Thursday, May 30, 2013

Ghazal Picisan


Cinta dibina atas pangkat dan darjat,
membuatkan hati menjadi berat,

Cinta dibina atas kekayaan dan harta, 
menjadikan jiwa sentiasa sengsara,

Cinta dibina atas kehendak dan nafsu, 
membuatkan iman semakin layu,

Cinta dibina atas paras rupa, 
akhirnya musnah dimakan usia,

Cinta diina atas penipuan,
 merupakan satu pengkhianatan,

Cinta dibina atas agama,
 merupakan kelahiran cinta sempurna . 

Ini adalah salah satu dari banyak mesej yang dia pernah bagi kat ak. Bukanlah kerana mesej ini maka aku meletakkan percaya kepada dia sepenuhnya. Ia sekadar menjadi sebab untuk terus sederhana mempercayainya. Buat apa hilang percaya selagi tak terserlah kekurangannya; tak terzahir keburukannya.

Kata dia, "hadapi dengan tenang, selagi tiada ikatan yang sah hakikatnya hati tak dapat bersama."
Kata aku, "Kalau cinta itu cuba difokuskan pd Allah melebihi cinta sesama manusia, takkan kecewa ditinggalkan; tak lama kecewa dek kehilangan."
Kata mereka, "mencintai seseorang itu hak manusia, tetapi memiliki seseorang yang dicinta itu hak Allah utk menentukannya. soal jodoh telah tertulis pd takdir, serahkan kepada NYA."

noted.
Assalamualaikum

Saturday, May 25, 2013

Mr, you made mistake and I'm mad


I'm not JK yet dear darlings.
Neither It's starting to hurt TOO much.
But will cry sooner.
Still I've got a heartache.
I think so.
I'm not sure that I'll cry out of emotional, frustrate, or maybe out of love.

This entry will never sound as good as the others before.
It'll not sound polite too.

What is that he wanted to do damn so much? He got the plan and he doesn't tell me at all! 
Left me alone for this whole holiday so that I'll get used to not be too close to him. 
For my sake?!
And he's saying, it'll be much easier for me to spend days without him after this. 
Like we are doing practical for what will happen in the future after both of us separate from STPM.
What was he thought, huh? 

"Why don't just spend this holiday with me decently and cut off the whole crap to abandoned me.
You make me wait and long for your text.
And that's not okay. I am not okay.
I don't try to be into you too much. Not in an obsessive way.
But why don't you just treat me the way you did when we were at school?

You might said and thought that I'm longing for your text because I'm bored 
and need you to cheer me up and entertain me. Bahhh.. that's nonsense!! 
Don't you ever think that I need you to text me because I am comfort being with you?
It is because of liking and missing you that I've longing for your text. 
Not that I am desperately need you because you are my one and only entertainer of the day.
No way.

Be clear of this. 
You don't text me, thus I'm missing you. I afraid that there'll be distance between both of us.
I afraid that far inside you, the feelings are gone. It's not like when you didn't text me, I GET BORED. 
please be clear, because I was upset to read your text just now and how you claimed that I'll get bored because you don't text me. Then, you reclaimed yourselves as my entertainer. 
Mr, you are not my entertainer. I never put you in that place as my entertainer that will cheer me and entertain me. I admire you because I like you even though you; the one I like is not always the one that'll cheer me up. simple. 

I'm still mad as I wish to protest over you. 
I upset to read the phrase
'nak jadi penghibur dy yang biasex2 je. xnk jd penghibur dy lebihx2'
what's that with biasa-biasa?
What did he meant by the phrase?

ahhhh....
I am mood-less to type any longer.

gotta go 





Friday, May 24, 2013

STPM Sem II - Yet, It's Not The End



Assalamualaikum readers. 
Barakallahufikum(:

Good night fellas. 

Malam ne nak cakap sikit mengenai sesi menduduki STPM Semester II yang barusan berakhir 
pagi tadi. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah; In shaa Allah.

Banyak perkara sebenarnya yang dapat dijadikan iktibar sepanjang persiapan nak menduduki 
peperiksaan ne sebenarnya, instead of belajar subjek-subjek yang dikehendaki semata-mata.

Antara perkara yang sempat dijadikan muhasabah buat refleksi diri aku dan member-member lain time tu, belajar atau menuntut ilmu itu untuk dibawa ke mati. Bukan demi STP atau target universiti. 

Nampak macam remeh je perkara ni. Ekceli mendalam maksudnya.
Andai kita menuntut ilmu untuk di bawa ke mati, mesti kita paham dan sedia maklum ilmu itu adalah sebagai bekalan ukhrawi dan bukan duniawi semata-mata. Bila kita paham pulak konsep menuntut ilmu tang tuu, mesti kita juga tahu bahawa jika inginkan ilmu untuk ukhrawi ini... kita mesti persiapkan segala aspek diri untuk tabah menuntut ilmu di jalan yang mendapat keredhaanNYA. Tak boleh study ikut emosi dan tak boleh pulakkk nak study ikut suka-suka hati je.

Hubungan dengan Allah kena perelokkan.
Hubungan dengan manusia juga perlu diambil kira.


Menuntut ilmu itu telah menjadi kefardhuan dalam Islam.
Inginkan dunia perlukan ilmu,
inginkan akhirat perlukan ilmu..
Inginkan kedua-duanya juga memerlukan ilmu.
-imam as Syafie-

so,

Don't give up


Tentang peperiksaan STPM Penggal II yang diduduki aku selama tiga hari sebelumnya ni,
apa yang aku boleh katakan...
aku biasa-biasa saja.
Tak senang mana pun. Tak konpiden sangat time jawab tuh. Dengan fifty-fifty tawakal plus goreng ikut ape yg ade dalam kepala. So, aku pilih utk sederhana je feeling tentang STPM Penggal II kalini.

In shaa Allah aku dah usaha setakat yang termampu.
Tapi, yelahh kann ~
Nak label usaha aku tuh sebagai usaha kelas pertama pon, tak layak jugak rasanya.
Banyak kali kalah dengan mengantuk adalah. - .. -" Ceit betul. hahah ~
Aku serahkan segalanya pada Allah. Kire tawakal gitu.
Tidaklah tawakal saja. I mean, tawakal dengan doa (:
Bab result, setakat ne kita tolak tepi dulu ye.
Aku sendiri tak berani nak mengandai-andaikan keputusan yg bakal diterima.
Aku tahu takat mana kemampuan dan usaha aku. 
Aku hanya mengharapkan yang terbaik.
Baik untuk aku dan rakan-rakan lain gak.




Usaha untuk belajar itu tidak terhenti di sini saje. Fakta tu beb.
Even untuk STPM pon. usaha nya tak sampai ke penamat lagi. Lepas ne nak kena tambah baik
usaha untuk persediaan menjelang STPM Penggal III pulak.
Fokus pon nak kena polish kasi kilat. 

Kalau perlu ulang untuk paper STPM Sem I & II pon lepas ne.. aku sendiri harap aku mampu kuat semangat untuk sambung apa yang dipanggil pengorbanan dalam menuntut ilmu.

Pay for the past

Aku tak tentu lagi cemerlang untuk repeat paper bagai. Tapi personally aku cakap,
tang nak kene repeat paper tu adalah bayaran yang perlu dibayar atas kesilapan dan kekurangan aku pada penggal yang sebelom ne. So, nasib lahh kan.
IMO, repeat-repeat ne sebenarnya adalah ruang untuk baiki keputusan and peluang untuk dapatkan yang lebih cemerlang.

Simple. Ruang & Peluang. 


Btol laa tu. Belajar & ulang kaji (USAHA) dah settle. paper pun sumenye dah berjawab
yang tinggal hanyalah teruskan berDOA dan TAWAKAL yakni persiapan dalaman utk redha dan bersederhana bg apa jua hasil di masa akn dtg. 
Aku lega sgt aku dah berjaya harung penggal kedua ne. 
Rasa macam terlepas kejap beban 'peperiksaan' tuh. hohohh (:

Sekarang aku nak menikmati cuti. even hati tak berapa happy, masih risau tntg STP.
mende-mende tu tolak tepi. Harung hari demi hari, mengejar rahmat Illahi; itu pasti.


# dia pesan, aku tak perlu tunggu text drpd die. *luluh hati* tapi elok gak die bgtaw, sebab pastu hati aku ne 
tenang siked. and tak tertunggu-tunggu mcm sebelumnya. *sederhanabeb,sederhana*



Thursday, May 23, 2013













A S S A L A M U ' A L A I K U M

S E L A M A T  M E N U N A I K A N  F A R D H U  M A G H R I B

S E L A M A T  B E R B U K A  P U A S A  B A G I  Y A N G  B E R P U A S A  S U N A T.




P A U S,

W H Y  N O T  T E X T  M E ?

I  A M  K I N D  O F  W A I T I N G .  I  K N O W  I  M U S T  N O T  T O .












Sunday, May 5, 2013

RINDU JUGAKK *taktipu*


Selamat tengah hari Malaysia
Assalamualaikum wbt buat saudara seagamaku
Salam Sejahtera fellas and readers *eceh. mcm la ramai yang usya*



Aku tak pasti lah masuk ke tak lagu ne dengan entry aku. Tapi, serious,,, aku suka lagunya. Liriknya apatah lagi  kann *smile*


Ekceli aku menaip ne sebab nak... Err, nak....
nak mengadu lah kannn ~
nak buad sesi luahan
nak buad sesi cintan-cintan....
hohoh *gelakkaver* 
macam tak biasa pulakk dengan entry aku yang mostly
berkisar tentang hati dan perasaan. 

Ehem..
*fuuhhhhh.. idea aku terbang*
*stammer*
*nak story caner neh*


Biasanya nampak bayang..
Bila dua tiga hari cuti ne tak nampak orangnye,
hati jadi terusik, akal mule terdetik..
tak banyak pun, siked mesti maw terusik punyee
sekelumit cuma, tentulahh terdetik jugee.

Nak bertanya khabar,
masing-masing tak punya kredit.
terasa macam jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaauh.
Aku pegang kata-kata dia.
Jauh di mata, dekat di hati. *ahakss*
In shaa Allah, tak dpt kontek gune fong dan mukebuku
doa kann ada. Eceh. *sumpah cm poyoss sje* 
Abaikan - .. -"


Tak dinafikan, bila jadi macam ni..
 mula laaa pikiran ne  buad andaian macam-macam
hati jadi risau tak tentu hala ~
Fikiran mule jadi ragu tak semena-mena

Aku pujuk balik dengan sederhana
Kata dalam proses belajar, masa ne lah nak praktik *smile*

Rindu. 
Rindu tu fitrah katanya..
dia rasa ke apa yang aku rasa..?
Suka betul aku persoalkannya. *hailaa*



Fitrah ~ Fitrah....
jangan sampai jadik fitnah
kang, payah!
hohoho

Ye, In shaa Allah.. aku akn selalu ingat tuh
thanks risaukan aku.
sayangsss korang.

dengan keluarga membenteng diri,
kawan-kawan yang berada di sisi,
agama jadi prioriti
serta tarbiah yang tak pernah henti,
aku percaya aku masih dipelihara dalam bi'ah yang terjaga
mungkin kadang-kadang terjatuh.
Tapi krn faktor-faktor ini maka aku bangkit dari ditelan leka dan lalai

*peace yo*

ok. adioss.
Assalamualaikum korang *smile again*

[notakaki] mereka kata aku bertepuk sebelah tangan. Memang nampak camtu eh? Aisehh.. Malu pulak aku. hmmm.. mana nak letak muka. ahhh.. dengan skema jawapan yang beliau berikan, aku pun vague dengan apa yang aku rasakan terhadap jawapan tersebut. hahaha, tape-tape, pasrah je.




Saturday, May 4, 2013

SELAMAT BERpilihanRAYA

Assalamualaikum wbt.

Selamat 10:41 pagi.
Aku baru selesai mengemas bilik dan dapur seperti yang telah diamanatkan oleh umi.
*smile*

Umi pula mungkin sekarang berada di Ampang; menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara.

Actually aku tak rasa perlu pon pada mulanya untuk menaip entry tentang PRU dan sebagainya.
Aku memang tak berminat sangat nak cakap tentang industri politik di negara ini krn aku sendiri merasakan aku sangat lackin' dalam bnyk hal.

Tapi niat awal itu aku batalkan kerana aku dah tak mampu nak pendam lagi apa yang aku rasa. Maka aku putuskan utk berkongsi pandangan picisan dan pendapat jalanan aku mengenai demam beraya ni. Err.. I mean, berpilihan raya. *smile again*

before everything, mohon maklum.. jangan disalah tanggap entry ini. Jangan cuba-cuba jugak nak trace aku pangkah mana. Sebab aku pun memang masih belum layak memangkah lagi. Sweet 19 wannabe gitu. *winkwink*

Ramai yang inginkan perubahan. Yeahhhh.... kata mereka, negara ini negara kotor. Almaklumlah korupsi dan maksiat melata di bumi. Banyak bukti yang dikeluarkan.
Pihak yang satu lagi pun tak kurang hebatnya berhujah dengan manifesto masing-masing.
maka, berlakulah sesi condemn meng-condemn dengan jayanya. baik dalam kalangan politikus mahupun pengundi serta yang masih tak layak mengundi pun.... masing-masing  turut serta mengumpul keburukan pihak yang dirasakan salah dan bercanggah..

Mengukur dosa pahala seseorang, membicarakan soal akidah dengan sewenang-wenangnya, mengatakan tentang syurga neraka ibaratnya macam semuanya dalam pengetahuan kita (yakni hamba yang dhaif dan serba serbi terbatas pemikiran dan penegetahuan kita)  membuka aib orang lain semata-mata untuk membuktikan kebenaran kononnya, mengada-ada kan cerita, saling conteng-menconteng bendera parti yang dipasakkan di bahu jalan depan umum, caci-mencaci, maki-memaki, menipu dan buad ape sahaja demi korupsi dan kepentingan diri...

Allahu Rabbi, bagi aku lahh kan... politik sebegini sungguh tidak matang. Mana-mana pihak pun sungguh tidak pro.
Konsep 'undi adalah rahsia' tidak terlaksana langsung. dek masing-masing terlalu emosi ber'parti'

pandangan aku tentang undi adalah rahsia .....
walau berlainan parti, masih boleh duduk semeja menjelang pilihan raya dan paling penting, boleh memberi pandangan dan saling menerima pandangan instead of menzahirkan dan terlalu cuba memenangkan pihak sendiri. i mean, sort of emosi. Kita suka tolak kata-kata orang tanpa selidik dulu. mindset kita awal-awal dah letak orang yang dipihak lain itu pandangannya fanatik dan taksub. Sebenarnya sama je pihak mana-mana pun. ngeh ~

Obviously, kita suka mengkaji. tetapi pengkajian kita tak pernah sempurna kerana kita mengkaji sekadar utk membuktikan betapa kotornya sesebuah pihak yang lain. Bukan kerana kita berada di tengah-tengah dan inginkan kebenaran. Jarang ada yang mengkaji kedua-duanya. Tepuk dada tanya iman, kamu tahu kamu bias. Tidak semua yang berkata tentang PRU itu ini, mereka punya maklumat yang holistik dan menyeluruh tentangnya.  phrase ini aku tujukan untuk most of teens macam aku. Tapi bila berhujah sentiasa nak tunjuk macam kita dah tahu semua perkara. Sedangkan informasi yang ciput-ciput sampai pada kita pun belum tentu sahihnye. almaklumlahhh semuanya by forward-forward mcg semata.

belum tentu yang zahir nampak benar itu....benar apa yang dibawanya.
Politikus (ahli politik) juga manusia biasa. Bukan maksum dan benar setiap masa. Pegang itu erat-erat..ketat-ketat. jangan dek fanatik habis kita pukul rata semua orang yang kita rasa tak sehaluan dengan kita. jangan kerana fanatik juga, manusia lain yang dirasakan kelabu dengan ideologi pihak kita, kita hukum rata semuanya.
Menghukum manusia yakni hamba itu hak Allah. Sedangkan Allah juga menegaskan dalam kalam NYA bahawa setiap manusia adalah berbeza amalannya mengikut apa yang dikerjakan mereka. mana ada semua sama. Ingat ne majaz kulliyyah ke? Hukum semua salah tapi maksudkan sebahagian shj dari keseluruhan tuh. macam tu ke?
jangan sampai kita dok hebah-hebah nakkan negara fully practic islam tapi dalam masa yang sama kitalah yang jadi penyumbang dalam melakukan tradisi-tradisi jahiliah seperti assobiyah taksub dan fitnah-memfitnah.

Mungkin kita (especially adik-adik yang bru nk membesar dan mereka-mereka yang sebaya aku ne) perasan dalam arena politik ini, kita rasa hanya ada dua pihak sahaja yakni yang benar dan yang batil. Mungkin dan boleh jadi sebenarnya ada pihak ketiga yang sedang rancak memerhati, menjadi setan di blkg tabir, mentertawakan manusia yang bersaudara (yakni bersaudara kerana agama Islam) bertelagah sesama sendiri. Jangan bila kita dah tersilap langkah, pihak ketiga yang banyak tipu daya dan muslihat ne ambil alih.... terduduk kita semua menyesali ketidaksepaduan kita. Apa yang aku cakap ini boleh jadi taw. Ada potensinya dan dah tentulah ada buktinya. Tapi jauh dalam hati sanubari aku, na'uzubillah laa.

Silap-silap..... negara bersih takterlaksana juga dek korupsi yang melata dan negara Islam juga tak tercapai kerana pluralisme dan liberalisme menjadi yang utama. Maw gitu? Na'zubillah. Aku dengan korang sama-sama taknak, right?

Mohon Allah jauhkan kita semua dari petaka macam ni. Melaui pemerhatian dan dgn mengukur secara kasar tentang tabiat dan 'uruf masyarakat seagama dengan aku di negara ini (termasuklah aku) aku kira...... kita semua masih belum mampu untuk menghadapi cabaran sesukar itu. Mohon Allah tak timpakan pada kita sesuatu dengan perkara yang kita tidak mampu. Aamiin *raup muka dengan tapak tgn*

Aku harap siapa pun yang menjadi kerajaan nanti..... pihak tersebut dapat mengekalkan nikmat yang aku telah kecapi pada hari ini dengan izin Allah swt, Aku sentiasa doakan, keamanan ini dapat dikekalkan. kerana dengan keamanan ini lah bagi aku, agama dapat dimartabatkan dan bangsa dapat dipertahankan.In shaa Allah *nada serius* Harapan aku, siapa jua yang pegang tampuk pemerintahan, aku nak mengundi lima tahun akan datang, jangan sampai aku tak dapat hak ngundi tuu dah lah. huhuu..

*jangan tamak der. kalau kau nak penambah baikan, ckp kau nak tambah baik apa yg sedia ada. Jangan sbb kau nak penambaikan tuu, kau pukul rata semua mende macam apa yang kau dapat selama ne darurat yang menjahanamkan nusa bangsa, macam tak ada kebaikan yang pernah diberi pada kau*

Harap mereka yang mengundi.... redha lah dengan apa jua keputusan. Jangan mudah melatah walau di pihak mana pun anda berada. Jangan buat spekulasi, itu yang terpenting sekali. Kata redha. Maka, jika redha buat cara redha. Allah tentu ada rencana NYA sendiri. Yakinlah pada NYA.



[notakaki] Aku bebel pasal PRU takat ini je laa. Zahirnya aku sekadar cuba menjadi sebahagian dari perayaan yang dirayakan.Walaupun STPM Penggal 2 tinggal kurang dua minggu saja lagi. Bukanlah berniat untuk mengetepikan apa yang lebih aula buat diri ini. Hohoho *gelak kaver*
Pandangan aku, korang boleh panggil pandangan jalanan, contengan picisan, pendapat ketidakmatangan... haaa.. apa-apa je lah. Tapi kalau korang bukak minda dan cuba terbuka, korang akan dapati bahawa aku tak menaip bodohx2 and tak menaip tanpa sebab. Mungkin tak semua yang aku katakan adalah betul tapi aku yakin, tentu ada sesuatu yang baik yang boleh diambil dari entry ini. Kerana aku bercakap secara umum dan aku tidak berada di mana-mana pihak. In shaa Allah. Bagi yang membaca, mohon anda tidak pemikiran stereotaip dalam  menilai entry ini. 

Adios  ~
Innalahama'ana
Barakallahufikum
Salam Sejahtera

*Aku doakan yang terbaik untuk kita semua*