Friday, December 19, 2014

Road to Final!! (lah sangad)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Selamat tengahari/petang awaaa awaa sekalian.

Pejam celik, pejam celik..
Dah masuk pertengahan Disember.
Lusa dah nak menghadap paper pertama untuk Final first semester.
Allah... laju masa berlalu.

Sepetang di kawasan Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al Bukhari deliver Friday Wishes - 19/12/14 !!


Time-time nak final cenggini laa kemain menebal perasaan nak mengapdet blog.
Walhal time-time cemni kena ngulangkaji. Almaklumlah, sebelum ni malas.
Dalam kelas pun, bukannya fokus. Typically me.
Perangai seorang Eizah sejak sekolah menengah; lalu terbawak-bawak sampai ke Kedah.
Nak menangis tepi bucu katil pun tak guna. Selagi ada ruang dan peluang, In shaa Allah sempat jek nak membaca buku. satu-satunya kepakaran sejak dedolu lagiadalah study last minute. Nak taknak, kena manfaatkan jugak kepakaran tu. Takde apa yang nak dibanggakan. Ada rezeki, eloklah result. Itupun besar kemungkinan mungkin sebab berkat restu lecturer yang halalkan ilmu mrk seikhlas hati jiwa raga, sbb umiabah yang selalu takputus doakan anak yang jauh nu dari mata. Mungkin kebetulan esok lusa dlm examination hall, Allah mudahkan sebab ada entah waktu bila-bila aku jugak pernah ada permudah urusan tah siapa siapa. Well, wallahu'alam.

Mintak dijauhkan dari sampai tahap fail ke hape en. takmo lah sampai kena repeat. Harapannya cemtu la..
Nak dean list? Jauh sekali aku mimpikan to be in the dean's list tu.Sebab tahu, ukur baju kat badan sendiri. hiks. Usaha sebesar kelingking pun tak sampai, mana boleh berangan nak hasil sampai sepuluh jarijemari. kann...

Okaylah. Inaff cerita dan monolog segala pasal final.
yet, wishing every each of sahabat yang bertebaran di muka bumi Allah ni... yang tengah minggu final exam, atau akan menghadapi final exam taklama lagi, semoga setiap satunya berjaya dengan cemerlang gemilang terbilang dapat dean list macam yang kengkorang dah target-kan tuuu. Kengkorang rajin. Aku yakin kawan-kawan aku memang spesis yang rajin semuanya. Rajin belajar, jaga hubungan dengan Allah and sesama manusia... In shaa Allah, Allah akan bagi keputusan yang baikbaik nanti setimpal dengan usaha. So, gambattenaa!!
ceyt, poyo je aku kalau mengayat orang. nak praktik kat diri sendiri mcm hape daaaa. hiks


Candid geng Kembara Uniutama time bukak gerai Giant Bubble dekat Pusat Sukan UUM! likelike :*

hm.
yuyuem.

kurang sebulan jek lagi nak tinggalkan Sintok tersayang.
Eceh. Tinggal kejap je pon sem break ni.

mesti rindu ek nanti dekat warga-warga UUM terutamanya. muahahahah..
belum apa apa dah rindu orang yang berkenaan. lol.

Cerita sepanjang baru sekejap aku kat UUM ni memang banyak melimpahruah.. tapi rasanya, takmampu lagi nak muntahkan cebis-cebis pengalaman tu dalam masa terdekat ni. Not even now, in this entry.
maybe saja nak simpan sampai berhabuk kott, buad pekasam. Pengalaman memang macam-macam. pahit manis payau kelat masin masam semua ada. Even tak sampai setengah bulan pun aku kat sini....
Kisah airmata, air hidung, cerita kelakar tak hengat dunia, semua pun ada. Allah je yang tahu besarnya kesan tiap tiap peristiwa yang tak besar mana tuh. Meninggalkan kesan tahap dilekat dengan gam UHU gitu. ecewah. "cheerish every moment, what happen today won't happen over again tomorrow"

okey, doploh minit lagi nak masuk pukul 3 petang.
cadangnya nak sambung membaca Entrepreneurship,
doakan aku gagah pegang buku lebih lima minit. heheheh..

nahhh, aku belanja..
tak ikut kronologi apepun. :)
gambar-gambar random sepanjang kat UUM









#tb Buang tebiat!! sesi mengemas dan me-renovate bilik kelab Kemabara Uniutama 
tengah-tengah malam buta. with senior.. Puspa, Kak Rin and kak Eta!




 
#tb Kenangan Sintok Trail Run 2014 dengan budak kelab Kembara Uniutama!




#tb gambar yang agak latest, dinner Edinburgh. dengan KB dan kak As kesayanganss



Sepetang, merewang dengan budak kelab before BBQ malamnya



makan malam dengan Sadin; pengarah Sintok Trail Run
 dekat tapak pesta konvo!






bergambor before makan pizza dekat tapak wall climbing -
Wall Climbing Challenge w/ Taufik; pres Kembara Uniutama



Hari pink sedunia!! Dengan Farhana; coursemate, merangkap classmate dan jugak groupmate :)



Antara chosen pictures, moment masa join perarakan untuk majlis 
perasmian pesta konvo UUM-27. 



   
#tb Bersama abam abam super senior DPP EON masa majlis perasmian pesta konvo UUM- 27; 
with Yie, Syahid dan Piee



sebab gambar edit ni buad aku nampak cunsss ayu dan peloles disinari nur...
so nak selit jugak gambar nan kak Eta and Adam ni. 
Time jaga booth Friday Wishes.


 In the making of Teater Muzikal Perdana - Teater Khazanah

First experience dengan kelab muzik, terlibat sebagai kru produksi untuk Teater Muszikal Perdana-Teater Khazanah.
With Syahid, the well known respected emcee and fellow crews Amar, Iffah. best teater tuuu ^^





sekian. dua jam lamanya aku menghapdet entri kalini.
kbai, nak baca buku ngulangkaji! (lah sangad)






Monday, September 29, 2014

[Karangan Bergambar] Selamat Tinggal September

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebulan.
Alhamdulillah, genap sebulan dah aku dekat Universiti Utara Malaysia, Sintok ni.
Walaupun sehari kurasa macam setahun lamanya, but overall aku rasa okay je dekat sini.

GTS bersama presiden dpp EON UUM Sintok, brader Izwan. Orang yang pengaruh kitorang join KIC.
Orang yang janji nak buatkan melodi untuk lagu aku. *ohpelislaaaaaajadiplantuh


Alhamdulillah.
Senior-senior baik.
Senior dpp EON okey sangad.
Senior blok Edinburgh pon hokey. Sporting je belaka-belaka.
Haritu time mintak otograf pon dapat lolipop dari hakak bilik atas ni.
Aku feeling sweet betul. Sampai sekarang tak terusik lolipop tuh. Sungguh weh.
Hakak roommate aku pon okey. Dia suka balik rumah. Tapi sekembalinya dia dari rumah, dia belanja aku breakfast. Memang seronoklah orang belanja free. Sengih je aku sambil cakap terima kasih.

GTS dan Adam kaki selpiaq hardcore dpp EON. heheh #spotdedays
Pempuan melayu terakhir group Dunlop with Apple, our faci :) #spotdedays #eonist



pokoknya. hakak and ababang semua, setakat ni...
Takde yang buat perangai macam budak sekolah; nak pakat buli ke hape.
Takde jugak yang buad perangai bebudak, pakat nak marah scr berjemaah kalau ada isu kee..

fuhh..
selamat.

Sebab kalau ada,
risau aku pun ikut naik kepala.
Takat beza setahun dua tiga, masing-masing darah muda sebenarnya.

payah.

yelah.. aku naik kepala, aku jugak yang nanti yang naya
Kena apung kang, mulalah menangis tak berlagu.
ohoi.. mintak jauh. Na'udzubillah.

GTS. Tak semua ada dalam gambaq ni sebab tak semua join 
Kembara Induction Camp 2014.  #Batch Zebra



Alhamdulillah,
Alhamdulillah untuk GTS.
Asalnya geng-terpinggir-sedunia.
kerja lepak kat bilik hujung sampai tengah malam buta dok komplen rasa terpinggir.
muke tak segak, mulut tak riuh, ayat tak semanis gula, penyegan aje kononnya semua, mana orang nak kenai.

Begitulah lumrah. eceh.

Tapi sekarang dah beralih arah kepada
geng-termotivasi-sendiri.

Asal ada program atau aktiviti kelab, kitorang pakat join.
memang termotivasi sangadd~

Kembara Kababoom Group 5!! Thanks brader yen and hakak nadia untuk 
tunjuk ajar sebagai fasi kitorang, #KIC2014 - Via Monopod Legend Yen

tapi...
as long as aktiviti tu tak memerlukan bakat tersendiri laaa.
macam kena menari ke, berboria kee, menyanyi ke...
tang tu memang tak join lah.
Walaupun sebenaqnya nak sangat turut serta.

ada kawan satu geng dekat sini walau lain-lain kepala dan jiwa raga.
dalam keadaan masing-masing pun sebenarnya belum cukup kenal antara satu sama lain.
Takdelah senang kacang sangat. cabaran dan dugaan tu memang ada.
Biasalah. Hubungan apa yang takde cabaran?
semua jenis hubungan ada cabaran.

Ada lapan kepala, hati dan perasaan.
*setakatnilah

Lapan-lapan menuntut nak dijaga hati dan perasaan
memang boleh pengsan!

masing-masing pempuan pulak tu...
hati selembut tisu tu, standard-lah.
hati aku pon cemtu.

Aku sendiri dalam proses belajar.
Belajar nak beralah dan mengalah.
Belajar untuk tak emosi.

Belajar bersahabat

Bagi aku...
pokok mana yang tak goyang...
problem?
konflik?
Takpe kita redah je.
Kita fikirlah cemana nak settle sama-sama.
In shaa Allah.

...

zaman mula-mula masuk uum, pi mana-mana pon loner. time ni tgh jakun tengok awan dia. Suka! *subhanallah


hati.

memang tak sah kalau tak cerita pasal hati perasaan.
dasar minah novel.
cenggitulah.

-,-

"do not misinterpret politeness as liking"

Tahu.
Tapi itulah yang jadik kat aku.

Dah berapa kali pesan kat diri sendiri,
'jangan bina menara condong.'

Tapi menara condong,
harapan
dann rasa perasann tu
akhirnya tetap terbina dengan jayanya.

Puihh..
sendiri jugak saket.

aharr
*gelakhambar

cem siott je.

aku lah.

nak kacau rumah tangga orang?
no way. tak terniat.

taknak buad kt orang,
sebab aku dah rasa mende tu.
mende yang aku tak suke, takde pekdah buad kat orang lain
...

GTS ber-ujibakat sebagai DJ radio Uniutama.fm time Open Day Pusat Seni dan Budaya
#djnurfarriz #pbs

Agaknya kalau dia ada depan mata, aku rasa ke mende cemni?
Aku terfikir gak. Tapi kalau dia ada pun takde jaminan je.
Mende bukan lagi mcm cerita zaman sekolah dulu.
tah tah dia dah lupa aku.

tsk tsk
*kesatayaqmata

heh.

hm

:/

.

p.s. Umi abah adik-adik. Sorry lah, Eizah pi sini dok sibuk ber-aktiviti je. In shaa Allah study tu diutamakan walaupun aktiviti kelab didahulukan. ehh. heheh.n.n" Kem salam kat Abe kalau dia balik rumah. Kalau dia tak balik, mohon carik dia satu taman yeee. Sorry jugak, duit pt dah lah tak mohon. Tetibe handphone rosak innalillah, terpaksa buad muke tak segan nak request phone baru. Sebenarnya segan kay. huuu...
Salam perantauan umi abah. Dari anakmu yang tak balik raya haji. *belumhomesicklagi










Tuesday, September 9, 2014

uum freshies's update

Hai hai.
Selamat pagi.
Assalamualaikum.

Have a bless morning people.
Kat Sintok ni, aku rasa tiap pagi an ice-cold morning greet aku. ahah

Dah bangun tidur, mulakan dengan baca doa bangun tidur ya.
Alhamdulillah hidup lagi,
dapat terus menikmati setiap nikmat yang Allah limpahkan buat hamba sebagai tanda kasih dan rahmat NYA.
Dengan hidupnya hari ini, berpeluang nak menginsafi diri dan memohon ampun untuk dosa-dosa semalam, kelmarin dan sebelumnya *senyum

Kelas pukul 10 pagi..
Lambat lagi kann. So, buat kerja lain dulu
Selalunya tak rajin, tapi pagi ni tergerak hati nak ajak jari-jemari runcing ni menari atas keyboard. Eceh.
Sambil-sambil melayan Kiss Rain Yiruma, dan diiringi bunyi rintik-rintik hujan kat luar...
macam sesuai sangat nak menaip dan meluah rasa.

Hm..
Apa nak taip ek?
*sengih tak cukup gula

First of all...
Alhamdulillah, selamat sampai uum.
jauh perjalanannya haritu. in addition mungkin sebab ini kali yang pertama travel ke Kedah, ada lah dalam 13 jam jugak tak silap jam perjalanannya.
Anything can happen in terms of bad thing in such of long journey, but syukur, sebarang kecelakaan tidak berlaku. Allah sampaikan kiteorang se-family ke Kedah.

Semua orang anticipating menghantar aku. Well, anak sulung kesayangan abah umi kann..
ahahah. ohoi. first time anak abah jauh dari abah. dulu sekolah pun seberang jalan aje.

Dah sampai uum..
Aku tak regret pon. first impression, aku rasa okay sangat.
sbb apparently aku takde mende nak complain.
within nature weh. memang jiwa aku lahhh.

MSK.
as well seperti sahabat-sahabat aku kat mana-mana uni pon...
aku tahu semuanya melalui fasa yang sama macam aku kat uum.
maybe using different names. kalau kat sini panggil minggusuaikenal. Kejap je msk nya.
Tapi sehari kurasa bagaikan setahun weh. ahahah. konon.
Yelah, nak bangun earlier before fajr and tidur pkul dua tiga pagi.memang rasa macam selow je masa berlalu pergi.
aktiviti untuk ke mana-mana semuanya perlu berjalan kaki pulak tuh..
frankly, tiring. aku rasa aku pi plkn dulu pun, minggu pertama kat sana tak sepenat this msk kat uum.
apart from ache out of walking non-stop, penat and mengantuk...I was enjoying the programme.
the fellow seniors - AJKS semuanya sempoi. Dari pandangan mata kasar aku begitulah.
Alhamdulillah. Aku taklah pandai buat kawan sangat. Tapi alhamdulillah lagi and lagi sebab aku ada je
kawan kat sini.

MAJLIS BACAAN IKRAR
well, finally officially I am a mahasiswi of University Utara Malaysia. Ucapan Naib Cans UUM semuanya aku catat. Memang aspiring hamatsangat. act ucapan timbalan naib cans pon aspiring jugak. Berkobar-kobar aje dengar.

"The ball is in your court."

"We're lacking in general knowledge as we don't read much. General Y nowadays are like a rolling stones, gather no moss."

-Timb Naib Cans UUM

"Think C.I.B.O. Think critically, independently, broadly and orderly."

"In order for gaining understanding from others, you must have the ability to express yourself, your idea, your point of view... CLEARLY, PRECISELY and EFFECTIVELY. As well, you must have the ability to LISTEN TO OTHERS."

"UNDERSTAND, TOLERATE and APPRECIATE are very much value needed in one self."

"Education shouldn't be neither instant noodles or chewing gum but should be like pyramid that can sustained years after years of civilization."

"Persue knowledge. Create and add value for yourself." 

-Naib Canselor UUM



Okay enough for now.
dah 8:30 pagi.
Hujan pun dah berhenti.
nak siap-siap ke kuliah.
pagi ni kelas TITAS and Intro to Entrepreneurship.

Hope everything goes well as planned today.
May Allah ease all the way today.
Bismillah.

p.s. Some of songs yang aku dengar sepanjang menaip just now : 
- Asma Allah, Sami Yusuf
- Make Me Strong, Sami Yusuf
- Muhammad Nur, the Harmony Band
- Qasidah Burdah





Belanja gambar. College of Business (COB) Sintok






kbaibai


Tuesday, August 12, 2014

yupiyu


[CLICK PLAY]

Jam digital pada task manager menunjukkan sudah 12:16 pagi.
Sepatut sangat time ni aku dah tidur, bimbang liat untuk Subuh esok.

Tapi akhirnya aku putuskan untuk menaip jugak.
Mendahului entri hari raya yang selama ini setakat dirancang dalam kepala,
mengutamakan entri ini melebihi entri 'apa khabar qalbi siri dua'...
tengah malam ini nak bercerita tentang UPU dan suasananya.

Sabar dan syukur...
Antara pengajaran hadis ahkam ketika Syariah Sem 3 dulu yang aku rasa sangat-sangat relevan
dengan apa yang aku ingin cakapkan ini.

Hati memang berdebar sejak sejam dua lagi sebelum pukul 12 tengah hari ketikamana waktu tu dibenarkan buat semakan.
Semalamnya tak rasa bahang. Jet jet cool juga. Cakap-cakap sangka baik dan optimis memang tak lekang dari bibir. Untuk beberapa minggu sebelumnya, atau sebulan dua kebelakangannya... apabila ada kawan-kawan, makcik pakcik kenalan umi abah bertanya dan sekaligus menuturkan ucapan doa mereka berkenaan perihal upu aku ni memang aku aminkan semuanya.

Sejujurnya, sepalit dua sedih dan kecewa ada jugak menempel dalam hati ni dek keputusan upu hari ini.
Aku mulakan semakan dengan menyemak status kemasukan di laman web kemasukan um. Jawapan "dukacita" yang diberikan sememangnya sedikit-sebanyak mendukacitakan aku. Sedar, pointer tak banyak mana sehingga boleh melayakkan aku ke situ sebenarnya, agaknya sebab sebelum ni dah melalui temuduga kat sana simptom mengharap tak dapat dielakkan.

Terkejut. Tak teringat pun aku ada apply sehingga ke Universiti Utara Malaysia nun, Dunia universiti yang aku kenal pun hanya di sekitar Selangor dan KL sahaja. Aku harapkan pun either um dan ukm. pilihan top 4, selagi mampu optimis, sangka baik aku memang hanya ke situ.

Aku dapat kos Pentadbiran Muamalat pun aku tak dapat gambaran yang tepat subjek tu berkenaan apa. Sedih tadi dek tak dapat universiti pilhan hati... sedih kemudiannya sebab tak dapat kos pengajian islam. Alhamdulillah, sekejap je semua sedih-sedih tu, berhadapan dengan sebahagian sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak diterima permohonan upu mereka, sedih aku perlu diganti dengan rasa syukur serta-merta. Aku sendiri suka canangkan, apa yang terbaik di sisi kita mungkin bukan yang terbaik di sisi Allah dan apa yang telah DIA tetapkan mungkin itulah yang terbaik di sisi NYA sekalipun berbeza dari perancangan dan usaha kita. Kalau dah mulut sendiri yang suka cakap macamtu, malu pula kalau hati tak terdidik nak redha atas kesedihan kecil ni.

Aku pernah rasa sukarnya menerima hakikat apabila tak diterima upu zaman lepasan SPM dulu. Mesti sukar jugak aku kira sahabat-sahabat aku yang tak diterima menelan hakikat yang sama. Alhamdulillah kawan-kawan aku semua jenis kuat motivasi. Tak ada pula yang zahirkan ketidakpuasan hati dia macam yang aku sendiri buat zaman 'kanak-kanak' aku dulu. Sabar. Aku yakin sahabat-sahabat seperjuangan aku semuanya sabar dan tabah. Usaha boleh diteruskan. permohonan rayuan boleh dibuat. Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Saluran menyambung pelajaran lain juga banyak. Sebab tengok kawan-kawan aku yang lain ni sabar lah, maka rasanya tak layak aku tak sabar dengan keputusan yang tak sempurna kononnya; tak macam yang aku angan-angankan. At least, I am getting the offer today. Cuma diorang, barangkali Allah tangguh lewat sedikit khabar gembiranya.

Alhamdulillah. Aku redha dengan apa yang Allah beri. Bila difikirkan kelakar pulak sampaikan boleh tercampak jauh ni. Itu lah, aku suka merungut lately berkenaan sikap abah umi aku yang tegas dan tak mudah izinkan aku keluar rumah, takleh join konvoi raya pun and can't even attend rumah terbuka kawan aku jugak. Acah-acah terkongkong macamtu. Memang quite emotional these couple of weeks (?) hahah. Hamekau, nak bebas sangat lah kann... Sintok panggil mari. Allah... cuak lah pula ak berjauh dari family. dok asrama pun tak pernah. inikan pulak ~

This is a new thing la apa pun, nak bercampur dan belajar bersaing dengan student-student bukan melayu. Sesuatu yang tak pernah lagi aku alami sebelum ni kerana berada dalam zon selesa di maahad hamidiah. Harap aku boleh laluinya kemudian hari. ada jugak risau pasal ni. Tapi risau yang sampai buat tak berani diri nak melangkah ke depan, useless jugak risau yang macam tu. usaha doa tawakal, pakai formula sama je aku lepasni rasanya.

Malam tadi baru aku klik terima pada tawaran uum tu. kesabaran yg aku contohi dr kwn kwn siangnya... rasa terbalas dengan kelegaan bila dapat detail tentang kos yang akan aku ambil nanti. Alhamdulillah, seronok sangat rasa hati bila nampak perkataan-perkataan tertulis 'fiqh' ,  ' bahasa arab' ,  'aqidah islamiah' , 'sirah' include sekali dalam subjek yang akan dipelajari.  Subjek lain pun overall dah buat aku jatuh suka pada kos ni, harap-harap senang sikitlah nak belajarnya nanti. In shaa Allah.

untuk kawan-kawan yang dah berjaya... cemburu aku yang tak berapa nak cemburu tu, aku doakan urusan kita ni dipermudahkan. untuk kawan-kawan yang tak dapat tawaran tadi, aku doakan yang sama... smg urusan dipermudahkan jua. Kuatkan semangat masing-masing. Untuk rayuan mohon buat pertimbangan yang terbaik. Sebagai ikhtiar, aku cadangkan gak jumpe kaunselor sekolah. so cikgu boleh guide nak rayu pesen macam mana lagi dgn pihak universiti ni. Kebiasaanya kaunselor tahu.

untuk orang-orang tersayang tuu...
along doa sangat korang pun masuk u.
opkos, lagi pula yang dah janji nak double degree nan aku tu kan, ehem.
mohon masing-masing tough sementara Allah tangguh keputusan yang terbaik untuk korang.
sbb korang memang dah sedia tough pon, aku taww.
utk yang dekat sabah.. yang dah declare jadi bespren foreber tuu.. jgn lupe aku kat kedah. #ehh
utk yang dekat ukm, tahniah la beb. take care hati kau tuu skang, tang lain aku tak kesah dah. heheh n.n"

along kat mana pun, doa along untuk kita semua okay... :')
*sorry la kalau korg geli aku acah acah romentik cemni*

assalamualaikum
1:09 pg




Wednesday, July 23, 2014

Apa Khabar Qalbi?



[PLAY SOUNDCLOUD]

Kaifa qalbi?

Lama dah nak menaip entri versi peribadi gini.
Lama jugak dah tak menaip selalu entri melbatkan hati dan emosi gini.

Busy.
Malas aje nak menaip bile sampai depan lappy.

so again...
kaifa qalbi?

Alhamdulillah.
Macam gitu lah.
Ada naik, ada turun.
Kata org tu... kondisinya normal.
Masih mengikut fitrah dn sunnatullah.
Tidaklah sihat saje doplohpat jam.
dan Alhamdulillah, tidak sakit juge sepanjang masa.

Cuma,
aim dan target terbaek utk sang qalbu ini masih belum tercapai lagi.
jatuh bangun, masih jatuh bangun versi sederhana.

Tak berani nak nangis berjujuran air mata,
makanya, sujud menyerah jiwa pada sepertiga malam juga...
sudah jarang-jarang sangat berpeluang melakukannya.

Bercakap tentang Ramadhan,
Mungkin Ramadhan kali ini baik.
Tetapi, boleh jadi ada Ramadhan dalam waktu yang sebelum ini lebih baik lagi.
Begitulah.

Allahumma balighna fi Ramadhan.
Didoakan semoga Allah sampaikan aku sekali lagi pada Ramadhan berikutnya.
Aamiin. Ya Rabb al 'alamiin.

Masuk balik topik tadi.
turun naik qalbi yang macam mana ya...
hmmm

hendak kata masih ada perasaan yang sama kuat, tetap dan sabit seperti zaman dulu kala itu,
mungkin alhamdulillah, tidak.
tetapi,
lupa tentang apa yang telah dan pernah tercoret sebagai sebahagian memori juga, tidak.
Tidak cinta barangkali,
Tidak juga lupa.

Dalam proses untuk terus melangkah ke hadapan. Agaknya macam tu lah.
Orang kata... sedangkan rindu jugak satu tanda ke arah melepaskan dan maju ke depan.

Walk away from what left you. Move on and smile. Cheer up. You can’t always compare you first chapter with their chapter twenty. So write it your way

Kadang-kadang..
Tak boleh terima dia.
Caranya.
Rasa macam teraniaya.
Kalau diingat balik, macam kejamnya dia.
*gelak hambar*
cemtu le kononnya.

kadang-kadang k.

Siapapun bisa jadi manusia tak-acuh karena dua alasan ini; lelah untuk peduli atau sedari awal memang sudah tidak peduli.

Ada masa juge tertanya-tanya...
apeke die tu,
memang senang ya buang hilang segala perasaan...
tak jujur ke hape

Kalau ikut pengalaman masa mula-mula kenal.
memang jenis dia, senang 'maju ke depan' lepas berantakan.
pakat redha aje ke die?

ya.
Ada masa sesuatu yang tak bermanfaat seperti persoalan-persoalan ini
memang mencari ruang untuk menguasai segenap ruang dalam kepala.

Lambat-lambat nanti...
sebab takde yang akan menjawab persoalan ni,
aku juge yang akan merespon sendiri,
mana mungkin aku tahu apa yang pernah dia alami sebelum ini.
Tak perlu rasanya kalau aku jatuh tonggeng terbalik kerana hal ini, dia juga perlu mengalami jatuh tonggeng terbalik begitu.
Kita berdua dalam bab yang berbeza.
Aku mungkin baru prolog.
Dia sudah di bab epilog.
Mana mungkin sama respon dan reaksi segala.
Orang yang tak 'menunjuk-nunjuk' respon hatinya seperti aku ini...
bukan pula orang yang tak ada hati dan perasaan. Teorinya cemtu.
kannn..

eh.
mujur tak selalu.

Kau memang suka meminta sesuatu atas apa yg sudah terlanjur. Jangan rindu, ketika ia sudah luluh. Jangan jatuh cinta, ketika ia sudah patah.

sebab busy barangkali.
dengan bisnes yang baru nak menapak.
sibuk nak menconteng beg yang ditempah.
sibuk jugak nak mengapdet perkembangan item item baru nak diperaga dlm kedai atas talian.
Lagi sibuk berurusan dengan rumah dan segala isi rumah yang menuntut aku komited menjadi bibik di siang hari, dan menjadi anak sulung berdedikasi malamnya....

memang tak menyempat sangat nak asyik terimbau segala momen dengan dia.
Takde masa nak patah hati atau buat sesi luka berdarah kembali doplohpat jam, tujoh hari smninggu.

Sakit.
Sibuk dengan hati.
paru-paru aku...
merajuk ke? *gelak tak ikhlas*
-,-

ya, paru-paru ni dengki.

so sekarang perlu fokus pada kesihatan ni.
Makan berpantang.
segala perisa kedberi yang jadi kegemaran zmn berzaman semua da tak boleh telan.
segala adek beradik kopi juga hanya mampu tengok, tak mampu teguk.
ais batu jadi musuh nombor satu.

laaaagi lah tak menyempat nak feeling-feeling dalam keadaan macam ini, sekarang ini.


Alhamdulillah lah kann...

qalbi versi tak keruan tu datang mcm musim durian laa. mcm wabak ke demam ke.
sekali dua. kejap.

Kenapa masih tak boleh buat biasa?
kalau betul perasaan sudah tiada, sekadar tidak boleh lupa
'kebengongan' juga cuma sekali sekala...

soalan cepumas tuu.
Soal kepala yang waras pada hati yang...

Aku tidak mampu menjadi seorang kawan, dahulu berkawan itu alasan aku untuk menyembunyikan perasaan yang tak terbataskan.

at the end,
aku jumpa alasan.

Aku pun tak fully heal cemtu.
ecehh
So, taknak lah kawan-kawan ni,
takut ada organ-organ dalam diri ini yang amik kesempatan atas status 'kawan' tu.
Mula lah nak buad sesi mengharap, tersuka, dan terluka balik macam zaman dulu-dulu.
Eyy, malas aku nak lalu satu cycle macam tu.

kalau bertuah lepas sesi tersuke dan terluke tu adalah harapan utk sesi, 'berbalas-balas suke'.
Tapi tak mustahil akn merasa balik sesi kene rejek perasaan ni.
ahar...
*gelak hambar*
cycle yang super sukar.

so..
baiklah toksah kawan langsung lagi.
takat cakap sepatah dua tu... boleh rasanya.
kritikal sangat dah kalau itu pun tak mampu.
tapi nak buat biasa tu belum lagi.
kan masih 'ongoing' maju ke depan aku nih.

“ Terima kasih pernah datang, lalu menghilang.
Terima kasih pernah ada, lalu tiada.
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur. 

Aku ni,
maybe laa lambat siked kott matang nya.
Tapi semenjak dah hidup membujang dekat rumah
kelam kabut, tenggelam timbul uruskan bisnes ni...
selow-selow aku pun dah ada aim untuk future.
Fokusnya selepas fokus-fokus yang lain tentulah untuk capai matlamat aku tu.
Untuk keluarga khususnya segala cita-cita.



Tak tipu.. 
Mungkin dulu, harapan aku juga ingin begitu.

Mungkin ada silap di mana-mana, 
harapan itu layu.

Mungkin ada silap pada doa yang tak bersungguh,
atau hati yang tak jujur,
atau pergaulan yang terbataskan,
atau rindu yang dilebih-lebihkan,
atau silapnya pada angan-angan yang cuba mencapai awan

Atau mungkin tiada silap.
tetapi tiada jodoh.

Begitulah percaturan Tuhan untuk aku 


In shaa Allah.
Harapnya berjaya.

Pasal qalbi dan dia ni...
esok lusa lepas semuanya selesai,
boleh lah kott nak fikir balik.
haaa gitew.

Kalau lepas lepas ni, masih ada hati...
dan disebabkan rasa dia untuk aku sudah mati..
ya,
masa tu mungkin boleh sambung balek kalau nak buat sesi tertonngeng terbalik.

entah-entah,
aku jumpa orang lain..
dia tak jumpa sape-sape.
haaaa.... biarkan dia rasa.

muahahahah. *evil laugh la konon*
lol.

tak mungkin laa cemtu.
mengata orang, aku kena balik kang,
naya.

lebih baik ending-nya

biar aku jumpe sape-sape
dan dia pun jumpe entah sape-sape.
akhirnya semua bahagie.

sekian.
Aamiin..


p.s Lagu ni super sedap. Tegak-tegak bulu roma ak berdiri dengar zikir ni dalam Hitz tadi. Fes time hayati agaknya, cemtu lah, terus jatuh hati jiwe raga aku. Sambil-sambil stalker cerita hati basi aku ni, zikir asma Allah sekali. (-:





Friday, July 18, 2014

Iftar Pra Universiti generasi 94


[KLIK 'PAUSE' - IKON BURUNG ATAS TUH]
[PLAY SOUNDCLOUD]


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Sementara berkesempatan, nak jugak berkongsi cerita tentang iftar yang alhamdulillah; berjaya diadakan pada 12 Julai 2014 yang lepas di Bangi Golf Resort Restaurant. 

Setiap tahun sejak tahun 2012 aku berpeluang berbuka puasa dengan sahabat-sahabat seperjuangn; sahabat pra universiti SMKA Maahad Hamidiah, tak seronok pulak bila tahun ni kebiasaan tu tak terlaksana memandangkan kami semua dah tamat pengajian tingkatan enam. So, tidak dapat tidak... tahun ni, nak jugak merasa berbuka puasa dengan sahabat-sahabat dan para guru.

Bila cadangan dan hasrat sama ni diutarakan oleh pelajar lelaki... memang berbesar hati aku menerima dan semangat nak ikut serta.  

Tak ramai yang dapat hadir. Hanya 12 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan shj daripada sejumlah 53 orang pelajar kesemuanya. Masing-masing yang takdapat ikut serta disebabkan oleh kekangan-kekangan tertentu yang tak boleh dielakkan. Walaupun agak sedih tetapi terpaksa direlakan. Haaa gitew. Namun dalam ketidakhadiran dorang tu, dorang masih memberi sumbangan sebagai tanda kebersamaan dalam mejayakan perancangan yang tak seberapa ni. Alhamdulillah atas sokongan dorang jugak. 

Iftar haritu, selain jemputan kepada para pelajar pra universiti sesi 2012/2013 dan para guru tingkatan 6, turut jugak diramaikan lagi dengan kehadiran bekas pelajar tingkatan 6. Family members pun ada jugak. Adik aku, adik miera dan abang Miera. Okay lah. majlis yang serba sederhana. Bukanlah tempat yang tertutup untuk melangsungkan majlis rasmi ke hape. sekadar masa santai untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan dan guru yang dah tak-tiap-tiap- hari- jumpa.

Terima kasih atas kerja sama semua orang yang sanggup keluar duet banyak untuk menjayakan iftar tahun ini. Sanggup keluar duet dan berkesudian pulak untuk hadir, terima kasih sebab bagi kerja sama. Aku taw sume pon sebok. Nasib baik aku baru lepas berenti kerja time tu. Dapat jugak aku bantu mrk mrk yang berhasrat utk melaksanakn majlis iftar ni. Sesungguhnya aku sangat gembira. Puas hati dapat berhempas pulas berurusan dengan pihak hotel, uruskan pembayaran, kontek cikgu-cikgu dan member sana sini kerana akhirnya Allah izinkan juga majlis ini berjalan lancar.Alhamdulillah.

Moga-moga majlis iftar ni kita boleh buat majlis tahunan lah ye. heheheh n.n"

So, enjoy the pictures. Raw pic semuanya. Tak menyempat nak mengedit ke hape.  


aku and alang :*


 meet my sistah, Huda


Huda, aku dan alang...




Bebudak laki bersama Puan Marina Bt Mat Isa dan Teacher Rashidah Bt Baharom :-)




 Bebudak laki bersama Papa Shaha - Encik Shaharuddin Bin Abu Kassim dan Ust Mohd Zainaphi Bin Zainal




meja kiteorang



meja bebudak pempuan n.n



meja cikgu-cikgu tersayangss


meja bebudak laki.












 ambar
Gambar kami yang hadir. Kami yang happy...
kami yang, dua puluh tahun.




oke. Sekian. Tahun depan, kalau panjang umur kita buat iftar sama-sama lagi.
Harap semua boleh turut serta masa tu. In shaa Allah, kalau panjang umur. Kalau ada jodoh ~


Segala kekurangan pd majlis tersebut harap dimaafkan.