Sunday, March 24, 2024

Masakan Makjah: Ayam Masak Lemak Cili Padi (dengan Cendawan Hitam)

 Assalamualaikum wbt semua 

(walaupun taktahu jika masih ada pembaca atau tak sekarang ni)

Salam Ramadan diucapkan; semoga kita semua diberi kemudahan dalam memenuhi tuntutan ibadah berpuasa dan lebih-lebih lagi dalam menjalani Ramadan seluruhnya. 

Harini aku nak kongsikan resipi lauk yang sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas. Aku first time cuba buat pada 1 Ramadan tempoh hari secara kebetulan, diilhamkan dari cadangan seorang kawan. Katan Wafa (kawan tu lah); "serai cili kunyit je" bahannya. Disebabkan tak ada kekangan bahan dan ringkas benor bahan tu, akupun setuju. 

So, here is the recipe Ayam Masak Lemak Cili Padi versi Negeri Sembilan (tanpa tumisan bawang tiga beradik) yang diolah dengan bahan-bahan yang aku ada dan cara masak yang mungkin berbeza. 

Bahan-bahan

  • Ayam potongan sederhana (campur bahagian)
  • Serai 3 batang (serai yang ada jenis halus-halus. so letak lebih sikit)
  • Daun Kunyit 1 lembar
  • Serbuk Kunyit approx. 2 sudu besar (digaul pada ayam)
  • Cili padi (ikut selera)
  • Cili Merah 3-4 batang juga (sebab taknak pedas sangat, so lebihkan cili merah)
  • Air (ikut kesesuaian)
  • Santan separuh kotak kecil (aku guna KARA kotak je)
  • Cendawan/ Kulat hitam
  • Garam secukup rasa
  • Kentang 1 biji hat beso
                            
Contoh penyediaan hidangan: Tambah telur masin dan salad, memang kena sangat!


Cara-cara penyediaan masakan
  1. Kentang dibuang kulit dan dibilas bersih untuk direbus terlebih dahulu. sebab kentang lambat lembut dan aku berkejar waktu berbuka. heheh
  2. Cendawan/ kulat hitam yang besar, aku guna dalam dua je gitu, rendam dan rebuskan juga dulu supaya kembang dan lembut. akan digunting untuk kecil-kecilkan sikit.
  3. Cili padi dan ciri merah dikisar separa halus. Tambah air sikit supaya senang hancur.
  4. Ayam dipotong dan dibilas bersih. Lepastu gaulkan dengan serbuk kunyit. Aku letak agak banyak dari biasa biar berlebih nak bagi kuning kuah dan naik rasa kunyit (sebab aku tak ada stok kunyit hidup)
  5. Panaskan kuali, letak air sikit. Aku letak sesenduk gitu (sebab ghiso ayam melekat. kuali kita bukan non-stick). Maukkan ayam yang dah digaul serbuk kunyit. Biarkan ayam tu separa masak; nampak kecut sikit. 
  6. Selepas seketika, masukkan serai yang dah diketuk. 
  7. Letak campuran cili padi dan cili merah, stir well dan kalini masakkan ayam dengan cili dan serai biar sampai naik bau sikit. 
  8. Masukkan air, sukatan aku dalam 3-4 cawan mug. dan lepastu perasakan dengan garam. Gaul sebati. 
  9. Masukkan santan dan gaul sebati. Pastikan kuah mula kelihatan kekuning-kuningan. Kena godek-gaul selalu supaya sebati.
  10. Masukkan potongan kentang, tunggu sampai menggelegak. 
  11. masukkan cendawan/kulat hitam pulak.. 
  12. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris. 
  13. Biar masak sikit lagi. Sampai naik bau dan nampak cantik warna kuningnya. Masani pakai api kecil. biarkan dia mereneh je. 
  14. Done and hidangkan. 
p.s. Edit: Untuk part cendawan/kulat hitam tu, sebenarnya tak mencapai betul-betul tekstur yang aku nak. Tak cukup kembang dan kembut rasanya sebab still ada rasa "crunchy" bila mengunyah tu. Kena revised cara penyediaan, sebab aku guna cendawan kering. Ada baca yang perlu rendam dalam air untuk 1-2 jam sebelum penyediaan untuk lembutkan. But anyway, dari segi rasa memang marvelous, suami la bagitahu. Dia suka!

No comments: