Assalamualaikum wbt.
selamat malam. Barakallahufikum.
Malam ne terasa nak mulakan nota dengan nota untuk subj Syariah Sem 3.
Kebetulan dapat handout pagi tadi berkenaan tajuk
ayat ahkam ; Surah Al-Furqan : 63-68 ; Sifat 'Ibad ar-Rahman.
In shaa Allah semoga sama-sama beroleh manfaat :-)
ASBAB NUZUL AYAT 68 :-
Abdullah Bin Mas'ud mengatakan, dia bertanya kpd Rasulullah saw, "Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?" Rasulullah saw menjawab, "kamu menyekutukan Allah, sedangkan DIA yang menjadikan kamu." Aku berkata, "kemudian apa lagi?" baginda menjawab, " Kamu membunuh anakmu kerana bimbang kekurangan makanan denganmu." Aku bertanya, "Kemudian apa lagi?" baginda menjawab, "kamu berzina dgn isteri tetanggamu." maka turunlah ayat ini membenanrkan ucapan Rasulullah saw.
MUNASABAH AYAT SEBELUM :-
Dalam ayat-ayat sebelumnya, Allah swt menjelaskan gambaran org kafir yang tidak mahu patuh, sujud dan taat kepadaNYA. Seterusnya Allah swt ada menyebut beberapa sifat dan ciri hambaNYA yang beriman seperti berakhlak dengan akhlak mulia dan mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt.
MUNASABAH AYAT SELEPAS :-
Dalam ayat selepasnya, Allah menjelaskan ciri-ciri hambaNYA yang beriman dengan gelaran 'Ibad ar-Rahman yang akan menerima ganjaran besar daripada Allah swt. Seterusnya Allah menerangkan balasan azab yang akan diterima oleh mereka yang ingkar perintah Allah swt, melainkan mereka bertaubat dan melakukan amal-amal soleh.
63. Dan hamba2 Ar-Rahman (yang diredhainya) ialah mereka yang berjalan di bumi dgn sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.
64. Dan mereka (yang diredhai Allah) itu ialah yang tekun mengerjakan ibadah kepada Tuhan mereka pada malam hari dgn bersujud dan berdiri.
65. dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahanam dari kami. Sesungguhnya azab seksaNYA itu adalah mengerikan
66. Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.
67. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu) ialah yang apabila membelanjakan hartanya, tidak melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
68. Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah swt dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dgn jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina; dan sesiapa yang melakukan sedemikian akan mendapat balasan dosanya.
SIFAT 'IBAD AR-RAHMAN BERDASARKAN AYAT :-
*ayat dan terjemahan berwarna*
- Lemah lembut, tenang dan khudu' (rendah hati)
- Apabila ada orang yang mengucapkan kata-kata celaan atau dgn kata-kata tidak baik, mereka membalas dengan kata-kata yang baik.
- Mengerjakan qiamullail di malam hari
- Berdoa - Mendoakan agar dijauhkan dari seksaan dan azab api neraka.
- Menginfak atau membelanjakan harta secara tidak boros (membazir) mahupun bakhil (kedekut)
- Tidak menyekutukan Allah dengan segala sesuatupun.
- Tidak membunuh orang atau mengambil nyawa orang sesuka hati melainkan yang dibenarkan oleh syarak
- Tidak berzina.
# maaf. siked sangat nota kalini. Nak siapkannya ambil masa agak panjang.
In shaa Allah, ada masa akan sambung dengan makna ijmali, tafsili dan pengajaran ayat pule.
Terpaksa proceed untuk ulangkaji dan nota ekonomi pule :-)
GLOSARI PER-KATA
هَوْناً – Berjalan dgn tidak sombong, bongkak
atau gah. Tak cepat sangat dan tidak terlalu perlahan (lenggang)
& tidak menghentak kaki
يَبِيتُونَ - bangun malam
يَقُولُونَ -
berdoa
اصرف عَنَّ – jauhkan
غَرَامًا – ngeri atau amat hodoh, jelek
سَآءَتْ – sangat buruk
لَمْ يَسْرِفُو – tidak
berlebih-lebihan
لَمْ يَقْتُرُوا – tidak kedekut
2 comments:
terima kasih banyak untuk nota akak.... ia sangat berguna untuk saya..
Sangat berguna
Post a Comment