Monday, May 5, 2014

I Talk Crap when I Type Long.



Aku rasa lagu ni best. The lyrics and melody too.

So aku letak sini. 

please people.. don't be too judgemental when I'm not good as good as you.
I'm not sure of this feeling though. Am I threatened with this kind of fellows?
Like here and there will be people saying 'maigadd, this kind of vid obviously not beneficial' or 'she is so not represent herself as an islamic school student' and yada-yada.
Why I'm quite concerned and have this awful feelings towards people around? Bad me.. *sigh

Harini jiwa macam kacau sikit.
Tak ada lah kacau mana pun. Sekejap-sekejap je.

Things behind were not that easy as they could fade away in a blink of eyes.
I think so because I experienced so.

When I stated that I'm hurt a little deep inside my heart, 
It doesn't always and forever mean that I am dying hurt and badly bleeding. That kind of situation - no. Most of the time they are not.

But when I received responses from fellow schoolmates, 
even since long ago.... they are always react like I had stated the statement vice versa. when I was actually not.
I knew that type of reaction, it shows love from a friend to a friend and those caring stuffs. 
Frankly I am grateful. So grateful. Because this kind of reactions remind me to keep calm in handling or facing difficulties. Turn back to Allah my one and only. Be patient. 

This is cliche but most of my friends reacts that way when they think I'm talking and complaining and whining only about my tragic-fairy tale-not enough islamic- love story. I mean, my feeling towards another gender. sometimes it's not true that I only care about guy matters. 

There's time when I say, for example  this life is rough.. It will not always meant that I'm talking about a-bullshit-life-I'm imagining. It can be rough because perhaps on that moment I had fight with my dearest best friend or maybe because just earlier before someone was insulting me or else... anything bad.

Things are not not going to remain silent on the top of the hill for always and forever. 
When they fall, break into pieces and affected me..
I wish that it is not like I'm committing sin that I am to feel some pain or to make it vivid in public.
People with emotions, I mean.. I am not perfect. I don't even mean to gain some cheap publicity from people outside. Maybe yeahh, I admit published my current sound-not-stable emotion via status or in the form of an entry little seem similar as attract attention. But maybe its more in order to gain support from friends that I expect to trust; to share my pros and cons with. 

I had been going through some point that I am hurt to death or had some critically mental break down sort of, hard times caused by some of  'black-tragic-sad-woe moments. Who knows right.. I don't share everything okay. In fact, I knew that everyone I'm seeing, meeting or talking to, all of them are having and facing their own battles. 

I appreciate responses from friends to the moon and back. 

Why I'm babbling in this mere entry is that responses from dearests fellows sometimes tend to make I feel so low and guilt. I hate those feeling. My bad. I don't know if I am being skeptic or what.

I thought I gave chances or some spaces when my dearest fellows were facing difficulties. When they are expressing their sadness, stories and were asking for words to comfort them.
I just wish that I could get in return those spaces and chances whilst I am not okay.
it's not I gonna be not okay forever. But I do really hope it doesn't overload make I look like a bad ass just when I'm talking about what's hurt me. 

Am I that awful when I'm saying I was hurt thinking for a second or two about what's hurt me?
Am I that bad when I am hurt thinking about my mistakes that I wish not to repeat?
Am I deserve insulted when I am about to say to get rejected feels like 'maigaddd it's pain!'?

I am a beginner. I just got tested currently. Maybe you are far more better. Maybe what you had been through more harder or maybe you are much tougher that I am right now.
But please do not compare my mere chapter one with yours chapter twenty. 
Be with me. I know all of you are damn so kind and caring.
but when your words are making me feel so low, the pain I feel on that moment, it gets bitter. 

Isn't that every people in the world feeling the same thing? but maybe in different time, I guess. 
It is just the matter of time.

I am not perfect to keep showing what people want me to show.
It is just this time I am not okay. I hope that people are not seeing into my words like I am welcoming their critics. and of course, do not judge. I respect all of you - tougher, better, prettier, better as a muslimah yada-yada. I am walking to you if you think you are what I thin you are. Of course I want to get better.
Of course, indeed I don't want to be haunted by him that hurts me. I'm going to. Not rushing, I am learning to.

[notakaki] dapat feel nak menaip, kemain membebel. Point satu pon tarak, bnyk repetition je. Puii!
Actually nak cakap yang 'sebenarnya aku terasa. Tapi aku tak patut terasa sebab apa yang kawan-kawan buat or tegur aku time aku tengah down tu betul. Orang kata baguslah terasa,sebab orang yang tak terasa dlm hal bebaik ni hati mati. Kan dah, na'udzubillah'. Susah sangat nak sampaikan mesej pendek cemni pon. *gelenglajulaju


Saturday, May 3, 2014

Makroekonomi - Bab 2 [FINAL EPISODE]

KEGUNAAN DATA 
PENDAPATAN NEGARA

  1. UKUR TARAF HIDUP - menggunakan data KDNK per kapita 
  2. UKUR PERTUMBUHAN EKONOMI (perubahan tingkat keluaran negara dari tahun ke tahun) - menggunakan data  Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar 
  3. UKUR SUMBANGAN SEKTOR EKONOMI - dalam penghitungan menggunakan kaedah keluaran berdasarkan nilai keluaran yang dihasilkan setiap sektor 
  4. PETUNJUK PERUBAHAN SEKTOR EKONOMI - ditentukan berdasarkan kajian relatif pelbagai sektor ekonomi antara tahun
  5. ASAS MEMBUAT PERANCANGAN EKONOMI - Data pendapatan negara dapat membantu kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk masa depan.




*klik pada imej untuk besarkan imej ni.


Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup Antara Masa


*Sorry, gambar super tak clear. Tapi rasanya boleh nampak lagi tu. hihi

Okay kalau ikut gambarajah dan rumus di atas, disimpulkan taraf hidup penduduk Malaysia meningkat sampai enam kali ganda sebab KDNK per kapita benar tahun 2011 lebih tinggi dari KDNK per kapita benar tahin 2001. Betul ke taraf hidup penduduk dah meningkat dengan berlaku peningkatan KDNK per kapita benar? Adakah maklumat tersebut tepat?

Jawapannya TAK. Sebab perbandingan macam rumus di atas tuu mempunyai kelemahan, dan itulah yang dipanggil 'kelemahan perbandingan taraf hidup antara masa'.

Terdapat ENAM KELEMAHAN. *dalam buku aku la cemtu. Korang ada point lebih, do add up.
  • PERUBAHAN SAIZ PENDUDUK
    • Peningkatan KDNK per kapita tak semestinya menggambarkan peningkatan taraf hidup. Taraf hidup penduduk sesebuah negara hanya akan meningkat apabila kadar peningkatan KDNK per kapita melebihi  kadar pertambahan penduduk dalam tempoh yang sama. 
  • PERUBAHAN KOMPOSISI PENDAPATAN NEGARA
    • Pertambahan KDNK per kapita benar tak semestinya menunjukkan pertambahan taraf hidup sekiranya pertambahan tersebut disebabkan pertambahan pengeluaran barang yang tidak bermanfaat kepada rakyat. pertambahan taraf hidup berlaku sekiranya pertambahan KDNK per kapita benar adalah disebabkan pertambahan pengeluaran barang yang bermanfaat kepada rakyat.
  • PERUBAHAN CORAK AGIHAN PENDAPATAN
    • Taraf hidup penduduk akan meningkat sekiranya pertambahan KDNK per kapita benar diikuti dengan corak agihan pendapatan yang lebih adil kepada berlaku. Sebaliknya kalau pertambahan KDNK per kapita benar tanpa corak agihan pendapatan yang adil akan menyebabkan taraf hidup rakyat merosot.
  • PERUBAHAN TEMPOH MASA BEKERJA
    • Jika pertambahan KDNK per kapita benar meningkat sebab masa bekerja bertambah dan masa rehat yang berkurang, taraf hidup rakyat merosot. Masa rehat menyumbang kepada kenaikan taraf hidup rakyat.
  • KESAN LUARAN NEGATIF
    • Pertambahan KDNK per kapita benar yang disumbang oleh projek pembangunan besar-besaran tak semestinya meningkatkan taraf hidup rakyat kerana mewujudkan kesan luaran negatif. Kesan luaran negatif yang menjejaskan kualiti alam sekitar contohnya, akan menjejaskan taraf hidup rakyat.
  • PERUBAHAN KUALITI BARANG DAN PERKHIDMATAN
    • Perbandingan KDNK per kapita benar antara masa tak tunjukan tahap kualiti barang yang dinikmati rkyat. Peningkatan kualiti ini lazimnya akan sebabkan kenaikan tingkat harga umum yang mana akan menurunkan taraf hidup rakyat. Pertambahan KDNK per kapita benar akan tambah taraf hidup rakyat sekiranya peningktan kualiti barang mengatasi kenaikan harga barang.

Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup Antara Negara

*Malaysia - 9 892
Amerika Syarikat - 42 468
China - 5 184

Kita juga tidak boleh menggunakan perbandingan KDNK per kapita benar antara negara untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara tersebut kerana perbandingan ini juga mempunyai beberapa kelemahan.

Terdapat 7 Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup antara Negara

  • Perbezaan kadar pengangguran
    • data KDNK per kapita benar tak menggambarkan kadar pengangguran yang berlaku di sesebuah negara. Walaupun sesebuah negara itu mempuyai KDNK per kapita yang tinggi, taraf hidup rakyat tidak semestinya tinggi sekiranya dlm masa yang sama mengalami pengangguran yang tinggi.
  • Perbezaan masa rehat
  • Perbezaan komposisi pendapatan negara
    • Penduduk yang mempunyai KDNK per kapita benarnya rendah, taraf hidupnya relatif tinggi sekiranya tumpuan ekonomi adalah pada pengeluaran barang pengguna yang bermanfaat kepada rakyat. Berbeza dengan negara yang kadar KDNK per kapita benarnya tinggi tetapi lebih tertumpu kepada pengeluaran peralatan ketenteraan melibatkan kos yang tinggi dan kurang bermanfaat pada rakyat. Ini menyebabkan taraf hidup penduduk negara tersebut menjadi rendah walaupun KDNK per kapita benar tinggi.
  • Perbezaan tingkat harga umum
  • Perbezaan corak agihan pendapatan
  • Perbezaan kesan luaran negatif
  • Perbezaan jumlah kegiatan yang tak dipasarkan
    • Bagi negara yang mempunyai KDNK per kapita benar yang tinggi serta amalkan sistem mata wang dan pasaran, penduduknya menikmati taraf hidup yang lebih tinggi kerana taraf hidup penduduk juga bergantung kepada sama ada barang dan perkhidamatan yang dikeluarkan dipasarkan atau tidak. Berbza dengan negara yang KDNK per kapita benarnya rendah dan banyak jalankan kegitan pengeluaran tak produktif seperti untuk kegunaan sendiri atau sistem barter dan untuk kegiatan haram.. taraf hidup penduduknya rendah.

[notakaki] Dah Zohor. Wahhhh... siap jugak lah nota bab dua aku yang macam seabad aku ambil masa nak siapkan ni. *acah acah over eksaited* Puii.. bab dua baru. hihih. Okay chow. Zohor bebeh. Anyway, yang part last ni ada point yang aku tak sertakan dengan huraian sebab aku rasa korang boleh faham huraiannya yang tak jauh beza pun dengan huraian bagi point yang lebih kurang sama dalam subtajuk sebelum tu. In case tak faham. Do leave some comment. Aku boleh membebel penerangannya di situ.

Assalamualaikum wbt
Selamat tengah hari.







Makroekonomi - Bab 2 [Episod Tiga]

MASALAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
*ada LAPAN. Fahamkan kelapan-lapan point secara sepintas lalu. Hafal LIMA.

  • Pengiraan dua kali
    • Masalah ni jadi disebabkan sukar/susah nak bezakan antara barang akhir dengan barang perantaraan.
    • Kalau barang perantaraan dianggap barang akhir, masalah pengiraan dua kali akan berlaku dan nilai pendapatan negara dilebihnyatakan.
  • Barang yang tidak dipasarkan/hasilkan untuk kegunaan sendiri
    • Barang dan perkhidmatan yang tak dipasarkan seperti kegiatan gotong-royong, amalan barter yang tak linilai atkan wang dan penanaman sayur misalnya untuk kegunaan sendiri tidak dihitung dalam pendapatan negara.
    • Pendapatan negara hanya ambil kira barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dan melibatkan wang. Kesannya, nilai pendapatan negara yang dihitung akan jadi kurang tepat.
  • Penentuan harga
    • Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam setahun dinilai based on harga pasaran dan kos faktor. 
    • Hakikat bahawa harga barang dan perkhidmatan yang berbeza sepanjang tahun dan berbeza mengikut tempat (bandar dan luar bandar) menyukarkan penentuan harga  dengan tepat dan seterusnya menjejaskan pengiraan pendapatan negara.
  • Kegiatan haram
    • Aktiviti ekonomi yang dilakukan secara haram tak dihitung dalam pendapatan negara kerana data atau maklumat tentang aktiviti ekonomi tersebut sukar diperoleh.
  • Pengumpulan data
    • Sikap sesetengah individu atau firma yang susah nak bagi data atau maklumat lengkap tentang nilai pendapatan yang diperoleh sebab nak elak dikenakan cukai menjadikan nilai pendapatan negara lebih rendah dari yang sepatutnya.
  • Menganggar susut nilai
    • Sebab setiap pengusaha menganggar susut nilai dengan kaedah berbeza, so anggaran ini beri kesan kepada nilai pendapatan negara setelah ditolak susut nilai.
  • Masalah kenaikan harga & perubahan kualiti barang
  • Kegiatan yang tak dibayar dalam bentu wang

[notakaki] kalau hade point yang tak paham, dipersilakan bertanya pada ruang komen. Kalau boleh jawab, aku jawab soalannya. Kalau tak boleh jawab, korang rujuk laa cikgu korang memasing ye.

Okay. Take five jap. 
Sambil-sambil tu renggangkan badan yang dah sengal dek membongkok mengadap laptop dari tadi...
In shaa Allah pasni update final episod untuk nota makroekonomi Bab 2 dan kita boleh proceed bab 3 pulak.

May Allah ease.


Makroekonomi - Bab 2 [Episod Dua]








Klik mind-map kalau agak-agak tak cukup nampak apa point nya kat situ kay.
Anyway, additional info. Malaysia hanya guna dua kaedah untuk menghitung pendapatan negara which are Kaedah Perbelanjaan iaitu dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan Kaedah Keluaran yakni dengan mengambil kira nilai ditambah - lagi senang ingat perhitungan yang melibatkan tiga sektor ekonomi.

Okay. Sudah sepagian-ke-petang-ke-malam siapkan mind map makroekonomi bab 2 Episod Dua nii.
Sampai sini dulu. In shaa Allah akan update untuk episod seterusnya. Again to be continued. Haaa.. dah macam sitkom giteww. Cepat Zah cepat. Berapa hari je lagi nak STPM Sem 2 *k monolog jap.

Assalamualaikum.
Gottago. Chow.
Got lots of errands to do.