Wednesday, April 27, 2016

MAET'16



Semoga program akan datang, Malam Anugerah EON Terbaik 2016 berjalan dengan lancar. 

-
aamiin ya Rabb. 

Monday, April 4, 2016

es yu no, aimnot det strong

hai.

selamat malam sintok.

penatlah.

taktahu apa nak jadi dengan diri sendiri.
rasa macam lembik, dan sedang tunggu masa untuk lebur pula.

lagi setahun dan setengah bulan sahaja di sini.
bunyi macam, pejam celik pejam celik esok lusa sudah boleh balik.

tapi sejujurnya,
sekarang sesaatpun dirasakan lama.
sehari seperti setahun.
kerja sedikit, bebannya menggunung.
kerja yang menimbun, apatah lagi. sakitnya menanggung.

banyak sungguh masalah.
seperti banyaknya kerja-kerja setiausaha yang tidak pernah henti.
sama naik dengan konflik itu ini.
seperti perasaan 'kekulian' yang sudah merebak parah dalam hati.

penatlah.

sesungguhnya seorang eizah sangat penat.
dia bukan merungut. tapi keluhan ini kerana bebannya terasa berat.
lebih berat dari apa yang dia rasakan mampu tanggung.

penat menangis. penat juga makan hati.
penat berulang ke sana-sini sendiri.
jemu menghadap surat-surat dan dokumen rasmi,
letih, tidak ada yang mahu memahami,

berbincang tentang program,
dengan kawan yang rapat juga mampu menaik-luapkan amarahnya.
berdiam tentang masalah,
dengan rakan seangkatan akhirnya dingin berbalah.

Allah.