[CLICK PLAY]
Jam digital pada task manager menunjukkan sudah 12:16 pagi.
Sepatut sangat time ni aku dah tidur, bimbang liat untuk Subuh esok.
Tapi akhirnya aku putuskan untuk menaip jugak.
Mendahului entri hari raya yang selama ini setakat dirancang dalam kepala,
mengutamakan entri ini melebihi entri 'apa khabar qalbi siri dua'...
tengah malam ini nak bercerita tentang UPU dan suasananya.
Sabar dan syukur...
Antara pengajaran hadis ahkam ketika Syariah Sem 3 dulu yang aku rasa sangat-sangat relevan
dengan apa yang aku ingin cakapkan ini.
Hati memang berdebar sejak sejam dua lagi sebelum pukul 12 tengah hari ketikamana waktu tu dibenarkan buat semakan.
Semalamnya tak rasa bahang. Jet jet cool juga. Cakap-cakap sangka baik dan optimis memang tak lekang dari bibir. Untuk beberapa minggu sebelumnya, atau sebulan dua kebelakangannya... apabila ada kawan-kawan, makcik pakcik kenalan umi abah bertanya dan sekaligus menuturkan ucapan doa mereka berkenaan perihal upu aku ni memang aku aminkan semuanya.
Sejujurnya, sepalit dua sedih dan kecewa ada jugak menempel dalam hati ni dek keputusan upu hari ini.
Aku mulakan semakan dengan menyemak status kemasukan di laman web kemasukan um. Jawapan "dukacita" yang diberikan sememangnya sedikit-sebanyak mendukacitakan aku. Sedar, pointer tak banyak mana sehingga boleh melayakkan aku ke situ sebenarnya, agaknya sebab sebelum ni dah melalui temuduga kat sana simptom mengharap tak dapat dielakkan.
Terkejut. Tak teringat pun aku ada apply sehingga ke Universiti Utara Malaysia nun, Dunia universiti yang aku kenal pun hanya di sekitar Selangor dan KL sahaja. Aku harapkan pun either um dan ukm. pilihan top 4, selagi mampu optimis, sangka baik aku memang hanya ke situ.
Aku dapat kos Pentadbiran Muamalat pun aku tak dapat gambaran yang tepat subjek tu berkenaan apa. Sedih tadi dek tak dapat universiti pilhan hati... sedih kemudiannya sebab tak dapat kos pengajian islam. Alhamdulillah, sekejap je semua sedih-sedih tu, berhadapan dengan sebahagian sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak diterima permohonan upu mereka, sedih aku perlu diganti dengan rasa syukur serta-merta. Aku sendiri suka canangkan, apa yang terbaik di sisi kita mungkin bukan yang terbaik di sisi Allah dan apa yang telah DIA tetapkan mungkin itulah yang terbaik di sisi NYA sekalipun berbeza dari perancangan dan usaha kita. Kalau dah mulut sendiri yang suka cakap macamtu, malu pula kalau hati tak terdidik nak redha atas kesedihan kecil ni.
Aku pernah rasa sukarnya menerima hakikat apabila tak diterima upu zaman lepasan SPM dulu. Mesti sukar jugak aku kira sahabat-sahabat aku yang tak diterima menelan hakikat yang sama. Alhamdulillah kawan-kawan aku semua jenis kuat motivasi. Tak ada pula yang zahirkan ketidakpuasan hati dia macam yang aku sendiri buat zaman 'kanak-kanak' aku dulu. Sabar. Aku yakin sahabat-sahabat seperjuangan aku semuanya sabar dan tabah. Usaha boleh diteruskan. permohonan rayuan boleh dibuat. Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Saluran menyambung pelajaran lain juga banyak. Sebab tengok kawan-kawan aku yang lain ni sabar lah, maka rasanya tak layak aku tak sabar dengan keputusan yang tak sempurna kononnya; tak macam yang aku angan-angankan. At least, I am getting the offer today. Cuma diorang, barangkali Allah tangguh lewat sedikit khabar gembiranya.
Alhamdulillah. Aku redha dengan apa yang Allah beri. Bila difikirkan kelakar pulak sampaikan boleh tercampak jauh ni. Itu lah, aku suka merungut lately berkenaan sikap abah umi aku yang tegas dan tak mudah izinkan aku keluar rumah, takleh join konvoi raya pun and can't even attend rumah terbuka kawan aku jugak. Acah-acah terkongkong macamtu. Memang quite emotional these couple of weeks (?) hahah. Hamekau, nak bebas sangat lah kann... Sintok panggil mari. Allah... cuak lah pula ak berjauh dari family. dok asrama pun tak pernah. inikan pulak ~
This is a new thing la apa pun, nak bercampur dan belajar bersaing dengan student-student bukan melayu. Sesuatu yang tak pernah lagi aku alami sebelum ni kerana berada dalam zon selesa di maahad hamidiah. Harap aku boleh laluinya kemudian hari. ada jugak risau pasal ni. Tapi risau yang sampai buat tak berani diri nak melangkah ke depan, useless jugak risau yang macam tu. usaha doa tawakal, pakai formula sama je aku lepasni rasanya.
Malam tadi baru aku klik terima pada tawaran uum tu. kesabaran yg aku contohi dr kwn kwn siangnya... rasa terbalas dengan kelegaan bila dapat detail tentang kos yang akan aku ambil nanti. Alhamdulillah, seronok sangat rasa hati bila nampak perkataan-perkataan tertulis 'fiqh' , ' bahasa arab' , 'aqidah islamiah' , 'sirah' include sekali dalam subjek yang akan dipelajari. Subjek lain pun overall dah buat aku jatuh suka pada kos ni, harap-harap senang sikitlah nak belajarnya nanti. In shaa Allah.
untuk kawan-kawan yang dah berjaya... cemburu aku yang tak berapa nak cemburu tu, aku doakan urusan kita ni dipermudahkan. untuk kawan-kawan yang tak dapat tawaran tadi, aku doakan yang sama... smg urusan dipermudahkan jua. Kuatkan semangat masing-masing. Untuk rayuan mohon buat pertimbangan yang terbaik. Sebagai ikhtiar, aku cadangkan gak jumpe kaunselor sekolah. so cikgu boleh guide nak rayu pesen macam mana lagi dgn pihak universiti ni. Kebiasaanya kaunselor tahu.
untuk orang-orang tersayang tuu...
along doa sangat korang pun masuk u.
opkos, lagi pula yang dah janji nak double degree nan aku tu kan, ehem.
mohon masing-masing tough sementara Allah tangguh keputusan yang terbaik untuk korang.
sbb korang memang dah sedia tough pon, aku taww.
utk yang dekat sabah.. yang dah declare jadi bespren foreber tuu.. jgn lupe aku kat kedah. #ehh
utk yang dekat ukm, tahniah la beb. take care hati kau tuu skang, tang lain aku tak kesah dah. heheh n.n"
along kat mana pun, doa along untuk kita semua okay... :')
*sorry la kalau korg geli aku acah acah romentik cemni*
assalamualaikum
1:09 pg
No comments:
Post a Comment