Saturday, April 27, 2013

S E D E R H A N A

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak mengapdet blog - salah satu uslub aku nak meluah perasaan dan mengurangkan tekanan. 
okay, lets start. *smile*



Hmm.. betul lah tu kan ~ selagi belum halal, maka jarak selamat itu harus ada.

Lets reflect.

Aku bersyukur aku kenal dia.
Kesilapan aku, mungkin sebab instead of bersyukur apa yang aku dapat sekarang, aku lebih mengharap perkara yang tak pasti untuk masa akan datang. *gelenggeleng* 
Aku pun macam dia, merasakan bahawa pertemuan ini sesuatu yang telah ditentukan.
Kemana hala tuju yang bertitik tolak dari pertemuan ini, terserahlah kepada DIA yang merencana takdir.
Aku pula kena pastikan jalan yang terhasil dek pertemuan tuu adalah jalan yang diredhai NYA dan tak mengundang murka NYA. Biasa dengar, kan? perasaan itu fitrah..tapi jangan sampai kerana perasaan, ia menjadi fitnah. *Na'udzubillah*
Sama ada dia akan menjadi sebahagian dari hidup aku di masa depan atau akan menjadi pengalaman dan pengajaran buat diri ini, aku perlu bersedia serta redha dengan kedua-dua kemungkinan ini. Tak gitu? 

*inhaledexhaled* 

Aku akui aku juga tidak terlalu menjaga.
Perlakuan aku semakin hari, jadi semakin longgar. Tipulah kalau aku tak sedar. *astaghfirullah*
Aku tak langgar garisan dan batasan tu. Aku yakin aku tidak langgar. In shaa Allah tidak langgar.
Tapi bila difikir berkali-kali guna otak, pakai hati. Ekceli bab tidak langgar tu, sekadar cukup-cukup makan dan ikut syarat je. Aku tidak nafikan.
Aku menjaga perasaan dan perhubungan ni dengan satu cara yang bukan saja tak sempurna malah lebih jauh daripada itu.

Aku manusia dengan segala jenis kelemahan.
Adakalanya bertuankan nafsu,
adakalanya terlalu ikutkan perasaan..
Adakalanya diketepi akal fikiran dek ikutkan kemahuan.

serba-serbi flaw. Itulah aku. KHILAF.


Mendekatkan diriku untuk DIA bererti menjauhkan diri dari dia.
Secara teori aku cemerlang untuk mengetahui betapa indahnya nikmat dekat dengan DIA.
secara praktikalnya, aku kira.. aku gagal buat masa ni.

Aku tak kuat untuk jauh. *seryes*
Aku masih seperti manusia streotaip yang lain.
Aku bimbang dia hilang andai aku jauhi dia.
Aku takut sakit agaknyee. hoho *gelakkave* 
Manusia, sape yang tak takut kecewa, right?

Aku lupa satu fakta, jauh dari manusia bukan segala-galanya. 
Tapi andai jauh dari Allah, boleh binasa jiwa raga.
Aku lupa fakta kedua, masa ni lahh kebergantungan aku terhadap NYA dinilai dan diguna pakai.
Walaupun jauh, bukankan doa itu boleh dititipkan untuk dia saban ketika? 
Soal hati dan perasaan, dekat macam mana pun... bukanlah aku yang mengawalnya dan yang mempengaruhinya. Allah jualah yang membolak-balikkannya kerana DIAlah pemilik hati.

MUJAHADAH.

Dulu aku biasa je sebut phrase ne. Pernah la buat. 
Tapi dah lama tinggal agaknya. 
Kalau tak tinggal, tentu tak jadi macam ni ~

"Mujahadah itu payah kerana syurga itu indah" 

Mujahadah tu, literally meaning dia, aku pun tak pasti.
Tapi pada aku, mujahadah itu adalah fight kita dalam mempertahankan keutamaan kita yakni iman.
IMO, mujahadah tu adalah satu usha untuk fight perkara yang akan merosakkan iman, secara istiqamah.
And again, I reclaimed, ia payah. 
But indeed, sangat perlu dilakukan. 

Kalau dia berubah, aku harap aku tak gelabah.
Andai aku bermujahadah, aku harap dia tahu perasaan aku tak berubah.
Kalau dia pinta untuk jauh dan bersederhana,
maka itulah yang akan aku lakukan juga.
Bukan bersederhana kerana dia semata-mata..
Kerana aku mmg tahu hakikat tu,
dan sebab aku perlu kepada perkara itu,
cuma tak berapa kuat sendirian nak melaksanakannya .




************
"Bila kita rindukan seseorang,
jangan mendesak hati kita sorang-sorang,
doakan kebaikan diri dan juga orang yang dirindui,
berjauhan tidak bermakna mengundang perpisahan."

***********

[notakaki] 
Mesej ni terlalu tiba-tiba. 
Ehh... yeke?
Aku faham apa yang tersurat tapi tak pasti dengan apa yang tersirat.
Aku pasti ada yang tersirat.
Sama ada aku faham buat-buat tak faham atau aku memang tak faham..
Wallahu'alam.
Mesej ini lahhh yang mengundang seribu satu pertanyaan.
serta, yang mencetuskan entry ini jugee.
Allah je yang tau ape qasadnya dengan mesej ni.
Tengoklah, kalau rajin dan diberi kemudahan + setelah berfikir secara tenang,
aku akn cari solusinya. Mungkin aku akan bertanya. Wallhu'alam ~

-WASSALAMU'ALAIKUM-


Selamat menonton GWIYOMI VERSI BLACKOUT ne. In shaa Allah tak menyesal punyee ~

No comments: