Sunday, June 23, 2013

Assalamualaikum Qalbi



Assalamualaikum wbt

Salam Nisfu Sya'ban dan 
Selamat berpuasa bagi mrk yang berpuasa *smile*




Perasaan sayang, suka, kasih dan rindukan seseorang itu sungguh adalah fitrah,
Hadirnya tanpa dipinta dan perginya tanpa diduga. Tak gitu?

Asalnya fitrah ini murni dari hati, 
tetapi apabila fitrah ini jatuh pada yang tak layak dimiliki,
yang tak sewajarnya dirindui serta yang masih digelar ajnabi,
percayalah bahawa fitrah ini cenderung menjadi fitnah,
fitrah ini akan membawa kepada kemungkaran yang ditegah,
cenderung bertuankan nafsu dan keinginan, 
bukan lagi perasaan yang berlandaskan keimanan.

Wallahu'alam

Masuk ne dah 14 hari semenjak keputusan 'kawan biasa' itu diambil.
Sekejap aku timbul; rasa kuat dengan keputusan ne.
Rasa macam aku dah ambil keputusan yang betul.
Aku tanak menyesal dan kecewa. Kami dah bincang bebaik.
Dia tak mainkan aku atau tinggalkan aku. lepasne pun bukan taleh jadi member. Hmm...

Cuma adakalanya jugak, aku tenggelam dengan keputusan sendiri.
Dalam tempoh terdekat ne aku still nak sesuaikan diri
Perasaan aku tak mati lagi, tipulah kalau aku katakan aku tak rindu dia dan waktu dulu.
Kejap-kejap mesti rasa sebak. Almaklumlah, hati tisu aku ne memang cepat terkoyak. *sakit*
Aku rasa aku terpaksa telan rasa pahit apa yang aku sendiri dah katakan. Aduhai

G6 dah banyak membantu, dorg sentiasa di belakang aku.
Aku tak tunjuk aku sakit, tapi aku paham dorg bukannya tak kenal aku
mungkin diam buad-buad tak tahu

Aman cakap.. mende ne jadi, tentu ada hikmahnya. 
Aku kena set dalam kepala. Memang mkn masa siked

Im cakap, lama-lama ok lah. mende ne kejap je.
Aku just kene go thru. 
well, mende ne pun die pernah lalui dulu.

Hanan buat aku sedar, apa yang da lepas tu biarkan, jd kan sempadan
Apa yg penting dalam buad salah adlh mengaku dan berubah
sekurang-kurangnya aku tahu yang dia pernah suka aku.
Apa lagi yang aku nak? *Haishhhh.. Eizah, mohon jangan tamak*

Mardhiyah kata bagus
Kata-kata yang kejam. -,-" 
tapi aku tak terasa langsung.Mybe die ckp cmtuh based on siapa aku dulu.
Well.. Aku akan ambil kata-kata tu dr sudut positifnye.

Wafa akan sokong aku katanya.
Dari depan belakang, kiri kanan n atas bawah
aku sentiasa harap dia doakan aku kuat
and aku yakin dgn dia.

Izzah Fauzi.. Aku dgn dia tak ada rahsia
aku gembira dgn respon dia.
Izzah tak blame ak mahupun die. 
Natural je sbgi pendengar setia
Aku sgt hargai mende tuhh

Raudhoh Pirzan.
Seorang sepupu....
yang sangat membantu....
dlm ramai-ramai kwn yg kenal aku
dia lahhh yang paling kenal aku dari kemetot smpai la aku dah setinggi galah ne *eceh*
berborak dgn dia buad aku strong sndiri n jadi relax.
Buad aku yakin dgn keputusan yang diambil.

'kalaw ada jodoh tak ke mana. Kita berserah je.'

"Umi tgk dia tu budak baik. Umi ada juga harapkan dia dengan kak eizah.
Tapi umi tak harap lebih-lebih. umi doakan yang terbaik je. 
Baguslah ambil jalan macam ni. masing-masing sedar betul dan salah,
tolak kelemahan dan kembalilah pada qada' dan qadar" - UMI