Assalamualaikum wbt.
Sesungguhnya, agak lapang hari ini. Sampai akhirnya memutuskan untuk menulis lagi di sini setelah beberapa ketika sebelumnya, Jun lalu.
"Dah mencari kerja?"
"Mohon tak xxx? Haritu ada bukaan jawatan besar-besaran."
"Tak dapat kerja lagi ke?"
"Tak cuba mohon xxx?"
Kelakar juga bila sesekali menerima soalan-soalan macamni. Tambah-tambah pula ditanya orang yang sama ketika sedang berada dalam persekitaran kerja.
Tidak cukup kerjakah ni? Tertanya-tanya sendiri.
Tetapi kemudian terfikir juga, cukup puaskah kerjanya? Cukup dikerjakan kah? Cukup berhempas pulas? Inikah dewasa yang pernah dicita-citakan suatu ketika dulu, waktu darjah satu-dua?
Kalaulah kehidupan hari ini senang-senang kacang, bolehlah memilih hendaknya apa. Tapi kehidupan hari ini sebenarnya mencabar serba-serbi. Sampai kadang-kadang boleh hilang diri sendiri; kerana lupa.. lupa telah mengharung hari-hari sebelum ini dengan bersusah payah demi masa depan yang angannya hendak menjamin kehidupan. Lupa haritu belajar bukan main lama dek mengejar gred terbaik (yang mampu) sampai berpuluh-puluh kertas semuanya digabung dari STPM sehingga ijazah sarjana. Lupa bahawa diri sendiri ada kekuatan yang berbeza dari orang lain, kerana setiap orang itu kan sememangnya berbeza. Lupa, bersyukur juga sejujurnya.
Begitu banyak yang pernah dicapai dahulu, begitu banyak yang pernah dicuba. Begitu bermati-matian darah muda. Tetapi begitu zuhud menjadi dewasa. begitu banyak yang hendak dibuat, tetapi tak dapat. Begitu banyak peluang, tetapi lebih banyak yang berjuang sorang-sorang; mencari ruang untuk menempatkan diri demi menyara diri sendiri.
p.s. Rezeki setiap orang tak sama. Kita sedang beriman dengan Tuhan dan ikhtiar. Kalaulah orang lain tidak hiraukan kuman di seberang berbanding gajah depan mata... tentulah takkan pijar rasanya macam dicucuh garam atas luka. Hm.
No comments:
Post a Comment