Wednesday, May 27, 2015

Tak Sayang

Salam dua satu untuk diri sendiri.
"27 Mei  selalu kau harapkan akan jadi hari terindah,
namun harini tak seindah yang kau harapkan, Zah."

hmm..

Rasa nak menangis sorang-sorang dalam bumi Sintok yang serba ke-hutan-an nih. Aherher...
Sensitif barangkali kerana faktor biologi. Tapi asbab lain, terasa nak menyalahkan dia semata-mata.

Sekarang dah puku 7:42 malam. Tinggal beberapa jam sebelum tarikh berganti dan harini takkan jadi istimewa lagi dah untuk diri sendiri. Sangat sayangkan tarikh ni. Tapi, terlalu sedih nak menghadapi harini. Sedih, terluka, kecewa semua ada. Bila kita tak dipercaya orang yang kita paling percaya.

Ada orang tu, mulutnya hari-hari mengucapkan sayang.
Tapi usahanya sedikitpun tak nampak bayang. Tidak bertambah, dan tidak berkurang.
Aku sahabat untuk dia hanya kerana aku ada telinga untuk mendengar luah keluh kesahnya.
Aku sahabat baginya kerana katanya aku agak memahaminya.
Hanya menangkan sebelah pihak,
akhirnya aku tenggelam dn makan hati.
Diri dan hati aku dia tak pernah nak ambil peduli.

Aku terasa dengan twit dia semalam.
Terasa semua.
Terasa jugak dengan cara dia balas bila aku bertanya.
dan aku masih terasa sampai sekarang.
Selama tadi jugak terasa.
Tersangat-sangat terasa,
Kecewa dan terluka,
Macam twit itu semua untuk aku.

sama ada pd aku, atau bukan pd aku dia tuju.
Aku masih terasa, terluka, sedih, dan kecewa.

Terima kasih sahabat, rosakkan hari ini untuk aku.



No comments: