Saturday, July 9, 2011

Tempat di Hati


di tengah2 taman rekreasi yang sunyi, kelihatan dua merpati sejoli sedang duduk bersama-sama dan berbual.

tidak jauh dari lokasi tersebut, sebenarnya terdapat beberapa lagi makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Mereka juga sedang berbual-bual.

Ikhlas : Lihatlah mereka berdua tu, tak lama lagi pasti aku yang mendapat tempat di dalam
hati mereka berdua. Sememangnya hati mereka itu merupakan tempatku.
Kasih : Eh, kau rasa begitu? Pada pendapat aku, aku dan saudara2ku adalah lebih layak
mendapat tempat di hati mereka. Kau tidak akan kekal lama wahai Ikhlas.
Ikhlas : Kenapa pula begitu?
Kasih : Kerana keikhlasan itu akan melahirkan perasaan kasih sayang sesama mereka.
engkau tidak penting.
Cinta : Kasih, kau bercakap besar. Engkau juga sebenarnya tidak akan lama di dalam hati
kedua mereka. Aku, Cinta. Aku lah yang akan mengambil alih tempat itu setelah
kamu berdua. Aku tidak akan hilang dan akan terus bersemi.
#### : HAHAHAAHA *ketawa!
Tiada siapa yang lebih hebat daripada aku. Aku jarang sekali tewas dalam menakluki
tempat tertinggi dalam hati manusia. Aku pasti, aku akan mendapat tempat di hati
mereka.
Semua : Siapa engkau. Engkau kedengangaran begitu yakin dengan apa yang diperkatakan.
#### : aku adalah NAFSU.

p.s. Semoga kita semua mendapat iktibar di sebalik dialog ringkas ini. :) Aku sekadar berkongsi.
Untuk ak, kau dan kita semua.. faham2 kan dan sebarkan lah pengajarannya.
Nafsu itu tidak punya apa2 selain keburukan dan menyesatkan.

bnyk error doe nk buat entri neh.. mmaf lah, saya mmg xberminat nk edit sbb leceh. layan diri ye.

No comments: