Wednesday, September 14, 2011

Program Kendiri MaHISS

ehem3. bismillahirrahmanirrahim.
tiga sahabat. yang paling kanan, DO diikuti RE dan MI :)


emh, minggu bila tah. aku tak ingat. program kendiri untuk muslimat MaHISS berlangsung sekali lagi.
hari itu, perkara yang diperkatakan adalah mengenai adab bersahabat dan adab .... *takingat*
aku nak share SIKIT je sebenarnyeh. InsyaAllah yang SEDIKIT itulah yang berguna.

TAHAP2 dalam SEBUAH PERSAHABATAN:
(adakah aku dan korang sahabat terhebat? let c)


tahap paling bawah - BERLAPANG DADA
tahap tengah-tengah -  *aku tak ingat lah. tiba2 je*
tahap yang paling tinggi - IKTITHAR ; melebihkan sahabat kita.

p.s. mintak maaf sesangat untuk perkongsian yang berkualiti rendah ni.

takpelah yerr.. nanti aku rujuk teman2 yang TAK CEPAT PELUPA pasal program kendiri
haritu. anyway, sebab aku TERtakingat benda yang aku nak share dekat korang... so, aku akan share menda laen dengan korang. sesuatu yang InsyaAllah, BERGUNA gak. (pasal sahabat gak)

dipasta dan diolah dari SINI


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.





Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:



Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat Hipokrit:
 ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat Pengampu:
 Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan:
 ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.









No comments: