Hai Assalamualaikum.
Sekarang tengah pukul 1:36 pagi. Kebetulan rasa nak berkongsi resipi makan malam tadi. More to snacking sebenarnya. Kebetulan rajin! hahah.
Tengah menyambil on playlist lagu-lagu patriotik ni haa. Ingat nak dikumpul dan dijadikan pengisian dalam akaun instagram @frzfuisi. Alangkan sempena tengah mood bulan kemerdekaan lagi ni kan. Plus, a song is a poem in a way when it delivers great lyrics. yeah, so why not ")
Okay, kembali balik kepada topik maggie tadi. Ada back story ya macam mana boleh ter-nak masak maggie cara begini malamni. Terpengaruh dengan salah satu episod korean variety show: I Live Alone yang mana masatu guest dia Namgoong Min. Satu-satunya benda yang dimasak sendiri dalam episod tu, bibimyeon ni lah. Disebabkan dia tak reti memasak (walaupun instant noodle/ ramyeon), so the whole process menjadi agak slow sampaikan aku boleh capture the gist of it. Bibimyeon tu maggie goreng je, macam nak buat maggie sedap tu. Bezanya, topping dia meriah. and instead of campuran perasa yang nak digaul sekali tu berwarna hitam/gelap, bibimyeon digaul dengan pes cili (gochujang kott namanya.) which is merah terang. so the whole thing akan jadi warna merah gitu.
Diinspirasikan dari visual bimbimyeon yang aku dok tengok tu, makanya masa nak snacking tadi... naklah jugak buat bibimyeon versi tekak melayu! Biasa aku goreng maggie atas api je (using maggie kari ya. Sebab kureng prefer mee sedap), goreng sampai jadi. Jadi considered DIY, sebab perencah dia nak kena bancuh dulu kan, bukan dah siap-dan-tinggal gaul je macam mee Sedap tu. First time dan spontan je buat, kebetulan ada leftover lauk daging tadi, aku guna itu laa jadi topping. And sesudah digaul (ala-ala segala jenis "bibim" korea lol; bibimbap - nasi goreng, bibimyeon - maggie goreng), kebetulan sedap. Makanya eloklah disimpan sini menambah koleksi resipi.
Bahan-bahan
- 1 paket magie sup perisa kari
- bawang merah (suku/separuh) dipotong dadu
- sos cili
- kicap
- Air masak
- protein (ayam atau daging atau fish cake atau apa saja ikut citarasa)
- sayur (biasanya timun cincang panjang-panjang)
- Rebus maggie sampai kembang, tos dan asingkan dalam pinggan hidangan
- Dengan minyak masak yang sedikit (dalam 2 sudu makan agaknya) dan api sederhana masukkan bawang yang dipotong dadu/cincang halus.
- Masukkan lauk/protein yang disukai. Macam aku tadi guna daging sahaja. Daging tu dihiris nipis leper-leper. Gaulkan bawang dan daging atas api untuk seketika. 5-10 minit, yang penting bawang naik bau. Angkat dan letak (topped) atas maggie tadi.
- Perencah kari tu bancuhkan dengan air masak sikit. campur dengan sos cili dan kicap lemak manis jugak. Gaul sebati dan dimasak atas api sampai menggelegak. Air jangan letak banyak sangat sebab nak buat maggie goreng ni bukannya maggie sup. Heh.
- Agak-agak nampak likat dan pekat sikit, boleh angkat dan topped atas hidangan maggie dan daging tadi.
- Kalau nak tambah sayur silakan. topped timun atas sekali.
- Gaul rata semua yang ada dalam pinggan hidangan dan sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment