Monday, April 21, 2014

Syariah Sem 2 : Dalil Disepakati - Qiyas [Nota Ringkas]

QIYAS

PENGERTIAN DARI SEGI
BAHASA

  • UKURAN
  • BERSAMAAN
  • IKTIBAR
  • AMBIL
  • PPENGAJARAN
  • MENYERUPAI

*untuk mudah, ingat akronim : ubi apam

PENGERTIAN DARI SEGI
ISTILAH

  • Menzahirkan persamaan illah perkara yang tak terdapat nas hukum dengan perkara yang terdapat nas hukum.
*boleh rujuk buku Usul Fiqh & Kaedah Fiqh m/s 85 untuk pencerahan tentang pengertian dari sudut istilah. Sebab ni, aku letak pengertian  versi yang dah di-combined dan di-compressed supaya senang ingat dan senang paham.

RUKUN QIYAS
  • ASAL
  • FAR'U (فرع)
  • HUKUM ASAL
  • ILLAH
*untuk mudah, ingat akronim : afhai


SYARAT QIYAS

(ASAL)ar'u 
  A  
[Qiyas tidak boleh bercanggah  dengan dalil yang lebih kuat]
[Contoh asal adalah seperti arak]
  • Sumber hukum asal masih berlaku - kalau tak ada, hukum tersebut dimansuhkan dan tidak berlaku pemindahan hukum.
  • Tempat keluar hukum pada asal hanya hukum syarak, - bukan pada akal atau bahasa. 
  • Asal mestilah bukannya hukum pengecualian
(FAR"U)
   F   
[Contoh seperti tuak masam dan pil khayal yang mana masalah ini, hukum pengambilannya tidak ada dalam al-Quran]
  • Pada far'u seharusnya terdapat illah yang ada pada asal.
  • Pada far'u tak terdapat nas atau ijmak yang menunjukkan sesuatu hukum berlawanan dengan qiyas
  • Hukum far'u tidak boleh mendahului hukum asal dari sudut sabitnya.
(HUKUM ASAL)
  H     A  
  • Merupakan hukum syarak berbentuk amaliah yang telah sabit atau ditetapkan oleh nas.
  • Illah bagi hukum asal hendaklah difahami oleh akal 
  • Bukan susatu hukum khusus yang telah sabit melalui nas
  • Illahnya mungkin ada pada far'u
(ILLAH)
   I   
  • Suatu keadaan atau sifat zahir (dapat difahami pancaindera)
  • Suatu sifat atau keadaan pasti dan tetap dalam semua keadaan dan orang.
  • Wujud dalam far'u dan asal.
*Boleh rujuk buku yang sama, m/s 85-91 untuk pencerahan dan penjelasan dalam versi panjang lebar.


PEMBAHAGIAN QIYAS
DARI SUDUT ILLAH
  1. AL-QIYAS AL-JALIY 
    • Qiyas yang jelas iaitu qiyas yang sebabnya sabit dengan nas atau ijmak atau sebabnya amat jelas dan diyakini kerana tiada perbezaan antara asal dan far'unya
      1. QIYAS AL-AWLA 
        • ialah qiyas yang illah pada hukum far'u lebih kuat daripada illah hukum asal.
        • illah mewajibkan ada hukum, mulhaq (pada yang dibandingkan) lebih utama dari mulhaq bih (yang dibanding)
        • Contoh : mengqiyaskan haram memukul ibu bapa (far'u, mulhaq) diqiyaskan dengan haram (hukum asal) mengatakan "Ah" (asal, mulhaq bih) kepada kedua ibu bapa dengan illah menyakiti. 
      2. QIYAS AL-MUSAWI
        • illah hukum pada mulhaq sama dengan illah yang ada pada mulhaq bih.
        • Terhasil dengan mengqiyaskan sesuatu kepada sesuatu yang lain, yang bersamaan antara kedua-duanya.
        • Contoh : mengqiyaskan haram (hukum asal) membakar harta anak yatim atau memusnahkan harta anak yatim (asal, mulhaq bih) kepada haram memakannya (far'u, mulhaq). Dimana illahnya sama-sama adalah merosakkan dan habis.
  2. AL-QIYAS AL-KHAFIY
    • Qiyas yang tersembunyi sebabnya sabit dengan istinbat dan tidak dapat dipastikan ketiadaan perbezaan antara asal dengan far'u.
      • contoh : Mengqiyaskan haram nabiz (air diperam selain anggur) kepada khamr (arak anggur)
    • Qiyas yang mana illah hukum yang ada pada mulhaq lebih rendah dari yang ada pada mulhaq bih.
      • contoh : haram jual epal dengan epal dibandingkan dengan haram jual gandum dengan gandum. di mana illah buah epal sebenarnya adalah lebih rendah daripada gandum kerana gandum adalah makanan asasi.


Alhamdulillah. Satu lagi nota ringkas dan tak seberapa dapat disiapkan malam ni. *seronok seronok* Dah lama tak buad kerja ni semenjak sem tiga tahun lalu. Sambil buad nota, sambil tu aku pun dapat ingat semula ilmu usul fiqh zaman dulu kala yang dan berhabuk. Maaf atas kekurangan. Harap nota ni dapat membantu walau sedikit In shaa Allah. Kalau tak paham baca je la buku rujukan. Teheeee n.n" 

Nota ringkas ni aku taip semula based on ota ringkas dalam buku catatan saiz poket aku. Buku tu sangat berguna untuk aku. Memang berguna tahap dapat A lah Syariah aku sem dua dulu. Harap berguna pada orang lain. 

Okay almost 12.30 mid night. Esok kerja. So, gottago. Assalamualaikum wbt.






No comments: