni. Not even now, in this entry.
maybe saja nak simpan sampai berhabuk kott, buad pekasam. Pengalaman memang macam-macam. pahit manis payau kelat masin masam semua ada. Even tak sampai setengah bulan pun aku kat sini....
Kisah airmata, air hidung, cerita kelakar tak hengat dunia, semua pun ada. Allah je yang tahu besarnya kesan tiap tiap peristiwa yang tak besar mana tuh. Meninggalkan kesan tahap dilekat dengan gam UHU gitu. ecewah. "cheerish every moment, what happen today won't happen over again tomorrow"
okey, doploh minit lagi nak masuk pukul 3 petang.
cadangnya nak sambung membaca Entrepreneurship,
doakan aku gagah pegang buku lebih lima minit. heheheh..
nahhh, aku belanja..
tak ikut kronologi apepun. :)
gambar-gambar random sepanjang kat UUM
#tb Buang tebiat!! sesi mengemas dan me-renovate bilik kelab Kemabara Uniutama
tengah-tengah malam buta. with senior.. Puspa, Kak Rin and kak Eta!
#tb Kenangan Sintok Trail Run 2014 dengan budak kelab Kembara Uniutama!
#tb gambar yang agak latest, dinner Edinburgh. dengan KB dan kak As kesayanganss
Sepetang, merewang dengan budak kelab before BBQ malamnya
makan malam dengan Sadin; pengarah Sintok Trail Run
dekat tapak pesta konvo!
bergambor before makan pizza dekat tapak wall climbing -
Wall Climbing Challenge w/ Taufik; pres Kembara Uniutama
Hari pink sedunia!! Dengan Farhana; coursemate, merangkap classmate dan jugak groupmate :)
Antara chosen pictures, moment masa join perarakan untuk majlis
perasmian pesta konvo UUM-27.
#tb Bersama abam abam super senior DPP EON masa majlis perasmian pesta konvo UUM- 27;
with Yie, Syahid dan Piee
sebab gambar edit ni buad aku nampak cunsss ayu dan peloles disinari nur...
so nak selit jugak gambar nan kak Eta and Adam ni.
Time jaga booth Friday Wishes.
First experience dengan kelab muzik, terlibat sebagai kru produksi untuk Teater Muszikal Perdana-Teater Khazanah.
With Syahid, the well known respected emcee and fellow crews Amar, Iffah. best teater tuuu ^^
sekian. dua jam lamanya aku menghapdet entri kalini.
kbai, nak baca buku ngulangkaji! (lah sangad)
No comments:
Post a Comment