Wednesday, September 14, 2016

Permulaan Semester 5, September 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Selamat malam pembaca blog gue (kalau ad yg abaca lah kan)

Rajin pulak tiba-tiba nak menaip, entah kenapa. Ahahahah. Ni sebenarnya tengah dalam kereta ni; otw ke Johor Bahru. Tadi baru lepas RnR Tangkak. Currently playing lagu Terakhir by Sufian Suhaimi.

Dalam keadaan suasana kereta dan waktu malam yang kelam, kelam malap ni… layan lagu ni pulak tuh, boleh tahan sentimental jugak. Heh. Adalah, teringat dekat seseorang bila lagu ni terngiang-ngiang dalam telinga.

Anyway, apa tujuan menaip entry? Padehal tengah menaip sambil tak tengok skrin ni. Sebab skrin laptop ditundukkan beberapa darjah supaya tersuluh keypad dia, maka kita yang menaip ni taknampak apa yang kita taip dekat skrin. Free-soul writing ah gitu. Menaip saja apa yang tergerak dan terlintas di jiwaraga. Rasanya nanti kalua tengok balik mesti ada banyak kesalahan ejaan yang nak dibetulkan. (kalua rajin, betulkan lah~)

Semester baru yang baru jugak bermula ni, tak dinafikan memang membawa sesuatu yang sangat berbeza berbanding semester2 lepas. Nak cerita secara terperinci pun tak reti. Takkan nak cerita perkembangan aku dengan crush yang tak kesampaian pulak satu-satu. Sedikit membosankan, bukan? Walaupun sebenarnya isu dengan crush tak kesampaianlah antara factor terbesar yang menjadikan semester ni jauh tersangat lain berbanding semester yang sebelum2ni. Abaikanlah. Biar jadi rahsia dalam ingatan sendiri walaupun taktahu akan bertahan ingatannya sampai bila.

Semester ni, buat pertama kalinya merasa pengalaman menjadi AJKS untuk intake September. Menerima adik-adik baru yang perempuan semuanya (melainkan seorang lelaki) memang seronok. Memang seronok sebab seingat aku pada MSK kalini, boleh tahan gila2 jugak perangai yang aku bawak keluar tunjuk dekat orang.

Alhamdulillah sebab adik-adik yang masuk kalini pun rasanya perangai molek2 belaka. Perkenalan dengan diorang pun fun je. Semni diberi amanat dan tanggungjawab pegang biro Kebajikan dan PTPTN. Boleh tahan mencabar jugak, sebab melibatkan kerja2 yang berterusan sekalipun selepas tamat MSK. Aku pun masih belajar menyesuaikan diri untuk handle biro ni dengan baik memandangkan aku sendiri tak ada pengalaman ambil PTPTN sepanjang belajar di UUM. Urusan hal ptptn ni penting untuk diorang; berkait dengan duit pulak tuh jadi aku harap aku dapat buat yang terbaik sebagai ketua biro di samping bantuan ajk2 lain.

Setakat ini, buat masa sekarang.. Aku dapat rasa tahap motivasi dan keazaman aku masih begitu tinggi. Rasa semangat nak belajar, nak gi kelas, nak faham subjek, nak tak tidur dalam kelas walaupun mengantuk gila babs – haaa gituh semangatnya aku setakat ini. Harap2 istiqamahlah.

Aku masih aktif lagi dengan program dan inasis (nama panggilan baru menggantikan DPP). Tapi setakat ni jugak, alhamdulillah sgt sebab rasa berkorbar-korbar je nak selesaikan atau penuhi tanggungjawab yang diberi dalam satu2 biro program tu.  Padehal, bukan tak penat. And kadang2 boleh tahan pressure gila. Rasa macam, banyaknya kerja nak buat dalam satu masa. Tapi rasa best jugak bila bersungguh-sungguh nak buat kerja ni. Harap istiqamah untuk semni. Mana tahu, boleh cemerlang akademik jugak walaupun aktif berprogram. Kalau bdapat cemerlang, means au dah Berjaya seimbangkan dan urus masa dgn baikkan. At least itupencapaian yang baru berbanding tahun lepas. Tahun lepas aktif gila, tapi jiwa raga pun stress jugak. Mendapat satu subjek mengulang lagi tuh. Hahah. Nasiblah. Kegagalan semalam sebagai pengajaran, kan. In shaa Allah.


Out dlu.

p.s. Betul2 lepas aku off laptop usai menaip dalam kereta tadi, aku on data internet. masuk whatsapp yang aku tak sangka langsung akhirnya mejadikan aku di-block whatsapp kali ketiga. Tipulah aku tak rasa apa-apa. Aku menangis sepanjang dalam kereta tadi. Mujur duduk di tempat duduk belakang sekali jadi umi dan abah tak perasan perubahan pada riak muka. Hikmah mintak tukar tempat duduk dengan Aiman tiba2, rupanya inilah dia. Hm


No comments: