Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim
[SOAL HATI]
*I
am not that transparent, my feeling towards you are obvious that everyone could
see*
Apa yang aku
fikirkan?
Masih suka, atau
sudah tak punya perasaan untuk dia?
Aku sendiri
membiarkan persoalan ne berlegar dalam kepala.
Sekiranya aku
benar-benar suka,
Aku yakin dia tak
akan suka aku balik,
Aku pasti segala
layanan yang diberikan tidak memaksudkan bahawa aku ne istimewa,
Aku andaikan, aku
akan terus bergelumang dgn pengharapan yang melangit,
Yang mana akhirnya
akan menghancurkan diri aku sendiri kerana hanyut dengan perasaan, lalai dengan
merindukan, dan alpa dalam mendamba kasih Tuhan.
Sekiranya aku tak
punya perasaan untuk dia,
Atas dasar apakah
aku tidak menyukai?
Mungkinkah krn
sikapnya? Kecewakah aku dgn sikapnya yang begitu?
Siapa aku untuk
mengaharap yang paling sempurna? Layakkah aku?
Mungkin juga kerana
bimbang dipermainkan? Apakah aku dipermainkan?
Atau demi tidak
mengkhianati sebuah jalinan persahabatan?
Wallahu’alam
Aku kira… keadaan
yang melanda aku sekarang mungkin juga satu bentuk ujian sebenarnya; ujian
daripada NYA. Sebelum ini, kalau aku jatuh suka pada seseorang, orang tersebut
kebiasaannya bukan kawan aku. Kami tak rapat dan bahkan tak perah berbual
antara satu sama lain pon. Aku tak pernah dapat respon daripada sesiapa pun
yang aku sukai sebelum ini.
Tapi kali ini
berbeza, dia kawan aku. Kami rapat dan dia merespon atas setiap tindakan aku.
Buat seketika, aku akui… aku termakan dengan perhatian yang diberikan dan terus
tertewas dengan ujian ini. Aku terlupa barangkali, perhatian sebenar yang aku
perlukan bukanlah perhatian dia tetapi perhatian DIA.
Buat masa ini,
keputusan yang aku ambil adalah untuk ketepikan dia. Selagi hati masih tak stabil.
Biarlah keadaan kekal begini. Aku putuskan untuk bersahabat dari terus
berteka-teki tntg perasaanya terhadap
aku. In shaa Allah, muktamad. Aku juga
ambil keputusan ini kerana tak mahu khianati persahabatan ini. Dan keputusan
aku juga dibuat setelah aku minta pandangan beberapa orang yang dipercayai,
baik dalam kalangan sahabat mahupun keluargaku sediri.
IGNORANCE
IS A BLISS
At
least for now, before I make up things way to normal
*Aku
tidak menolak seseorang disebabkan kekurangannya,
Kerana
aku juga tidak sempurna mana,
Aku
menolaknya, barangkali kerana bimbang akan kecewa,
Aku
keliru apakah layanannya jujur atau pura-pura*
[SAAT TERUJI, JANJI
TINGGAL JANJI]
Adik ketiga aku
meninggal pada pertengahan bulan Jun 2012.
Kehilangan adalah
sesuatu yang tak perlu dipersoalkan krn nyawanya diambil atas kehendak Tuhan,
seperti dijanjikan.
Pemergian jangan
diratapi, sbgi manusia biasa sedih itu pasti.
Sungguh, perasaan
yang menyerkup aku ketika itu sangat sukar digambarkan. Ia merupakan rasa hiba,
pasrah dan redha yang bercampur-campur.
Pada saat itu, aku
jadi tekad untuk berubah, untuk membuat anjakkan, mempersiapkan diri untuk
Tuhan berbanding keduniaan yang melekakan. Pemergiannya meyakinkan aku, ajal
itu tidak datang apabila kita bersedia. Ajal boleh datang bila-bila masa. Entah
bila pula ajal akn dtg menjemputku, aku kena persiapkan diri. Tahap
kebergantunganku kpdNYA begitu tinggi Tekad aku dipasak kuat dalam sanubari.
Aku seolah-olah membuat janji.
THE
MAN WHO DECIDED TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIES ON THE 11TH
Nah, secara tunai
Allah uji tekad aku itu. Tak perlu tunggu lama. Secara langsung, Allah meuntut
janjiku.
Siapa yang sangka
pertemuan aku dengan dia sekadar untuk menuntut janjiku padaNYA?
Siapa yang menyangka
saat aku bergelak-ketawa bersama dia, itulah ujian yang Allah timpakan atas
keyakinanku?
Siapa yang menyangka
saat mulut lain banyak mengataku atas apa yang aku lakukan dengannya,
barangkali Allah sedang memperingatkan aku atas tekadku?
Siapa yang menyangka
saat aku benar jatuh hati padanya, barangkali Allah meyoal aku – damba kasih
manusia atau damba kasihKU; Tuhanmu?
Memang aku tak
sangka apapun. Sebab tu aci redah je aku menikmati saat-saat bahagia aku tanpa
menitikberatkan soal dosa pahala. Eh? Belum lagi la. Aku tak sampai langgar
batas ikhtilat tahap hardcore pegang segala bagai tuh. Tapi aku dah hampir ke
situ. Haih ~
Dhaifnya aku kerana
tak menyangka apa-apa.
Hinanya aku kerana
menjadi manusia yang lupa pada janji sendiri.
Longgar terus tekad
yang kupasakkan suatu masa sebelumnya –
saat sedih
menyelubung hati, saat keinsafan melanda diri.
Bongkak sungguh aku.
menyangka Tuhan akan menjadikan aku
seorang yang lebih baik tanpa mengujiku, tanpa ditingkatkan darjat keimanan
hambaNYA ini.
Alpa. Aku terlupa,
ujian juga boleh didatangkan dalam bentuk kenikmatan yang membahagiakan.
Silapku. Khilafku yang tak mengerti saat gembira aku bersamanya
Merupakan saat aku
diujiNYA
Astaghfirullahal’azim
[SAAT DINDING ITU
KUCORAKKAN, TERCORAK JUA KEHIDUPANKU]
*Kusangka
akan menyendiri tak berkesudahan,
Rupanya
aku silap membuat percaturan,
Bukanlah
selamanya sendirian tak berteman,
Masa
adalah keperluan,
Untuk
aku sesuaikan diri dengan persekitaran.
Seni
dan lukisan adalah hidupku, jiwaku,
Muncul
seni maka aku tak sepi,
Dengan
seni aku tak mati,
Lukisan
jadikan aku ketagihan,
Biar
mrk tahu, aku dan seni tak dapat dipisahkan.
Saat
aku ambil keputusan,
Dinding
kosong itu kucorakkan,
Maka
tercorak jualah sebuah kehidupan,
Dengan
kisah yang tak dijangkakan.*
Aku malas lah nak
berselindung. Aku yakin korang boleh agak yang aku nak story pasal mural
sebenarnya. Mural dekat blok lower 6 sebelah dewan tuh. Ingat ke?
Buat mural tu memang
best. Serius cakap lah sebab mural tu sejenis art and aku memang suka bab-bab
art nih. Kalau tak kerana mural, mesti aku ambil masa yang lebih-lebih lagilah
lamanya untuk sesuaikan diri dan fit-in dalam bacth baru aku. Sebab mural, baru
orang kenal aku and aku kenal orang. Sebab mural, Banzai yang dah berzaman satu
sekolah dengan aku, yang tak pernah-pernah nak berborak dgn aku layan aku
seperti sepatutnya – schoolmate for years. Krn mural ni gak lah aku dapat
member habes kamceng seia sekata sehati sejiwa. Ecewahhh. Ayat hyperbola.
Tapi semua tu
mukaddimah je. memang aku suka dengan mural bagai. Memang niat aku sebab nk
settlekan projek yang cikgu Shahar mintak.
Aku agak, mural ne
lah medium ujian aku. Yang macam aku sebut sebelum ini, lps adik aku meninggal…
mmg aku target nak ubah 360 degree, kononnya. Kan ?
Ketika bermural ni
lah saat yang sepatutnya aku tunaikan janji yang aku dah qasadkan. Tapi, sbb
dok have fun sgt bermural agaknya (tak lah fun sgt. Berpanas terik jugaklah),
tu yang segala niat murni aku tercicir dkt blkg.
- Catatan 13 Disember 2012 –
- 1
: 27 pm -