Tuesday, June 7, 2022

Balik dari Hiatus; Bercakap Soal Hati

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak menulis dekat sini. Dan memilih sekarang, untuk tiba-tiba menulis semula dan berkongsi perkembangan semasa (sekadarnya). 

-  k e k o k -

Jadi kekok memikirkan macam mana nak menyusun ayat, atau laras bahasa macam mana yang nak diguna. Padahal, ada dah bendanya dalam kepala yang nak dikongsi cerita. Ahh.. tapi segan pula rasanya. Semakin tua, semakin penyegan; entah benda baik atau sebaliknya. 

Ya, memang jauh pergi bunga-bunga sebelum nak masuk cerita utama. Masih berdolak-dalih lagi tentunya. Masih... 

Dulu dekat sini, tempat nak mencurah rasa. Tentang dia di tahun duaributigabelas itu ada sini. Tentang dia yang adalahtu-siapa di zaman uni, juga sempat terakam. Makanya yang kali ini, lebih-lebih lagi rasa nak menyimpannya di sini. Bahkan yang ini sepatutnya adalah yang terpaling istimewa sekali berbanding lain-lain cerita dongeng sebelumnya. Semoga. 

- h e l a  n a f a s - 

Makanya, jika cuba diberani dan dipendek cerita (walaupun tak ada yang membaca, tetap tertahan-tahan juga perasaan nak berterus terang. Aduhai)... sebenarnya nak diluahkan bahawa hati ini, hari ini sudah kembali berpunya. Sudah ada nama yang didoakan saban waktu, ada harapan yang dibaja, serta lebih-lebih lagi ada perasaan sayangnya. 

- t a k u t - 

Takut juga. Dan ketakutan yang kali ini.. bukan semacam takut dulu-dulu; yang takut perasaan bertepuk sebelah tangan dan sebagainya. ianya ketakutan disebabkan betapa seriusnya keadaan ni serta betapa akan mencabar juga halnya nak mempersiapkan diri demi masa depan. 

- . . . . .  -



- s a y a n g -

Terasa cringe nak menaip. sampai diulang taip-padam beberapa kali. Tapi yang terpaling cringe itulah yang hari-hari bermain-main di tangkai hati, berlegar-legar dalam kepala. merusuh-rusuh juga. Hampir nak tertunggang terbalik masa mula-mula perlu menguruskan perasaan sendiri. Almaklumlah, tak ada pengalaman bercinta. Adapun zaman sekolah yang cuma main-main sahaja. (main-mainpun itulah antara yang terpaling seksa jiwa raga. Lama). Hari-hari perasaan sayang, mengharap, takut, tak pasti datang sekali dan berganti-ganti. Selagi tak dihujung cerita, selagi itulah tak ada kepastian. Balik-balik bila berdoa usai solat dan dalam tahajud, memang menyebut "aku kembalikan perasaan aku daan hubungan ni kepada Mu. dan sepenuhnya bergantung harap juga kepada Mu untuk yang terbaik bagi kedua-duanya" Terpaling misteri dan thrill hari-hari.  

Rasa nak menangis pula taip ni (tibbaahh. ahahah.)  Sensitif bila menyebut tentang doa. Jadi berkolam mata. Sebab tak ada yang lain dengan doa yang dipanjatkan, melainkan harapan yang teramat sangat. (cengeng lah Zah!) 

- d o a -

Teringat dulu 2019, ada satu posting doa yang dikongsi dekat dalam ni. [Klik: A DU'A OF MINE]. Dan sesungguhnya doa tu sampai hari ini pun masih valid lagi. Dengan harapan, kalau betul dia orangnya, maka dialah seperti yang didoakan. Tak, tak ada pun berlebih-lebih yang diminta dalam doa tu. Tidak minta orang berada, tidak juga hendak orang yang cekap sempurna, bahkan jelas-jelas sedari dulu pun memang dah disebut, moga-moga kalau nak dijumpakan; yang penting pada kesungguhannya, keikhlasan dan hormatnya terhadap aku dan segala yang terkait dengan diri ini. Selagi mana yang diterima itu adalah yang terbaik diusahakan, aku juga (dari dulu lagi) dah niatkan untuk berusaha sebaiknya; atau lebih baik lagi. In shaa Allah. 

Doakanlah. yang terbaik. 

p.s. Wah jadi gemuruh juga usai habis menaip satu posting comeback yang tak seberapa. ahhahaahahah. Betapalah tak berpengalamannya. (Macam mana nak bertenang semula? Hello?)