Assalamualaikum wbt.
Petang ni, sebelum sign out from work I would like to recall resipi bekal sarapan harini. Sebab kemenjadian (kebetulan) eh..tersedap! Padahal bagi lidah dan tekak sendiri je. So here it is, yang teringkas sekali (of what I have in my fridge).
Bahan A:
- Gardenia Roll-up Wraps Wholemeal - 1 atau 2 keping
- Sos cili
- timun hiris nipis dan bulat
- Daging Ayam Kisar Ramly - asingkan 1/5 atau 1/6 bahagian
- bawang putih 1 ulas ketuk kasar dan cincang halus
- lada benggala seco'et; ada lah dalam 1-2 inci dipotongd dadu kecil
- cendawan butang - 1 atau 2 biji sederhana besar (kalau cendawan butang tin mungkin perlu lebihkan sedikit sebab saiz agak kecil)
- parsley sikit
- garam secubit
- lada hitam kisar sikit
- letak minyak masak sikit dan panaskan minyak. Api paras kecil hingga sederhana.
- Masukkan daging ayam kisar dan hirisan bawang putih. Gaul sebati sehingga ayam masak.
- Masukkan cendawan butang. Gaul kaup balik semua bahan sekejap. Masukkan lada benggala. Besarkan api sambil kaup balik berkali-kali; untuk seketika sebab nak keringkan lebihan air dari ayam ataupun sayur sekiranya ada
- masukkan garam secubit dua; agak-agak.
- Tabur daun parsley kisar kering dan serbuk lada hitam serta gaul sebati semua bahan.
- Standby Gardenia Wraps, susun timun yang dah dipotong, letak sos cili dan akhir sekali tuang Bahan B yang telah siap dimasak.
- Alhamdulillah siap!