Saturday, May 3, 2014

Makroekonomi - Bab 2 [Episod Tiga]

MASALAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
*ada LAPAN. Fahamkan kelapan-lapan point secara sepintas lalu. Hafal LIMA.

  • Pengiraan dua kali
    • Masalah ni jadi disebabkan sukar/susah nak bezakan antara barang akhir dengan barang perantaraan.
    • Kalau barang perantaraan dianggap barang akhir, masalah pengiraan dua kali akan berlaku dan nilai pendapatan negara dilebihnyatakan.
  • Barang yang tidak dipasarkan/hasilkan untuk kegunaan sendiri
    • Barang dan perkhidmatan yang tak dipasarkan seperti kegiatan gotong-royong, amalan barter yang tak linilai atkan wang dan penanaman sayur misalnya untuk kegunaan sendiri tidak dihitung dalam pendapatan negara.
    • Pendapatan negara hanya ambil kira barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dan melibatkan wang. Kesannya, nilai pendapatan negara yang dihitung akan jadi kurang tepat.
  • Penentuan harga
    • Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam setahun dinilai based on harga pasaran dan kos faktor. 
    • Hakikat bahawa harga barang dan perkhidmatan yang berbeza sepanjang tahun dan berbeza mengikut tempat (bandar dan luar bandar) menyukarkan penentuan harga  dengan tepat dan seterusnya menjejaskan pengiraan pendapatan negara.
  • Kegiatan haram
    • Aktiviti ekonomi yang dilakukan secara haram tak dihitung dalam pendapatan negara kerana data atau maklumat tentang aktiviti ekonomi tersebut sukar diperoleh.
  • Pengumpulan data
    • Sikap sesetengah individu atau firma yang susah nak bagi data atau maklumat lengkap tentang nilai pendapatan yang diperoleh sebab nak elak dikenakan cukai menjadikan nilai pendapatan negara lebih rendah dari yang sepatutnya.
  • Menganggar susut nilai
    • Sebab setiap pengusaha menganggar susut nilai dengan kaedah berbeza, so anggaran ini beri kesan kepada nilai pendapatan negara setelah ditolak susut nilai.
  • Masalah kenaikan harga & perubahan kualiti barang
  • Kegiatan yang tak dibayar dalam bentu wang

[notakaki] kalau hade point yang tak paham, dipersilakan bertanya pada ruang komen. Kalau boleh jawab, aku jawab soalannya. Kalau tak boleh jawab, korang rujuk laa cikgu korang memasing ye.

Okay. Take five jap. 
Sambil-sambil tu renggangkan badan yang dah sengal dek membongkok mengadap laptop dari tadi...
In shaa Allah pasni update final episod untuk nota makroekonomi Bab 2 dan kita boleh proceed bab 3 pulak.

May Allah ease.


No comments: