Saturday, September 14, 2013

Nusyuz dan Penyelesaiannya (An-Nisa':34-35)


Assalamualaikum wbt 


Surah An-Nisa', ayat 34 & 35:





Terjemahan ayat 34 :

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian  yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan  
sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah  yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang  
kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan  
untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”  


Terjemahan ayat 35 :

“Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, Maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya  Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”
  

Sebab Nuzul Ayat :

Dalam satu riwayat menyatakan seorang Ansar datang mengadap  Rasulullah SAW bersama isterinya. Isterinya berkata, “ya Rasulullah SAW, dia telah memukuk saya sehingga meninggalkan bekas di muka saya.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Dia tidak berhak melakukan sedemikian,” Maka turunlah ayat tersebut sebagai ketentuan dalam mendidik isteri. 

Munasabah ayat sebelum :

Dalam ayat sebelumnya Allah swt telah menerangkan tentang kelebihan diberikan kepada lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Dalam ayat sebelum ini juga Allah menerangkan cara bergaul dengan isteri dan cara mendidik mereka dengan sifat lemah lembut dan kadang-kadang dengan tindakan yang keras. 


Munasabah ayat selepas :

Dalam ayat selepasnya pula Allah menerangkan sebab- sebab diberikan berbanding kaum wanita serta kewajipan terhadap isteri. 


Tafsir ayat secara ijmali:


Ayat tersebut dimulai dengan penjelasan berkaitan dengan kelebihan lelaki berbanding wanita. Contohnya dari sudut fizikal, urus rumah tangga dan dengan membelanjakan sebahagian harta sebagai  
nafkkah kepada isteri dan anak-anak. Lantaran itu mereka berhak menjadi pemimpin kaum wanita. Kaum wanita khususnya isteri pula bertanggungjawab urus rumah tangga dan jaga kehormatan, dan taatkan suami baik di depannya atau semasa ketiadaannya. Dalam ayat ini Allah terangkan dua keadaan isteri.  

Yang pertama ialah isteri yang solehah yakni yang mentaati suami dan yang keduanya ialah isteri yang menderhaka  terhadap suami yakni nusyuz. Namun kerana isteri menjadi amanah maka suami disaran mencari penyelesaian terhadap tindakan isteri nusyuz dengan cara yang bersesuaian dgn syariat. Caranya adalah dengan menasihati secara hikmah, sekira tidak berkesan, mengasingkannya dari tempat tidur atau tidak melayaninya dengan tak melebihi 3 hari. Seandainya berterusan suami harus memukul dengan pukulan tak mencederakan.


Selanjutnya, dijelaskan dalam konteks rumah tangga yang diambang keruntuhan, Islam membuka peluang untuk baiki perkahwinan tersebut. Caranya adalah dengan mencari orang tengah atau hakim yang dapat menjadi pendamai antara kedua suami isteri. Pendamai itu boleh datang seorang dari pihak si isteri dan seorang lagi dari pihak suami. Sekiranya ikhtiar ini tidak berjaya barulah perkahwinan itu diputuskan mengikut pernilaian mereka yang adil. 

Tafsir ayat secara tafsili :




  • قوامون   bermaksud pemimpin atau tonggak

  • Orang lelaki jadi pemimpin. Sama ada lelaki atas wanita dan suami atas isteri. Hal ini kerana Allah melebihkan mereka dari segi akal pemikiran dan tanggung jawab serta disebabkan lelaki melebihkan sebahagian hartanya sebagai nafkah kepada keluarga. 

  • Pemimpin dalam ayat ini juga menjelaskan lelaki dalam konteks suami bertanggung jawab penuh terhadap keselamatan, pakaian dan makanan dan tempat tinggal isteri dan anak-anak.

  • Suami juga bertanggung jawab tanggung nafkah dan perbelanjaan ikut kadar kemampuannya.





  • Isteri solehah yang dimaksudkan ialah yang bertaqwa kepada Allah dan memberi ketaatan sepenuhnya pada suami, jaga kehormatan diri dan diri suami serta aibnya. 

  • Isteri yang solehah membawa kepada keluarga yang harmoni dan penuh keberkatan. 

  • Ayat ini sebenarnya mengingatkan wanita dan isteri agar tidak berlaku curang serta tidak mendedahkan kelemahannya walaupun ketika ketiadaannya. Isteri tidak boleh membawa orang lain masuk ke rumah tanpa kebenaran suami. Isteri sebegini bukan sahaja dikira curang malahan menyebabkan keretakan dan kemarahan suami. 




  • والتى تخافون    - dan mereka (isteri-isteri) yang dikhuatiri, ditakuti, atau dibimbangi. 
  • فعظوهن - maka nasihatlah. Ayat ini memberi jalan penyelesaian kepada para suami dalam menangani isteri yang nusyuz atau mereka khuatiri derhaka terhadap mereka.

  • Langkah nya adalah dengan menasihati atau menegur isteri dengan berhikmah atau dengan memberitahu ugutan dan kemurkaan Allah atas isteri yang nusyuz.

  • Seandainya nasihat itu tidak berkesan suami hendaklah berpisah tempat tidur dengan isteri. Dengan kata lain termasuklah tidur membelakanginya, tidak melayaninya, dan tidak bertegur sapa tak melebihi tiga hari. 

  • Sekiranya masih tidak berkesan dan jelas isteri nusyuz maka suami diharuskan memukulnya tetapi bukanlah dengan pukulan mencederakan, tidak secara bertalu-talu, tidak sampai luka dan patah dan tidak boleh pada wajahnya. Jangan pukul pada satu tempat sahaja. Pukulan itu pukulan yang ringan untuk beri pengajaran dan dilakukan ketika terdesak secara terpaksa sahaja. 



  • Ayat ini menjelaskan tegahan menyusahkan para isteri atau mengambil kesempatan atasnya setelah dia insaf dari perbuatan nusyuznya. 

  • Suami jangan sengaja mencari-cari jalan untuk menganiayai isteri atau menyusahkannya serta menggunakan ayat ini sebagai alasan berbuat demikian. 

  • Dalam erti kata lain ayat ini merupakan peringatan kepada suami supaya berhati-hati dalam mengguna kuasanya sebagai suami yang memimpin. 

  • ‘Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Besar’ adalah amaran agar suami tidak merasa dirinya lebih tinggi kekuasaanya terhadap isteri. Suami yang menzalimi isteri setelah isterinya mentaatinya akan mendapat balasan azab.  



  • Ayat ini merupakan saranan al-Quran mengenai konflik rumah tangga yang berlaku dan kaedah terakhir seandainya isteri berterusan derhaka setelah dinasihat, dipulau dan dipukul. 

  • Langkah yang seharusnya diambil oleh suami atau orang yang terlibat serta berkemampuan adalah dengan melantik orang tengah, hakim atau kata lainnya pendamai antara keduanya

  • Hakim tersebut boleh dilantik sama ada daripada pihak isteri mahupun suami atau melalui keluarga salah seorang atau kedua mereka.  

  • Orang tengah yang paling utama ialah ibu bapa atau individu lain yang disegani dan dalam hal ini pendamai juga boleh jadi kaunselor. 

  • Pendamai diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga bagi mengelakkan penceraian suami isteri


- T A M A T -

Awwwww... sweet kan gamba ne. ittew pung nak husband cenggini. eceyh *beranganjap*



# Alhamdulillah. Phew ~~~ selesai nota Syariah ketiga. Ringkas je dan tak menyeluruh pung. Macam biasa lahh, harap dapat jadi rujukan bermanfaat walaupun tak sebeghapee. In shaa Allah, utk ayat ahkam Penyelesaian Nusyuz ne, ada masa aku sambung. Kalau dapat buat dengan hadis ahkam Ciri-ciri Isteri Solehah pung best gak sebab saling berkait. Heeee.. n.n" Adios. Assalamualaikum, wbt


2 comments:

Anonymous said...

syukran..barakallahu fik

Anonymous said...

syukran jazilan